4
Malam
ini aku ada temu janji dengan Wan Habib. Jangan nak buat gossip pula. Bukan
keluar berdua. Kami keluar dengan Simpoy sekali, okey. Konon-konon nak
celebrate business online dia orang.
Tak sangka pula kawan-kawan aku ni berminat dengan perniagaan online.
“Business online
ni lagi untung, tau. Tak payah nak fikir sewa ofis, bayar pekerja, pergi
pejabat pagi-pagi. Lagipun sekarang memang trend orang buat business online.
Lagi banyak prospek. Kalau dulu Kak Long buat macam ni, dia tak payah risau nak
berhijrah ke mana pun. Business ini boleh dibawa ke mana jua anda berada,”
terang Wan Habib panjang lebar bila aku pertikaikan usaha dia orang. Aku lembab
sikit bab-bab ICT ni. Yang aku tahu, facebook,google. Blog pun tarak. Aku buat
e-mel semata-mata untuk buka akaun facebook. Betapa ceteknya ilmu information and communication technology
yang aku ada.
Aku dah bersiap lawa-lawa. Balik kerja petang tadi aku
terus mandi dan solat maghrib. Aku memang sengaja tak makan sebab aku nak minta
businessman belanja aku makan. Hehe… Aku tunggu Wan Habib di ruang tamu. Dia called aku tadi, bagitahu nak jemput aku
di rumah. Naik kereta katanya. Alahai, dah beli kereta! Selama bekerja kat
Untouch Printing tak pernah pula Wan Habib beli kereta walaupun aku tahu gaji
dia agak lumayan.
Aku terpegun melihat kereta Wan Habib. “Wow, Hyundai
Sonata! Kereta idaman saya! Mana awak rompak kereta ni?!” aku terus terpekik
mengagumi kereta itu. Dengan Wan Habib aku memang tak pernah control ayu. Aku tawaf keliling Sonata
berwarna hitam itu. Memang cantik. Selama ini aku cuma mampu memandang dari
jauh sahaja kereta idamanku ini.
“Cakap baik sikit. Tak mainlah rompak. Dah, cepat masuk.
Mereka bertiga dah tunggu kita di The Spring.”
“Tiga?” soalku. Yalah, tadi aku ingat Simpoy saja yang
ikut kami.
“Nor, Wati, Simpoy,” jawab Wan Hasbi agak geram lalu
masuk ke dalam kereta. Aku membuka pintu di tempat duduk penumpang hadapan
dengan berhati-hati. Kenalah hati-hati sebab ini baby kesayangan aku. Wan Habib ni nak mengorat aku ke sampai beli
kereta idaman aku? Dia dah lama tahu aku suka Hyundai Sonata. Mulalah tu aku
nak perasan.
“Ini kereta awak ke?” aku masih tak puas hati. Antara
sebab aku tak percaya ini kereta dia, aku tahu sangat harga kereta ini. Gaji
Wan Hasbi tak mungkin cukup untuk bayar ansuran bulanannya. Setakat kereta
tempatan bolehlah. Dia jual dadah ke?
“Bukanlah. Saya manalah mampu. Ini kereta abang saya,”
Wan Habib jawab tanpa pandang wajah aku. Jawab pun dengan suara tak ikhlas.
Alah, tadi beria ajak aku keluar tapi aku borak dia tak nak layan pula.
“Wan Hasbi?” soalku lagi.
Wan Habib menoleh sesaat ke arahku. “Kenal ke?” Aku nak
jawab apa? Nak kata kenal, aku tak pernah pun berkenalan dengan abang dia. Nak
jawab tak kenal, aku baru saja sebut nama Wan Hasbi.
“Eh, tak. Tak kenal,” aku memang sengaja jawab tak kenal.
Malaslah aku nak ceritakan bagaimana aku tahu abang dia bernama Wan Hasbi. Aku
malu sebenarnya. Tengoklah, sekarang dia dan Simpoy di ambang kejayaan dalam
perniagaan dalam talian mereka itu sedangkan aku masih berkuli lagi. Mana aku
nak letak muka? Lagipun aku bukan selamanya nak kerja di Restoran Selera Kita
jadi biarlah Wan Habib terus tak tahu aku kerja di situ.
“Tak payah awak nak sorok kalau kenal si Hasbi tu. Saya
tak cemburu buta, Rain. Boyfriend awak ni sporting. Janganlah awak risau.”
Geram betullah aku dengan Wan Habib ni! Merepek saja dia.
“Eleh, boyfriend konon. Bila masa awak jadi boyfriend saya?”
“Dah awak tergagap-gagap macam dah kantoi dengan
boyfriend tu apa pasal? Saya fikir awak takut saya cemburu,” jawab Wan Habib
sambil gelakkan aku. Betul juga tu.
Malas aku nak melayan. Baik aku diam saja. Aku kuatkan
volume radio dalam kereta itu. Kebetulan lagu kegemaran aku, Sayang – Shae
sedang berkumandang. Aku terus ikut menyanyi. Kalau bab melalak ni aku langsung
tak malu dengan Wan Habib.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
“Ke
awak minat dia dalam diam?” teka Wan Habib bila lagu tadi berakhir. Dia ni tak
habis-habis nak usik aku. Adakah patut aku dikatanya minat kat abang dia?
Agak-agaklah, Wan Habib. Abang dia yang gelap dan tak kacak tu dia kata aku
minat? Kalau minat dia sendiri tak hairanlah. Wan Habib kan handsome dan sasa macam Arjun Rampal.
Tapi tak pernah pula aku rasa ‘sesuatu’ terhadap Wan Habib. Aku ni wanita tulen
ke?
Kerana
geramkan Wan Habib, aku sepetkan mata merenung dia. Gaya nak menelan dia
hidup-hidup. Dia tak takut pun. Makin kuat lagi dia gelakkan aku. Aku pukul
lengan Wan Habib yang tengah memandu itu dengan purse aku. Benci tau!
“Kalau awak nak, saya boleh tolong adjust. Nanti saya beritahu Abang Hasbi ada seorang gadis cantik
minat dia. Awak nak nombor telefon dia tak?” usik dia lagi. Aku rasa nak
cekik-cekik saja dia. Nasib baik dia jemput aku guna kereta idaman kalbuku ini.
Maka disebabkan itu, Wan Habib terselamat malam ini. Aku kasi can sama Wan
Habib.
“Mengarutlah awak, Habib. Tak payahlah awak nak
susah-susah.”
“Kalau tak mahu susah, awak dengan saya sajalah. Senang,
kan?” tak habis-habis si Wan Habib ni. Dan aku terus membiarkan dia
terkekeh-kekeh ketawa dengan bahagianya.
“Lambat.”
Sepatah kata aluan daripada Simpoy apabila aku dan Wan Habib join mereka
bertiga kat food bazaar tu.
Mengada-ngada pula apek ni. Janji tadi pukul lapan. Sekarang baru lambat 15
minit dah tarik muka.
“Sorry. Cari
parking. Berapa kali pusing kat basement
tadi baru jumpa,” jawab Wan Habib menerangkan alasan kami lambat. Sungguh
bersopan pula dia malam ini. Mungkin sebab guna kereta abang dia, jadi dia pun
kena tempias aura Wan Hasbi. Erk, aura? Apa pasal tetiba aku termengaku Wan
Hasbi ada aura?
“Merajuk konon. Merajuk pada yang sayang, tau. Awak
merajuk pada Habib ke Sim? Sweetnya…” aku sengaja mengusik. Siapa suruh dia
buat muka comel begitu? Siap muncung-muncungkan mulut lagi. Tak sesuai, okey.
Simpoy tunjuk penumbuk ke arah aku. Aku makin geli hati.
Siap gelak jahat lagi. Kah, kah, kah… Wan Habib berdecit. Serta-merta aku
berhenti ketawa. “Dah salah, buat cara salah. Kita memang lambat. Just say sorry. Tak payahlah awak nak
tambah geram Simpoy tu.”
“Korang couple
ke?” Tanya Kak Wati tiba-tiba. Sambil mata dia gilir-gilir pandang muka aku
dengan Wan Habib. Ada rupa couple ke
kami ni? Aku tengok muka Wan Habib dah blur.
Jawab sajalah. Nak blur kenapa?
“Mana ada couple.
Kawan sajalah. Tak ada ciri-ciri pasangan kekasih langsung kami ni.” Jawapan
aku itu mewakili Wan Habib sekali. Dia diam saja. Mengaku tidak, menafikan pun
tidak.
“Tu… baju korang tu. Bukan setakat colour sedondon. Janji ke? Beli sama-sama, ek?” ini pula ulasan
daripada Kak Nor. Setakat baju serupa, apa barang…
“Tak janji, kak. Dah jodoh agaknya.” Boleh pula si Wan
Habib jawab begitu? Aku karate karang!
Aku ingat lagi saat-saat yang tak berapa indah kami beli
baju ini. Semasa Regatta Kuching bulan September lepas, kami keluar jalan-jalan
bersama. Terjumpa t-shirt angry bird
ni dekat salah satu booth kat situ.
Kami berdua memang gila game angry bird.
Kebetulan ada dua pasang t-shirt yang sama design dan warna. Jadi kami belilah
sama-sama. Bayar masing-masing lagi. Tak ada maknanya Wan Habib nak belikan
untuk aku. Tak terfikir pula kami boleh pakai sekali malam ini.
“Sama-sama minat biru, sama-sama minat angry bird, sama-sama minat baca
novel…hrrmm..memang ada jodoh.” Kata Kak Wati. Pendapat dia saja tu. Tak salah
kalau minat benda yang sama,kan?
“Lepas itu keluar sama-sama, beli baju sepasang. Takkan
masih nak sorokkan hubungan korang?” Kak Nor terus menambah perisa. Bila masuk
isu ini dalam perbualan, memang aku malas. Tapi disebabkan kami dah lama tak
jumpa, aku layankan saja. Nanti dia orang kata aku tak sporting pula.
“Makanlah, wei. Saya lapar.” Rengekku sengaja nak tukar
topik segera. Kalau dilayan lama-lama nanti harus aku terbakar akibat gossip
hangat mereka. Sebenarnya, aku dah biasa sangat dengan usikan begini.
Konon-kononnya aku dengan Wan Habib bercinta. Usikan yang langsung tak berbekas
di hati. Kalau tak, dah lama aku couple
dengan dia.
“Okey, order cepat.” Simpoy beri arahan. Macam bagus
saja. Dia belanja ke?
“Tauke besar belanja!” jerit aku tanpa menghiraukan orang
ramai dalam food bazaar tu. Ada aku
kesah? Kat food bazaar The Spring ni
mengamalkan sistem layan diri. Nak makan, sendiri kena pergi ke gerai yang
diingini. Lepas tu bawa sendiri makanan yang dah dipesan ke meja.
“Bayar sendirilah. Kawan baru nak buka bisnes dah kena pow. Bila nak maju?” gerutu Simpoy. Aku
tahu dia masih tak puas hati lagi kat aku. Selalunya dia tak berkira nak
belanja aku makan.
“Dah. Tak payah gaduh. Saya belanja semua. Nak makan
apa?” soal Wan Habib. Ini baru gentleman!
Hampir serentak, aku, Kak Wati dan Kak Nor jawab, “Nasi
Arab kari kambing!” kemudian semua gelak. Sama saja selera tiap kali datang ke
sini. Eh, mamat mata sepet tu makan apa?
“Wa mahu yong tau foo maa…” okey, selera dia memang lain.
Terdengar bunyi angry
bird sedang menyerang! Itu bunyi notification
untuk mesej di handphone aku. Aku
tengah makan jarang nak layan benda-benda macam ini tapi bila aku nampak nama
Ulfy Zahari, terus aku buka mesej tersebut.
Ulfy
Zahari : Sy kena pergi kursus sampai bln 4
\ |
Oh, ini jawapan untuk soalan aku petang tadi. Aku tanya
dia datang tak masa Pesta Buku 1Malaysia hujung bulan nanti. Aku kecewa juga
dia tak datang. Walaupun aku sendiri tak pergi (jauh sangat..tiket kapal
terbang lagi..huhu..) tapi aku dah suruh kawan aku di KL tu tolong aku dapatkan
autograph dia.
Aku
: bln 4? So pbakl mesti ada kan???kan novel baru dah publish…
\ |
Ulfy
Zahari : Tak tau lagi.
Aku
: alahai, baru nak suruh sign novel baru tu…
Aku punyalah berkobar-kobar nak jumpa novelis yang aku
minat, dia tak tahu pula. Dalam senyuman, hatiku menangis di dalam. Wadehh…
senyuman sebab aku mesej dengan novelis,weiii…bangga tak? Dan menangis pula
sebab aku sedar dia layan aku as one of
his fans saja.
“Kita karaoke ke nak tengok wayang lepas ni?”
“Karaoke!” mereka jawab serentak untuk soalan yang
diajukan oleh Simpoy tadi. Dan aku hanyut dalam dunia aku sendiri. Masih
berharap Ulfy Zahari akan faham detak hatiku padanya.
Sejuk.
Tangan aku menggagau mencari butang penghawa dingin dalam kereta itu. Dah jumpa, aircond
aku matikan. Malas aku nak pandang muka Wan Habib yang tengah memandu, jadi aku
palingkan mukaku ke luar. Melihat pemandangan di tengah bandaraya Kuching. Dia
pun diam saja sejak tadi. Mungkin dia tahu aku tengah merajuk dengannya.
Kami
dalam perjalanan menuju ke rumah aku setelah penat ‘menyumbangkan’ suara.
Datang tadi dengan Wan Habib, jadi walaupun aku sedang merajuk, aku kenalah
balik dengan dia juga. Ayah aku dah amanahkan masa nak keluar tadi.
Sebentar tadi, semasa
berkaraoke, Wan Habib sakat aku. Itu yang aku merajuk. Kisahnya begini:
Aku yang tengah tiada mood
nak menyanyi, dipaksa-paksa untuk menyanyi juga. Jadi aku pilihlah lagu tangkap
leleh sikit, sesuai dengan jiwa kacau aku. Lagu Dalam Diam Kumencintaimu –
Stings.
Tengah
syok menyanyi (walau tak syok mana sebenarnya), Wan Habib bisik kat aku, “Lagu
ini tuju pada Abang Hasbi ke? Nanti saya tolong sampaikan,ye.”
Aku
terus letak microphone atas meja lalu
duduk di sudut bilik karaoke Kbox tu. Aku sedang bad mood lagi dia kacau macam itu, tambahlah sendu jiwa aku
jadinya. Sampai habis masa karaoke tu aku berdiam diri. Kak Wati dan Kak Nor
pun takut nak tegur aku. Hanya Simpoy saja, yang mulut tak ada insurans tu
berani nak komen.
“Gaduh
laki bini, biasalah.”
“Masih marah lagi?” suara Wan Habib
memecah kesunyian. “Tak rock lah merajuk lama-lama macam ni. Selalu okey saja
saya kacau awak. Datang bulan, ek?”
Sempat
lagi tu nak kata aku datang bulan! “Memang mood tak baik malam ni,” jawabku
ringkas. Kalau aku tak jawab, ada kemungkinan aku akan ditinggalnya di tepi
jalan saja nanti.
“Kenapa
tiba-tiba tak ada mood ni? Tadi elok
saja.” Bukan main risau lagi nada suara Wan Habib.
“Frust.”
“Siapa
yang buat awak frust?” Wan Habib soal
lagi. Aku tak yakin dia betul-betul risaukan aku atau niat dia sekadar nak tahu
sebab dia tak serius. Muka tahan ketawa dalam hati tu aku kenal sangat!
“Ulfy
Zahari.”
Perjalanan
kami menuju ke rumahku selepas itu hanya ditemani nyanyian dari radio. Sampai
saja depan rumah, aku terus turun dari kereta. Wan Habib temankan aku sampai di
muka pintu.
“Rain,
kalau awak anggap saya kawan awak, dengar nasihat saya ni. Berhentilah angankan
si Ulfy Zahari tu. Saya faham perasaan awak tapi cukuplah sekadar jadi peminat
dia saja. Saya takut awak keliru, awak bukan suka Ulfy Zahari tapi suka pada
watak-watak yang dia cipta dalam novel. Saya tak mahu awak kecewa, Rain.”
Air mata
aku menitis perlahan. ‘Maafkan saya, Habib. Saya anggap awak kawan tapi saya
tak mampu buang perasaan saya pada Ulfy Zahari.’ Aku pandang Sonata yang
dipandu Wan Habib berlalu dari kawasan rumah aku dengan sayu. Wan Habib sangat
baik rupanya!
No comments:
Post a Comment