Aku
baru balik dari pejabat. Rumah kosong yang menyambut kehadiranku, seperti
lazimnya hari-hari lain. Kutanggalkan kasut tumit tinggi di muka pintu. Sampai sahaja
di ruang tamu, aku terus merebahkan badan di atas sofa. 'Ah, leganya!'
Keronsang
di bahu kiri dan kanan aku cabut untuk meloloskan tudung dari kepala. Aku
rimas. Rambut yang masih terikat kemas, aku bebaskan. Barulah selesa. Aku bukan
suka sangat berambut panjang tapi suami aku lebih gemar rambut aku yang panjang
begini. Lebih seksi katanya. Aku menurut saja. Walaupun aku bukan jenis yang
suka grooming. Setakat mandi dua kali
sehari dan rambut aku ini aku jaga sendiri. Tak pernah pun aku ke spa.
Telefon
dalam beg tangan berbunyi nyaring. Bahagian chorus
Just Give Me A Reason bergema dalam
suasana sunyi rumah pada ketika ini.
"Assalamualaikum…"
Salam penuh ceria aku ucapkan bila melihat 'cinta' pada skrin.
"Waalaikumussalam
warahmatullahi wabarakatuh..." jawabnya dalam intonasi budak sekolah.
Sengal!
"Bila
balik? Rindulah..." tanyaku padanya. Aku tahu dia akan balik esok hari
tapi aku sengaja hendak mengada-ada. Kalau tak mengada dengan suami, dengan
siapa lagi, kan?
"Tak
jadi balik," sahutnya. Er?
"Kenapa
tak jadi balik?" Aku meleret suara. Dah seminggu dia ke Sibu atas urusan
kerja dan sekarang dia kata tak jadi balik? Arrgghhh...! Tadi aku sudah membeli
minyak wangi baru sebab nak ermm...malaslah nak cerita.
"Surprise! I've booked your ticket to
Sibu. Tomorrow earliest flight. Esok
Masitah ambil sayang di rumah dan hantar ke airport.
Tugas sayang sekarang cuma packing
barang sayang. Dan jangan lupa your pink
lingerie. I like that one very much." Hanif ketawa gatal di hujung
bicaranya.
"Betul?"
Aku tanya lagi. Mana tahu dia sengaja nak kenakan aku. Hanif ni bukan boleh
percaya sangat. Suka saja dia nak menyakat aku.
"Betul.
Kalau tak percaya, sayang call
Maswing sekarang juga. Tanya ada tak nama sayang dalam penerbangan esok,"
terang Hanif sungguh-sungguh.
Usai
berborak di talian, aku kembali menyandar di sofa. Penat sudah hilang bila mendengar
suara ceria Hanif. Dia yang aku nikahi tiga bulan lepas. Tak pernah bercinta,
aku mengenali Hanif ketika aku bertugas sebagai guru sandaran di sekolah tempat
dia mengajar. Setelah habis tempoh menjadi guru sandaran, kami tidak pernah
jumpa lagi. Takdir ALLAH, keluarganya yang sedang mencari jodoh untuk Hanif,
diperkenalkan kepada keluarga aku. Melalui beberapa sesi taaruf bersama
keluarga, akhirnya kami disatukan dalam majlis sederhana.
Aku
renung wajah Hanif yang aku jadikan wallpaper
telefon bimbit. Rindu menggebu di hati. Setelah menjadi isterinya yang sah,
rasa cinta itu terus saja berputik. ALLAH gerakkan hati aku untuk mencintainya.
*****
Aku
terjaga dari tidur yang nyenyak. Didodoi irama cinta dari suami yang romantik,
siapa yang tak terlena, kan? Mataku terpisat-pisat pedih kerana silau. Aku
dapati lampu kecil di atas siling bilik hotel ini menyala. Bukankah malam tadi
semua lampu sudah ditutup?
Tangan
kanan menggagau mencari tubuh suami. Erk, tak ada? Aku bingkas bangun. Dalam
posisi duduk begini, aku nampak kelibat Hanif sedang membelakangi aku. Duduk di
sejadah dan kelihatan seperti sedang berdoa. Aku capai jam tangan. Pukul empat
pagi. Rajinnya dia solat sunat! Tapi kenapa tak kejutkan aku sekali? Ini yang
aku nak marah ni! Hehe...tak adalah, gurau saja. Takkan nak marah pada suami...
"Ya
ALLAH, aku mencintai dia tapi jangan jadikan dia jodohku. Amin ya rabbal
alamin." Sendu suaranya melafaz doa.
Aku
terpana. Apa makna doanya itu? Aku bukan 'dia' yang dimaksudkan. Sebab aku yang
menjadi jodohnya. Adakah dia terpaksa dalam ikatan ini? Bila dia berpaling, aku
kembali berbaring. Pura-pura tidur.
Ketika
dia kembali di sisiku atas katil ini, badanku ditarik ke dalam pelukan. Aku tak
merasa damainya pelukan itu. Hati aku sedang sakit. Namun aku sedaya-upaya
menahan sedu tatkala dia membisik zikir munajat di telingaku. Cuma air mata
yang mengalir perlahan, tanpa dapat kutahan. 'Abang, aku bukan yang engkau
cinta?'
*****
Setelah
penat berjalan-jalan sekitar Sibu, kami berhenti makan di sebuah gerai kecil.
Menurut Hanif, nasi ayam penyet di sini paling sedap di bandar Sibu.
Aku
sudah kehilangan mood sejak malam tadi. Rancangan percutian mengejut hujung
minggu yang dibuat oleh Hanif benar-benar membuat aku terkejut. Seharian ini
aku cuba mengukir senyuman ikhlas untuk dia tapi aku tak berdaya.
"Sayang
nak makan apa?" dia bertanya pada aku yang sedang leka. Nasib baik aku
masih dengar soalannya.
"Sama
macam abang," jawabku tanpa jiwa. Pelayan yang mengambil pesanan terus
berlalu setelah Hanif meminta makanan yang dia mahu.
"Sayang,
abang nak minta pendapat. Boleh?" Tangannya mendarat di atas penyandar kerusi
yang sedang aku duduki.
"Boleh.
Tanyalah."
"Hari
tu abang jalan-jalan di Wisma Sanyan. Abang terjumpa sehelai baju yang dulu
pernah abang suka. Walaupun dulu abang pernah mencari baju yang sama
merata-rata, tapi tak jumpa. Sekarang baru jumpa balik tapi abang tak beli
sebab abang dah beli baju lain. Baju baru abang itu pun selesa. Cantik, kainnya
halus dan tak panas. Jadi abang biarkan baju itu. Betul tak tindakan
abang?" dia berbicara tanpa memandang wajah aku. Doanya malam tadi masih
terngiang-ngiang di telingaku. 'Jangan jadikan dia jodohku.'
"Abang
tak menyesal nanti? Mana tahu suatu hari nanti timbul rasa ralat di hati abang
sebab lepaskan baju itu. Mesti special
dan limited edition, kan? Sebab itu
abang susah nak jumpa baju seperti itu. Walaupun abang baru saja beli baju
lain, abang rasa teringin juga pada baju itu, kan? Sayang rasa, kalau abang
mampu, abang dapat beli baju itu tanpa susahkan diri abang, abang beli sajalah.
Boleh pakai gilir-gilir." Aku tersenyum padanya. Aku tahu apa yang dia
maksudkan. Dia cintakan orang lain tapi tetap mahu jaga hati aku.
"Tapi
abang rasa abang tak perlu baju itu. Abang dah ada baju yang abang sayang. Biar
abang pakai baju itu saja. Sampai lunyai pun abang tetap pakai," wajah aku
direnung dengan penuh kasih. Ini yang susah kahwin dengan cikgu, semua benda
nak dikiasnya. Dia lupa isterinya ini seorang akauntan. Corner-corner tak mainlah cik abang.
"Senang
cerita, abang rekomenkan baju itu pada kawan abang yang belum berbaju. Dapat
juga tempias kebaikan," aku kenyit mata pada Hanif.
Tiba-tiba
Hanif ketawa. Mulut ditekup dengan tangan kanan. "You are brilliant, my dear. Nanti abang suruh kawan abang tengok
baju itu. Mesti dia berkenan."
"Abang
tak cemburu ke nanti? Kawan abang dapat baju yang abang suka?"
"Taklah,"
dia geleng kepala. Comel pula bila dia buat begitu. Hanif merapatkan diri pada
aku. Di telinga aku dia berbisik; "Abang lagi suka pakai baju abang
sendiri. Lagi-lagi kalau baju abang tu tak pakai baju."
"Abanggggg...!"
pahanya aku cubit kuat-kuat. Gatal sungguh!
*****
"Ya
ALLAH, aku masih ingat padanya. Jangan jadikan dia jodohku kerana aku sayang
isteri aku dan anak yang sedang dia kandung."
Pada
sepertiga malam, aku sekali lagi terdengar doanya. Dalam hati aku turut
mengaminkan doa tulus suami aku itu.
smilee...
ReplyDeletecerita awak lain dari yang lain. sweet walaupun tidak pada tahap diabetes tapi ada nilainya tersendiri..hehh.. saya suka! saya suka!
^_^
terima kasih..kerana sudi singgah dan beri komen...jemputlah baca yg lain jugak yer.....
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteshort n sweet....tahniah lia....
Deleteterima kasih kak!!!!
DeleteMenjentik rasa. I like
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah... <3
Deletemeskipun pendek tapi i like...mujurla si isteri yang tak cepat melenting ...walaupun kiasan suami tu memang menyentap tapi kepercayaan yang diletak sepenuhnya pada Yang Esa dengan doa...nice reading..:)
ReplyDeleteterima kasih...ini adalah hasil tulisan dari seorang wanita yg belum bergelar isteri...jadi saya tidak dpt gmbarkan benar2 bagaimana perasaan seorang isteri...moga sudi singgah lagi...terima kasih atas komen yg diberi.. <3
Delete