“Pilih
antara Qaisy atau keluarga.”
“Mak!”
jeritku. Aku terkejut. Sampai hati emak memaksa aku untuk memilih Qaisy atau
keluarga. Aku takkan mampu membuat pilihan.
“Kalau
Laila pilih kami, mak nak Qaisy ceraikan Laila depan kami semua. Kalau Laila
pilih Qaisy, sila kemaskan barang-barang Laila dan pergi dari sini,” tegas emak
setelah aku terjerit.
Air
mata mengalir tiba-tiba. Qaisy dihukum tanpa perbicaraan.
Aku
tarik nafas dalam-dalam. “Laila pilih Qaisy,” jelasku tenang dan terang. Dengan
yakin sekali.
Qaisy
pandang wajah aku. Dari sinar matanya, aku tahu dia tidak suka dengan
keputusanku. Dia mahu aku terus bersama keluarga. Ya, aku tahu Qaisy sentiasa
mahukan yang terbaik untuk diriku.
“Laila…”
kulihat air mata Qaisy turut mengalir setelah menyebut namaku. “Fikir
baik-baik, sayang. Jangan sebab Qaisy, Laila nak buang keluarga. Insya ALLAH,
kalau bukan dengan Qaisy pun, Laila akan bahagia juga.”
“Qaisy
tak salah,” sahutku. Kali ini suaraku lemah tidak setegas tadi. Kenapa Qaisy
harus mengalah? Bukankah dulu dia berusaha untuk mendapatkan aku? Bukankah
dulu, sebelum menikahi aku, kami mendapat tentangan yang sama? Kenapa kali ini
dia tidak lagi berjuang untuk bersama denganku?
“Tak
salah?” Abang Hamzah menyampuk. “Dah terang lagi bersuluh, dia bersama Atul
dalam bilik tadi. Dahlah masa tu dia tak berbaju, Atul pulak terbaring atas
katil. Kau dah buta ke, Laila?”
Aku
diam sahaja. Kalau aku cuba pertahankan Qaisy pun, tiada siapa yang akan
percaya. Mereka berdua tertangkap dalam keadaan yang mencurigakan tetapi aku
tahu kebenarannya.
“Laila
tetap mahu bersama Qaisy. Suatu hari nanti mak akan sedar, apa yang mak buat ni
salah. Dan Laila harap masa tu, segalanya belum terlambat untuk mak betulkan
kesilapan,” tuturku sambil memandang semua ‘hakim’ yang berkumpul di ruang tamu
rumah aku itu. Atau adakah sekarang aku dah hilang hak untuk menyebut rumah ini
sebagai rumah aku?
“Keluar
kau dari rumah ini dan jangan kembali lagi. Kau dah tak ada hubungan dengan
kami.”
Emak
berlalu tanpa pandang kami berdua. Okay, fine! Aku pun tak hadap nak tinggal di
sini apabila semua dah tak percaya pada kami. Aku berdiri sambil tarik tangan Qaisy
untuk masuk ke bilik. Kemaskan barang-barang kami dengan segera lalu keluar
dari rumah ini. Aku sikit pun tak kisah!
Qaisy
ikut aku dengan teragak-agak. Aku tahu dia serba salah. Sampai di depan bilik,
aku dengar Shaidatul menjerit.
“Habis
Atul macam mana? Atul dah ternoda. Siapa nak bertanggungjawab pada Atul?” dia
menangis teresak-esak. Pandai berlakon!
Dengan
marah, aku berpaling kembali ke ruang tamu. “Tak ada sesiapa yang noda Atul.
Ingat, dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh. Kenapa Atul tak bunuh
aje Mak Su? Baru puas hati Atul, kan?”
*****
Kami senyap saja dalam kereta. Aku lihat wajah Qaisy yang serabut. Kesian dia. Dari awal perkahwinan lagi, dia sudah tidak diterima keluarga aku. Ketika dia memegang tombol gear, aku sentuh tangannya. Wajahnya aku pandang dengan penuh rasa kasih. Dia menoleh sekilas. Tangannya aku bawa ke dadaku. Biar dia merasai getaran cintaku yang tak pernah berkurang untuknya.
Kami senyap saja dalam kereta. Aku lihat wajah Qaisy yang serabut. Kesian dia. Dari awal perkahwinan lagi, dia sudah tidak diterima keluarga aku. Ketika dia memegang tombol gear, aku sentuh tangannya. Wajahnya aku pandang dengan penuh rasa kasih. Dia menoleh sekilas. Tangannya aku bawa ke dadaku. Biar dia merasai getaran cintaku yang tak pernah berkurang untuknya.
“Kenapa
Laila percaya pada Qaisy sedangkan apa yang semua orang nampak memang jelas
seolah-olah kami buat perkara tak elok dalam bilik kita?” dia tanya tanpa
memandang ke arahku. Tumpuan ditujukan sepenuhnya ke atas jalan raya.
“Laila
nampak dari awal lagi apa yang sebenarnya berlaku,” jawabku. Tangannya masih
dalam genggamanku.
“Habis
tu, kenapa Laila tak terangkan pada mereka?” kali ini baru Qaisy berpaling
memandangku.
“Siapa
nak dengar cakap Laila? Semua orang lebih percayakan Atul. Dalam kisah ni,
dialah orang yang teraniaya itu, kan? Lagipun Qaisy bekas tunang Atul. Bagi
mereka semua, tak mustahil Qaisy masih ada perasaan pada Atul.”
Dia
diam semula. Aku tidak tahu apa yang bermain dalam fikirannya. Walaupun sudah
hampir setahun menjadi isterinya, ada sisi yang aku belum kenal mengenai
suamiku ini. Barangkali sebab kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin dulu.
Kami berkenalan hanya kerana dia bakal suami anak saudaraku, Shaidatul. Apabila
dia putus tunang dengan Shaidatul, tiba-tiba dia meminang aku pula. Sedangkan
di hatiku pada masa itu memang telah terisi dengan satu nama yang aku sendiri
cuba padamkan. Qaisy…
“Laila,
kalau Qaisy tanya, Laila jangan marah, ya?” solanya sambil menarik
perlahan-lahan tangannya dari genggamanku. Aku biarkan.
Untuk
menjawab soalannya, aku angguk saja.
“Ermm,
kalau Laila tak nampak apa yang berlaku dalam bilik tadi, Laila tetap percaya
pada Qaisy tak?” dia sebut satu persatu. Agaknya dia ragu untuk bertanya soalan
itu.
“Qaisy,
kalau Laila tak percaya pada Qaisy, Laila takkan ada di sini. Kalau Laila tak
percaya pada Qaisy, dari dulu lagi Laila tak terima Qaisy. Kita dah lalui
macam-macam cabaran dan halangan, kan? Kenapa baru sekarang Qaisy ragu-ragu
pada Laila?” aku lepaskan keluhan.
“Terima
kasih, Laila. Tapi Qaisy nak Laila minta maaf pada family Laila. Mereka
segalanya untuk Laila. Kasih ibu membawa ke syurga. Buat masa sekarang Qaisy
faham, semua orang tengah marah tapi Laila jangan terus asingkan diri. Bila
keadaan dah reda nanti, Laila baliklah semula ke rumah itu. Qaisy akan temankan
tapi kalau mereka tak boleh terima Qaisy, Laila jangan tinggalkan mereka untuk Qaisy.
Boleh, sayang?”
*****
Bahuku ditepuk. Hilang lamunan tiga tahun yang lalu. Perlahan-lahan aku mengangkat muka memandang Azizi. Dia tersenyum.
“Lekanya
mengelamun. Entah berapa episod kau punya drama tu. Kalau kau memasak macam ni,
pukul berapalah baru aku dapat makan,” keluh Azizi. Dia tarik kerusi lalu duduk
di sebelahku.
“Sorry…”
“Eh,
tak apa. Meh aku tolong kau masak.” Azizi tarik pisau yang ada di tanganku.
Aku
terkedu. Melihat wajah tenang Azizi, aku terfikir adakah disebabkan sikap keras
kepala aku yang menyebabkan aku kehilangan semua yang pernah aku miliki dulu. Agaknya,
aku sendiri yang musnahkan kebahagiaan aku. tapi andainya aku tak memilih
Qaisy, adakah semuanya akan kembali seperti biasa?
“Laila,
sudah-sudahlah mengelamun tu. Aku dah lapar ni.” Sekali lagi Azizi mengejutkan
aku. Aku malu!
Aku
berdiri sambil membawa sayur yang sudah siap dipotong untuk dibasuh. Tiba-tiba
aku pening kepala dan tekak terasa mual. Aku sedaya-upaya menahan diri dari
termuntah tapi tak berjaya.
Azizi
datang menghampiri aku di sinki sambil mengurut belakangku. Aduh, peritnya
tekakku!
“Dah
berapa bulan?” soal Azizi.
“Erm..eh…mana
ada. Masuk angin aje. Aku belum makan dari pagi tadi.” Aku cuba berselindung.
“Kau
ingat aku tak nampak perut buncit kau tu? Benda macam ni pun nak sorok dari
aku.”
Aku
sentuh perutku yang agak membuncit tu. Aku tak ada niat pun nak sorokkan Cuma aku
masih rasa ada jurang antara aku dengan Azizi. Aku tak tahu bagaimana
penerimaan dia tentang kehamilan aku.
“Laila…”
Azizi tarik aku menghadapnya. “Kau ada alasan yang kuat untuk balik ke rumah. Ni,
kandungan kau ni, mana tahu boleh lembutkan hati mak.”
“Boleh
ke?”
“Kita cuba sama-sama.”
No comments:
Post a Comment