Friday, 2 August 2013

Qaisy dan Laila - 1

Dengan perasaan berbaur, aku letakkan dulang di atas meja. Salah satu gelas yang telah terisi air oren sunquick itu aku suakan kepada Azizi. Penampilannya tidak berubah walaupun sudah tiga tahun aku tidak bertemu dengannya. Ada rasa rindu yang mencengkam tapi aku tahan. Tadi, aku teringin sekali memeluk tubuh abang aku itu ketika dia muncul di depan pintu rumahku tapi disebabkan aku risau akan reaksinya, rasa itu aku halau jauh-jauh.
“Minumlah,” jemputku. Aku tersenyum nipis. Semuanya terasa janggal seolah-olah aku berhadapan dengan orang asing.
“Kau okey?” Tanpa mengendahkan minuman di hadapannya, Azizi terus bertanya.
“Macam yang kau nampak,” jawabku ringkas. Soalannya itu aku rasa memang tidak memerlukan huraian.
“Kadang-kadang apa yang kita nampak tak semestinya betul. Yang kelihatan di mata itu tak semestinya itulah yang berlaku. Kalaulah yang tersurat itulah sebenarnya yang tersirat, pasti kau bukan isteri Qaisy sekarang ni.”
Memang benar katanya. Yang kita nampak tak semestinya betul. Kalaulah keluarga aku menerima hakikat itu, sudah tentu aku tidak menjadi anak terbuang begini.
Sesungguhnya, aku tersinggung dengan kata-kata Azizi. Namun, aku sedaya-upaya menunjukkan wajah mesra. Setelah bertahun menyepikan diri, aku tahu bukan mudah untuk Azizi, bahkan sesiapa sahaja yang masih punya hubungan darah denganku untuk datang ke sini. Dan aku harus sedar kedatangan Azizi bukan sekadar melawat aku. Dalam mimpi pun aku tidak layak untuk mengharap kehadiran mereka di sini. Pasti dia punya urusan lain.
“Kau duduk dulu, Ji. Aku siapkan bilik untuk kau.” 
Belum sempat aku berlalu, Azizi menahanku.
“Tak payahlah. Aku tak tidur sini,” terang Azizi. “Mungkin kau belum tahu. Aku dah ditukarkan ke Kuching. Aku dah seminggu kat sini sebenarnya.”
Aku telan rasa terkilan. Dah seminggu dia di sini baru dia muncul di rumah aku. Aku mengeluh tanpa suara. Dia datang ini pun sudah cukup bersyukur. Bererti aku masih belum terbuang sepenuhnya dari hati Azizi. Aku masih dianggap sebagai adiknya. Cuma mungkin dia tidak mampu sayang padaku seperti dulu.
“Kau duduk mana sekarang?” tanyaku.
Aku kawal rasa hati yang tersinggung. Wajah Azizi aku pandang. Dia membalas renunganku tetapi matanya kelihatan sedih. Raut wajahnya penuh simpati.
“Buat sementara waktu ini aku menumpang di rumah sewa kawan aku sebelum aku jumpa rumah sewa lain.”
Oh, dia menumpang rumah kawan! Sekali lagi (mungkin tanpa dia sedari) dia telah membuatkan aku berkecil hati. Ini rumah Qaisy, rumah adik iparnya sendiri. Tapi dia tidak sudi duduk di rumah ini. Dia lebih memilih untuk ‘menumpang’. Tidak mengapa, aku faham.
“Laila, kau jangan salah faham. Aku bukan tak nak duduk rumah kau tapi aku belum ada kenderaan. Jadi, aku turun ke pejabat dengan kawan aku tu. Rumah kau ni jauh dari pejabat aku.” Barangkali Azizi melihat perubahan air muka aku tadi, lalu dia menerangkan alasan dia menumpang di rumah kawannya.
“Tak apa, aku faham. Aku dah lama faham, Ji.” Aku tertunduk. Mataku sudah pedih. Bila-bila masa sahaja air mataku akan mengalir.
Azizi menggeleng.
“Tak, kau tak faham. Kalau kau faham, dah lama masalah ini selesai. Kalau kau faham, dah lama kau balik, minta maaf daripada kami semua. Kalau kau faham, kau akan pujuk mak sampai mak terima kau semula. Dan kalau kau faham, dah tentu kau sekarang masih berhubung dengan kami. Kalau betul kau faham, kenapa kau putuskan hubungan dengan kami? Kenapa kau tukar nombor telefon? Kenapa kau delete akaun facebook? Apa sebenarnya yang kau faham?!”
Azizi serang aku dengan persoalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab. Tapi betul ke aku tak dapat jawab atau mungkin selama tiga tahun ini aku sendiri tak pernah bertanya soalan-soalan itu kepada diri aku sendiri. Dan aku tak pernah bertanya kepada Qaisy. Aku tahu dia pun memendam kesedihan yang sama.
Aku memilih untuk berdiam. Soalannya, biar terus jadi persoalan.
“Laila, baliklah. Minta maaf dan insya ALLAH semuanya akan selesai.”
“Minta maaf? Aku tak salah, Ji!”
“Tak siapa kata kau salah.”
“Jadi kenapa kami dihukum? Kau nak aku balik? Kau nak tengok lagi sekali aku dan Qaisy dihalau dari rumah sendiri?”
“Kata orang, batu pun boleh terlekuk kalau hari-hari air menitik atas batu itu. Kerak nasi pun boleh dilembutkan dengan air. Air aje tu, Laila. Ini batu lawan batu, jadi apilah. Dah tiga tahun pun. Kau tak pernah pujuk mak, macam mana hati dia nak terpujuk?” Azizi melembutkan suara.
“Aku dah cuba, Ji…” akhirnya senduku tak tertahan. Di hadapan Azizi, aku menangis sungguh-sungguh.
Sudah lama aku tidak menangis begini. Selalunya segala kesedihan aku sorokkan dari dikesan oleh Qaisy. Aku tidak mahu dia rasa bersalah kerana apa yang terjadi ke atas kami sekarang ini berpunca daripada dia juga. Kalaulah dia tidak hadir dalam hidupku…
Azizi mendekati aku. Dia melabuhkan punggung di sebelahku lalu menarik bahuku ke dalam pelukan. Secara reflek, aku lentokkan kepala ke dadanya. Aku lepaskan segala kesedihan yang terpendam. Bahuku di usap-usap lembut oleh abangku itu. Aku rindu akan sentuhannya!
“Aku rindu kau, Ji. Aku rindu mak, rindu semua. Aku rindu sangat. Kenapa aku tak boleh balik, Ji?” aku cakap macam tu sambil tumbuk-tumbuk dada Azizi. Aku benar-benar tertekan dengan keadaan ini.
“Kau dah lama tak tengok mak. Kalau kau tengok dia sekarang mesti kau sedih. Kau anak bongsu dia, anak kesayangan. Kau fikir senang ke untuk mak buang kau begitu saja? Mengalahlah, Laila. Tak salah kalau seorang anak jatuhkan ego demi emaknya, kan?” Azizi masih memujuk aku.
“Selagi mak tak terima Qaisy selagi itu aku tak nak balik,” tegasku. Sampai bila keluarga aku mahu memandang serong terhadap Qaisy?
“Keras betul hati kau, La. Aku tak sangka kau begini. Apa yang hebat sangat dengan Qaisy tu?” dalam kelembutan, kata-kata Azizi itu sungguh menusuk. Makan dalam wei!
“Kau pun sama macam orang lain juga. Semua orang kata Qaisy jahat. Kenapa tak boleh terima semua ini adalah suratan. Jodoh kami telah tertulis di loh mahfuz. Kalau antara dia dengan Atul tak ada jodoh, salah Qaisy ke?” jeritku walaupun aku masih dalam pelukan Azizi.
“Dua kali. Dua kali kau belakangkan keluarga untuk Qaisy. Aku tak pernah halang kamu berdua tapi bukan ini caranya. Dari dulu lagi aku nasihatkan kau untuk lupakan Qaisy sebelum kamu berdua serius. Ada kau dengar cakap aku? Sampai Atul putus tunang pun kau tak rasa bersalah,” getus Azizi. Aku tahu dia kesal dengan kedegilan aku.
Percayalah, bukan mudah juga untuk aku lalui semua ini. Aku bukan perampas. Bahkan aku tidak pernah cuba memisahkan Qaisy dengan Shaidatul. Ini semua kerana jodoh! Walau dengan siapa kita berkasih, bertunang, kalau dah tiada jodoh, tetap juga akan berpisah. Tetapi tiada siapa mahu memahami keadaan ini. Selalunya orang ketika akan dihukum tanpa perbicaraan.
“Laila…”
“Hrmm…”
Rambutku diusap-usap. Aku rasa selesa dalam dakapannya. “Esok kita mula berpuasa. Hujung minggu ni kau ikut aku balik. Kau jangan risau. Aku akan pertahankan kau. Asalkan kau mahu balik dan minta maaf. Yang lain tu serahkan pada ALLAH. Hanya DIA yang dapat bantu kita.”
Aku mendongak memandang wajah Azizi. Dia mengangguk-angguk meyakinkan aku akan rancangannya.
“Aku kena tanya Qaisy dulu,” jawabku.
“Kalau boleh, ajak dia sekali. Aku nak tengok keluarga kita bersatu macam dulu. Rumah kita dah tak riuh lagi. Masing-masing macam menyembunyikan kesedihan dalam hati,” tukas Azizi.
Aku benar-benar tersentuh mendengar bicaranya. Benarkah begitu?
“Atul okey?” tanyaku ragu-ragu.
“Dia dah okey sikit. Tapi dia tak suka orang sebut nama kau depan dia. Agaknya dia memang belum maafkan kau.” Azizi berterus terang. Seperti yang aku jangka. Sedangkan Kak Normah pun aku tak yakin boleh maafkan aku, inikan pula Shaidatul.
“Ji, kau duduk dulu. Aku nak masak. Tengah hari ni kau mesti makan kat sini. Mesti kau rindukan masakan aku, kan? Lagipun aku bosan makan sorang-sorang,” kataku sambil merenggangkan pelukan Azizi.
“Eh, dari tadi lagi aku nak tanya sebenarnya. Qaisy mana?”
Aku senyum. “Dia kerja.”
“Hari Ahad pun kerja?” tanya Azizi. Agaknya dia lupa pekerjaan adik iparnya itu.
“Kerja Qaisy mana kenal hujung minggu, siang ke malam…” jawabku meleret.
“Aku lupa.” Azizi garu kepala.

“Okeylah aku nak masak ni.” Lepas cakap macam itu, aku terus ke dapur. Secebis rasa bahagia menyelinap ke dalam hatiku. ALHAMDULILLAH.

Thursday, 1 August 2013

Qaisy dan Laila - 2

“Pilih antara Qaisy atau keluarga.”
“Mak!” jeritku. Aku terkejut. Sampai hati emak memaksa aku untuk memilih Qaisy atau keluarga. Aku takkan mampu membuat pilihan.
“Kalau Laila pilih kami, mak nak Qaisy ceraikan Laila depan kami semua. Kalau Laila pilih Qaisy, sila kemaskan barang-barang Laila dan pergi dari sini,” tegas emak setelah aku terjerit.
Air mata mengalir tiba-tiba. Qaisy dihukum tanpa perbicaraan.
Aku tarik nafas dalam-dalam. “Laila pilih Qaisy,” jelasku tenang dan terang. Dengan yakin sekali.
Qaisy pandang wajah aku. Dari sinar matanya, aku tahu dia tidak suka dengan keputusanku. Dia mahu aku terus bersama keluarga. Ya, aku tahu Qaisy sentiasa mahukan yang terbaik untuk diriku.
“Laila…” kulihat air mata Qaisy turut mengalir setelah menyebut namaku. “Fikir baik-baik, sayang. Jangan sebab Qaisy, Laila nak buang keluarga. Insya ALLAH, kalau bukan dengan Qaisy pun, Laila akan bahagia juga.”
“Qaisy tak salah,” sahutku. Kali ini suaraku lemah tidak setegas tadi. Kenapa Qaisy harus mengalah? Bukankah dulu dia berusaha untuk mendapatkan aku? Bukankah dulu, sebelum menikahi aku, kami mendapat tentangan yang sama? Kenapa kali ini dia tidak lagi berjuang untuk bersama denganku?
“Tak salah?” Abang Hamzah menyampuk. “Dah terang lagi bersuluh, dia bersama Atul dalam bilik tadi. Dahlah masa tu dia tak berbaju, Atul pulak terbaring atas katil. Kau dah buta ke, Laila?”
Aku diam sahaja. Kalau aku cuba pertahankan Qaisy pun, tiada siapa yang akan percaya. Mereka berdua tertangkap dalam keadaan yang mencurigakan tetapi aku tahu kebenarannya.
“Laila tetap mahu bersama Qaisy. Suatu hari nanti mak akan sedar, apa yang mak buat ni salah. Dan Laila harap masa tu, segalanya belum terlambat untuk mak betulkan kesilapan,” tuturku sambil memandang semua ‘hakim’ yang berkumpul di ruang tamu rumah aku itu. Atau adakah sekarang aku dah hilang hak untuk menyebut rumah ini sebagai rumah aku?
“Keluar kau dari rumah ini dan jangan kembali lagi. Kau dah tak ada hubungan dengan kami.”
Emak berlalu tanpa pandang kami berdua. Okay, fine! Aku pun tak hadap nak tinggal di sini apabila semua dah tak percaya pada kami. Aku berdiri sambil tarik tangan Qaisy untuk masuk ke bilik. Kemaskan barang-barang kami dengan segera lalu keluar dari rumah ini. Aku sikit pun tak kisah!
Qaisy ikut aku dengan teragak-agak. Aku tahu dia serba salah. Sampai di depan bilik, aku dengar Shaidatul menjerit.
“Habis Atul macam mana? Atul dah ternoda. Siapa nak bertanggungjawab pada Atul?” dia menangis teresak-esak. Pandai berlakon!
Dengan marah, aku berpaling kembali ke ruang tamu. “Tak ada sesiapa yang noda Atul. Ingat, dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh. Kenapa Atul tak bunuh aje Mak Su? Baru puas hati Atul, kan?”

*****
Kami senyap saja dalam kereta. Aku lihat wajah Qaisy yang serabut. Kesian dia. Dari awal perkahwinan lagi, dia sudah tidak diterima keluarga aku. Ketika dia memegang tombol gear, aku sentuh tangannya. Wajahnya aku pandang dengan penuh rasa kasih. Dia menoleh sekilas. Tangannya aku bawa ke dadaku. Biar dia merasai getaran cintaku yang tak pernah berkurang untuknya.
“Kenapa Laila percaya pada Qaisy sedangkan apa yang semua orang nampak memang jelas seolah-olah kami buat perkara tak elok dalam bilik kita?” dia tanya tanpa memandang ke arahku. Tumpuan ditujukan sepenuhnya ke atas jalan raya.
“Laila nampak dari awal lagi apa yang sebenarnya berlaku,” jawabku. Tangannya masih dalam genggamanku.
“Habis tu, kenapa Laila tak terangkan pada mereka?” kali ini baru Qaisy berpaling memandangku.
“Siapa nak dengar cakap Laila? Semua orang lebih percayakan Atul. Dalam kisah ni, dialah orang yang teraniaya itu, kan? Lagipun Qaisy bekas tunang Atul. Bagi mereka semua, tak mustahil Qaisy masih ada perasaan pada Atul.”
Dia diam semula. Aku tidak tahu apa yang bermain dalam fikirannya. Walaupun sudah hampir setahun menjadi isterinya, ada sisi yang aku belum kenal mengenai suamiku ini. Barangkali sebab kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin dulu. Kami berkenalan hanya kerana dia bakal suami anak saudaraku, Shaidatul. Apabila dia putus tunang dengan Shaidatul, tiba-tiba dia meminang aku pula. Sedangkan di hatiku pada masa itu memang telah terisi dengan satu nama yang aku sendiri cuba padamkan. Qaisy…
“Laila, kalau Qaisy tanya, Laila jangan marah, ya?” solanya sambil menarik perlahan-lahan tangannya dari genggamanku. Aku biarkan.
Untuk menjawab soalannya, aku angguk saja.
“Ermm, kalau Laila tak nampak apa yang berlaku dalam bilik tadi, Laila tetap percaya pada Qaisy tak?” dia sebut satu persatu. Agaknya dia ragu untuk bertanya soalan itu.
“Qaisy, kalau Laila tak percaya pada Qaisy, Laila takkan ada di sini. Kalau Laila tak percaya pada Qaisy, dari dulu lagi Laila tak terima Qaisy. Kita dah lalui macam-macam cabaran dan halangan, kan? Kenapa baru sekarang Qaisy ragu-ragu pada Laila?” aku lepaskan keluhan.
“Terima kasih, Laila. Tapi Qaisy nak Laila minta maaf pada family Laila. Mereka segalanya untuk Laila. Kasih ibu membawa ke syurga. Buat masa sekarang Qaisy faham, semua orang tengah marah tapi Laila jangan terus asingkan diri. Bila keadaan dah reda nanti, Laila baliklah semula ke rumah itu. Qaisy akan temankan tapi kalau mereka tak boleh terima Qaisy, Laila jangan tinggalkan mereka untuk Qaisy. Boleh, sayang?”

*****

            Bahuku ditepuk. Hilang lamunan tiga tahun yang lalu. Perlahan-lahan aku mengangkat muka memandang Azizi. Dia tersenyum.
“Lekanya mengelamun. Entah berapa episod kau punya drama tu. Kalau kau memasak macam ni, pukul berapalah baru aku dapat makan,” keluh Azizi. Dia tarik kerusi lalu duduk di sebelahku.
“Sorry…”
“Eh, tak apa. Meh aku tolong kau masak.” Azizi tarik pisau yang ada di tanganku.
Aku terkedu. Melihat wajah tenang Azizi, aku terfikir adakah disebabkan sikap keras kepala aku yang menyebabkan aku kehilangan semua yang pernah aku miliki dulu. Agaknya, aku sendiri yang musnahkan kebahagiaan aku. tapi andainya aku tak memilih Qaisy, adakah semuanya akan kembali seperti biasa?
“Laila, sudah-sudahlah mengelamun tu. Aku dah lapar ni.” Sekali lagi Azizi mengejutkan aku. Aku malu!
Aku berdiri sambil membawa sayur yang sudah siap dipotong untuk dibasuh. Tiba-tiba aku pening kepala dan tekak terasa mual. Aku sedaya-upaya menahan diri dari termuntah tapi tak berjaya.
Azizi datang menghampiri aku di sinki sambil mengurut belakangku. Aduh, peritnya tekakku!
“Dah berapa bulan?” soal Azizi.
“Erm..eh…mana ada. Masuk angin aje. Aku belum makan dari pagi tadi.” Aku cuba berselindung.
“Kau ingat aku tak nampak perut buncit kau tu? Benda macam ni pun nak sorok dari aku.”
Aku sentuh perutku yang agak membuncit tu. Aku tak ada niat pun nak sorokkan Cuma aku masih rasa ada jurang antara aku dengan Azizi. Aku tak tahu bagaimana penerimaan dia tentang kehamilan aku.
“Laila…” Azizi tarik aku menghadapnya. “Kau ada alasan yang kuat untuk balik ke rumah. Ni, kandungan kau ni, mana tahu boleh lembutkan hati mak.”
“Boleh ke?”
“Kita cuba sama-sama.”