Telefon
bimbit yang telah disetkan dalam silent mode bergetar di dalam poket seluar.
Najla menyengetkan tubuh supaya senang untuk mengambil telefon tersebut.
Melihat nama ‘beruk’ terpapar pada skrin, Najla membiarkan panggilan itu tidak
berjawab. Telefon diletak di atas riba. Tangannya kembali menari rancak di atas
permukaan Samsung Galaxy Tab 10.1 berwarna putih yang tersarung cover Mickey
Mouse.
Paha
Najla terasa geli apabila sekali lagi telefon bimbitnya bergetar. Nama ‘beruk’
lagi. Najla malas mahu menjawab tetapi bila dia terperasan jelingan lelaki yang
duduk berselang sebuah bangku dari tempat duduknya, Najla mengubah keputusan.
‘Jawab ajelah. Bukan prepaid aku yang luak.’
“Apa
hal?” Najla terus menerjah pemanggil itu.
“Assalamualaikum.”
Suara orang di sebelah sana kedengaran mengusik.
“Waalaikumussalam.
Nak apa?” tanya Najla garang.
“Nak
awak.”
“Ayat
playboy basi. Nak muntah, tahu tak?” Najla buat bunyi uwek..uwek..konon meluat
sangatlah tu.
Eyman
tergelak kecil. Sedikit pun tidak terkesan dengan kutukan berbisa Najla. “Nak
muntah? Are you pregnant? Anak saya ke?”
“Pergi
jahanamlah kau! Kau ingat aku macam perempuan yang kau kelek ke hulu ke hilir
tu sampai aku nak mengandung anak kau?” maki Najla dengan penuh geram. ‘Dia
ingat aku perempuan murahan ke nak mengandung anak dia?’
“Oh,
kes cemburulah ni! Jom dating. Biar saya sejukkan sikit hati awak yang panas
tu.” Eyman masih ligat mengusik. ‘Ah, rindunya! Berapa hari dah tak jumpa
Najla!’ Eyman menjerit dalam hati.
“Tak
kuasa aku nak buang masa dating dengan kau,” marah Najla. “Lagi satu, Paduka
Eyman Haikal, aku tak pernah cemburu pun kau nak keluar dengan mana-mana
perempuan. Bukan urusan aku nak ambil tahu pasal kau.”
Eyman
tergelak riang. Bukan sebab lucu tapi dia disebabkan rasa kemenangan. Selalunya
jarang Najla mahu berbual panjang dengan dia. Akibat marah, Najla masuk
perangkap.
“Main
nama penuh nampak. Kenapa tak sebut nama papa saya sekali?” tukas Eyman lagi.
Seronok pula bila dengar Najla marah-marah padanya.
“Paduka
Eyman Haikal bin Dato’ Paduka Ehsan Hershad, kalau kau tak tahu nak buat apa,
prepaid kau tu banyak sangat, apa kata kau hubungi mana-mana stesen radio, kau
boraklah panjang-panjang dengan deejay tu,” Najla meleretkan suara.
“Bagus
juga cadangan awak. Bolehlah saya dedikasikan lagu dan luahkan perasaan saya
pada awak. Biar seluruh Malaysia tahu,” sahut Eyman dengan riang. “Stesen radio
apa yang tengah popular sekarang? Saya nak call.”
“Gila!”
Najla terus menamatkan talian. Telefon bimbit dimatikan lalu dimasukkan kembali
ke dalam poket seluar.
“Siapa
tu?” lelaki yang duduk di sebelah Najla bertanya tiba-tiba. Najla buat muka
pelik.
“Tanya
saya?”
“Ya,
saya tanya awak. Siapa yang called awak tu?” lelaki itu menoleh. Matanya tepat
dihalakan ke wajah Najla.
“Tak
kenal!” jawab Najla ringkas. Dia sibuk menatap paparan facebook pada Galaxy Tab
nya.
“Borak
macam kenal,” lelaki itu bersuara lagi.
“Sukatilah,”
Najla jawab sepatah. Walaupun rasa jengkel dengan ‘kesibukan’ lelaki itu yang
cuba nak tahu berkenaan dirinya, dia menjawab juga. Mungkin sebab mata dan
mulutnya sudah bersekongkol akibat terpikat dengan wajah kacak lelaki itu.
Tambahan lagi, tahi lalat di atas hidung mancung lelaki itu kelihatan sangat
menawan. Comel!
“Awak
tunggu siapa?” Nampaknya, tidak mudah lelaki itu menyerah kalah. Masih juga
mahu berbual dengan Najla.
“Tak
tunggu sesiapa.” Mata Najla terpaku pada skrin tab. Tidak mahu menoleh.
“Habis
tu, apa awak buat di sini?” soal lelaki itu kehairanan.
“Nak
tumpang wifi percuma,” jawab Najla selamba.
Lelaki
itu tiba-tiba tergelak besar. “Dalam banyak-banyak alasan orang duduk di
lapangan terbang, saya tak pernah terfikir ada yang sanggup duduk di sini sebab
nak tumpang wifi,” dia menekan perutnya. Air mata kelucuan mengalir. “Legend
sungguh awak punya lawak antarabangsa. Adeyyy, sakit perut saya!”
Najla
merenung wajah yang sedang mentertawakan dirinya dengan serius. Cermin mata
yang melurut di hidung, ditolak ke atas dengan kasar. Mata dipicingkan biar
lelaki itu gerun.
“Sibuk!”
gerutu Najla.
“Boyfriend
anak datuk tu tak sponsor broadband ke? Bukannya mahal pun.”
“He’s not my boyfriend. Lagipun saya tak
mahu ambil kesempatan berkawan dengan anak orang kaya, kikis harta dia. Saya
tak berkenan sungguh kalau ada perempuan lain berperangai begitu. Kenapa pula
saya nak buat benda yang saya tak suka?” Najla mula melembutkan suara. Fikir
Najla, tiada salahnya dia melayan lelaki itu berbual baik-baik. Lepas ini
mungkin tak ada lagi pertemuan antara mereka.
“Saya
suka prinsip awak,” puji lelaki itu. “Okeylah, isteri saya dah sampai. Harap dapat
jumpa awak lagi. You are so cute.
Lebih-lebih lagi bila marah,” dia mengenyitkan mata ke arah Najla.
‘Typical Malay playboy. Buaya tak habis
menuntut lagi. Ada isteri pun sempat lagi jual minyak,’ kutuk Najla dalam hati
“Dan
saya nak nasihat satu perkara pada awak. Si Paduka panglima diraja di zaman
silam tu taklah jahat sangat. Try to get
to know him,” berserta senyuman penuh makna, lelaki itu berlalu.
Tiba-tiba
mood Najla merudum. Matanya melirik ke arah jam tangan Bonia di pergelangan
tangan kirinya. Sudah pukul sepuluh malam. Sejak lepas isyak tadi dia sudah
duduk di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching itu. Dia offkan
wifi. Dengan langkah longlai menghala ke tempat letak kereta.
Memandu
dengan rasa yang berkecamuk di hati, pandangannya dikaburi air mata yang
bergenang. Rasa panas di dalam hati. Najla tidak tahu kenapa malam ini
perasaannya jadi begini sensitif. Tanpa sedar, kaki menekan pedal minyak dengan
kuat akibat rasa tertekan yang membelenggu.
Bukk!
Najla
terlanggar kereta di hadapannya. “Arrggghhhh!” Najla menjerit melepaskan
tekanan perasaan. Setelah diri rasa tenang, dia keluar dari keretanya.
“Awak
memandu ke berangan? Jalan lengang pun awak boleh terlanggar kereta orang!”
pemilik kereta yang dilanggarnya menyergah dengan kasar.
“Maaf,
encik. Saya tak sengaja. Jangan risau, saya akan tanggung semua kerugian encik.
Saya call kawan saya dulu.”
No comments:
Post a Comment