Tepat
tengah malam. Aku merebahkan tubuh ke atas katil setelah aku mengemas semua
kelengkapan menjahit. Tengkuk yang lenguh kuurut perlahan. Suara Qaisy dari
corong radio masih menjadi temanku.
“Sebelum
mengakhiri tugas saya pada malam ini, saya titipkan lagu Iris daripada Awie
buat pendengar setia. Kepada isteri-isteri yang ditinggalkan keseorangan di
rumah, lagu ini untuk anda semua. Jangan ada prasangka, ya puan-puan sekalian. Suami
sedang mencari rezeki buat anda sekeluarga. Hayati lirik lagu Iris daripada
Awie…” tutur Qaisy penuh romantik.
Aku
terbuai dalam irama lagu cinta yang diputarkannya. ‘Buat isteri-isteri yang
ditinggalkan keseorangan…’ Akulah tu!
Kau
masih kucintai…sungguh
Dari
awal dulu hingga hari ini
Aku
pasti seyakinnya pasti
Kaulah
satu untukku…
Kau
masih dewi hatiku…sungguh
Biar
sejuta tahun hilang di hari
Usah
risau sayang usah ragu
Aku
milikmu…
Qaisy
jarang menuturkan kata cinta kepadaku. Tapi aku tetap dapat rasa kasih
sayangnya. Dia lawan bicara yang baik, maklumlah seorang juruhebah radio. Kadang-kadang,
ketika dia berbicara, aku leka memandang wajahnya.
Cintaku
jika kau tanya pada bintang
Kemilauan
sinar takkan hilang
Akan
aku sinari duniamu
Moga
terpadam sangsimu
Sangsi?
Rasanya tak sedikitpun aku sangsikan cinta Qaisy. Dia anugerah terindah dalam
hidupku. Aku bahagia dalam dakapan cintanya yang serba sederhana. Kami tidak
meraikan hari ulangtahun perkahwinan kerana Qaisy bukan lelaki yang ingat
tarikh-tarikh yang bagi seorang wanita ia merupakan tarikh yang sangat penting.
Jangankan kata hadiah, ucapan ‘selamat ulangtahun’ pun aku tak pernah dapat. Kalau
mengenangkan perangai dia tu, aku boleh marah, tapi dalam kesunyian malam ini,
aku tersengih sendirian. Ah, Qaisy!
Cintaku
jika kau lihat tingginya awan
Takkan
tercakar tinggi cintaku
Hanya
hatiku tahu apa mahuku
Dan
duniaku pastinya milikmu
Hingga
ke akhir hayatku...
‘Nyawa’
Qaisy yang sedang berkongsi nyawa
denganku, kuusap-usap penuh kasih. ‘Duniaku pastinya milikmu…’ Sesungguhnya,
itulah yang aku rasa. Dialah duniaku, dialah hidupku. Aku sentiasa menjadi
keutamaan Qaisy. Bagaimana aku dapat menafikan cinta Qaisy padaku?
Kau
masih ku cintai...sungguh
Dari
hari pertama kau kunikahi
Aku
pasti...yakinnya pasti
Engkau
milikku
Sebut
pasal nikah ni, aku sensitif sangat. Pernikahan tak direstui keluarga, sesuatu
yang sangat menyakitkan. Hadirnya Qaisy membawa cinta… hingga aku sanggup
melupakan keluarga. Kejamnya aku! Mak, maafkan Laila!
Qaisy
bukan lelaki tak baik. Dia seorang yang punya kerjaya hebat, berpewatakan
menarik dan punya keperibadian yang kukuh. Cinta kami terhalang hanya
disebabkan status Qaisy sebelum menikahi aku. Dia tunang Shaidatul, anak
saudaraku yang berjarak umur cuma dua tahun sahaja denganku.
Di
awal pernikahan kami, kami tidaklah terus terbuang dan disisihkan keluarga. Kami
masih disambut dengan baik apabila pulang beraya pada tahun pertama perkahwinan
kami. Aku masih ingat lagi, saat aidilfitri terakhir yang aku sambut bersama
keluarga. Dan peristiwa itu masih kukuh dalam ingatanku.
*****
Aku nampak Shaidatul masuk ke bilik tidur aku dengan Qaisy. Aku curiga. Qaisy baru lepas mandi dan hanya bertuala ketika masuk ke dalam bilik sebentar tadi. Perlahan-lahan aku buka pintu bilik yang tidak berkunci.
“Atul,
apa ni?” jerit Qaisy tapi dengan suara yang tertahan. Pasti dia tidak mahu
keluarga aku yang ramai ini mendengar jeritannya.
“Atul
rindu abang…” Shaidatul memeluk pinggang Qaisy. Darah aku menyirap apabila aku
tengok Sahidatul sedap-sedap melentokkan kepalanya ke dada suamiku yang tidak
berbaju. Gggrrrrrr…
“Ish,
lepaslah.” Qaisy tolak tangan Shaidatul. “Pak Su bukan tunang Atul. Atul sedar
tak yang Pak Su ni suami Mak Su Atul. Baik Atul keluar sekarang sebelum dia
orang nampak Atul dalam bilik Pak Su ni,” tegas Qaisy.
Aku
rasa nak tergelak pula bila Qaisy bahasakan dirinya ‘Pak Su’. Dulu elok saja
berabang-sayang dua orang makhluk ni!
“Abang
jahat!” Lepas dah kena tolak dengan Qasiy, Shaidatul tumbuk pula dada Qaisy. Ini
tak boleh jadi. Baru aku nak masuk, tiba-tiba Qaisy tolak tubuh Shaidatul
sampai dia rebah ke atas katil. Oh my!
“Keluar!”
Dengan marah, Qaisy tunjuk ke arah pintu. Aku sempat berselindung sebelum
mereka berdua nampak aku mengintai.
“Atul
tak sangka abang jadi macam ni. Apa salah Atul? Mak Su yang rampas abang dari
Atul tapi macam Atul yang jahat. Abang ingat senang ke Atul nak lupakan abang? Atul
tak pernah bercinta sebelum Atul kenal abang. Kenapa abang buat Atul macam ni?”
Shaidatul
sudah menangis. Tanggannya ditekup ke muka. Qaisy nampak serba salah. Dia menunduk
lalu menarik tangan Shaidatul. Digenggamnya tangan Shaidatul itu lantas
mengelap air mata Shaidatul. Rasa berdebar yang aku rasakan memang tak dapat
nak diceritakan. Apa Qaisy nak buat ni?
“Atul
kena redha. Ini soal jodoh. Abang tahu, susah untuk Atul terima ini semua, kan?
Abang yang salah. Abang tak setia pada Atul. Abang dah minta maaf pada Atul
tapi kalau Atul tak dapat nak maafkan abang, abang faham. Cuma abang minta Atul
janganlah buat perangai mcam ni. Abang dah jadi suami Mak Su Atul. Seorang yang
Atul perlu hormat…”
Aku
tak mampu lagi nak dengar kata-kata Qaisy. Aku berlari ke bilik air untuk
melepaskan rasa terharu. Mulutku, kututup dengan tuala supaya sesiapa sahaja
yang berada di luar tidak dapat mendengar esakanku. Aku menangis kerana rasa
bersalah. Pada Atul, anak saudaraku dan juga pada Qaisy. Aku petualang cinta
mereka!
Setelah
bertenang, aku basuh mukaku supaya tidak ketara aku baru lepas menangis. Aku tarik
nafas panjang-panjang agar aku berasa lega.
“Kau
memang syaitan!” jeritan Abang Hamzah menarik perhatianku. Aku segera beredar
dari bilik air untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
Aku
lihat Qaisy ditarik dengan kasar oleh Abang Hamzah. Shaidatul teresak-esak
dalam pelukan Kak Zainab. Semua adik-beradikku berkumpul di hadapan bilik
tidurku. Apabila Azizi terpandang aku yang datang dari arah dapur, dia segera
menarik tanganku lalu aku dihentak di atas kerusi di ruang tamu rumah.
Senja
itu, tanpa rela, emak memutuskan pertalian darahnya denganku…
*****
“Arrgghhhh!”
Aku
terkejut apabila terasa kakiku digeletek. Qaisy tersengih di hadapanku. Huh,
mencik! Aku tarik muncung lalu berpaling ke kiri. Biar Qaisy tahu aku sedang
merajuk. Dia bukan tak tahu kaki aku memang sensitif tahap dewa. Lagipun aku
memang tak suka perangai Qaisy yang suka geletek aku tak kira masa itu.
“Alololo…merajuk
ya, sayang?” ucap Qaisy. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Tubuhku yang
masih berbaring dipeluk erat.
Aku
diam tak bersuara.
“Masih
marah lagi ke?” tanya Qaisy sambil membenamkan wajah ke leherku. Bulu romaku
meremang. Dia memang arif lagi bijaksana mengenai kawasan ‘pohon semalu’ pada
tubuhku.
“Qaisy
minta maaf. Qaisy usik Laila saja tadi. Tengok Laila leka sangat mengelamun,
datang idea nak usik Laila. Laila jangan marah lagi ya, sayang.”
“Hrrmmm…”
desahku. Aku tak marah pun. Saja nak test Qaisy.
“Lain
kali janganlah leka sangat. Nasib baik Qaisy bawa kunci rumah. Kalau tak,
terpaksa Qaisy nyanyi lagu ‘niat ngengson matakajim semar ngiseng…” Dia gelak
besar lepas menyanyi lagu untuk buka pintu gua dalam filem Alibaba Bujang Lapok
itu. Qaisy memang sengal!
“Dah,
pergi mandi. Busuk tau! Balik kerja terus peluk-peluk orang. Kalau orang kena
jangkitan kuman, orang claim kos
perubatan pada awak,” rungutku sambil meregangkan pelukan Qaisy.
“Baiklah,
puan. Saya menurut perintah. Tapi lepas saya mandi ni puan kena sedia. Saya takkan
lepaskan puan sampai pagi,” dia terkekek-kekek ketawa lepas melafazkan
kata-kata berbaur 18sx dia tu.
Aku
baling bantal pada Qaisy namun dia sempat mengelak. Sebelum menghilang dalam
bilik mandi, dia sempat mengenyitkan mata padaku. Ya ALLAH, nakalnya Qaisy!
No comments:
Post a Comment