Friday, 31 July 2015
Thursday, 19 June 2014
Hari 3 : Idea saya tentang temu janji pertama yang sempurna
Sempurna? The word is perfect, is it? Baiklah…
So, let’s begin with AKU BERCERITA!
Luthfi : Aku rasa aku dah sampai serulah. Ada tak kau dengar mana-mana
kawan perempuan atau naqibah yang nak taaruf?
Amri : Alhamdulillah. Wow, ini sesuatu yang hebat! Setahu aku, kau
jarang bercerita pasal munakahat ni. Tiba-tiba aje, kenapa?
Luthfi : Mak aku dah bising mahukan menantu. Dan aku rasa, aku dah cukup
syarat untuk menjadi suami. Dari hukum harus karang jadi wajib pula. Baik aku
cari calon sekarang.
Amri : Hrrrmmm… dengar-dengar, Ustaz Ahmad ada anak dara yang baru habis
belajar. Aku pun kenal gitu-gitu aje dengan anak Ustaz Ahmad tu. Nanti aku
tanya kalau-kalau dia mahu taaruf.
Luthfi : Terima kasih, sahabat.
*****
Selang beberapa hari, Amri pun dapat peluang untuk berbicara hati ke
hati dengan Ustaz Ahmad.
Amri : Ustaz, maaf saya tanya ni. Dengarnya, anak ustaz, Safiah baru
habis belajar.
U.Ahmad : Ya, kenapa ni, Amri?
Amri : Begini, ustaz. Ada kawan saya ni, dia sedang cari calon isteri. Cadangnya,
nak taaruf dengan anak ustaz. Itupun kalau ustaz tak keberatan.
U.Ahmad : Oh, itu rupanya! Saya tak keberatan. Tapi boleh saya tanya
soalan berkenaan kawan kamu tu?
Amri : Boleh, ustaz. Tanyalah.
U.Ahmad : Menurut kamu, bagaimana urusan agamanya?
Amri : Dia alim orangnya, ustaz. Dulu sekolah biasa aje. Tapi bila di universiti,
dia berkawan rapat dengan saya, kami sama-sama aktif dalam YADIM. ALHAMDULILLAH,
sampai sekarang masih aktif. Dia menjaga solatnya, ikhtilatnya, rajin pula
puasa sunat. Lagipun, keluarganya orang baik-baik. Saya pernah bermusafir
dengan dia hingga ke Kemboja. Insyaa ALLAH, dia boleh jadi suami yang baik.
U.Ahmad : ALHAMDULILLAH. Tak apalah, Amri. Kamu beritahu kawan kamu itu,
ustaz sudi menerima dia ke rumah untuk taaruf. Nanti kamu beritahu ustaz bila
kawan kamu bersedia nak datang.
Amri : Insyaa ALLAH, ustaz. Terima kasih.
U.Ahmad : Kamu sendiri, tak mahu taaruf?
Amri : Hisy, cukuplah seorang zaujah (isteri) dulu, ustaz. Saya nak
bantu kawan saya dirikan masjid dulu. Nanti kalau ada rezeki, saya tambah lagi.
Hehehe…
Di rumah Ustaz Ahmad…
U.Ahmad : Safiah, tadi di sekolah, ada seorang guru ni beritahu abah,
katanya ada kawan yang nak kahwin, sedang cari calon isteri. Cadangnya nak
taaruf dengan Safiah. Abah dah izinkan dia untuk datang. Safiah sudi, kan?
Safiah : Insyaa ALLAH, bah. Safiah sudi. Tapi abah tak kisah ke kalau
betul dia jodoh safiah, dan Safiah akan kahwin dalam usia muda?
U.Ahmad : Itulah yang sebaiknya, Safiah. Kahwin muda ini banyak
manfaatnya. Berkahwin ni seumpama telah sempurna sebahagian urusan agama kita. Tinggal
nak sempurnakan sebahagian saja lagi.
Safiah : Abah dah beritahu ibu?
U.Ahmad : Sudah. Dia yang suruh abah beritahu kamu sendiri.
Safiah : Bila dia nak datang?
U.Ahmad : Jumaat ni, katanya. Boleh dapat pahala ziarah hari Jumaat
sekali. Bijak budak tu nampaknya.
Safiah tersenyum simpul.
*****
Pada hari yang dijanjikan…
Amri : Ustaz, ustazah, Safiah, inilah Luthfi, sahabat saya.
Safiah dan Luthfi mengangkat muka hampir serentak.
Luthfi & Safiah : (Dalam hati ) SUBHANALLAH…
*****
Jika ditanya kepada saya, apakah idea saya tentang temu janji pertama
yang sempurna, inilah dia. The perfect first date. Doakan saya beroleh jodoh yang baik bukan
sahaja untuk saya, bahkan untuk agama saya.

Wednesday, 18 June 2014
Hari 2 : Filem kegemaran saya
Okey, sekali lagi, 1 sahaja
filem kegemaran yang boleh direveal. (wei Lia, ni hang sendiri yang buat,
kan?). Nampak aje tajuk, memang ada satu filem yang terus masuk ke dalam
fikiran… KUNG FU HUSTLE!
Sebenarnya saya suka semua
filem kung fu. Jackie Chan, Bruce Lee, Stephen Chow… dari zaman hitam putih…
semua saya minat. I mean, tak semua filem kung fu saya tonton tapi semua yang
saya tonton, saya minat. Hahaha… dan tak semestinya filem, drama bersiri pun
saya suka. Antara filem dan drama yang saya ingat : Storm Raider, Pendekar
Condor (saya tak ingat nama drama ni dalam Kantonis), Shoulin Soccer, Drunken
Master, The New Police Story, Who Am I, The Pride Of Chozou ( ampun… tak ingat
ejaan). Wong Fei Hong is my super hero! Apa barang Superman…hahaha
Eh, sudah lari tajuk, maa…
berbalik kepada Kung Fu Hustle… saya dah menonton banyakkkkkk filem-filem kung
fu tapi kenapa Kung Fu Hustle?
·
Saya suka suasana rumah sewa (tumpangan?)
dalam filem itu. It’s kind of suasana kehidupan kampung. Kejiranan yang pelik. Nampak
macam saling bergaduh dan tak harmoni tapi sebenarnya mereka sayangkan
kejiranan mereka. Wakaka...ayatttt… dulu-dulu, masa kecik, kami adik-beradik
selalu main rumah sewa instead of main masak-masak. Jadi, apa yang ada dalam filem
ini, serupa macam apa yang saya bayangkan masa main rumah sewa. Mushy-mushy...
ada sentimental value di situ…
·
Hello, Stephen Chow yang memegang watak utama
dalm filem ini, dia jugak yang direct, co-written dan co-produced. Kaitannya? Guwe
kagum lorrr… mula-mula menonton Kung Fu Hustle, saya ingat nak bandingkan
dengan Shoulin Soccer sebab well… Stephen Chow kot… hahaha… tapi KFH is better
dari segi aksi gedebak-gedebuk.
·
Saya suka dengan tema persahabatan yang
diketengahkan. Watak Bone, sidekick si Sing (watak Stephen Chow tu lah), naïf je
dia ni ikut Sing. Part tacing nya masa Sing tak mahu Bone ikut dia lagi, Bone
masih ikut jugak. Pastu dia beri Sing air, then lari dari Sing. (apalah yang
daku cerita ni?). Dan tak lupa juga cinta si Fong, Sing's childhood
acquaintance. Tahun 2004 @ 2005, saya menonton filem ni, saya mula recall, kot
ada lelaki yang pernah selamatkan saya masa kecil. Malangnya, saya bukanlah
seseorang yang perlu diselamatkan oleh lelaki sebab saya yang akan selamatkan
mereka. Muehehe… saya tomboy sikit (sikit je) kecik-kecik dulu. (sebab tu tiada
langsung memori main masak-masak).
·
Dalam KFH ada kartun-kartun sikit. Action comedy
katanya… part paling senak perut ialah masa Sing kena kiss dengan ular. Haha…
masa menaip ni pun boleh sengih lagi. Bapa saya memang tak boleh dibawa
menonton cerita kung fu. Banyak sangat terbang-terbang, katanya. Tapi kalau nak
dibandingkan fantasi filem kung fu dengan filem Hollywood, saya tetap pilih
kung fu.
Cukuplah alasan-alasan itu,
kan? Sebenarnya, saya suka semua filem-filem made in Hong Kong. Saya rasalah…
tak kiralah kung fu ke tidak. Saya suka Armed Reaction, Burning Flame, The
Witness To A Prosecution (tu semua Hong Kong’s drama).
Kesimpulannya, saya suka
Louis Khoo… ahaks… (bila masa pulak Louis Khoo berlakon cerita kung fu). Kalau nak
ajak saya menonton wayang, make sure it’s Cantonese film…yat, yi, sam… wo ai
ni!
Nota kaki : kalau tajuk
entri ini ‘filem-filem kegemaran saya’, I’ll list down ‘Don’t Go Breaking My
Heart’ and ‘Why Me, Sweetie?’. Kedua-duanya filem Louis Khoo!

Subscribe to:
Posts (Atom)