NOVEL 1 4 3 KARYA PINGU
TOHA, TERBITAN JEMARI SENI (FEBRUARI 2010)
Sudah lama saya memiliki
novel ini. Antara koleksi novel Jemari Seni yang terawal saya miliki. Setelah
membaca berulang kali, baru kali ini tergerak hati nak berkongsi ulasan.
Apabila tengok cover dan
tajuk, macam tak nak baca (apalagi nak beli!). JS, maafkan saya untuk komen
itu! Mujur saya bukan pembaca yang mudah terpengaruh dengan tarikan cover, sinopsis
dan promosi. Saya membeli menurut gerak hati. Dan ternyata, novel ini berbaloi
untuk dimiliki bahkan oleh seseorang yang tidak gemar membaca.
Novel ini sinambungan
novel pertama (?) penulis, bertajuk L.U.V.E. Terus-terang, novel sekuel begini
selalu membantutkan niat untuk membaca. Takut tak ‘masuk’ macam novel pertama.
Tapi, saya dah baca L.U.V.E jadi saya rasa tak salah mencuba 1 4 3. Percayalah,
novel ini tidak menghampakan!
Garapan Pingu Toha memang
lain daripada lambakan novel Melayu (maaf…). Ada pengaruh novel Inggeris
sedikit sebanyak tetapi tetap ada trade mark Pingu Toha yang tersendiri.
Membaca 1 4 3 memang memerlukan masa yang agak panjang untuk sampai ke
penghujung. Bukan sebab novel ini membosankan tetapi kenyataannya ketika
membaca, saya tak boleh terlepas walau satu perkataan pun! Kalau tak, saya tak
faham. Jadi kena ulang semula. Itu uniknya Pingu Toha! Jarang penulis yang
mampu menulis begini. Berikan tepukan gemuruh kepada beliau!
Sekali lagi, jangan
terpedaya dengan cover dan tajuk. Ini bukan sekadar kisah cinta remaja; I love
you, I love you too… ini kisah kasih sayang yang ada di sekeliling kita.
Tentang semangat persahabatan, persaudaraan dan tentang hakikat yang perlu
dihadapi tatkala kehilangan insan tersayang. Sama ada ‘dia’ pergi untuk
selamanya atau terpisah ‘atas sebab-sebab tertentu’.
1 4 3 tidak hanya fokus
pada pergelokan watak utama, malahan watak utamanya bukan seorang tapi beberapa
orang yang terperangkap dalam cinta.
Uth berdehem lagi. Kata-kata yang seterusnya melekat pada dinding alur suara. Sesak dada jadinya. Perlahan-lahan Uth membetulkan alur nafas, bertenang. Satu lagi keluh panjang dihembus keluar daripada mulut. Tenang. Kemudian, “Saya dah cuba beritahu Lana tentang perasaan saya pada dia. Untuk mengakui yang saya betul-betul cintakan dia. Tuhan saja yang tahu betapa payahnya kata-kata itu. Sampai tak terucap pun. Saya mahu, sangat-sangat mahu… Tapi, tak dapat. Macam saya lemas dalam air, tak dapat berenang ke permukaan. Saya tak dapat bernafas dan saya tak dapat berenang. Saya memang tak pandai berenang, by the way. Dan saya terus tenggelam. Sampai ke dasar yang paling dalam. Saya masih di situ, menahan sisa nafas untuk terus hidup. Menunggu kalau ada harapan untuk seseorang menarik saya ke permukaan. Untuk bernafas semula. Saya simpan nafas sampai dia datang. Untuk Lana.”
Cerita ini sedih
(betul!). Memang sebak tika membaca 1 4 3. Tapi belum mampu untuk mengalirkan
air mata. Mungkin sebab penulisnya lelaki… J Untuk itu saya bagi empat bintang sahaja. Okey Encik Uth? Ooopppsss…
Encik Pingu…hehehe… Oh, ya! Lepas baca L.U..V.E dan 1 4 3, saya rasa Pingu Toha
peminat (atau sekurang-kurangnya ada membaca) novel Tuan Bahruddin Bekri.
Betul, kan?
Dalam ulasan kali ini,
saya tidak sentuh langsung soal jalan cerita atau watak-watak dalam 1 4 3. Semuanya
ada dalam 1 4 3. Beli dan baca sajalah!
No comments:
Post a Comment