Saturday, 21 September 2013

SAAT KAU HADIR - LAILA KAMILIA

NOVEL SAAT KAU HADIR KARYA LAILA KAMILIA (TERBITAN ALAF21 TAHUN 2008)

            Permulaan novel ini membuatkan saya tersenyum (tersengih?) seorang diri. Kisah pertemuan pertama Eliana dengan Amri yang lucu yang membawa ke beberapa detik pertemuan lain yang ‘manis’. Dendam ‘pecah telur’ yang dilancarkan oleh Eliana mengakibatkan dirinya sendiri termalu. Walaupun gagal melunaskan dendam ‘pecah telur’nya itu, namun dendam itu tidak terlerai begitu sahaja.

            Saat yang ditunggu oleh Amri tiba juga. Setelah sekian lama memendam hasrat untuk mendapatkan nama Eliana akhirnya berakhir. Perhubungan yang semakin rapat tatkala bekerjasama dalam menjayakan Program Anak Angkat Bumi Kenyalang mejmbuka peluang kepada Eliana dan Amri untuk saling mengenali. Pada saat inilah Eliana mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan ‘pecah telur’! hati yang telah terbuka sedikit untuk menerima Amri dalam hidupnya kembali tertutup setelah helah licik Amri dapat dikesan oleh Eliana. Ingat mudah sangat nak dapatkan hati Eliana? Amri silap besar. Dengan bermacam pujukan, Eliana akhirnya mengaku yang dia sendiri tidak boleh hidup tanpa Amri. Kalau sudah cinta, bau telur pun wangi!

            Bahagia yang diimpikan tidak berkekalan. Setelah tujuh tahun menjalin hubungan, terjadi peristiwa yang menyebabkan benci Eliana kepada Amri tidak terhingga! Rasa kosong itu diisi oleh kehadiran Dalton yang pada mulanya dianggap sebagai sahabat sahaja. Setelah mengetahui kebenaran tentang diri Dalton, Eliana bertindak menjauhkan diri. Dalton nanar sendiri. Namun, hubungan yang rapat dengan ibu Eliana membuka peluang untuk merapati gadis itu.

            Impian ibunya untuk bermenantukan Imran Syakir, jiran sebelah rumah itu membuatkan Eliana serba salah. Selama bertahun-tahun dia menjauhkan diri daripada ibu tersayang kerana berkecil hati dengan tindakan ibunya yang membiarkan dia dibesarkan oleh nenek di kampung menerbitkan rasa bersalah di hati Eliana. Dia mahu membahagiakan ibu yang telah dia sisihkan sejak kecil lagi. Tetapi bagaimana dengan rasa cinta terhadap Amri yang belum pudar?

            Eliana nekad! Demi kasih pada ibu, dia bersedia menerima jejaka sebelah rumah.

            ‘Imran memegang sebuah bingkai gambar sambil tersenyum padanya. Dia merenung wajah Amri yang mengharap. Dia memandang wajah Imran yang mendambakan kehadirannya. Eliana keliru sama ada mahu ke kanan atau ke kiri.’

            Siapa pilihan Eliana? Adakah dia akan memilih kasih Imran Syakir demi membahagiakan ibunya atau adakah dia akan kembali meraih cinta Amri yang pernah mengecewakannya? Jawapannya ada di dalam novel SAAT KAU HADIR. Bacalah dengan jujur, kerana cinta itu hanya ada di dalam hati yang tulus untuk mencintai!

untitled

Okey. Tamat sudah bacaanku. Novel Tertulis Buat Kita yang aku cilok daripada teman wanita aku, Airin Nurfazera. Menarik dan tidak tebal. Aku mula baca pagi tadi. Sekarang jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Boleh tahan! Aku memang gemar membaca novel. Jarang lelaki yang suka tetapi aku adalah antara yang sedikit itu. Rare.

            Aku capai baju T yang aku letakkan di kepala katil. Malam mulai sejuk. Baju T aku sarungkan semula di badan kurusku. Senyum sendiri mengenangkan ketiadaan six pack di abdomen aku. Ada aku kisah?

            "Man…" perlahan aku menyeru nama teman sebilik. Suaraku tenggelam di hujung laungan sebab aku menguap.

            "Hrmm..." Azman di atas katil yang satu lagi menggumam. Aku tahu dia sedar aku memanggil namanya. Dia baru seketika tadi terlelap. Belum cukup lama untuk terus nyenyak.

            "Teman aku pergi toilet." Selimutnya aku tarik.

            Dalam mamai, dia menuruti langkah aku. Aku masuk ke dalam bilik air lalu menunaikan hajat. Ah, leganya!

            "Kau masak air ke, Man?" Keluar saja dari bilik air, aku lihat Azman mencucuhkan plug cerek elektrik ke suis. Abuden!

            "Nak rendam Maggi. Aku lapar." Matanya kuyu menahan rasa mengantuk.

            "Kenapa tak masak dalam periuk?" soalku kehairanan.
Aku tiba-tiba teringin. Pandai sungguh si Azman psiko aku.

            "Aku nak bancuh air sekali. Kira dua dalam satu. Kau nak juga ke?" Dia tarik kerusi lalu duduk bersila di atas kerusi itu. Mata terpejam. Lucu pula aku tengok postur Azman. Macam orang bertapa! Tapi aku tak pernah pun nampak orang bertapa cuma keadaan Azman sekarang memang macam apa yang pernah aku bayangkan tentang seorang pertapa.

            "Ada lagi?" aku tanya sebab kali terakhir aku tengok stok Maggi ada dua bungkus sahaja lagi.

            "Aku ingat nak makan dua. Kalau kau tak malu, kau ambillah sebungkus ni." Dia main campak saja sebungkus Maggi pada aku. Aku okey saja walaupun setakat mana lah Maggi sebungkus tu pada kami berdua. Celah gigi pun tak sangkut.

            Bunyi nyamuk membingit di telinga. Tak tahan aku. Dah banyak kali nyamuk hinggap atas badan aku. Kagum juga aku tengok Azman yang selamba pakai boxer sahaja. Nyamuk pun tak lalu makan darah dia agaknya.

            "Hujung bulan ni aku pindah." Suaranya bergema dalam sunyi malam.
"Ah?" aku pandang wajah Azman. Kening aku terangkat. Aku tidak sempat menangkap bicara Azman sebab terlalu khusyuk mengelamun.
"Hujung bulan ni aku pindah. Aku duduk rumah yang arwah ayah aku bagi," ulang Azman. Suaranya lemah. Aku tak pasti sebab mengantuk atau sebab sedih nak tinggalkan aku.

            "Nampaknya aku kena bayar seoranglah sewa bilik ni," gurauku. Aku tak ada masalah pun sebenarnya. Bukan mahal sangat sewa bilik yang kami duduk sekarang.

            "Sorry," ucap Azman lalu bangkit mematikan suis cerek elektrik. Aku pula yang terasa bagai terkena renjatan. Selama dua tahun mengenali dan duduk sebilik dengan Azman, tak pernah pula dia mengucapkan kata maaf. Bukan hanya dia, aku pun begitu juga. Janggal sekali rasanya nak mengucapkan maaf atau sorry.

            Maggi direndam dan milo tiga dalam satu dibancuh. Dua mangkuk dan dua cawan. Kami makan dengan senyap. Tidak seperti kebiasaannya, ada-ada sahaja yang menjadi topik perbualan kami. Kenapa aku rasa malam ini Azman lain macam?

            "Lee," Azman panggil nama aku setelah mangkuknya licin.

            Aku panggung kepala. Mangkuk Maggi aku letak ke tepi.

            "Kau dengan Airin okey ke?" huh! Soalan maut! Airin Nurfazera jarang menjadi subjek utama dalam borak-borak santai antara aku dengan Azman.

            "So far so good," jawabku lebih kepada berseloroh. Nak good apa kebende nya. Dari semalam aku call dan sms, dia tak jawab-jawab. Dan dalam minggu ni saja berapa kali dia cancel date kami.

            "Kalau dia tinggalkan kau, kau menangis tak?" Azman tanya lagi. Apa ni? Risau aku...

            "Tak menangis kot. Sedih saja barangkali. Aku kan macho," aku depang dada leper aku ke arah Azman. Dia senyum senget.

            "Selamat malam!" Azman tepuk bahu aku lalu kembali melangkah ke dalam bilik. Mangkuk dan cawan ditinggalkan di dalam sinki tanpa dicuci.

            Aku ditekan rasa hairan dan curiga. Apa sebenarnya? Aku perhatikan sahaja langkah longlai Azman menuju ke dalam bilik. Fikiranku terimbas beberapa bulan lepas. Memang Azman kelihatan agak terganggu dan ada masalah. Aku tunggu juga kalau-kalau dia mahu berkongsi masalahnya itu dengan aku. Walaupun aku bukanlah kawan yang boleh dikatakan rapat dengan Azman, sekurang-kurangnya, sebagai teman sebilik mana tahu aku boleh membantu mengurangkan tekanan yang dia rasai itu.

            "Apa kata kalau Man berterus-terang?" aku terdengar suara Azman dari muka pintu bilik. Aku tak jadi masuk.

            "He is my friend. Hari-hari Man berdepan dengan dia. Man tak sanggup." suaranya seakan berbisik. Tapi aku dapat dengar dengan jelas. Dia tak tahu ke telinga aku ni telinga lintah?

            "Bila lagi nak bersedia? Lagi tiga bulan kan? Baik beritahu sekarang," makin serius pula suara Azman. Aku berdebar sangat sekarang ni.

            "Esok Man call lagi. Man tak nak dia syak," dia matikan panggilan. Tersandar aku di dinding. ‘Dia’ yang Azman maksudkan itu tentu sekali aku. Takkanlah penyewa bilik sebelah bilik kami ini.

            Setelah bertenang, aku masuk ke bilik. Azman terkebil-kebil merenung siling.

            "Man, aku dengar perbualan kau tadi. Ada apa-apa yang kau nak beritahu aku?" aku bertanya dengan serius. Aku duduk di birai katil aku menghadap Azman yang sedang berbaring.

            Dia tak jawab tapi renung muka aku dalam keadaan berbaring. Naik seram juga aku dibuatnya. Tengah-tengah malam ni jangan buat pasal pula Azman oi...aku masih teruna lagi ni.

            "Esok sajalah. Kau tak kerja kan? Kita jumpa seseorang di Kubah Ria," setelah menuturkan ayat itu, dia kembali mengiring ke kiri. Membelakangi aku.

            "Airin?" teka aku dalam kecelaruan.

            Macam terkena air panas, Azman bingkas bangun.

            "Lee, I'm really sorry," dia pegang tangan aku. Ya ALLAH, apa ini?

            "Just tell me the truth," aku cuba bertenang.

            "Airin...kami tak lama lagi nak bernikah," terang Azman.

            Tiada respon dari aku. Aku tak tahu kenapa. Aku diam dan duduk macam tak ada apa-apa berlaku. Terkejut sangat agaknya.

            "Congrats..." ucapku selepas aku lama terdiam. Entah ikhlas entahkan tidak. Mata yang pedih aku kedip-kedipkan. Fazlee, relaks...

            "Lee, kami dah lama nak beritahu kau tapi tak tahu macam mana. Kami...kami..." Azman tergagap-gagap.

            "Macam dalam drama, kan?" pintasku. Aku sindir Azman. "Dah tak ada orang lain lagi ke?" suara aku meninggi. Rahang aku berceratuk menahan marah.

            "Aku silap," dia tunduk memandang lantai.

            "Silap pak hang!" penumbuk sulung aku melayang ke wajah Azman. Geram punya pasal. Kalau boleh aku memang tidak mahu bergaduh sebab perempuan. Memalukan kaum sahaja tetapi perkara ini buat aku angin satu badan. Dah nak nikah baru beritahu aku?

            "Sorry, Lee. Aku tak sengaja. Aku terjatuh cinta pada dia dan dia pun suka aku. Ingat tak last year kau balik kampung, aku dengan Rin hantar kau ke Kuching Sentral. Balik dari situ kami terus rapat. Dan aku tak tahu bila tiba-tiba kami jatuh cinta." suara sayu Azman tak kuhiraukan. Kuhayun sekali lagi penumbuk.

            "Kau ambil je lah Rin tu. Perempuan macam tu memang sesuai untuk lelaki macam kau. Tak setia, makan kawan. Ingat aku mati ke kalau korang tak ada? Puih!" aku ludah ke muka Azman. Walaupun aku marah tapi aku masih ada hati lagi. Bukanlah aku ludah seketul air liur terus. Cuma ludah angin sahaja.

            Aku ambil kunci kereta. Pintu bilik aku hempas. Masuk dalam kereta, tangan aku menggigil nak masukkan kunci. Bila enjin dah start, aku tekan minyak kuat-kuat. Kereta aku meluru laju.

            Setitik. Dua titik. Lalu akhirnya menjadi lebat. Air mata panas keluar dari mata aku. Airin Nurfazera...terima kasih kerana menghancurkan hati aku! Aku berhentikan kereta di tepi jalan dan menangis di situ. Kalau orang lain tahu, malu a
ku. Bukan main lagi mengaku macho tapi tengoklah sekarang. Aku menangis kerana seorang wanita yang tak hargai cinta aku. It’s embarrassing!
Aku keluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Dalam marah-marah tadi, sempat juga aku mencapai telefon bimbit yang terletak bersebelahan dengan kunci kereta aku. Nama ‘sayang’ aku cari dalam contact list. Butang call pada skrin sentuh itu aku tekan perlahan.
“Kenapa buat saya begini?” aku terjah terus tanpa salam apabila panggilan aku dijawab.
“Saya tak tahu,” dia jawab dengan lembut. Ini masalah aku dengan Airin. Dengar suara sahaja aku boleh cair.
“Tak tahu apa sampai dah nak nikah ni? Selama ini, awak main-mainkan saya, Rin?” aku mula turunkan tune suara aku.
“Bukan mempermainkan tapi saya dah buat pilihan. Azman pilihan saya dan keluarga. Maafkan kami,” suara Airin masih mendatar. Tenang sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Aku merengus marah. “Kalau dah curang tu, pakai apa term sekalipun, maknanya tetap curang.”
“Awak silap. Saya tak curang. Selama tujuh tahun mengenali awak, tidak pernah sekalipun awak sebut soal kahwin. Dulu saya tak kisah sebab awak masih belajar tapi bila awak dah bekerja, saya tunggu awak buka mulut pada keluarga saya. Sampai akhirnya, Azman yang datang jumpa leluarga saya. Minta saya daripada ayah saya. Sesuatu yang tak pernah awak lakukan. Saya bukan mencintai Azman kerana wajahnya yang tampan tapi sikap gentleman dan kejujuran dia untuk memiliki saya,” panjang lebar sungguh penjelasan Airin.
“Gentleman lah sangat. Kalau betul dia lelaki sejati, dia datang jumpa saya. Ini tidak. Dia rampas hak saya tanpa pengetahuan saya. Umpama pukul curi!” bidas aku lagi. Orang tengah angau, mestilah puji pasangannya.
“Dia awal-awal lagi nak beritahu tapi saya halang. Saya kenal awak jenis yang macam mana. Lagipun, saya bukan hak awak. Jangan sesekali anggap yang awak sebagai boyfriend saya, terus saya jadi hak awak. Itu awak silap,” jelas Airin lagi. Masa ini aku rasa macam aku tak pernah kenal Airin Nurfazera. Dia lain sangat.
“Kami sedar kesilapan kami, menyembunyikan hal ini daripada awak. Untuk itu, bagi pihak Azman dan juga saya sendiri, saya mohon kemaafan awak.”
Aku matikan panggilan. Masih di dalam kereta yang yang aku hentikan di bahu jalan, aku merenung ke dalam diri. Apa silap aku? Apa salah aku?

BUKAN HANYA ADA KITA

NOVEL BUKAN HANYA ADA KITA KARYA NAZURAH AISHAH
(TERBITAN JEMARI SENI)

Seawal membaca sinopsis novel ini, saya terus dapat ‘tangkap’ bahawa ini kisah bermadu. Tanggapan pertama; isteri kedua pasti seorang penggoda, watak gedik, cantik (+ anak orang kaya). Disebabkan saya bukanlah seorang yang anti poligami, saya baca bab-bab awal BHAK di laman web Jemari Seni. First impression; mengagumkan! Lepas tu terus beli novel ni!
Bukan Hanya Ada Kita sangat berbeza dari novel-novel yang pernah saya baca mengenai tema yang sama; poligami. Penulis berjaya melakar kisah Medina Azzahra sebagai isteri kedua kepada Ahmad Zahrin tanpa memburukkan mana-mana pihak.

Pada peringkat awal pembacaan pun saya terasa novel ini ‘berhantu’. Bagaimana hati kedua pasangan isteri ini berpisah tatkala menjelang Syawal untuk bersama keluarga masing-masing. Maklumlah pernikahan mereka dirahsiakan. Maka setiap tindak-tanduk mereka harus memikirkan ‘orang di sana’.

‘Aku tak mahu komen apa-apa. Aku mahu peluk Zahrin kuat-kuat. Entah bila lagi aku dapat peluk dia begini. Andai hari esok tidak muncul, andai matahari tidak terbit lagi, atau aku yang tidak berpeluang menikmati bahagia ini, biarlah aku simpan semuanya dalam hati. Aku hanya mahu Zahrin tahu…’

Bahagia yang diharapkan berpanjangan, menjadi goyah setelah mereka kembali selepas bercuti raya. Rajuk Medina pada Zahrin yang terlepas cakap sebaris ayat beracun; “Abang ada Za seorang aje,” berpanjangan hingga ke tahap Medina ingin dilepaskan! Whoaaa! Si Zahrin ini pula tak sedar-sedar isteri sedang merajuk. Boleh pula dia terlupa hari lahir Medina? Hati isteri mana yang tak hancur?

Hidup yang telah sedia kucar-kacir menjadi huru-hara apabila Aiza menghidu kecurangan suaminya. Kepada Medina (yang dianggap sebagai teman dan adik sendiri) dia meluahkan rasa. Dia benci pada Dea yang telah menjadi petualang dalam hidup mereka suami isteri tanpa menyedari Dea itu Medina Azzahra yang dia percaya sangat! Seakan mengerti rasa yang dialami oleh Kak Aizanya, Medina memilih untuk mengundur diri sebelum Aiza dapat tahu bahawa mereka berkongsi suami! Medina juga tidak mahu kehilangan kasih seorang kakak dan juga pelanggan setia perniagaan atas taliannya!

Membawa diri dan membawa satu rahsia besar, bukan suatu penyelesaian. Bagaimana dengan Ahmad Zahrin? Medina bukan perampas tapi Aiza juga berhak mendapat 100% cinta seorang suami! Bukan Hanya Ada Kita ada jawapannya. Kadang-kala kita perlu merasai pahit sebelum kenal erti kemanisan.
Saya syorkan novel ini kepada semua peminat novel melayu. Novel ini merupakan naskah yang terbaik pernah saya miliki. Tahniah kepada penulis! 

*pastikan anda bawa tisu atau tuala semasa membaca Bukan Hanya Ada Kita!

 [Lia]
Baru sampai bab 4 bhak…lia dah nangis..padahal dah salu ulang..

[Zareeny]
Hai lah..jgn ler sebut wt k.niny teringat kembali..melekat betul..ini 1st time novel yg keh wt k.niny menangis ngn rs insaf

[Lia]
Tak byk penulis yg berani tulis isu ini dr pandangan isteri kedua..kalau ada pun msti negative.2nd wife tu perangai xelok,penggoda..tp bhak lain

[Zareeny]

Betul..k.niny setuju sgt2..cara penyampaiannya tak memburukkan mana2 pihak

CINTA BUNGA TULIP

REVIEW NOVEL CINTA BUNGA TULIP KARYA LAILA KAMILIA, TERBITAN ALAF21

Alhamdulillah...Bermula 7 Mac hingga 13 April..masa yg boleh dikatakan agak panjang utk sebuah novel yg berketebalan 547 muka surat. Cinta Bunga Tulip.. Sy jatuh cinta pandang pertama (bukan ‘Cinta Pandang Kedua’ - novel dari penulis yg sama yg sy baca). Permulaan bacaan agak perlahan. Sungguh! Mungkin hanya penggila novel spt sy mampu bertahan utk membaca bait demi bait kata. Ttp setelah separuh iaitu di muka surat 316..tiba2 sy rasa teruja! Sy habiskan sekali duduk shj sampai ke penghujung cerita! Wah, sungguh tak mengecewakan! Ok, cerita dlm novel ini xbyk suspen..sbb sy blh teka dr awal...tapi cara penulis melakar cara utk 'menyembunyikan' hakikat itu membuatkan sy mahu tabik pd beliau...ishh...buat sy geram saja!! Sy syorkan novel ini pd kwn2...jgn menilai dr awal pembacaan..teruskanlah membaca hingga ke noktah terakhir. Watak yg sgt matang, memperjuangkan jati diri d luar negara..sy sgt kagum! Ini kisah benar menurut penulis...terasa ingin berjumpa Puteri Sara Ibrani dan Faris Adrian Fadhli...berusia 21 tahun bkn penghalang utk mempertahankan cinta yg disemai. Halangan yg dtg dr segenap segi termasuk diri mereka sendiri. Bersahabat begitu lama, pasti sukar meluahkan rasa...sy fhm rasa itu krn sy sndiri merasinya..uwaa...sy memilih novel ini antara lambakan novel sy yg lain utk diulas kerana

1/memecah rekod peribadi sy membaca begitu lama sebuah novel
2/sy akan jdkan karya penulis sbg koleksi slps ini
3/sy tidak memaksa diri utk menamatkan ttp naluri sy sndiri yg 'menolak' utk mbaca novel lain sementara sy menamatkan bacaan CBT sy
4/novel ini harus dimiliki oleh semua penggemar novel tempatan
5/ i just fall in love with Adrian!! Sara, sila jgn cemburu...muahaha...

I LOVE YOU, STUPID!

ULASAN NOVEL I LOVE YOU, STUPID! KARYA MELUR JELITA
(Ulasan yang biasa-biasa untuk novel yang luar biasa!)  

Novel I LOVE YOU STUPID! (selepas ini akan dirujuk sebagai ILUS..hehe) merupakan karya kedua Puan Melur Jelita setelah kejayaan novel pertama beliau; AWAK SUKA SAYA TAK?
To be honest, saya tertarik untuk membeli ILUS disebabkan penulisnya, Melur Jelita. Saya sudah membaca Awak Suka Saya Tak? jadi saya memandang tinggi ILUS. Pengembaraan saya bersama ILUS dan Iris bermula sejak di blog Melur Jelita lagi.
Analogi ILUS bagi saya : Sebuah kereta api “Cinta” yang bergerak di atas landasan yang bernama “Landasan Iman”..kereta api ini ada kepala dan mempunyai gerabak-gerabak yang lain;masing-masing membawa pengertian cinta yang berbeza namun yang terutama ianya adalah “Cinta di atas Landasan Iman”
                Permulaan ILUS memang mengujakan (sungguh!) diimbangi dengan pertengahan cerita yang mengharukan dan menekan jiwa yang membacanya. ILUS merupakan pengenalan kepada bumi Kemboja yang di dalamnya terdapat kehidupan penduduk Melayu Cham yang beragama Islam –terpencil dan daif.
                Sepertiga pertama novel ini mengisahkan warna-warni kehidupan remaja. Tentang persahabatan Iris (watak utama), Lara, Farina dan Violet. Diselangi kisah percintaan Iris dan Aidan-seorang doktor yang handsome dan macho! Dan kegilaan terhadap Inspektor Ebrahim a.k.a Abang Pedas. Hot and spicy! Dan banyak perkara diluar jangkaan berlaku akibat percintaan dan kegilaan tersebut. Rama-rama di dalam perut terasa mengepak, mabuk, terbang tinggi ke jantung dan adakalanya pengsan. Oh,papa! (maaf,ini frasa dalam ILUS)
                Sepertiga lagi berjaya menukar emosi saya 360 darjah ketika membaca. Iris, dari seorang gadis yang dilimpahi kemewahan terpaksa bergelut dengan kesusahan dan kesempitan kehidupan di Kemboja demi misi kemanusiaan membantu masyarakat Muslim di sana dan misi rahsianya sendiri…first time baca, saya tercari-cari apa misi rahsia itu tapi saya takkan membelek halaman belakang! Sepanjang membaca, saya turut berasa geram, gembira, teruja, sedih, marah, terpukau (dan jatuh cinta) bersama Iris. Aduhai, sakit sangat rasanya bila saya kehilangan Ahmad! Sob…sob…sob…. Rasa simpati terhadap masyarakat di sana membuak-buak di hati saya. Di Kemboja, turut bermula kisah Iris-Firman yang sebenarnya telah lama bermula tanpa Iris sedari… Firman si lanun; bodyguard dan translator kepada Iris. Mereka tak sebulu tapi sehati! Saat ini saya ingin wachaaa Iris sebab saya cemburu! Lelaki baik dan beriman seperti Firman menjaga dia seperti menatang minyak yang penuh (hehehe..) haruslah saya cemburu… ditambah perhatian daripada keluarga Firman-ibunya,mai tuan dan adiknya,Fatimah (dan Matt juga); saya tak dapat bayangkan betapa murni hati mereka yang sentiasa melayan kehendak Iris dengan penuh kasih sayang. Sepatutnya Iris ajak saya pergi bersama!
                Sepertiga akhir sampai klimaks, kebenaran tentang si kecil Izham,misi kemanusiaan yang belum tamat, misteri kehilangan Matt dan yang penting rasa cinta Iris terhadap Firman menaikkan semangat untuk terus membaca sehingga noktah yang terakhir. Hati mengharapkan agar Iris dan Firman dapat bersatu. But, wait! Ada janji antara Iris dengan Aidan,kan? Lalu bagaimana?
                Kata Firman (not exactly like what he has said); kalau cinta kita takkan dapat menyatakan sebab mengapa kita cinta. Itulah yang saya rasa terhadap si gemuk ILUS ini. Saya jatuh cinta pada ILUS dan saya tak mungkin dapat terangkan sebabnya…seperti cinta saya terhadap Aidan…(sorry, out of topic)

Novel ini memang sebuah kisah yang panjang (kerana ia belum berakhir,mungkin?) Tidak diakhiri dengan ‘they live happily ever after’kerana ILUS bukan kisah dongeng. Ini kisah benar! Dan persoalan yang menjadi tanda tanya mungkin sahaja disimpan oleh si penulis sebagai umpan untuk buku seterusnya. Siapa tahu???

Thursday, 19 September 2013

Biar Dia Pergi - Sinopsis

Jafni Effendi’s status update : beri kesempatan atau jatuhkan hukuman…andai maaf pun tak kau berikan…

The Only Me | Wanita Dari Mataku

Tolong jatuh cinta sekali lagi!

Salam pembaca semua..apa macam? Ternganga tak baca tajuk entry Abang Tom kali ini?

Betul ni Abang Tom cakap... Kadang-kadang cinta kita tak sampai ke penghujung jalan yang kita inginkan. Habis tu takkan nak sia-siakan kehidupan yang tersisa? Bangkit dan jatuh cinta sekali lagi!

Semangat punya entry ni...hehe...

Ni Abang Tom nak ajak korang merenung sejenak. Bayangkan dalam gelas korang ada air milo pagi tadi yang tak habis minum lagi. Nak dibuang, sayang... Milo dah mahal sekarang,kan? Milo 1Malaysia ada sebagai alternatif,ok? Eh, melalut lak Abang Tom.

Berbalik kepada milo basi tu tadi... Disebabkan sayang nak buang, korang biar je dalam gelas tu. Sampai basi, sampai busuk. Helo, kalau korang tak kisah dengan bau tersebut, ada orang keliling yang tak tahan. Apa kata korang buang je milo basi tu...lepas tu cuci gelas tu bersih-bersih... Taraaaa! Sekarang gelas dah bersih... Dah boleh buat milo baru kan? Sedap dan menyelerakan..aroma nya...pergghhh!

Sudah faham apa yang ingin Abang Tom sampaikan?

Yang tak faham-faham lagi tu biar Abang Tom kasi clear... Air milo basi tu cinta lama korang, gelas tu hati...selagi korang tak buang cinta lama tu, there is no space for the new love. Ada faham?

Munirah bantah pandangan Abang Tom! Bagi Munirah, sekali jatuh cinta, cinta itu untuk selamanya. Lagipun, macam mana nak tukar ‘milo’ baru sedangkan ‘gelas’ itu pun sudah pecah? Dia tetap mahu tunggu Jafni untuk mengembalikan hati yang sudah pecah itu. Munirah pujuk diri; suatu hari nanti pasti Jafni akan kembali. Biarpun cintanya diracuni dengan lafaz cerai Jafni, cinta itu tetap mekar sebab dah dibaja sejak dia berumur enam belas tahun lagi. Berhujan, berpanas pun dia sanggup mempertahankan cinta itu. Dia berjuang bukan kerana dirinya sahaja…dia fikirkan masa depan Zarith Sofia, anaknya dan Jafni.

"Hari tu saya minta hati awak, awak cakap dah hilang. Kalau awak beritahu saya mana awak buang, boleh saya tolong cari dan kutip semula. Lepas tu saya akan jagakan hati awak. Apa macam? Okey tak tawaran saya?" - Mustaqim

"Hilang tak bermakna saya buang. Ada yang curi tapi tak pulangkan." – Munirah

“Melepaskan orang yang kita sayang itu memang payah. Kita sendiri yang sakit! Tapi apa guna kita bersama dia kalau kita sama-sama tak bahagia? Ni Abang Tom nak bagi nasihat sikit; kita biarkan orang yang kita sayang tu cari kebahagiaan sendiri, macam kita cucuk vaksin dalam badan. Sakit woo kena cucuk…tapi InsyaALLAH lepas tu kita akan sihat. BIAR DIA PERGI…kalau dia kembali, bererti dia memang untuk kita.” – Abang Tom

Kamek Suka Kitak - Sinopsis

           Sejak aku kenal apa itu cinta dan siapa Ulfy Zahari, seluruh cintaku telah aku curahkan untuk dia sahaja. Nama Ulfy Zahari telah membentengi hatiku dengan utuh.
Biarpun yang datang mengetuk pintu hati aku itu Si Habib yang sekacak Arjun Rampal, aku tetap tidak berpaling. Habib mengibar bendera putih lalu akur melaungkan ikrar ‘Hanya Kawan’.

          Yang menghairankan aku, aku bukanlah perempuan yang ‘baik-baik’ tapi mengapa ustaz berjanggut tebal itu turut mencuba nasib mencuri hati aku? Perempuan gila-gila yang suka kunyah chewing gum macam aku ini mana sesuai bergandingan dengan ustaz yang berkopiah. Huh!

          “Siapa yang ajar awak teori ‘ustaz kena kahwin dengan ustazah’?”

           Eh, salah ke? Kalau betul pun tak semua ustaz kahwin dengan ustazah, aku tetap tak boleh terima ustaz janggut tebal tu. Ulfy Zahari aku nak letak kat mana? Lagipun Habib yang lebih dulu kenal aku tu mesti mengamuk kalau aku pilih ustaz janggut tebal.

          Cup..cup..cup..kenapa aku perlu runsing pasal nak pilih yang mana satu? Bukankah aku cintakan Ulfy Zahari? Kalut betullah kalau ada lelaki yang lebih baik dari boyfriend sendiri datang menggoda.

Kamek suka kitak! Benar, kamek sik bulak!

Qaisy Dan Laila - Prolog

PROLOG

            Tinggal seminggu lagi sebelum umat Islam menyambut Ramadhan. Rasa rindu terhadap keluargaku yang jauh di Kuala Tatau menggamit lagi. Setiap kali tibanya Ramadhan, rasa sayu dan pilu memang tidak dapat aku tahan. Terkadang aku menangis sendiri. Menyembunyikan air mata kerinduan aku dari dikesan oleh suami. Aku tidak mahu dia rasa bersalah.
            Tahun ini, mungkin sekali lagi aku tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta. Selain disebabkan kekangan tugas Qaisy sebagai seorang juruhebah radio, kemarahan dan kebencian keluarga juga yang menghalang aku untuk berkumpul bersama mereka.
            Kerap kali aku menghubungi keluarga di sana namun panggilan aku tidak pernah berjawab. Aku terbuang terus dari keluarga.

Wednesday, 18 September 2013

Kasih Tak Terungkap

Aku dah beri dia peluang. Malam tadi, bukan setakat aku tak kunci malah pintu bilik memang aku renggangkan. Dia yang tak nak masuk. Terlepas tanggungjawab aku. Kalau ada apa-apa hal di kemudian hari, dialah yang tanggung.

            Bangun pagi sepatutnya aku perlu tersenyum lebar, menurut prinsip aku sendiri. Tetapi disebabkan makhluk ALLAH paling seksi (dan seksa) yang bergelar suami aku itu, pagi-pagi lagi aku dah mengerutkan muka. Lama-lama macam ni, mahu aku lagi cepat berkedut daripada dia yang dah masuk three series.

            Bersiap untuk ke pejabat, aku merenung wajah dan tubuhku di cermin. Sudah kurang cantikkah aku? Telah tidak menawan lagikah bentuk tubuhku? Aku angkat lengan lalu kuhala hidungku pada ketiak. Hrmm...wangi. Tak hangit pun! Kenapa dia tidak mahu menyentuh aku lagi?

            "Arrggghhhhh....!!!" aku menjerit melepaskan geram yang terbuku. Seksa sungguh jiwa raga aku. Ingatkan bila dah kahwin dengan lelaki pujaan hati, bolehlah aku bahagia. Tension aku tension!

            "Ada apa ni?" dia meluru ke dalam bilik. Mukanya risau sungguh. Dahi berkerut seribu.

            Walau cinta setinggi gunung pun aku pada Abdul Khaliq ni, sedikit pun aku tak terusik dengan ekspresi wajahnya ketika ini. Aku benci!!!
Mak, aku ingin pulang!

            "Tak ada apa-apa," malas nak panjang cerita, aku jawab ringkas.

            "Kalau tak ada apa-apa kenapa menjerit?" dia bertanya dengan lembut. Sepertinya rumah tangga kami ini aman damai dan sentosa.

            "Sesaja lah nak menjerit. Ingatkan rumah ini tak ada orang," nah, hambek kau!

            Wajahnya mengendur. Tanpa senyuman, Abdul Khaliq tetap kacak. Bentuk wajahnya yang bersegi itu melambangkan ciri-ciri maskulin. Sedikit janggut di dagunya menerbitkan aura kewarakan. Mata yang sepet tetap tajam menikam kalbu. Bibirnya yang jarang tersenyum kelihatan comel dengan adanya tahi lalat di atas permukaan bibir itu. Kalau tidak mengenangkan ego aku sebagai seorang wanita, mahu aku terkam suami aku sekarang juga.

            "Errmmm..." itu saja respon dia. Aku hilang sabar karang, siaplah!

            "Lalu, orang nak pergi kerja ni," Abdul Khaliq yang berada di muka pintu terus memberi laluan.

            Aku berjalan perlahan, manalah tahu tiba-tiba dia menahan aku dari pergi. Namun aku kecewa. Hingga ke anak tangga yang terakhir, dia tetap tidak memanggil namaku. Dalam anganku tadi, aku menyalami tangannya lalu kucium dan dia akan mengucup dahiku berserta doa. Tanpa sendu, air mata aku merembes keluar dengan lebatnya.

*****

            Masa rehat tengah hari, aku tak keluar makan. Aku habiskan masa melayari laman web yang berkaitan. Aku mahu tahu hak aku sebagai seorang isteri yang tidak mendapat belaian. Air mata yang mengalir, aku lap perlahan. Perkataan cerai, fasakh dan sebagainya yang aku baca menambah sebak di hati. Sebolehnya aku tak mahu berpisah dengan Abdul Khaliq. Tidak ada cara lainkah untuk selamatkan rumah tangga kami?

            Aku sentuh tarikh keramat pada kalendar yang aku tanda dengan bulatan. Sudah dua bulan tiga hari sejak kali terakhir kami ‘bersama’. Siapa yang dapat menjawab persoalan yang berlegar di benakku; mengapa dia tidak menyentuh aku?

*****

            "Bismillahirrahmanirrahim. Saya, Abdul Khaliq bin Abdul Harith, menceraikan isteri saya, Siti Karmila binti Ali dengan talak satu," dengan tenang, dia melafaz talak di hadapan hakim Mahkamah Syariah.

            Aku cuba sedaya-upaya menahan air mata. Aku sudah berjanji tidak akan menangis. Abdul Khaliq yang aku cinta, bukan jodoh aku di dunia. Tetapi aku tetap mahu berdoa agar dia menjadi jodoh aku di akhirat kelak.

            "Abang, Karm minta halal makan dan minum. Karm tak sangka abang ambil jalan ini. Karm sanggup hadapinya bersama abang tapi kenapa..." bicaraku terhalang oleh rasa sebak. Aku menyembam wajah ke dada mak yang memang sentiasa di sebelah aku semasa proses penceraian.

            "Karm, abang tak mahu seksa hidup Karm. Karm masih muda. Bina hidup baru ya, sayang," wajahnya pucat lesu. Mata yang sembab itu aku tatap dengan simpati.
“Maafkan abang sebab tak dapat nak bahagiakan  Karm. Abang baru tahu pasal perkara ini beberapa bulan lepas.”

            Kami keluar dari Mahkamah Syariah beriringan. Aku cuba untuk redha dengan ketentuan ini. Menurut Abdul Khaliq, kes yang dia failkan terhadap doktor yang cuai itu akan mula dibicarakan pada bulan hadapan. Aku benci doktor itu! Ketika aku luahkan dendam kesumatku pada doktor itu, Abdul Khaliq menasihati aku supaya sabar, ikhlas, redha dan syukur. Sungguh mulia hatimu, abang. Walau kau telah dikhianati begini teruk. HIV yang sudah menjadi darah daging Abdul Khaliq, memusnahkan harapan aku untuk bahagia di sisinya.

****

            Lima tahun dalam penderitaan, kini dia telah pergi untuk selama-lamanya. Aku masih duduk di pusara Abdul Khaliq. Semua saudara terdekat sudah beransur pulang. Perlahan, aku sentuh nisan yang terukir namanya. Tak terasa hangat air mata yang mengalir. Doaku tak putus-putus buat dia. Semoga dia ditempatkan di kalangan hambaMu yang soleh, Ya ALLAH.

            "Karm," lelaki di sisiku bersuara. Aku menoleh ke arahnya.

"Mari kita balik. Abang tak kisah Karm nak duduk di sini tapi hari dah nak hujan. Abang janji akan bawa Karm melawat pusara Khaliq selalu. Kita balik dulu, sayang," pujuknya dengan lembut.

            Aku angguk cuma. Tidak terdaya hendak berdiri, tangan kuhulur pada nya. Tanpa bertangguh, tangan yang dihulur segera bersambut. Bahuku ditarik ke dalam pelukan. Kurangkul pinggangnya dan di bahu suami ‘baru’ aku itu, kutumpahkan air mata rindu.

Thursday, 12 September 2013

Biar Dia Pergi - 10

10

Kampung Melango Lama, Saratok (22 Mac 2013)
            Acara bermukun masih lagi rancak walaupun malam sudah larut. Kelihatan beberapa orang pemuda kampung turut serta menari di atas pentas. Acara tradisional itu ternyata masih mendapat tempat di hati para belia. Suriya yang sedari tadi hanya menjadi penonton persembahan gendang dan mukun itu tersenyum nipis.
            Dengarnya tadi, pihak pengantin lelaki memang menjemput khas tukang gendang  dari Miri untuk memeriahkan majlis pada malam ini setelah pengantin selamat dinikahkan siang tadi. Keluarga isteri Hazian yang berasal dari Pulau Pinang itu pasti kagum dengan budaya orang Sarawak ini. Golongan lelaki menari dengan pasangan lelaki juga. Masing-masing mengenakan sepasang baju Melayu yang lengkap bersamping. Malam jadi meriah dengan sesi berbalas pantun antara penari dengan tukang gendang. Pantun itu pula dilafaz secara spontan. Penari yang telah kalah berbalas pantun perlu memberi peluang kepada penari lain pula.
            Apa takut mandik di gua,
            Mandik di gua ayer terejun;
            Apalah takut berbini tua,
            Lambatlah mati kuberik racun.
            Ruang laman rumah keluarga Hazian jadi hingar-bingar dengan suara penonton setelah seorang pemuda yang menari di atas pentas menjawab pantun dengan kata-kata yang nakal. ‘Ada-ada aje,’ Suriya berbisik sendiri. Dia pun tidak mampu menahan senyuman walaupun pantun itu tadi agak kurang sopan.
            “Apalah nasib bini budak tu…”
            “Hah!” Suriya menoleh ke belakang. Dada diurut untuk meredakan rasa terkejutnya. Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba saja ada suara yang datang dari arah belakang sedangkan tadi Suriya berdiri betul-betul membelangkan rumah Mak Su Leha yang kosong.
            “Khusyuk sangat sampai tak perasan Abang Az dah lama berdiri dekat belakang Sue.” Melihat wajah terkejut Suriya, Azmeer tahu sepupunya itu memang tak sedar akan kehadirannya.
            Dengan selamba, Azmeer menyeluk bungkusan kuaci dalam genggaman Suriya. Dia ni kalau soal makan memang langsung tak malu. Lebih-lebih lagi dengan sepupu yang dah rapat sejak kecil lagi.
            “Ingatkan Abang Az dah balik tadi. Sue cari dalam rumah Eyan tadi tak ada pun.” Suriya menghulur terus bungkusan kuaci pada Azmeer. “Ingat nak ajak Abang Az sekali tengok orang bertandak.*”
            “Malas. Tak minat.” Itu saja jawapan Azmeer.
            Suriya menggeleng. Tak sayang budaya betullah lelaki ini. Sepatutnya pemuda seperti Azmeerlah yang perlu memelihara budaya dan adat agar tidak ditelan zaman. Lagipun, apa yang susah sangat kalau setakat jadi penonton. Bukannya Suriya suruh Azmeer bertandak dan berbalas pantun di atas pentas itu.
            “Habis tu, kenapa datang sini?” Suriya tak puas hati. Ni mesti Azmeer nak mengorat anak mami yang datang bersama rombongan keluarga mertua Hazian. Kalau betul apa yang Suriya rasa, Azmeer memang nak kena sekeh. Lupakah dia pada si buah hati di Sibu?
            “Tu mesti fikir negatif saja. Abang Az tahulah Abang Az ni jahat, bukan budak harapan bangsa…” Azmeer pura-pura merajuk.
            Suriya rapatkan kedua belah tapak tangan. Konon-konon nak meminta ampun daripada Azmeer. Sebenarnya tak perlu pun nak minta maaf. Azmeer memang selalu okey saja kalau yang sedang lawan bicara dengannya itu seorang yang bernama Suriya.
            Suriya itu sepupunya yang sudah dianggap macam adik sendiri. Sama macam Munirah juga. Dia yang menjadi perlindung kepada kedua-dua sepupunya itu walaupun mereka ada abang kandung. Farizan yang sejak zaman sekolah lagi sudah menjadi anak rantau jarang ada di rumah. Sebab itu Suriya dan Munirah lebih rapat dengan Azmeer berbanding Farizan.
            “Mak Wa suruh teman Sue ambil Moon di simpang,” terang Azmeer akhirnya. Malas nak konar-konar lagi. Baik terus beritahu tujuan dia menjejak Suriya di situ.
            “Kalau mak tak suruh Abang Az teman Sue, Abang Az takkan teman?” Suriya sengaja menduga.
            Azmeer memandang tepat wajah Suriya. “Memang pun. Abang Az nak tidur saja tadi. Penat sangat hari ni. Tak apalah, Sue pergilah seorang. Abang Az balik dulu.”
            Suriya pantas menyambar lengan Azmeer.
            “Tanya macam itu pun merajuk. Kata nak kahwin. Habislah Adilah tu terpaksa pujuk Abang Az hari-hari.” Suriya tanpa rasa bersalah terus gelakkan Azmeer.
            “Kalau dah jadi isteri senang saja nak pujuk Abang Az. Abang Az sua pipi saja kat dia, pandai-pandailah dia nak pujuk macam mana.” Azmeer ketawa bahagia. Dia sudah mula berangan sedangkan sampai ke hari ini dia belum berjaya mendapatkan cinta Adilah.
            Suriya menahan gelora rasa melihat wajah ceria Azmeer. Jauh di sudut hati, dia mendoakan kebahagiaan Azmeer. Walau dengan sesiapapun, kalau nanti jodohnya bukan dengan Adilah. Suriya dah berusaha melobi Azmeer pada Adilah tapi Adilah buat-buat bodoh. Nak kata dia sudah ada orang lain, Suriya tak pernah nampak pun dia keluar dengan mana-mana lelaki atau bermain sms sambil tersengih. Mungkin juga Adilah ada teman istimewa tapi tak mahu ceritakan pada dia.
            “Pukul berapa Moon sampai?” soal Azmeer.
            “Huh?”
            “Mengelamun lagi. Selalu saja tak sedar. Ni kalau orang nak culik Sue, senang-senang saja dah dapat.” Sempat juga Azmeer membebel.
“Abang Az tanya, Moon sampai pukul berapa?” dia ulang soalannya tadi.
“Pukul dua belas. Paling lambat pun pukul satu,” jawab Suriya.
“Dah tu, Sue nak tunggu sini sampai tengah malam? Abang Az dah boring ni. Jom lepak kat Wadira,” ajak Azmeer. Wadira Court itu gerai makan yang terletak di R&R simpang Saratok.
“Nak pergi sekarang ke? Sue nak tengok orang berbalas pantun ni. Masih buka lagi ke Wadira tu?” Suriya keberatan. Lebih baik dia tunggu Munirah telefon bagitahu bas sudah sampai di Jelukong baru dia bergerak. Taklah lama sangat tunggu di simpang itu.
“Acara ni abang Eyan dah rakam. Nanti Sue mintalah rakaman tu. Dah, jom pergi sekarang.”
Suriya menurut sahaja langkah Azmeer. Sempat juga dia menoleh ke arah pentas di laman rumah Hazian. Pemuda yang sedang berpantun tadi melambai pada Suriya. Suriya malu! Mesti lelaki itu perasan yang Suriya leka memandang padanya ketika dia menari dan berbalas pantun tadi.
Bergendang ada bermukun tidak,
Lalang bersemat si batang padi;
Berpandang ada bertegur tidak,
Rasa kiamat di dalam hati.
Suriya segera memalingkan muka semula. Dia dapat merasakan pantun yang baru dilafazkan pemuda itu ditujukan kepadanya. ‘Esok nak tanya Eyan siapa lelaki itu.’ Suriya meluahkan tekad dalam hati.

The Only Me | Wanita dari kaca mataku
22 Mac 2013
ADA APA DENGAN SMS?
Salam semua!
Agak meragukan tak tajuk entry Abg Tom tu? Abaikan aje lah. Bukan boleh buat duit pun. Abg Tom nak tanya koranglah kan... Asyik Abg Tom aje yang kena jawab soalan cintan-cintun korang tu kan. Ini giliran Abg Tom pula nak tanya.
Pentingkah sebuah (betul ke penjodoh bilangan ni?) sms bagi korang? Lebih-lebih lagi dari orang yang korang anggap istimewa?
Ada seorang kawan Abg Tom ni. Dia minat sangat dengan sorang minah ni…dia salulah komen2 dkt pesbuk, borak2 dekat skype..dia pernah terus-terang kat minah ni, dia nak jadi special pada dia. Tapi minah ni tak nak. Dia nak stay kawan macam tu aje. Kawan Abg Tom mintak no fon pun dia tak bagi.
Tup tup…dengar cerita, kawan kepada kawan Abg Tom ni pulak yang dok bersms, berwatsapp dengan minah yang dia syok tu. Mana tak hangin mamat tu! Dia ngadulah pada Abg Tom. Kekonon Abg Tom ni Doktor Cinta lah kan…
Abg Tom selamba aje suruh dia rilek...macam lagu rilek brader tu…rilek brader…brader rilek…bagi Abg Tom, minah tu still balas lagi komen kat pesbuk, masih layan pm, skype semua tu, okeylah kan? Tapi kawan Abg Tom cakap tak cukup. Dia nak nombor fon minah tu jugak sebab nak sms. Dari sini Abg Tom mula tertanya-tanya; ‘Ada apa dengan sms?’
Agak-agak korang boleh jawab tak soalan Abg Tom ni? Mana-mana jawapan yang best akan Abg Tom bagi something special. Apa benda yang nak bagi tu, buat masa ni Abg Tom rahsiakan dulu. Tapi memang special lah. Komen aje kat posting ni. Senang cerita!
Stay tuned!

Lebuhraya Kuching-Serian (Tengah Malam 22 Mac 2013)

Jafni baru memulakan perjalanan untuk balik ke kampung. Tadi, berkali-kali dia menghubungi Ellysa namun tidak berjawab. Begitu juga dengan emaknya. Nasib baik panggilan yang dibuat menerusi telefon rumah di kampung itu dijawab oleh ayahnya yang kebetulan baru balik dari rumah pengantin. Encik Hamzah sempat menyampaikan pesan agar Jafni memandu berhati-hati. Walaupun hati masih sakit dengan tindakan anak tunggalnya itu, namun kasih sayang tetap melimpah buat Jafni.
Menghampiri Serian, Jafni mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia cuba menghubungi Munirah pula. Setelah nama Munirah ditekan pada skrin sentuh itu, panggilan terus bersambung. Jafni menunggu Munirah menjawab panggilannya.
“Ermm…” suara Munirah menggumam menampan telinga Jafni.
“Moon…tidur ke?” soal Jafni.
“A’ah…nasib baik abang call. Kalau tak mesti Moon tak sedar.” Bicara Munirah terhenti akibat menguap. “Abang baru gerak ke?” dalam mamai sempat juga Munirah bertanya pada Jafni.
“Abang dah nak sampai Serian ni. Moon dah sampai mana? Siapa ambil Moon kat simpang nanti?” Jafni dilanda kerisauan. Selama Munirah menjadi isterinya, Jafni memang tahu perangai Munirah. Asal dalam perjalanan jauh saja mesti Munirah tidur dengan nyenyak. Ini kali pertama Munirah balik ke kampung dengan menaiki bas sejak bercerai dengannya. Mahu Jafni tak risau. Kalau jadi apa-apa pada mereka bertiga, Jafni juga yang akan dipersalahkan.
“Bas baru berhenti kat Jelukong ni. Lepas ni Moon call Kak Sue. Dia dah janji nak ambil Moon,” terang Munirah.
Di keheningan malam, suara tegas Jafni di hujung sana kedengaran begitu gemersik. Munirah terbuai lagi. Lafaz cerai Jafni tak mampu membuatkan dia membenci Jafni. Bahkan cinta yang ada buat Jafni itu masih tersimpan kukuh di hatinya. Mana tahu suatu hari nanti Jafni kembali dalam hidupnya? Siapa tahu, kan? Dan Munirah tak pernah berhenti berdoa.
“Okeylah. Jangan lupa call Sue. Lepas ni jangan sambung tidur pula. Tengok-tengok Sofia dengan Kak Mah tu,” pesan Jafni seraya memutuskan talian. Dia tak mahu berborak panjang-panjang dengan Munirah. Dia call Munirah sekejap saja itupun dia dah menyesal. Heyyy…apa-apa sajalah… Jafni sendiri bingung dengan perasaannya sendiri.
*bertandak – tarian tradisional Melayu Sarawak semasa bergendang
*mukun – acara bergendang dan menari digelar sebagai ‘mukun’