Bila baca dengan penuh
penghayatan, tajuk cabaran hari pertama ini, bermakna saya perlu menyatakan 1
sahaja lagu yang saya suka.
Lagu yang paling saya suka
ialah… Permaidani – Aris Ariwatan.
Mengapa saya memilih lagu
ini dalam sekalian banyaknya lagu yang saya minati? Sebabnya, dalam lagu ini,
saya suka semuanya… lirik, music arrangement, suara penyanyi, even penyanyi itu
sendiri. VC asalnya pun saya suka. Kebanyakan lagu-lagu lain yang saya suka,
kadang-kadang saya hanya suka liriknya, muziknya atau suka sebab jadi ost dalam
filem atau drama. Saya tak suka penyanyi. J
Dulu-dulu, masa zaman
sekolah, saya tulis Permaidani as my favorite song dalam biodata. Tau, kan
biodata tu apa? Eleh, takkan tak pernah tulis biodata, kan?
Yang paling saya ingat
mengenai lagu ini ialah… saya pernah membuat persembahan dekon sempena Hari
Guru dan lagu ini saya pilih as background music. Saya rasa liriknya ‘kena’
untuk ditujukan kepada guru.
Untuk membuktikan saya
benar-benar minat lagu ini, saya tulis liriknya tanpa google… enjoy the song,
peeps!
Rimbun dan redup kasihmu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat
kurebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan Penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu walau
kusedari
Oh, nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang kugalas ini
kepadaMu titianku
hijrahkanlah diri ini
*dalam suasana Ramadhan,
lagu ini memang masyukkk…

No comments:
Post a Comment