PUTERA KATAK VS PUTERI TEPUNG
Aku
terdiam tidak terkata. Benarkah apa yang aku lihat ini? Aku cuba skill yang orang selalu buat
bila nak pastikan sama ada bemimpi atau tidak. Aduh! Sakit juga lengan aku kena
cubit. Sah! Aku tak bermimpi. Pandangan mata aku mulai kabur. Aku menangis?
Adakah
kad jemputan perkahwinan Farizan mampu membuat aku jadi cengeng begini? Aku
baca sekali lagi. Undangan ke majlis perkahwinan anakanda kami Farizan dengan
tunangannya Nadia Suwarah. Aku ingin meraung sekarang! Boleh?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kem Biologi tak sah kalau tidak ada katak,”
rungutan Nurhanim membuatkan aku berdebar-debar. Takkanlah kot…
Kenapa
mesti ada katak? Kan
banyak lagi haiwan lain. Boleh sawan aku kalau macam ini. Cikgu Muswandi dah
senyum-senyum kat aku. Aku tahu sangat makna senyuman teh o kurang gula Cikgu
Muswandi itu.
‘Cikgu, saya sanggup
gantikan tempat katak itu untuk dibedah.’ Aku mula merangka dialog merepek
untuk melepaskan diri dari menjadi doktor haiwan tidak bertauliah kepada katak
yang sedia menunggu di dalam balang.
“Sebelum
kita memulakan misi mengkaji respiratory system katak ini, cikgu mahu kamu
semua ambil katak ini seekor seorang,” kata-kata Cikgu Muswandi aku dengar
dengan mata yang tertutup. Aku takut mendengar arahannya. Aku terasa lenganku
disinggung dengan siku oleh orang yang berada di sebelah aku.
“Ain,
kalau kau takut nak dengar, jangan tutup
mata, tutuplah telinga,” Farizan ketawa mengejek aku. Tapi dia ketawa dengan
volume yang paling minimum. Tahu pun takut disembur Cikgu Muswandi yang garang
dan tiada diplomasi itu!
Perlahan-lahan
aku buka mata dan cuba
untuk bertentangan mata dengan si katak.
Sekali lagi aku rasa dadaku dilanda tsunami. Ish, macam nak pandang Arjun
Rampal pulak sampai boleh berdebar-debar begini. “Cikgu nak Nurul Ain dulu yang
ambil katak kat depan ini,” dia sebut nama aku ke? Ya ALLAH, apakah kesalahan
aku hingga aku dihukum bunuh mandatori? Huh!
Dengan
semangat yang tinggal senipis kulit bawang, aku berjalan ke hadapan. Balang
yang memuatkan berpuluh ekor katak itu aku lihat seperti seekor katak gergasi
yang akan menelan aku hidup-hidup! Aku telan air liur. Kalau tidak disebabkan
aku tak nak Cikgu Muswandi malukan aku andai gagal melakukan apa yang dia suruh,
saat itu juga aku lari dari makmal!
Tangan
aku sejuk dan menggigil. Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini.
‘Itulah! Dah dalam
kesusahan baru nak ingat Tuhan.’ kutuk diriku kepada diriku sendiri.
Sebelum menyeluk balang
tersebut, aku pandang lagi wajah Cikgu Muswandi. Dia memang sengaja nak kenakan
aku sebab aku selalu bersoal-jawab dengan dia di dalam kelas. Apa salahnya,kan ? Barulah pembelajaran
dua pihak berlangsung dan tercapailah objektif P & P.
“Cepatlah!
Ramai lagi yang tak sabar nak bedah katak tu,” selamba sahaja Cikgu Muswandi
menyergah aku. Dengan lafaz BISMILLAH aku gerakkan juga tangan aku lalu
mengambil seekor katak yang kecil dan cute. Cute? Maaf, otak aku sudah mereng
gara-gara katak!
Tiba-tiba,
dengan tidak dijangka-jangka, katak itu melompat dari tangan aku. Bersyukur?
Tidak! Katak itu sebenarnya melompat ke atas bahu aku lalu bertenggek di situ.
“Mak!!!!!”
Aku
kembali ke sekolah setelah bercuti selama seminggu. Tak sangka hanya disebabkan
seekor katak aku boleh demam sampai seminggu. Nurhanim tersengih-sengih
menyambut kehadiran aku di muka pintu kelas 5 Sains 1. Ketika melangkah menuju
meja aku, aku terdengar usikan-usikan tentang Kem Biologi minggu lepas. Nak
kena sekeh dengan aku lah tu.
“Ain,
dahlah tu, janganlah nangis lagi,” Nurhanim memujuk aku. Kami berdua duduk di
sudut belakang sekali di dalam kantin sekolah.
Entah siapa yang letakkan
katak plastik bawah meja aku tadi. Apa lagi, seluruh sekolah agaknya dapat
dengar jeritan aku itu.
Aku
kesatkan air mata dengan hujung lengan baju sekolah. Tak ada tisu. Aku ini kan
minah brutal. Manalah aku ada simpan tisu atau sapu tangan dalam kocek.
“Anim, aku dah tahu apa
nak buat. Aku nak balas dendam. Langkah pertama, kita mesti cari budak kurang
ajar tu,” dengan tegas aku menuturkan misi revenge aku itu.
Nurhanim menggeleng. “Tak
payahlah sampai balas dendam. Kau ni, buat aku takut aje lah,” pujuk Nurhanim
perlahan. Dia memang takut dengan kemarahan aku. Siapa yang tak takut kalau
tahu yang aku pernah buat dahi adik aku berjahit sebab dia dajalkan kucing
kesayangan aku, Tommy.
“No,
no, no…” jawabku sambil menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan.
Nurhanim menyembam muka ke meja kantin. Tak sanggup! Dia tahu apa nasib budak
yang letakkan katak itu apabila aku sudah melaungkan kata-kata ‘balas dendam’.
Seminggu
berlalu begitu sahaja…………
“Eh, kau kata nak balas dendam, tak ada berlaku apa pun.
Kau dah tahu tak sapa yang letak katak tu?” semasa perhimpunan pagi itu
Nurhanim bertanya. Tentu dia hairan kerana selama seminggu lepas, kelas kami
bahkan sekolah kami tiada didatangi berita pelajar yang meninggal dunia secara
mengejut. Hehe..takkanlah aku nak buat jahat sampai macam tu sekali.
Nauzubillahiminzalik.
“Saja
lah aku tak nak balas dendam. Aku nak lepaskan aje dia tu. Bagi dia insaf
sendiri,” jawab aku tenang. Aku hulurkan bungkusan kacang kepada Nurhanim.
Kacang tanah yang disaluti sambal yang pedas. Pergghh..!
“Aku
tak percayalah. Mesti ada apa-apa ni. Kau cakaplah. Takkan rancang sorang kot,”
Nurhanim masih tidak berpuas hati.
Aku
sebenarnya memang nak beritahu tapi aku malu. Aku sudah tahu siapa gerangan
budak yang melancarkan serangan berani mati itu. Dan kerana aku sudah tahulah
aku tidak mahu teruskan niat ingin membalas dendam.
Terdengar
arahan dari pengawas meminta semua pelajar berdiri tegak bagi menyanyikan lagu
kebangsaan negeri Sarawak , Ibu Pertiwiku
menandakan perhimpunan telah tamat menyelamatkan aku dari soalan Nurhanim.
Lepas
balik dari Makmal Kimia, Nurhanim terkocoh-kocoh mengejar aku. Entah dari mana
dia tadi sampai boleh tertinggal jauh di belakang. Bukan kami sama-sama keluar
ke tadi?
“Aku dah tahu kenapa kau
tak jadi balas dendam!” mak aiii. Kuatnya suara dia! Dahlah menjerit
betul-betul di telinga. Aku pandang muka dia dengan wajah yang menyampaikan
maksud ‘kau nak mampus ke?’
“Cakap
perlahan tak boleh ke cik adik? Semua orang tengah pandang kita ni,” aku
menuturkan kata-kata dengan lemah lembut sekali. Boleh dikira berapa kali
setahun aku bercakap dengan nada suara begitu. Selalunya aku akan bercakap seperti
pihak pembangkang dalam pertandingan bahas. Terang, jelas dan lantang!
Nurhanim
tarik aku ke tepi. Beri laluan kawan-kawan yang lain berjalan dulu.
“Farid,kan? Sebab tu kau
lepaskan dia. Memang dasar angau lah kau ni. Syok sendiri!” mana aku nak sorok
muka. Rasa nak masuk perut mak semula. Aku malu sangat sebab best friend aku
yang sorang ni dah tahu yang aku lupakan niat aku semata-mata kerana pemilik
nama Farizan a.k.a Farid.
“Kalau
dah tahu, senyap. Jangan bising,” pesanku.
“Beb,
tak adillah dia aje kenakan kau. Sampai bila kau nak sabar. Kata brutal,”
Nurhanim mencabar aku. Aik, tiba-tiba dia pula yang terlebih semangat.
Aku
menggeleng. Takkan aku nak jadi musuh kepada lelaki pujaan sukma aku? Tak masuk
list calon girlfriend pula aku nanti.
“Beginilah, kalau kau tak
nak balas dendam dengan cara yang sadis pun, kau carilah benda yang dia takut.
Kau letakkan kat meja dia macam yang dia buat kat kau. Okey tak?” Nurhanim
memberi cadangan yang luar biasa. Memanglah idea begitu sudah banyak dibuat. Maksud
luar biasa aku ialah, Nurhanim bukan begini perangainya. Dulu awal-awal lagi
dia halang aku. Sekarang siap jadi mastermind pula. Tapi macam best juga idea
dia itu. Aku masukkan ke tray ‘KIV’ di memori aku. Dalam pertimbangan.
Petang
Sabtu itu aku duduk di rumah sahaja. Dari pagi dah aku bertekun menelaah
pelajaran. SPM tinggal dua bulan sahaja lagi. Bosan! Apa nak buat, ya? Aku
turun ke bawah rumah, ambil basikal dan mengayuh laju-laju tanpa tahu arah yang
hendak dituju. Kampung aku sunyi betul petang itu. Agaknya semua tengah layan
Panggung Sabtu di TV3 yang menyajikan filem hindi.
Melintasi rumah Farizan,
aku tiba-tiba teringat cadangan Nurhanim. Ya, aku perlu tahu apa yang dia
takutkan. Aku mula membelok mendekati rumah kayu bercat biru itu. Basikal aku
tongkatkan lalu aku mengendap di bawah rumah Farid yang bertiang tinggi itu.
“Farid,
tolong mak ke kedai Pak Cik Baden, beli tepung gandum,” aku dengar suara Mak
Cik Faridah, ibu Farizan dari arah dapur.
“Hah,
beli tepung kat kedai Pak Cik Baden? Tak nak lah mak. Mak kan tahu Farid takut,” suara Farid aku
dengar betul-betul seperti orang takut. Aku seronok. Seperti orang mengantuk
disorong bantal.
“Tolonglah.
Ada pisang
tanduk ni. Mak nak buat pisang goreng,” pinta Mak Cik Faridah lagi.
“Suruhlah abang atau mak buat aje pengat pisang. Farid takkan beli tepung tu. Mak suruhlah benda lain, Farid sanggup buat asalkan mak tak suruh Farid beli tepung. Farid takut.”
“Suruhlah abang atau mak buat aje pengat pisang. Farid takkan beli tepung tu. Mak suruhlah benda lain, Farid sanggup buat asalkan mak tak suruh Farid beli tepung. Farid takut.”
Aku
termangu di bawah rumah. Tepung?
Hari Isnin itu aku ke
kelas dengan satu azam yang baru. Wah, bukan main lagi, di hujung-hujung tahun
begini baru aku nak tanamkan azam.
Fuhh…aku
menahan gelak memandang aksi Farizan meniup tepung yang aku tabur di atas
mejanya. Macam tiup lilin kat atas birthday cake. Gulp! Aku hairan. Kenapa Farizan
tidak nampak macam orang yang takutkan tepung? Agaknya sebab aku letak sikit
saja tadi. Okey, tak apa, lepas ni aku letak sekilo!
“Sapa
yang letak tepung atas meja aku ni?!” Farid melaung dalam kelas. Orang kacak
macam Farid memang pelik. Dalam marah-marah macam itu pun nak control macho
lagi. Suara pun bukan main jaga. Dia melaung tu aku rasa tahap aku berbisik
aje. ‘Wahai bakal imam muda, suara tu bukan aurat awaklah..’
Something
happened! Semua terdiam dengan mata semua pandang aku. Apa sudah jadi? Aku
memerhati sekeliling kelas. Rupa-rupanya Fazudin sedang tunjuk aku dengan lagak
takut-takut berani.
“Kau?”
Farid gelakkan aku dan aku rasa itulah gelak paling jahat pernah aku dengar.
Muka aku dah merah dan panas.
“Aku
tahu aku miskin tapi mak aku masih mampu lagi nak beri makan kami adik-beradik.
Tak payahlah kau nak bersedekah,” selepas itu Farizan terus keluar menonong aje
dari kelas. Apa yang aku dah buat?
Papan beranda
hujungnya merah,
Bakar mercun di
tengah hari;
Pada kekanda
kalau kumarah,
Bererti meracun
diri sendiri.
Aku berlenggang kangkung
mengheret basikal. Basikal aku tidak ada masalah. Memang sengaja aku hendak
balik lambat. Kepala aku yang sarat sejak setahun dua ini sudah ringan
sekarang. Bolehlah aku bersenang-lenang sekarang.
Alamak!
Ada sekumpulan samseng sekat jalan aku pula! Nak buat apa ni?
“Kau
panggil aku Putera Katak,kan?” Farizan bertanya sambil menahan basikal aku.
“Apa lagi yang kau tak
puas hati sampai hari-hari kau conteng kertas aku dengan lukisan katak buruk
kau tu?” mukanya merah petanda betul-betul marah.
“Kau
yang mulakan dulu. Kau letak katak kat bawah meja aku. Sekarang nak salahkan
aku pulak?” aku tak puas hati. Dia boleh buat aku, aku tak boleh buat dia?
“Kau
kan dah balas dendam. Kau yang letak tepung gandum sekilo atas meja aku. So,
dah seri lah.”
Aku
diam tertunduk. Dia tak takut pun dengan tepung itu. Dia cuma bengang sebab
meja dia kotor dan dia rasa aku nak hina keluarga dia miskin. ‘Taklah, sayang.
Mana ada Ain nak hina keluarga Farid.’
“Kau
nak sangat kat aku, kan? Aku sekarang dah jadi putera. So kau mesti jadi
puteri, baru sepadan dengan aku,” bila Farizan cakap macam tu, aku dah rasa nak
nangis. Kalau ya pun tak hargai cinta aku, tak payahlah nak perli.
Dia
menoleh ke belakang, macam beri isyarat kepada konco-konconya yang seramai lima
orang itu. Fazudin menghulur sebungkus tepung gandum kepada Farizan.
“Mulai
hari ini, beta tabalkan tuan hamba menjadi Puteri Tepung. Silakan bersiram,
wahai tuan puteri,” Farizan membuka bungkusan tepung itu lalu menyiramnya di
atas kepala aku. Kegembiraan aku kerana baru selesai menjawab kertas terakhir
SPM sebentar tadi hilang sekelip mata.
“Belajar
dulu pandai-pandai. Dapat kerja jawatan tinggi-tinggi, bagi mak bapa hidup
senang baru fikir pasal cinta. Perangai macam laki, ada hati nak ngorat aku!”
tanpa memandang aku yang sudah putih disirami tepung, mereka terus blah dari
situ. Sesuatu terjentik di hatiku, kenapa aku tidak marah?
Love is unaware
of sadness and pain…
Farizan sudah terbang ke Australia, menyambung pelajaran
di sana setelah menjalani persediaan selama enam bulan di Kuala Lumpur. Benar
katanya dahulu. Sepatutnya aku tumpukan perhatian aku terhadap pelajaran.
Tengoklah sekarang, rakan-rakan lain dah berjaya ke menara gading, aku pula
masih merangkak lagi di tingkatan enam.
Dari
ruang tamu rumah, aku nampak kelibat Nurhanim melalui pintu yang sengaja aku
buka luas-luas. Dia kelihatan tergesa-gesa memasuki pagar rumah aku lalu
melaungkan salam. Aku jemput dia masuk dan duduk di ruang tamu itu.
“Fazudin
balik kampung semalam. Dia bagi surat,” tukas Nurhanim setelah aku bertanya
hajatnya datang ke rumah aku.
“Surat?
Surat apa?”
“Dia
temankan Farid ke KLIA minggu lepas. Surat ini katanya dari Farid. Bacalah,
mungkin dia nak minta maaf,” terang Nurhanim.
Farid
beri surat? Aku sangat teruja tapi entah kenapa, belum pun dibuka surat itu,
aku sudah menangis dalam pelukan Nurhanim. Setelah aku kembali tenang, Nurhanim
meminta diri. Dia perlu berkemas untuk kembali ke UiTM.
Assalamualaikum,
Wahai Puteri Tepung (hihihi),
-Pertama
sekali, saya memang tak pandai nak bermadah dan merangka ayat saya (bukan macam
awak), jadi saya buat point by point, ya….
-Saya nak
minta maaf andai sepanjang persahabatan kita, saya ada melakukan kesilapan yang
menggores hati awak. Saya tahu sebenarnya banyak, kan? Jadi kalau boleh tolong
maafkan saya.
-Awak sangat
cantik bila marah, sebab itu saya suka buat awak marah. Bukanlah bermakna
senyuman awak tidak manis dan menawan tetapi bila awak marah, awak akan duduk diam-diam.
Ketika itulah kecantikan awak akan terserlah. :-p kalau awak tak marah dan
tengah seronok, awak macam pelesit, tau?
-Saya juga
ingin meluahkan satu perasaan yang telah lama saya rasa terhadap awak. Saya
cintakan awak. Betul. Tak ada niat nak kenakan awak macam dulu-dulu. J Cinta saya
tidak ditolak, kan? Saya tahu awak pun cintakan saya. Saya harap cinta kita ini
akan berkekalan biarpun kita berjauhan.
-Selepas ini
saya harap awak boleh berubah menjadi Nurul Ain yang baru, yang lembut dan
bersopan. Bukan saya tak boleh terima awak seadanya, tetapi bila saya beritahu
mak saya yang saya mahu jadikan awak sebagai isteri saya, dia cakap dia mahu
saya kahwin dengan perempuan, bukan jantan. J Jadi, untuk
mengelakkan berlakunya cinta terhalang, awak sudi berubah untuk saya,kan?
-Tunggu saya.
Bila pengajian saya sudah tamat, saya akan kembali. Jangan lupakan saya,ya?
-Nurul Ain,
doakan saya di sini. Semoga awaklah yang dijadikan dari tulung rusuk kiri saya.
-Saya masih
simpan cebisan kertas yang awak selitkan dalam buku saya, “If there is anything
better than to be loved, it is loving...” InsyaALLAH, saya akan terus mencintai
awak.
Aku diam bukan
bererti aku membisu,
Percayalah aku
tercipta hanya untuk kamu,
Di jantungku
hanya ada selembar namamu,
Kuyakin kau pun
begitu…
Pertama bukan hati,
farizan
Air
mata aku menitis lagi. Ternyata dia pun cintakan aku juga. Aku akan jaga cinta
ini sehingga suatu hari nanti aku akan menjadi kekasih halalnya.
Aku
tersentak apabila terasa air mataku menitis ke telapak tangan. Terbang khayalan
peristiwa tujuh tahun lalu.
Tujuh
tahun! Tujuh tahun aku menunggu, hanya untuk dilukai dengan cara begini. Tak
pernah terdetik pun untuk menerima lelaki lain dalam hidup aku. Biarpun selama
tujuh tahun ini, tiada panggilan telefon, tiada kiriman e-mel malahan facebook
Farizan pun aku tak tahu! Apatah lagi hendak berutus surat cinta. Aku tetap
setia. Tapi apa yang aku dapat?
Dari
pagi tadi aku duduk di pondok sawah. Mak aku panggil makan pun ku tidak mahu.
Aku sudah banyak menangis sejak aku terima kad jemputan walimatulurus semalam.
Sakit hati aku hanya ALLAH sahaja yang tahu. Bayangkan, selama tujuh tahun ini
aku berusaha menjadi seseorang yang dia inginkan. Nurul Ain yang baru. Kalau
tak boleh nak setia kenapa suruh aku tunggu?
“Jangan
janganlah adik angan-angan
Merayau ke alam
impian
Duduk termenung
kesepian tiada teman”
Aku terkejut mendengar suara
menyanyi dari belakang. Farid? Apa dia buat di sini? Perlahan-lahan dia
mendekati aku lalu melabuhkan punggung di sebelah tapi tetap menjarakkan diri.
“Kat
sini rupanya awak. Saya cari kat rumah tadi,” Farizan bersuara setelah beberapa
saat kami saling mengunci mulut.
“Kenapa
nak cari aku?” aku bertanya dengan kasar. Sekadar tidak mahu kelihatan sedih di
matanya.
Farizan
tersenyum. Hatiku terhiris lagi. Dari dulu lagi senyuman indah itu bukan milik
aku. Kini aku hanya mampu menatap wajah handsome itu tersenyum tanpa menyimpan
apa-apa harapan untuk memilikinya.
“Kenapa
saya tak boleh cari awak? Sebab awak tuan puteri?” tengok, aku baru ingat dia
nak berbaik dengan aku. Tak ada maknanya. Memang dia nak mainkan aku. Jahatnya!
“Kalau
kau tak ada kerja nak buat, baik kau balik sekarang. Nanti datang pula tunang
kau mengamuk kat sini,” aku sedaya upaya menahan getar suara agar segala yang
aku pendamkan di hati tidak terkeluar saat ini.
“Jangan
risau. Dia takkan mengamuk. Dia seorang yang lemah lembut dan sangat menawan.”
Ya
ALLAH! Aku tak boleh mengawal degupan kencang di jantungku bila terdengar
pujian Farizan terhadap tunangnya. Rasa macam mahu terkeluar jantungku. ‘Farid,
tolong jangan buat aku menangis di depan kau..’
“Awak
masih macam dulu,. Suka buat kesimpulan melulu tanpa siasat. Saya ingat lagi
masa awak fikir saya takutkan tepung. Saya bukannya takutkan tepunglah. Saya takut
pada Pak Cik Baden. Dia pernah marahkan saya sebab beli rokok untuk abang saya.
Dia tak bagi saya ke kedai dia lagi,” suara yang aku rindu itu tetap gemersik
di telinga. Salah faham itu dah lama terungkai namun Faizan tetap menjelaskan
semula. Tapi apa kena-mengena hal itu dengan tunangnya?
“Kenapa
diam?”Tanya Farizan. Nampaknya, dia belum kenal Nurul Ain yang ada di
hadapannya sekarang. Nurul Ain yang baru ini memang tak banyak cakap dan sangat
malu di hadapan lelaki.
“Mak
awak cakap awak dari semalam dah tak makan dan asyik menangis,”getus Farizan
lagi. Agaknya dia bosan menunggu aku bersuara.
“Saya rasa bersalah sebab
saya rasa sayalah yang menyebabkan awak sedih begini. Tak sangka pula gurauan
saya berlebihan sangat.”
“Gurauan?
Apa maksud awak?!”aku pun dah tersasul ber ‘awak’ akibat terlalu terkejut.
Gurauan apa?
Farizan
tersenyum nipis sebelum menjawab soalan aku.
“Kad jemputan itu saya
buat sendiri. Satu salinan sahaja, hanya untuk awak. Saya fikir nak menguji
kasih awak pada saya, sama ada masih cinta atau telah pudar perasaan awak pada
saya. Tak sangka awak menangis sampai bengkak-bengkak mata,”kali ini suaranya
jelas menunjukkan dia rasa bersalah. Air mata aku pula entah mengapa menjadi
sangat mudah mengalir. Aku menangis lagi.
“Janganlah
menangis lagi. Betul, kad itu rekaan semata-mata. Saya ingat awak akan serang
saya seperti Nurul Ain yang saya kenal dulu. Masa awak datang mengamuklah saya
ingin melamar awak. Itu yang saya rancang. Tapi saya lupa, Nurul Ain sudah
berubah demi cintanya pada saya. Saya minta maaf kerana tak memahami diri awak
yang baru tapi percayalah, cinta saya tetap untuk awak, Ain,” pujuk Farizan
lagi.
“Mengapa buat saya begini?
Mengapa selalu nak menguji saya? Tak puas awak menyeksa saya selama tujuh tahun
terus menunggu tanpa kepastian dari awak? Tak sedarkah awak saya kosongkan hati
saya selama ini kerana menanti awak?” soalan bertubi-tubi itu aku lontarkan
dalam sendu yang tak mampu aku tahankan lagi. Sampainya hati…
“Saya
tahu, saya salah. Sepatutnya saya tak perlu ragui perasaan awak. Kalau awak nak
tahu, segala-gala tentang awak mak saya beritahu pada saya. Walaupun saya tak
berhubung dengan awak selama tujuh tahun tapi saya pesan pada mak supaya jaga
dan tengok-tengokkan awak. Saya kejam,kan? Saya dah tahu cinta awak tetap pada
saya tapi saya masih nak uji awak. Memang patut awak marahkan saya,”
Kami
terdiam lagi. Agaknya sama-sama melayangkan ingatan terhadap peristiwa
sepanjang tujuh tahun ini. Ya, aku sedar Mak Cik Faridah selalu mengambil berat
tentang diri aku. Bila aku mula bekerja di pekan, dia akan berkunjung ke rumah
ketika aku balik ke kampung pada hujung minggu. Tentu sekali dia pun turut
menyedari perubahan diri aku dari seorang perempuan yang tak terserlah
keperempuanan kepada seorang gadis muslimah yang sangat bersopan-santun dan
mula mendekatkan diri dengan amalan yang disyariatkan oleh agama. Sangat
menepati citarasanya untuk dijadikan menantu.
“Aha,
saya ada sesuatu untuk awak!” suara Farizan bergema tiba-tiba. “Saya lupa nak
beri tadi. Benda ini saya beli di Australia khas untuk awak,”
“Apa
tu? Cepatlah bagi,” aku mula merengek (sengaja mengada-mengada)…sudah lupa
kesedihan aku tadi.
“Tapi
awak mesti tutup mata dulu. Bila saya suruh buka baru awak buka,” ishh…macam
budak-budak, tapi aku turutkan juga. Aku mahu beri kerjasama supaya surprise
nya menjadi.
“Sekarang
awak boleh buka mata,” tutur Farizan lembut sekali. Menggoda…
Aku
membuka mata dengan rasa yakin bahawa hadiah itu pasti sesuatu yang istimewa. SUBHANALLAH,
aku tergamam melihat sesuatu di tangannya. Katak!!! Aku benci Farizan….!
“Awak
gila! Awak memang Putera Katak! Siaplah kalau saya dapat awak!” aku
menjerit-jerit sambil mengejar Farizan yang dah berlari meninggalkan aku di
tepi sawah.
“Awak
pun masih Puteri Tepung yang gebu. Kejarlah saya kalau awak larat!” Farizan
terus berlari seperti pelesit. Pelesit? Macam pernah dengar perkataan itu tapi
di mana,ya?
Aku
terjaga bila terasa kesejukan bilik tidur ini begitu mencengkam. Aku memang tak
biasa tidur dengan penghawa dingin. Selalunya aku pasang apabila aku nak tidur
siang sahaja. Tangan aku menjamah kawasan di sebelah kananku. Kosong? Mana
Farizan?
Perlahan-lahan
aku mengatur langkah menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Aku lihat ada
sesusuk tubuh dalam samar-samar cahaya di ruang tamu rumah baharu yang aku
duduki setelah menjadi isteri Farizan.
“Mengapa tak tidur lagi?” tanyaku
sambil mengambil tempat di sebelahnya. Rapat sekali hingga hembusan nafasnya
terasa di kepalaku yang sengaja kusandarkan di dadanya.
Dia diam. Marah ke?
“Maaflah, saya tertidur. Sepatutnya saya tunggu awak tapi saya betul-betul tak
larat. Penat sangat. Sorry ya, Farid?” aku rasa bersalah sangat. Malam ini
merupakan malam pertama kami setelah diijabkabul siang tadi. Aku tertidur pula.
Adakah patut?
Dia menolak bahuku lalu
menyentuh daguku. Memaksa aku bertentangan mata dengannya. “Ain janji nak
panggil abang kan? Mana boleh panggil suami dengan nama begitu.”
Aku garu kepala yang tak
gatal. “Maaf, Ain tak biasa lagi.”
“Abang tak marah Ain
tertidur. Abang faham tentu Ain penat. Abang pun penat tapi tak dapat lelap
pula tadi. Abang turun bawah, belek-belek gambar pernikahan kita. Cantik,kan
isteri abang?” Farizan membelai-belai rambutku. Kepalaku telah kurebahkan
semula. Kali ini di bahunya pula.
“Mana
ada cantik. Gemuklah isteri abang. Abang tak kisah ke dapat isteri gemuk macam
Ain?” aku bukan hendak menguji, aku memang benar-benar ingin tahu. Sebelum
berkahwin pun aku dah tanya soalan yang sama tapi dia hanya tersenyum menjawab
soalanku.
“Tempoh
tujuh tahun itu cuma mampu mengubah fizikal Ain sahaja, sayang. Bukan hati Ain.
Ain tetap Puteri Tepung abang yang comel walaupun sekarang dah jadi baking
powder,” untuk gurauannya itu, aku hadiahkan cubitan di lengannya. Kata aku
baking powder,ya!
Farizan
berjeda. “Ada banyak sebab mengapa abang tak contact Ain sepanjang berada di
luar negara. Salah satunya untuk mengekalkan kesucian cinta kita supaya
sentiasa diredhai ALLAH dan lagi satu, abang mahu melihat sejauh mana setianya
Ain pada abang. Jadi, kecantikan luaran bukanlah sesuatu yang abang cari. Ain ada
segala yang abang inginkan dari seorang wanita.”
Aku
terharu. Sedaya upaya aku menahan sendu supaya tak terkesan oleh Farizan.
“Lagipun,
kalau Ain sempurna sangat, takut pula abang nak masuk meminang. Entah-entah Ain
minta jambatan emas dari Saratok ke Kuching. Matilah abang,” gurau Farizan.
Dia
berkata begitu seolah-olah tidak menyedari kesempurnaan dirinya. Wajahnya yang
kacak, tutur katanya sangat teratur. Dia sangat alim bahkan pengetahuan
agamanya sangat mendalam sehingga kehidupan barat yang dia lalui selama
melanjutkan pelajaran tak berjaya mempengaruhi Farizan. Di mataku, suamiku ini
sangat sempurna!
“Abang
ada sebuah lagu untuk Ain. Dengar abang nyanyi,ya. Kalau tak sedap jangan
kutuk,” aku anggukkan kepala. Oh, aku terlupa hendak beritahu, suamiku juga
suka menyanyi. J
“Aku
rasa telah kutemukan cinta sejati, saat aku hilang arah dan tak terkendali, di
saat aku cuba bertanya di suatu sisi, kuyakin kau cinta mati…” pada dinihari
yang hening ini suara Farizan menusup jauh ke dasar hatiku. Kurakamkan saat ini
di ruang hatiku yang paling dalam.
“Ain
cintakan abang. Cintakan Putera Katak Ain sangat-sangat. So much in love with
you,” aku luahkan rasa cintaku padanya. Biar dia tahu di hatiku ini hanya ada
namanya.
Farizan
nyata terharu. Matanya berkaca. Di dahiku dihadiahkannya kucupan sebagai tanda
aku sangat disayangi.
Aku tersesat
menuju hatimu,
Beri aku jalan
yang indah,
Izinkan aku
lepas penatku,
Untuk sejenak
lelap di bahumu…
‘Ya
ALLAH,izinkan selamanya aku menjadi permaisuri di hati hambamu ini’ kutitipkan
doa di hati. Cinta pertamaku ini kuharapkan agar menjadi cinta terakhirku.
Amin…
No comments:
Post a Comment