Friday, 26 July 2013

BIAR DIA PERGI - 8

8

Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya (22 Mac 2013)
            Usai menunaikan solat zohor, telekung ditanggalkan lalu disangkut pada tempat yang telah disediakan di surau itu. Sambil merenung cermin, Munirah meratakan bedak ke wajah. Mekap yang ditanggal sebelum mengambil wudhu’ tadi dicalit semula. Mulutnya menggumam perlahan irama lagu yang bermain di minda.

Kamu bilang padaku bahwa kamu benar sayang
Kau bilang aku kau akan selalu sayang
Dan kamu bilang aku cinta kamu sayang
Kamu bilang padaku bahwa kamu benar cinta
Kau bilang aku kau akan selalu cinta
Dan kamu bilang aku sayang kamu cinta
Tapi orang bilang katanya kamu ga sayang
Orang bilang katanya kamu ga cinta
Orang bilang tentang kamu orang bilang…

            “Amboi, seronok nampak!” Munirah mengurut dada kerana terkejut disergah. Lantas melihat siapa yang menegur melalui cermin di hadapannya.
            “Kak Dayang,” Munirah menoleh sebagai tanda menghormati Dayang Normala yang berbicara dengannya. Setelah menghadiahkan senyuman, dia kembali berpaling menghadap cermin. “Moon senang hati hari ini. Petang nanti nak balik kampung.”
            “Moon drive sendiri ke?” Dayang Normala ingin tahu sebab dia sedia maklum yang Munirah belum biasa memandu. Selama ini dia dihantar pergi ke pejabat oleh bekas suami walaupun sudah lama memiliki lesen memandu.
            “Ish, mana Moon berani, kak. Moon naik bas,” jawab Moon sambil tersengih riang. Tak sabar nak balik kampung. Yuhuuu!
            Dayang Normala terpegun melihat keceriaan Munirah. Hatinya berasa senang. “Moon, Kak Dayang suka Moon ceria begini. Taklah akak susah hati nak tinggalkan Moon.”
            “Kak Dayang ni… mulalah tu nak buat Moon syahdu. Nak tinggalkan Moon apa pula, setakat akak pindah ke Menara Pelita tu, dari sini Moon melaung pun akak boleh dengar suara Moon,” gurau Munirah. Sesudah merapikan mekap, Munirah mengacukan pula tudungnya. Sisi tudung dikemaskan dengan lipatan kecil.
            “ALHAMDULILLAH, nasib baik tak kena transfer jauh. Kenapalah tak boleh ada pasangan suami isteri dekat satu pejabat… Kalau tak, tak perlulah akak nak pindah. Malas betul nak mulakan hidup baru ni,” keluh Dayang Normala. Dia yang telah tiga bulan melangsungkan pernikahan dengan teman sepejabat diarahkan untuk berpindah atas dasar kerahsiaan kerajaan.
            “Eleh, berat hati nak berjauhan dengan abang sayang dia lah tu!” Munirah makin galak mengusik.
“Amboi, bukan main lagi dia!” Dayang Normala mencubit lengan Munirah. Nakal tak hengat!
Munirah menggosok bekas cubitan Dayang Normala. Berbisa juga cubitan dia itu. Maklumlah, pengantin baharu. “Tapi kan, cepat pula proses pertukaran akak. Selalunya makan masa.”
 “Yang cepat tu pasal ada budak lelaki dekat Land & Survey Department yang offer diri pindah ke sini. Akak respect lah dengan budak ni. Kalau orang lain dengar saja HRMU, terus kecut. Dia ni special case,” terang Dayang Normala.
            “Dia nak cari pengalamanlah agaknya. Muda lagi ke?”
            “Muda lagi. Bujang trang tang tang tu… bolehlah Moon berkenalan!” Dayang Normala cuit dagu Munirah. Keningnya dijongket lalu tersenyum penuh makna.
            “A’ah, bolehlah Moon tambah koleksi,” sampuk Anita yang juga turut berada dalam ruang persalinan di surau tersebut.
            “Apa maksud kau ni, Nita?” Dayang Normala menegaskan suara. Kata-kata Anita tadi kedengaran sinis. Main tambah-tambah koleksi. Ingat Munirah jenis perempuan macam itu ke?
            “Aik, betul apa aku cakap. Moon kenalah tambah koleksi. Mana cukup dengan budak cina yang bawa dia ke hulu ke hilir tu. Kan Moon kan? Kau mesti sunyi sekarang, kan? Kesian kau. Muda-muda lagi dah jadi janda,” tanpa rasa bersalah, Anita terus melontar bicara yang menghiris perasaan Munirah.
            Munirah tertunduk. Menarik nafas panjang sambil berdoa di dalam hati semoga ALLAH mengurniakan kesabaran buatnya. “Terima kasih, Kak Nita sebab kesiankan Moon. Tak sangka selama ini Kak Nita memang sentiasa mengambil berat pasal Moon. Moon terharu sangat,” tutur Munirah sambil tersenyum. Berhadapan dengan bermacam cabaran, Munirah sendiri sudah lali. Apalah sangat setakat sindiran Anita yang tidak mendatangkan kesan itu. “Moon memang banyak contact lelaki. Kak Nita nak juga tak? Kalau Moon keluar dengan mana-mana lelaki nanti Moon ajak Kak Nita sekali tau. Tapi budak cina tu Moon simpan seorang sebab dia tu cerewet sikit. Nak yang cantik dan muda aje. Andartu dia tak layan.”
            Dayang Normala tidak dapat menahan rasa lucu mendengar serangan balas Munirah. Tawanya bergema dalam sunyi suasana. Munirah turut tersenyum. Dia bukan wanita lemah yang mudah diperkotak-katikkan. Munirah tahu dia mampu menghadapi dugaan hidup yang dia alami sekarang, tetapi dia tetap berharap insan di sekelilingnya boleh memahami keadaannya. Ini tidak, jangankan nak beri semangat, dia pula yang jadi bahan umpatan dan sindiran. Bukannya dia tidak tahu.
            “Patutlah laki kau tinggalkan kau. Mulut kau tu celupar,” Anita mengherdik. Dia rasa tercabar kerana kata-katanya disanggah oleh Munirah.
            “Eh, kalau kau tak mula, dia tak akan cakap macam tu pada kau,” Dayang Normala masih mahu membela Munirah.
            Munirah pegang tangan Dayang Normala. “Sudahlah tu, kak. Jom turun,” Munirah tidak mahu lagi bertikam lidah. Biarlah…diam bukan bererti dia kalah.
            Malas hendak menunggu lif, Munirah dan Dayang Normala turun dari tingkat lima belas yang menempatkan surau itu ke tingkat sebelas melalui tangga. Terketak-ketuk bunyi selipar jepun yang memang dikhaskan untuk ke surau.
            “Kita keluar, nak? Masa rehat lama lagi ni. Orang lelaki pun masih solat Jumaat lagi,” ajak Dayang Normala.
            “Moon tak bawa kereta hari ini. Pagi tadi kawan kakak hantar Moon pergi ofis. Kan petang nanti Moon nak pergi Kuching Sentral terus,” Munirah menolak ajakan Dayang Normala. Memang kebiasaannya mereka akan keluar menggunakan kereta Munirah sejak dia memandu sendiri. Dayang Normala pula datang dengan suaminya. Hari Jumaat, kereta itu digunakan suaminya untuk ke masjid.
            “Eh, lupa pula akak! Petang nanti macam mana Moon ke KS?” soal Dayang Normala.
            “Nanti kawan kakak Moon hantarlah. Yang budak cina Kak Nita maksudkan tu.Dia ambil anak Moon di rumah dengan Kak Mah lepas tu baru ambil Moon di sini,” suara Munirah semakin riang. Jika hidup memberi seribu sebab untuk bersedih, berikan hidup seribu alasan untuk bergembira. Kesedihan itu masih terasa tetapi bagi Munirah, yang berlalu biarlah berlalu.
            “Berat hati akak nak tinggalkan tempat ini. Lima tahun akak kerja kat sini, Moon bayangkan,” Dayang Normala mengeluh.
            “Sabarlah kak,” pujuk Munirah.
            “Kau luculah, dik,” getus Dayang Normala tiba-tiba.
            “Apa pasal pula? Apa yang lucu?”
            “Akak teringat kau sound Anita tadi. Baru dia tahu, penangan janda muda,” tukas Dayang Normala dalam gurauan.
            Munirah hanya tersenyum. Bila difikirkan, menyesal pula dia menempelak Anita sebegitu rupa. “Moon dah penat berdiam diri, kak. Bila Moon diam, orang ambil kesempatan. Bila Moon bersuara, orang tetap mengata macam-macam pada Moon. Moon sedar, masyarakat kita ni memang suka melabel orang. Lebih-lebih lagi kalau jenis macam Moon ni. Kena tinggal laki. Orang tak siasat, apa yang terjadi, apa masalah sebenar, kalau hal yang macam ni berlaku, mesti nak salahkan perempuan dan lelaki terlepas,” luah Munirah. Dayang Normala kagum dengan kata-kata Munirah. Lebih kagum lagi apabila Munirah meluahkan rasa hati tanpa sedu-sedan. Tenang dan bersahaja.
            “Hidup terkadang memang tidak adil. Yang penting kita masih percaya pada keadilan ALLAH. Akak dulu pun kena juga. Bila tak kahwin-kahwin sedang usia dah lanjut, orang asyik bertanya. Dah kahwin dengan teman sepejabat, orang masih mengata juga. Diam-diam sajalah, janji kita bahagia,” Dayang Normala mengelus bahu Munirah. Sesampai di ruang kerja, masing-masing mula menghidupkan semula komputer.
            “Eh, Kak Dayang,” seru Munirah dari meja kerjanya tanpa menoleh ke arah Dayang Normala. “Lupa nak tanya, bila akak last kat sini?” sambil bertanya, tangannya lincah menekan satu persatu butang di papan kekunci. Peluang masa rehat tengah hari yang agak panjang pada hari Jumaat digunakan untuk membuka laman sosial facebook.
            “Amboi, soalan macam nak halau akak saja!” Dayang Normala dan Munirah sama-sama tergelak.
            “Maksud Moon…”
            “Ya, akak faham,” pintas Dayang Normala. “Akak kat sini sampai hujung bulan ini sahaja. Mula 1 April nanti dah kena ke sana.”
            “Mesti Moon akan rindukan akak nanti,” Munirah menopang dagu dengan kedua-dua belah tangan. “Tak ada siapa nak kacau Moon, nak borak dengan Moon.”
            “Eleh, mengaku sajalah Moon tak sabar-sabar nak berkenalan dengan budak lelaki yang akan ganti tempat akak kan? Bolehlah Moon masukkan dalam senarai menunggu jadi pengganti Jafni,” Dayang Normala meneruskan provokasinya yang terganggu di surau sebentar tadi.
            “Jangan nak mengada-ngada. Akak ni… Moon tak terfikir lagilah nak cari pengganti. Moon okey saja hidup macam ni. Tak rasa kekurangan pun.”
            “Baguslah kalau macam tu…tapi kan…budak ni handsome, nak tengok gambar dia tak?” Dayang Normala mengusik lagi. Baginya, apa salah kalau Munirah berkawan dengan mana-mana lelaki. Takkan nak dikenang sampai mati lelaki macam Jafni itu.
            “Tak payahlah, kak. Nanti dia datang ke sini juga, kan? Masa itu barulah Moon berkenalan dengan dia. Okey?” Munirah sengaja mengelak. Tiada yang lebih handsome daripada Jafni di hatinya.
            Bunyi bayi ketawa kedengaran dari telefon bimbit Munirah. Itu bunyi untuk pemberitahuan kehadiran mesej di telefon bimbitnya. Nama ‘my heart’ yang terpapar menerbitkan senyuman di bibir Munirah. ‘Panjang umur dia. Baru sebut dalam hati, mesej darinya dah muncul.’
  
[Salam.moon balik kpg tak hr ni?]
 [Wsalam.balik…kenapa?]
 [ Balik dgn sapa?naik apa?]
[Dgn kak mah.bw sofia sekali.naik bas…]
[Xpyh naik bas.balik dgn abg..]
 [Dh beli tiket…]
Ok lah klu mcm tu.jg diri.hati2 tau…]
Thanks…]
            Rasa yang lama tenggelam kini timbul kembali. Munirah merasakan semula perasaan indah saat bercinta dengan Jafni. Entah sampai bila nama itu terus kukuh di hatinya. Semakin dia cuba melupakan, namun bayang Jafni semakin kuat dalam ingatan. ‘Abang, mengapa sebegini jauh abang berubah. Sekiranya masih ada cinta untuk Moon, kembalilah… Moon masih menunggu.’

Thursday, 25 July 2013

DEWI CINTA

Apa pun yang terjadi
Ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih
Coz everything is gonna be okay…..
31 Disember 2011

  Aku give up! Tak kuasa dah aku nak pujuk. Lantak dia lah nak menangis sampai tahun depan pun,aku dah tak kisah. Tadi beria sangat nak  jenguk isteri Cikgu Helmi beranak. Sekarang sedih pulak. Aku awal-awal dah warning,kalau rasa diri tu tak kuat sangat,baik jangan pergi. Nak pergi juga. Memang degil! Dari tadi berkurung dalam bilik sejak dia balik dari hospital. Risau juga aku tapi aku malas nak pujuk lagi. Sendiri cari penyakit.

  Seingat aku,ini kali kedua Adawiyah menangis bagai nak rak macam itu sejak menjadi isteri aku. Pertama kali dulu semasa hari akad nikah kami. Hari ulangtahun kelahirannya yang dipilih sebagai hari bersejarah itu hanya membuatkan dia lebih sedih. Seluruh keluarga tidak tahu mengapa air matanya gugur hari itu. Hanya aku! Hanya aku yang tahu.

“Encik Zul.”
Kuss semangat. Terkejut aku. Aku toleh ke balakang. Dia berdiri di pintu bilikku. Sumpah! Aku tak mampu nak menatap wajah dia sekarang. Nampak sedih sangat.
“Ya,ada apa?”aku jawab sambil menghulur sedikit senyuman. Aku mahu dia selesa bercakap dengan aku.
“Encik Zul lepaskanlah saya. Semua ini salah saya. Saya tak patut buat Encik Zul macam ini.”dia berbicara tenang. Apa yang dia merepek ni…
“Mengapa awak cakap macam tu? Apa sebenarnya awak nak beritahu pada saya?” aku duduk di birai katil dan tepuk tilam di sebelah kananku. Beri isyarat supaya dia duduk di situ. Perlahan-lahan dia melangkah lalu melabuhkan punggung.
“Perkahwinan kita ini mengarut. Sepatutnya dari awal lagi saya tak libatkan Encik Zul dalam masalah saya. Saya minta maaf. Encik Zul,lepaskanlah saya.”kali ini suara Dewi menunjukkan yang dia yakin dengan apa yang dia katakan. Tiada air mata dan sedu-sedan.

 Lama aku terdiam. Aku teringat kunjungan Dewi ke hospital petang tadi. Aku tahu Dewi sedih. Aku tahu Dewi cemburu. ‘Dewi,izinkan saya ubati luka Dewi itu.’

“Dewi,perkahwinan ini tak mengarut. Malah bukan satu kesilapan. Saya akan pastikan Dewi bahagia bersama saya. Saya akan berikan cinta saya sampai Dewi lupa pada cinta Cikgu Helmi.”aku sentuh sedikit tangan Dewi. Dewi menggeleng.
“Encik Zul,saya benar-benar rasa bersalah. Saya baru tahu sebelum ini Encik Zul dah bertunang. Kalau saya tahu saya takkan cadangkan kerja gila ini!”
Gulp! Dia tahu aku dah bertunang. Macam mana dia tahu?
“Bila Dewi tahu dan macam mana boleh tahu ni?”
“Zetty bagi sms pada  saya masa saya balik dari hospital. Kenapa Encik Zul tak cakap awal-awal? Saya malu pada Encik Zul. Saya rasa saya ini kejam sangat.”air mata mengalir deras dari mata cantik itu. Aduh,aku tak sanggup! Aku letakkan tanganku di bahu Dewi. Dia cepat-cepat mengelak.

  Aku mengeluh. Aku tak tahu bagaimana nak terangkan pada Dewi. Aku renung wajahnya. Dia masih sama seperti saat kami berkenalan dua tahun lalu. Ketika itu dia sedang menjalani latihan praktikal di syarikat tempat aku bekerja. Dia seorang gadis yang ramah dan boleh dikatakan mulut murai. Walaupun tempoh dia praktikal telah tamat,kami masih berhubung. Dia menceriakan hari-hariku dengan gurauan dan loyar buruknya. Ya,dia sangat bebakat dalam bidang loyar buruk. Aku ingat selama ini lelaki saja yang pandai loyar buruk.
“Hai,saya Adawiyah. Boleh panggil saya Dewi.”dan senyuman itu terus aku simpan di suatu tempat istimewa. Dewi,saya akan kembalikan senyuman indah Dewi…..

“Jadi,Dewi bukan menangis sebab tengok anak Cikgu Helmi?”aku bertanya sungguh-sungguh kerana dari tadi mati-mati aku ingat dia sentap tengok bayi perempuan Cikgu Helmi.
“Pasal itu pun ya jugak. Tapi saya lebih sedih bila dapat tahu Encik Zul dah bertunang sebelum kahwin dengan saya. Kenapa Encik Zul setuju juga kahwin dengan saya? Encik zul sedar tak Encik Zul dah lukakan hati tunang Encik Zul!”dan Dewi tidak lagi bertahan dengan esakan kecil. Tangisannya kini bagai mencarik hatiku. Wah,mencarik! Agaknya suasana suram macam ini buat otak aku tiba-tiba pandai bermadah pulak.
“Lupakan pasal tu,Dewi. Dewi tak terfikir ke,bila saya terima Dewi dalam hidup saya,bermakna saya cintakan Dewi. Dahlah,jangan nangis lagi. Sakit hati saya tengok air mata Dewi.”
“Saya bersalah pada Encik Zul! Saya bersalah pada tunang Encik zul! Saya nak Encik zul lepaskan saya!”Dewi meluru keluar dari bilik aku.

 Bunyi bunga api dilepaskan menyedarkan aku bahawa hari baru sudah menjelma. Sudah tengah malam. Aku masih belum dapat lelap. Kisah setahun lalu terbayang lagi. Masih jelas macam menonton tv. Adawiyah…aku sebenarnya dah lama jatuh hati pada pemilik nama itu. Tapi macam yang Dewi kata tadi,aku dah bertunang. Bila Dewi tamatkan praktikalnya, aku sedaya upaya cuba melupakan dia. Walaupun kami sering berbalas sms,aku selalu bataskan perbualan kami.

17 Disember 2010

 Adawiyah menghulur sekeping kad padaku. Kad kahwin bertema retro itu sangat cantik! Memang kreatif orang yang mereka kad itu. Tapi mengapa kad itu dihulur pada aku? Aku berdebar-debar. Kekasih gelapku ini nak kahwin ke? Aku cepat-cepat buka kad jemputan walimatulurus itu untuk melihat nama mempelai. Alhamdulillah,nasib baik bukan Dewi yang kahwin. Aku mencari pula nama yang diundang. Hanya ada nama Adawiyah binti Muslimin. ‘Apa kaitan kad ini dengan aku?’

“Itu kad jemputan Cikgu Helmi. Boyfriend saya.”dia tegelak kecil. “I mean,ex-boyfriend.”
 Aku tenung Dewi dengan kening terangkat. Nasib baik nasi yang aku suap tadi dah habis aku telan. Kalau tak, tersembul ke muka Dewi agaknya nasi tu. Aku terkejut tapi masih blur lagi. Aku garu kepala yang tak gatal. Dulu aku sangat hairan bila orang garu-garu kepala sambil buat muka pelik. Sampai sekarang aku tak tahu sebab orang garu kepala bila blur. Dan memang aku malas nak kaji. ‘Hello…’ aku panggil-pangil balik minda aku yang dah merayap. Cik Minda aku ini memang macam itu. Bila dibiar sekejap pun dah boleh merayap jauh. 
“Encik Zul!”Dewi membeliakkan matanya,geram kot. Tapi aku senyum-senyum lagi menatap wajahnya yang jelas menahan marah. Cute!
“Mengelamun pula dia. Ni saya nak minta tolong Encik Zul lah.”
“Tolong apa?”aku sengih-sengih lagi. Orang perempuan memang suka buat lelaki tertanya-tanya. Nak cakap, cakap saja lah. Macam bas berhenti-henti pula. Pakai bas ekspress kan senang.
“Saya nak Encik Zul datang bersama saya ke majlis tu nanti. Saya nak Encik Zul menyamar jadi kekasih saya. Boleh,kan? Saya nak tunjukkan kat dia yang saya boleh bahagia walaupun dia tinggalkan saya macam itu saja.”suara Dewi tenang sekali. Dia boleh cakap macam itu tanpa rasa sedih sikit pun. Aku kagum dengan gadis ini. Ternyata perangai gila-gila dia mampu menutup kecewa di hatinya.
  Aku mengangguk setuju. Lepas itu Dewi ceritakan strategi yang dia dah rancangkan. Aku cuma perlu bawa watak aku dengan sebaik mungkin pada hari tersebut. Senang saja! Aku kan memang syok kat dia.

  Pada hari yang dijanjikan,kami hadir bersama-sama ke majlis perkahwinan Cikgu Helmi. Sedondon! Aku pakai kemeja biru dan Adawiyah nampak ayu berbaju kurung satin biru berbunga kecil. Kami berpisah ketika melangkah ke khemah untuk menjamu selera. Dia di bahagian wanita dan aku semestinya di bahagian lelaki.

  Erena Suraya. Cantik namanya seindah wajah. Patutlah si Helmi sanggup lepaskan Adawiyah untuk gadis itu. Melayar ingatan aku pada wajah pengantin lelaki pula. Cikgu Helmi sangat kacak! Aku bukan gay,ok. Serius,memang kacak dan smart. Wajahnya iras-iras Arjun Rampal! Padanlah kawan tu merana sangat! Tapi bila direnung-renung, Adawiyah pun tak kurang cantiknya. Walaupun tak secerah wajah isteri Cikgu Helmi, kesederhanaan dialah yang membuatkan dia menarik. Adawiyah ni jenis yang pakai tudung sempoi je. Tak belit-belit ke bahu.ke leher apalagi ke kepala. Aku cuba bayangkan gandingan aku dan Dewi di atas pelamin. Bagai pinang tak dibelah! Aduh,penat dah aku berangan! Dewi tak muncul-muncul lagi. Lepas makan tadi entah ke mana Dewi menghilang. Terpaksalah aku tunggu bawah pokok di depan rumah pengantin ini.
“Saudara.”aku terasa bahuku disentuh. Alamak,pengantin lelaki lah!
“Saya Helmi.”dia menghulur tangan. Aku sambut seikhlasnya. “Mungkin saudara tak kenal saya.”
 Aku tercengang. Cepat-cepat pula aku tersedar yang aku harus berlakon dengan sempurna. Kalau tak, sia-sialah aku datang. “Saya kenal. Dewi ada cerita pasal saudara pada saya. Saudara yang mungkin tak kenal saya. Saya Zulhisyam,teman lelaki Adawiyah.”aku kenalkan diri aku sambil tersenyum senang. Nak menunjukkan betapa hati aku bahagia.

 Dia senyum sinis.“Jangan nak tipu saya. Saya seorang guru. Saya tahu bila masa orang berbohong dan bila bercakap benar. Dewi suruh awak berlagak jadi kekasih dia,kan?”wow,orang macam ini pun ada ke? Ah,aku tak nak  mengaku! Aku tak nak dia rasa dia menang.
“Memang saya kekasih Dewi. Kami tak nampak loving sangat sebab masih baru lagi. But I’m really in love with her.”aku keraskan suara. Dia berpaling ke arah lain. Tahu takut. Ini Zulhisyam lah!
 Dari sisi dia aku masih dapat mengesan senyuman Helmi. Aku rasa hanya perempuan gila saja yang tak nak kat lelaki ini. Aku yang dah cukup pakej mengorat ini pun rasa tergugat. Sekali lagi aku tegaskan,aku bukan gay dan aku masih tertarik pada wanita. Jangan salah faham. Lagipun apa salahnya aku puji kaum aku sendiri,kan?

“Saya ni saudara,lebih dulu kenal Dewi. Saya tahu sangat perangai dia. Jadi jangan nak bohong saya. Saya tak kisah lah siapa pun yang dia nak berkawan. Apa yang jadi masalah pada saya sekarang ini, saya tahu Dewi hanya nak show off awak pada saya. Jadi tolong beritahu Dewi,lupakan hasrat dia nak buat saya cemburu. Sekarang ini saya cuma mahu dia hidup bahagia. Anggap antara kami tiada jodoh!”tegas Cikgu Helmi. Wah,bukan main sombong dan berlagak! Dia ingat dia itu handsome sangat?

“Cikgu Helmi!”waduh! Dewi dengar ke? Bila masa pula dia ada di situ? “Siapa kata kami berlakon?” Dewi mendekati aku dan Cikgu Helmi. Dia tersenyum manis membalas renungan aku.
   Cikgu Helmi memandang aku sekilas kemudian menoleh Dewi pula. “Dewi…”
“Pertengahan tahun depan kami kahwin. Masa birthday saya. Nanti saya bagi kad jemputan. Jangan lupa datang pula.”Dewi cepat-cepat memintas bicara Cikgu Helmi.
 Cikgu Helmi berlalu dan aku masih bingung. Tiba-tiba aku dengar esakan kecil. Adawiyah menangis! Dalam hati aku berikrar,aku akan bahagiakan Dewi. Dialah dewi cintaku. Aku tidak tahu bila aku mula jatuh cinta, tapi aku sangat yakin hati aku kini ada pada Dewi.
  
  Malam tahun baru aku lepak kat rumah orang tua aku saja. Malas nak keluar. Apalagi,macam biasa aku layan hobi aku. Mengelamun kat tingkap bilik. Kalau aku ada bakat melukis atau berpujangga,memang mantaplah pemandangan malam ini aku jadikan inspirasi. Sangat indah!

1 message received

-Salam…sy nak tanya en.zul.tp agak personal.boleh?

-Waalaikumsalam.tanyalah..

Send

1 message received

-En.zul  ada teman wanita?

-Tak ada.kenapa nak tahu?

 Aku hantar lagi. Memang aku tidak ada teman wanita kerana status aku kini tunangan orang.

1 message received

-En. Zul mahu kahwin dgn saya?saya sukakan en.zul.

Aku terkedu dan aku tidak balas lagi. Mana aku nak letak Ainani?

13 Januari 2012

  Sudah dua minggu sejak peristiwa Adawiyah minta aku lepaskan dia. Siang itu aku gelabah bila dia tidak ada di rumah. Aku masuk biliknya yang tidak berkunci. Dia tinggalkan aku dengan sekeping kertas. Surat.

Di sebalik kalbu yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu
Di manakah kasih tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu?

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan kupergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi kuundur diri

Kini kuberserah dengan langkah baru
Menyisih luka ini
Kekasih sekeras aku
Terhiris kerna kamu
Kutinggalkan cinta kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak kurelai
Salam maaf permisi kuundur diri

Assalamualaikum..sebelum memula bicara,saya mahu mohon maaf dari encik zul. Saya banyak susahkan encik zul. Harap encik zul dapat maafkan saya.
            Saya benar-benar tidak tahu encik zul sudah bertunang. Tolong sampaikan salam maaf saya kepada tunang encik zul juga. Saya terhutang budi kepada encik zul kerana sanggup menikahi saya semata-mata untuk menjalankan rancangan bodoh saya. Sekarang, apa yang saya dapat? Cikgu Helmi sedang bahagia tetapi saya mendirikan mahligai atas kekecewaan insan lain! Kalau saya juga bahagia,mungkin tidak mengapa. Saya memang bodoh! Mengapa encik zul tidak melarang saya???
            Sekarang saya sudah nekad. Saya mahu encik zul ceraikan saya dan kahwinlah dengan tunang encik zul. Jangan fikir lagi. Kita dah silap!

Adawiyah

  Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tunang? Inilah yang aku nak terangkan pada Adawiyah. Sebenarnya dua hari lepas dia hantar mesej ajak aku kahwin, tiba-tiba keluarga Ainani datang dan minta putuskan pertunangan. Dia nak kahwin dengan orang lain. Sebab itu aku setuju nikah dengan Dewi. Sekarang mana aku nak cari Dewi? Aku dah telefon keluarga mertua,tapi belum sempat aku terangkan kehilangan Dewi mereka pula tanya aku tentang Dewi. ‘Sayang ada di mana?’ Hrmmm…

Telefon bimbit yang aku tinggalkan kat bilik tidur berbunyi nyaring minta dijawab. Terpapar nama Zetty di skrin.
“Kau nak apa?!”
“Wei,kenapa kau marah sangat ni?”
Oooh,kau buat-buat tak tahu ye!
“Kau bagitahu Dewi aku dah bertunang apa pasal? Sibuk! Lagipun aku dah lama putus lah.”
Aku dengar Zetty ketawa. Minah ini memang sengaja nak buat aku naik angin.
“Padan dengan muka kau! Biar perempuan itu rasa apa yang aku rasa dulu.”
 Rupanya Zetty masih simpan dendam pada aku. Dulu aku pernah tolak cinta dia. Masa tu aku tengah cintan-cintun dengan Ainani. Mana aku tahu secretary boss yang seksi itu minat kat aku. Lagipun wanita macam Zetty bukan taste aku. Apa pasal salahkan aku pula? Bagi aku wanita yang cantik adalah seperti…hrm..seperti..yup! seperti Adawiyah. Tak perlu tunjukkan asset yang ada,cuma jadi diri sendiri. Tak cantik sangat pun tak apa,senyum sahaja dah cukup untuk buat orang tertarik. 
“Kau jangan kacau lah. Aku tahu kau marah tapi kami dah kahwin. Kau terimalah kenyataan. Lagipun kau kan cantik.bila-bila masa kau boleh cari pengganti aku.”

   Aku terus tekan butang merah. Malas aku nak layan perempuan itu masa kepala aku tengah bengang. Kang tak pasal-pasal jadi santapan tengah hari pula. Sebut pasal santapan tiba-tiba perut aku berbunyi. Adawiyah punya pasal sampai aku lupa nak makan. Dulu dia rajin sediakan makanan untuk kami berdua. Pasal tanggungjawab seorang isteri,memang dia tip top. Yelah, dia kan belum bekerja jadi urusan rumah tangga memang sempurna. Cuma satu saja yang dia tak buat. Hehehe…kami tidur asing-asing sejak kahwin. Rindu nyerr…! Dewi,baliklah….

Hari yang sama 10.00 malam

-Salam…saya minta maaf sbb keluar rmh tanpa izin en.zul.

Aku baca mesej itu dengan rasa tidak percaya. Aku ulang baca sekali lagi. Sah! Mesej dari Dewiku! Aku tidak membalas sms itu sebaliknya terus mencari nama Dewi dalam list kenalan dan tekan butang hijau.
Tidak perlu menunggu lama,panggilan aku terus dijawab.

“Dewi ada di mana?”aku bertanya setelah dia menjawab salamku.
“Jangan risau. Dewi ada di rumah Kak Jai.” Suara Dewi terdengar sayu. Ohh..rumah Kak Jai. Kenapa aku tak terfikir dia ada bersama Kak Jai. Bukankah sepanjang tempoh dia berpraktikal dulu memang dia menumpang di rumah teman sekerja aku itu.
“Dia tak hairan kenapa Dewi tinggal kat rumah dia ?”erkk…macam mana kalau Kak Jai tahu?
“Dia dah tahu semua pasal kita. Pasal pertunangan Encik Zul yang dah putus pun dia tahu. Dia dah ceritakan pada Dewi. Dewi minta maaf.”
 Alhamdulillah. Sekarang selesai satu masalah. “Dah tu,bila Dewi nak balik?”
“InsyaAllah pagi esok Dewi balik. Dewi minta maaf banyak-banyak,ya Encik Zul.”
 Akhirnya,Dewi akan kembali kepada aku. ‘Dewi,saya berjanji akan bina semula rumah tangga kita. Saya akan bahagiakan Dewi! Saya tak akan membiarkan air mata Dewi mengalir kerana saya lagi!’

  Dah dekat seminggu Adawiyah kembali ke rumah. Masalahnya rumah tangga kami masih macam itu juga. Kami masih tidur di bilik masing-masing. Walaupun dia dah tahu kebenaran tentang kisah pertunangan aku, dia tetap tak dapat terima aku. Dewi pun makin pendiam sekarang. Dulu dia bukan boleh senyap. Ada saja perkara yang jadi bualannya. Aku kena berusaha untuk menawan hati Dewi. Bukan sahaja sebab aku ingin cinta aku dibalas tapi aku juga ingin dia bahagia. Aku ingin dia tersenyum semula.
  
  Hari ini aku merayau lagi. Seorang diri. Apa nak jadi lah… aku dah kahwin tapi masih macam orang bujang. Memang pun aku masih bujang. Teruna,ok! Hampir nak setengah tahun dah aku nikah sampai sekarang masih virgin. Hei,kenapa aku fikir benda ni! Agaknya pasal aku tengok kiri kanan aku penuh dengan insan yang berkasih sayang. Timbul pula perasaan cemburu aku. Kot ya pun nak tunjuk kasih sayang yang tak tehingga tu,tak payahlah kat tempat public macam ini. Lagipun orang tahulah korang itu belum nikah. Dah cinta sangat pergilah nikah! Wah,memang aku hangin hari ini! Relaks,bro.

  Jalan-jalan lagi dekat Jalan Haji Taha pula. Kat sini banyak bookstore. Ingat nak cari novel untuk Dewi. Aku tahu dia hantu novel. Aku pun mula berminat sejak duduk serumah dengan Dewi. Aku yang tolong kemaskan barang-barang dia masa nak pindah ke rumah aku. Terkejut aku tengok koleksi novel dia. Berlambak!

“Zulhisyam.”tegur suatu suara dari arah belakangku. Ketika aku menoleh,dada aku terus berombak kencang. Kenapa dia tegur aku? Nak buat-buat baik konon. Huh! Aku berpaling lagi. Malas nak layan. Aku jalan cepat-cepat meninggalkan dia.

  Dia capai tangan aku. Ish! Aku terpaksa berhenti. Orang ramai kat sini jadi aku tak mahu nak buat drama pelik di mana hero dan heroin kedua-duanya lelaki.
“Awak ni macam budak-budaklah.”dia ketawa. “Kenapa awak lari?”dia tanya aku bila ketawanya dah reda. Celaka! Kau ketawakan aku ya!
“Saya bukan nak lari dari cikgu,saya memang nak cepat tadi.”ah,bodoh! Kenapa aku jawab macam itu?

  Cikgu Helmi ketawa lagi. Dia dah gila ke? Dari tadi asyik ketawa. Apa yang lucu sangat? Aku tengah panas hati. Kang ada yang makan penumbuk sulung aku kejap lagi.
“Saya kan pernah beritahu awak. Saya pandai tilik sama ada orang tu bohong atau cakap benar. Okey. Kita duduk dulu. Minum-minum. Saya tahu awak tengah marah. Lepas minum nanti sejuklah awak. Mari.”

 Dia pegang tangan aku. Aku rentap! Takkan nak berjalan berpegangan tangan. Kami duduk di sebuah kedai makan. Tak ada taste lah cikgu ni. Tadi aku ingat dia nak ajak aku pergi restoran mewah.

“Apa khabar awak sekarang? Lama tak jumpa.”Cikgu Helmi bertanya lembut lepas kami order minuman dan makanan.
“Sihat dan bahagia!”jawab aku geram. Kenapa dia nak tahu?
“Baguslah kalau macam itu.”dia sengih-sengih lagi. Benci! Eh,kenapa aku macam perempuan pula ni? “Apa pasal awak marah sangat kat saya? Kalau awak marah pasal yang saya cakap pada hari pernikahan saya dulu tu, saya minta maaf. Dah lama,kan. Lupakan je lah.”oh,senang-senang nak suruh orang lupa. Tapi aku sendiri keliru. Kenapa aku marah sangat? Bukan! Aku bukan marah. Aku cemburu.
“Saya bukan marah. Saya tak puas hati. Dewi sampai sekarang tak nak layan saya. Ini semua cikgu punya pasal. Cikgu dah guna-gunakan dia!” amacam? Cantik ayat aku kan?
“Astaghfirullah. Apa yang awak merepek ni? Buat apalah saya nak guna-gunakan dia. Tanpa buat macam itu pun dia separuh mati suka kat saya,cuba awak bayangkan bagaimana agaknya kalau betul saya dah guna-gunakan dia?”aku terdiam.
“Berapa umur awak?”
“24”
“Muda lagi. Patutlah panas baran. Zul,saya tak pernah cintakan Dewi. Umur saya 32,dia baru 22. Masa dia suka saya dulu,umur dia 17 tahun. Sekarang kita masing-masing ada family. Kalau masih tak percaya,biar saya cerita kisah kami dulu.”

  Aku balik ke rumah dengan perasaan tenang. Cikgu Helmi dah ceritakan semuanya. Sekarang,giliran aku pula yang harus memainkan peranan untuk membuat Adawiyah jatuh hati pada aku. Langkah pertama,aku belikan novel cinta kepadanya. Gemersik Kalbu. Aku tahu jalan cerita dalam  novel itu agak sama dengan jalan hidup kami. Semoga dia terbuka hati. Tapi setelah aku pulun sampai langkah kesepuluh, masih tiada respon positif. Memanglah sekarang dia dah layan aku bercakap. Dia dah pandai bergurau tapi target aku nak buat dia jatuh cinta. Buat apa dia kenang-kenang lagi cinta tak kesampaian dia tu? Dia juga yang ajak aku kahwin. Kalau tak bersedia nak membuka hati untuk insan lain,buat apa korbankan masa depan?

  Malam itu,lepas makan aku duduk sebelah dia masa menonton tv. Aku sengaja duduk dekat-dekat. Dia mengelak. Aku pegang jarinya lepas itu aku bawa ke bibir. Aku kucup lembut.
“Encik Zul buat apa ni?”
“Saya buat apa yang patut saya buat selama ini. Awak isteri saya. Apa salah saya buat macam tu?”aku tinggikan suara. Aku dah tak terdaya nak layan degil dia lagi.
“Saya dah minta Encik Zul lepaskan saya. Encik Zul yang tak mahu! Saya tak cintakan Encik Zul. Saya tahu saya salah sebab dah jebakkan Encik Zul tapi saya rasa kita belum terlambat nak betulkan kesilapan kita.”sendu suara Dewi tidak membuatkan aku simpati. Aku malah benci dengan keyakinannya untuk hidup tanpa aku. Dia tak sedar ke dia sebenarnya dah mula sayangkan aku?
“Awak patut bangun dari mimpi awak.Dewi! Selama ini Cikgu Helmi tak pernah cintakan awak pun. Awak syok sendiri! Awak tak malu ke kejar lelaki yang tak cintakan awak?”hah,biar dia rasa!
“Encik Zul peduli apa! Ceraikan saya,Encik Zul!”dia dah mula menjerit. Aku tak kisah. Aku dah puas pakai cara lembut,biar aku berkasar pula.
“Awak jangan nak jerit-jerit kat saya. Saya suami awak walaupun awak tak rasa macam tu. Rugi aje awak sembahyang,pakai tudung,kalau awak derhaka pada suami,awak tetap tak cium bau syurga!” aku renung Dewi tajam-tajam. Biar dia takut. “Saya takkan ceraikan awak. Kalau awak tak suka saya,saya tak kisah. Saya takkan bebaskan awak. Biar kita sama-sama menderita dalam lakonan yang awak cipta sendiri.”aku tinggalkan dia di ruang tamu.

  Belum sempat aku membuka pintu bilik tidur aku,pinggangku terasa dirangkul dari belakang. Adawiyah..bagaimana harus aku nafikan rasa cinta ini andai engkau tunjukkan kau juga ada rasa yang sama?
“Maafkan saya Encik Zul. Saya buat macam ni sebab saya mahu Encik Zul cari kebahagiaan Encik Zul. Saya tak mahu terus mengikat Encik Zul dalam perkahwinan yang tak ada erti ini.”Dewi sudah teresak-esak. Aku sentuh bahunya dan mengangkat dagu cantik itu. Aku paksa dia pandang mata aku.
“Kalau itu yang Dewi mahu,saya akan uruskan. Buat sementara waktu ini,Dewi duduklah di sini dulu. Biar saya ke rumah mak dan abah saya. Bila dah selesai semuanya nanti,saya akan hubungi Dewi.”kukucup dahi Dewi. Pertama kali dan mungkin untuk terakhir kali.

  Di rumah ini aku tambah serabut. Mak tanya macam-macam. Aku tak beritahu pasal kami nak bercerai. Dia fikir kami bergaduh saja. Dewi,rindukah kau padaku? Baru tiga hari aku di sini tapi rasa macam dah tiga tahun. Aku teringat kata-kata Dewi pada Cikgu Helmi yang diceritakan cikgu kacak itu pada aku dulu. Dewi tanya macam itu bila Cikgu Helmi tolak cinta dia dan suruh dia tumpukan perhatian terhadap pelajaran. Cikgu Helmi cakap itu hanya mainan perasaan. Cinta sementara.
“ALLAH tak beri cinta pada gadis berumur 17 tahun kah? Kenapa cinta kami dianggap cinta monyet? Kenapa kami tidak boleh bercinta? Tiada hak untuk bahagiakah gadis di bawah umur 18 tahun?”
  Kerana persoalan itulah Cikgu Helmi terima Adawiyah. Dia tidak mahu Dewi terlalu menurut kata hati. Sebenarnya dia cuma ingin selamatkan pelajaran Dewi kerana dia merupakan pelajar harapan sekolah. Rupa-rupanya perhatian Cikgu Helmi disalahertikan oleh Dewi. Kesian Dewi!
“Zul!”aku dengar suara mak melaung dari luar. Aku keluar dari bilik dan mendapatkan mak. “Ada surat untuk kamu.”

  Aku seperti berlari kembali ke bilik setelah surat itu berpindah tangan. Aku tak sabar nak baca sebab alamat pengirim itu merupakan alamat Mahligai Impian yang aku tinggalkan selama tiga hari lepas.

Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku
Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...

Assalamualaikum…encik zul
 Maaf,sekali lagi saya berbicara melalui surat. Saya tak pandai nak cakap pasal perasaan depan-depan. Encik Zul tak tahu kah? Atau buat tak tahu….geram saya!saya ingat Encik Zul sayang saya,cinta saya…tapi Encik Zul tinggalkan saya jugak! Apalah Encik Zul ni…
 Maaf,saya terlambat menyedari saya cintakan Encik Zul. Tapi Encik Zul tahu kan saya suka Encik Zul. Kenapa Encik Zul buat-buat tak tahu jugak. Encik Zul memang sengaja,kan!
 Encik Zul,kalau sudi terimalah kembali isteri Encik Zul ni. Memang isteri encik zul ni degil sikit,tapi dia baik,kan?
 Saya malulah nak tulis panjang-panjang. Nanti Encik Zul gelakkan saya. Encik Zul jahat. Selalu gelakkan saya,kan? Baliklah. Saya tak ada teman berbual. Saya tak pandai nak bercakap sorang-sorang. Gila saya kalau macam ni.
p/s: saya mahu cium bau syurga dan masuk syurga.encik zul mahu tolong saya,kan?

Adawiyahmu…

Macam budak-budak! Tulis surat pun siap lagu tema lagi. Abang sayang awak,Dewi. Lepas ni janganlah panggil Encik Zul lagi…

2 Januari 2013

Adawiyah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel. Kami target nak anak kami lahir malam tahun baru tapi baby ni degil macam maknya juga. Dah puas pujuk baru nak keluar. Hehehe..

 Aku keluar beli makanan di kantin hospital. Oleh sebab anak kami sihat,petang ini dah boleh keluar.
“Cikgu!”aku dengar suara Dewi. Walaupun sedikit terjerit tapi bunyi jeritan itu sangat mesra. Mukanya masam tapi kemudian tersenyum. Mesti Cikgu Helmi usik dia tadi.
“Zulhisyam.”Cikgu Helmi menegurku. Tiada dendam lantas tangannya kujabat erat. Aku tersenyum lalu mengangguk sedikit ke arah isteri Cikgu Helmi.
“Encik Zul beli apa tadi?”Dewi bertanya manja setelah bungkusan makanan aku letakkan di atas meja sebelah katil.
 Tiba-tiba Cikgu Helmi ketawa. Kami semua yang ada di situ terpinga-pinga. “Dah kahwin pun masih panggil Encik Zul lagi. Nasib baik saya tak kahwin dengan Dewi. Agaknya lepas kahwin pun dia panggil saya Cikgu Helmi.”

 Dewi mencebik geram. Hendak ku apakan lagi? Memang Dewi panggil aku Encik Zul.bukan abang,sayang dan sebagainya. Dia kata panggilan itu istimewa sebab hanya aku yang dia panggil dengan nama itu. Apa-apa ajelah…
  Ternyata cinta selepas kahwin memang indah. Aku takkan lepaskan lagi insan seistimewa Adawiyah,Dewiku,cinta akhir nyawaku…..

Zulhisyam:
 
sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu

sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....
  
Adawiyah:

setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg....

KAMEK SUKA KITAK - 4

4

Malam ini aku ada temu janji dengan Wan Habib. Jangan nak buat gossip pula. Bukan keluar berdua. Kami keluar dengan Simpoy sekali, okey. Konon-konon nak celebrate business online dia orang. Tak sangka pula kawan-kawan aku ni berminat dengan perniagaan online.
            “Business online ni lagi untung, tau. Tak payah nak fikir sewa ofis, bayar pekerja, pergi pejabat pagi-pagi. Lagipun sekarang memang trend orang buat business online. Lagi banyak prospek. Kalau dulu Kak Long buat macam ni, dia tak payah risau nak berhijrah ke mana pun. Business ini boleh dibawa ke mana jua anda berada,” terang Wan Habib panjang lebar bila aku pertikaikan usaha dia orang. Aku lembab sikit bab-bab ICT ni. Yang aku tahu, facebook,google. Blog pun tarak. Aku buat e-mel semata-mata untuk buka akaun facebook. Betapa ceteknya ilmu information and communication technology yang aku ada.
            Aku dah bersiap lawa-lawa. Balik kerja petang tadi aku terus mandi dan solat maghrib. Aku memang sengaja tak makan sebab aku nak minta businessman belanja aku makan. Hehe… Aku tunggu Wan Habib di ruang tamu. Dia called aku tadi, bagitahu nak jemput aku di rumah. Naik kereta katanya. Alahai, dah beli kereta! Selama bekerja kat Untouch Printing tak pernah pula Wan Habib beli kereta walaupun aku tahu gaji dia agak lumayan.
            Aku terpegun melihat kereta Wan Habib. “Wow, Hyundai Sonata! Kereta idaman saya! Mana awak rompak kereta ni?!” aku terus terpekik mengagumi kereta itu. Dengan Wan Habib aku memang tak pernah control ayu. Aku tawaf keliling Sonata berwarna hitam itu. Memang cantik. Selama ini aku cuma mampu memandang dari jauh sahaja kereta idamanku ini.
            “Cakap baik sikit. Tak mainlah rompak. Dah, cepat masuk. Mereka bertiga dah tunggu kita di The Spring.”
            “Tiga?” soalku. Yalah, tadi aku ingat Simpoy saja yang ikut kami.
            “Nor, Wati, Simpoy,” jawab Wan Hasbi agak geram lalu masuk ke dalam kereta. Aku membuka pintu di tempat duduk penumpang hadapan dengan berhati-hati. Kenalah hati-hati sebab ini baby kesayangan aku. Wan Habib ni nak mengorat aku ke sampai beli kereta idaman aku? Dia dah lama tahu aku suka Hyundai Sonata. Mulalah tu aku nak perasan.
            “Ini kereta awak ke?” aku masih tak puas hati. Antara sebab aku tak percaya ini kereta dia, aku tahu sangat harga kereta ini. Gaji Wan Hasbi tak mungkin cukup untuk bayar ansuran bulanannya. Setakat kereta tempatan bolehlah. Dia jual dadah ke?
            “Bukanlah. Saya manalah mampu. Ini kereta abang saya,” Wan Habib jawab tanpa pandang wajah aku. Jawab pun dengan suara tak ikhlas. Alah, tadi beria ajak aku keluar tapi aku borak dia tak nak layan pula.
            “Wan Hasbi?” soalku lagi.
            Wan Habib menoleh sesaat ke arahku. “Kenal ke?” Aku nak jawab apa? Nak kata kenal, aku tak pernah pun berkenalan dengan abang dia. Nak jawab tak kenal, aku baru saja sebut nama Wan Hasbi.
            “Eh, tak. Tak kenal,” aku memang sengaja jawab tak kenal. Malaslah aku nak ceritakan bagaimana aku tahu abang dia bernama Wan Hasbi. Aku malu sebenarnya. Tengoklah, sekarang dia dan Simpoy di ambang kejayaan dalam perniagaan dalam talian mereka itu sedangkan aku masih berkuli lagi. Mana aku nak letak muka? Lagipun aku bukan selamanya nak kerja di Restoran Selera Kita jadi biarlah Wan Habib terus tak tahu aku kerja di situ.
            “Tak payah awak nak sorok kalau kenal si Hasbi tu. Saya tak cemburu buta, Rain. Boyfriend awak ni sporting. Janganlah awak risau.”
            Geram betullah aku dengan Wan Habib ni! Merepek saja dia. “Eleh, boyfriend konon. Bila masa awak jadi boyfriend saya?”
            “Dah awak tergagap-gagap macam dah kantoi dengan boyfriend tu apa pasal? Saya fikir awak takut saya cemburu,” jawab Wan Habib sambil gelakkan aku. Betul juga tu.
            Malas aku nak melayan. Baik aku diam saja. Aku kuatkan volume radio dalam kereta itu. Kebetulan lagu kegemaran aku, Sayang – Shae sedang berkumandang. Aku terus ikut menyanyi. Kalau bab melalak ni aku langsung tak malu dengan Wan Habib.
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku

Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku

Kerna ku sayang kamu
“Ke awak minat dia dalam diam?” teka Wan Habib bila lagu tadi berakhir. Dia ni tak habis-habis nak usik aku. Adakah patut aku dikatanya minat kat abang dia? Agak-agaklah, Wan Habib. Abang dia yang gelap dan tak kacak tu dia kata aku minat? Kalau minat dia sendiri tak hairanlah. Wan Habib kan handsome dan sasa macam Arjun Rampal. Tapi tak pernah pula aku rasa ‘sesuatu’ terhadap Wan Habib. Aku ni wanita tulen ke?
Kerana geramkan Wan Habib, aku sepetkan mata merenung dia. Gaya nak menelan dia hidup-hidup. Dia tak takut pun. Makin kuat lagi dia gelakkan aku. Aku pukul lengan Wan Habib yang tengah memandu itu dengan purse aku. Benci tau!
            “Kalau awak nak, saya boleh tolong adjust. Nanti saya beritahu Abang Hasbi ada seorang gadis cantik minat dia. Awak nak nombor telefon dia tak?” usik dia lagi. Aku rasa nak cekik-cekik saja dia. Nasib baik dia jemput aku guna kereta idaman kalbuku ini. Maka disebabkan itu, Wan Habib terselamat malam ini. Aku kasi can sama Wan Habib.
            “Mengarutlah awak, Habib. Tak payahlah awak nak susah-susah.”
            “Kalau tak mahu susah, awak dengan saya sajalah. Senang, kan?” tak habis-habis si Wan Habib ni. Dan aku terus membiarkan dia terkekeh-kekeh ketawa dengan bahagianya.

“Lambat.” Sepatah kata aluan daripada Simpoy apabila aku dan Wan Habib join mereka bertiga kat food bazaar tu. Mengada-ngada pula apek ni. Janji tadi pukul lapan. Sekarang baru lambat 15 minit dah tarik muka.
            “Sorry. Cari parking. Berapa kali pusing kat basement tadi baru jumpa,” jawab Wan Habib menerangkan alasan kami lambat. Sungguh bersopan pula dia malam ini. Mungkin sebab guna kereta abang dia, jadi dia pun kena tempias aura Wan Hasbi. Erk, aura? Apa pasal tetiba aku termengaku Wan Hasbi ada aura?
            “Merajuk konon. Merajuk pada yang sayang, tau. Awak merajuk pada Habib ke Sim? Sweetnya…” aku sengaja mengusik. Siapa suruh dia buat muka comel begitu? Siap muncung-muncungkan mulut lagi. Tak sesuai, okey.
            Simpoy tunjuk penumbuk ke arah aku. Aku makin geli hati. Siap gelak jahat lagi. Kah, kah, kah… Wan Habib berdecit. Serta-merta aku berhenti ketawa. “Dah salah, buat cara salah. Kita memang lambat. Just say sorry. Tak payahlah awak nak tambah geram Simpoy tu.”
            “Korang couple ke?” Tanya Kak Wati tiba-tiba. Sambil mata dia gilir-gilir pandang muka aku dengan Wan Habib. Ada rupa couple ke kami ni? Aku tengok muka Wan Habib dah blur. Jawab sajalah. Nak blur kenapa?
            “Mana ada couple. Kawan sajalah. Tak ada ciri-ciri pasangan kekasih langsung kami ni.” Jawapan aku itu mewakili Wan Habib sekali. Dia diam saja. Mengaku tidak, menafikan pun tidak.
            “Tu… baju korang tu. Bukan setakat colour sedondon. Janji ke? Beli sama-sama, ek?” ini pula ulasan daripada Kak Nor. Setakat baju serupa, apa barang…
            “Tak janji, kak. Dah jodoh agaknya.” Boleh pula si Wan Habib jawab begitu? Aku karate karang!
            Aku ingat lagi saat-saat yang tak berapa indah kami beli baju ini. Semasa Regatta Kuching bulan September lepas, kami keluar jalan-jalan bersama. Terjumpa t-shirt angry bird ni dekat salah satu booth kat situ. Kami berdua memang gila game angry bird. Kebetulan ada dua pasang t-shirt yang sama design dan warna. Jadi kami belilah sama-sama. Bayar masing-masing lagi. Tak ada maknanya Wan Habib nak belikan untuk aku. Tak terfikir pula kami boleh pakai sekali malam ini.
            “Sama-sama minat biru, sama-sama minat angry bird, sama-sama minat baca novel…hrrmm..memang ada jodoh.” Kata Kak Wati. Pendapat dia saja tu. Tak salah kalau minat benda yang sama,kan?
            “Lepas itu keluar sama-sama, beli baju sepasang. Takkan masih nak sorokkan hubungan korang?” Kak Nor terus menambah perisa. Bila masuk isu ini dalam perbualan, memang aku malas. Tapi disebabkan kami dah lama tak jumpa, aku layankan saja. Nanti dia orang kata aku tak sporting pula.
            “Makanlah, wei. Saya lapar.” Rengekku sengaja nak tukar topik segera. Kalau dilayan lama-lama nanti harus aku terbakar akibat gossip hangat mereka. Sebenarnya, aku dah biasa sangat dengan usikan begini. Konon-kononnya aku dengan Wan Habib bercinta. Usikan yang langsung tak berbekas di hati. Kalau tak, dah lama aku couple dengan dia.
            “Okey, order cepat.” Simpoy beri arahan. Macam bagus saja. Dia belanja ke?
            “Tauke besar belanja!” jerit aku tanpa menghiraukan orang ramai dalam food bazaar tu. Ada aku kesah? Kat food bazaar The Spring ni mengamalkan sistem layan diri. Nak makan, sendiri kena pergi ke gerai yang diingini. Lepas tu bawa sendiri makanan yang dah dipesan ke meja.
            “Bayar sendirilah. Kawan baru nak buka bisnes dah kena pow. Bila nak maju?” gerutu Simpoy. Aku tahu dia masih tak puas hati lagi kat aku. Selalunya dia tak berkira nak belanja aku makan.
            “Dah. Tak payah gaduh. Saya belanja semua. Nak makan apa?” soal Wan Habib. Ini baru gentleman!
            Hampir serentak, aku, Kak Wati dan Kak Nor jawab, “Nasi Arab kari kambing!” kemudian semua gelak. Sama saja selera tiap kali datang ke sini. Eh, mamat mata sepet tu makan apa?
            “Wa mahu yong tau foo maa…” okey, selera dia memang lain.

            Terdengar bunyi angry bird sedang menyerang! Itu bunyi notification untuk mesej di handphone aku. Aku tengah makan jarang nak layan benda-benda macam ini tapi bila aku nampak nama Ulfy Zahari, terus aku buka mesej tersebut.

Ulfy Zahari : Sy kena pergi kursus sampai bln 4
           
\
Oh, ini jawapan untuk soalan aku petang tadi. Aku tanya dia datang tak masa Pesta Buku 1Malaysia hujung bulan nanti. Aku kecewa juga dia tak datang. Walaupun aku sendiri tak pergi (jauh sangat..tiket kapal terbang lagi..huhu..) tapi aku dah suruh kawan aku di KL tu tolong aku dapatkan autograph dia.
Aku : bln 4? So pbakl mesti ada kan???kan novel baru dah publish…
\
            Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ni aku harap sangat dia ada. Aku dah plan baik punya nak pergi KL bulan April nanti. Lama juga aku tunggu balasan dia. Sambil itu, aku sambung makan nasi Arab kari kambing aku. Dah kurang selera sebab aku frust.
Ulfy Zahari : Tak tau lagi.
Aku : alahai, baru nak suruh sign novel baru tu… 
            Aku punyalah berkobar-kobar nak jumpa novelis yang aku minat, dia tak tahu pula. Dalam senyuman, hatiku menangis di dalam. Wadehh… senyuman sebab aku mesej dengan novelis,weiii…bangga tak? Dan menangis pula sebab aku sedar dia layan aku as one of his fans saja.
            “Kita karaoke ke nak tengok wayang lepas ni?”
            “Karaoke!” mereka jawab serentak untuk soalan yang diajukan oleh Simpoy tadi. Dan aku hanyut dalam dunia aku sendiri. Masih berharap Ulfy Zahari akan faham detak hatiku padanya.

Sejuk. Tangan aku menggagau mencari butang penghawa dingin dalam kereta itu. Dah jumpa, aircond aku matikan. Malas aku nak pandang muka Wan Habib yang tengah memandu, jadi aku palingkan mukaku ke luar. Melihat pemandangan di tengah bandaraya Kuching. Dia pun diam saja sejak tadi. Mungkin dia tahu aku tengah merajuk dengannya.
            Kami dalam perjalanan menuju ke rumah aku setelah penat ‘menyumbangkan’ suara. Datang tadi dengan Wan Habib, jadi walaupun aku sedang merajuk, aku kenalah balik dengan dia juga. Ayah aku dah amanahkan masa nak keluar tadi.
            Sebentar tadi, semasa berkaraoke, Wan Habib sakat aku. Itu yang aku merajuk. Kisahnya begini:
            Aku yang tengah tiada mood nak menyanyi, dipaksa-paksa untuk menyanyi juga. Jadi aku pilihlah lagu tangkap leleh sikit, sesuai dengan jiwa kacau aku. Lagu Dalam Diam Kumencintaimu – Stings.
Tengah syok menyanyi (walau tak syok mana sebenarnya), Wan Habib bisik kat aku, “Lagu ini tuju pada Abang Hasbi ke? Nanti saya tolong sampaikan,ye.”
            Aku terus letak microphone atas meja lalu duduk di sudut bilik karaoke Kbox tu. Aku sedang bad mood lagi dia kacau macam itu, tambahlah sendu jiwa aku jadinya. Sampai habis masa karaoke tu aku berdiam diri. Kak Wati dan Kak Nor pun takut nak tegur aku. Hanya Simpoy saja, yang mulut tak ada insurans tu berani nak komen.
            “Gaduh laki bini, biasalah.”

“Masih marah lagi?” suara Wan Habib memecah kesunyian. “Tak rock lah merajuk lama-lama macam ni. Selalu okey saja saya kacau awak. Datang bulan, ek?”
            Sempat lagi tu nak kata aku datang bulan! “Memang mood tak baik malam ni,” jawabku ringkas. Kalau aku tak jawab, ada kemungkinan aku akan ditinggalnya di tepi jalan saja nanti.
            “Kenapa tiba-tiba tak ada mood ni? Tadi elok saja.” Bukan main risau lagi nada suara Wan Habib.
            “Frust.”
            “Siapa yang buat awak frust?” Wan Habib soal lagi. Aku tak yakin dia betul-betul risaukan aku atau niat dia sekadar nak tahu sebab dia tak serius. Muka tahan ketawa dalam hati tu aku kenal sangat!
            “Ulfy Zahari.”
            Perjalanan kami menuju ke rumahku selepas itu hanya ditemani nyanyian dari radio. Sampai saja depan rumah, aku terus turun dari kereta. Wan Habib temankan aku sampai di muka pintu.
            “Rain, kalau awak anggap saya kawan awak, dengar nasihat saya ni. Berhentilah angankan si Ulfy Zahari tu. Saya faham perasaan awak tapi cukuplah sekadar jadi peminat dia saja. Saya takut awak keliru, awak bukan suka Ulfy Zahari tapi suka pada watak-watak yang dia cipta dalam novel. Saya tak mahu awak kecewa, Rain.”
            Air mata aku menitis perlahan. ‘Maafkan saya, Habib. Saya anggap awak kawan tapi saya tak mampu buang perasaan saya pada Ulfy Zahari.’ Aku pandang Sonata yang dipandu Wan Habib berlalu dari kawasan rumah aku dengan sayu. Wan Habib sangat baik rupanya!