Friday, 2 August 2013

Qaisy dan Laila - 1

Dengan perasaan berbaur, aku letakkan dulang di atas meja. Salah satu gelas yang telah terisi air oren sunquick itu aku suakan kepada Azizi. Penampilannya tidak berubah walaupun sudah tiga tahun aku tidak bertemu dengannya. Ada rasa rindu yang mencengkam tapi aku tahan. Tadi, aku teringin sekali memeluk tubuh abang aku itu ketika dia muncul di depan pintu rumahku tapi disebabkan aku risau akan reaksinya, rasa itu aku halau jauh-jauh.
“Minumlah,” jemputku. Aku tersenyum nipis. Semuanya terasa janggal seolah-olah aku berhadapan dengan orang asing.
“Kau okey?” Tanpa mengendahkan minuman di hadapannya, Azizi terus bertanya.
“Macam yang kau nampak,” jawabku ringkas. Soalannya itu aku rasa memang tidak memerlukan huraian.
“Kadang-kadang apa yang kita nampak tak semestinya betul. Yang kelihatan di mata itu tak semestinya itulah yang berlaku. Kalaulah yang tersurat itulah sebenarnya yang tersirat, pasti kau bukan isteri Qaisy sekarang ni.”
Memang benar katanya. Yang kita nampak tak semestinya betul. Kalaulah keluarga aku menerima hakikat itu, sudah tentu aku tidak menjadi anak terbuang begini.
Sesungguhnya, aku tersinggung dengan kata-kata Azizi. Namun, aku sedaya-upaya menunjukkan wajah mesra. Setelah bertahun menyepikan diri, aku tahu bukan mudah untuk Azizi, bahkan sesiapa sahaja yang masih punya hubungan darah denganku untuk datang ke sini. Dan aku harus sedar kedatangan Azizi bukan sekadar melawat aku. Dalam mimpi pun aku tidak layak untuk mengharap kehadiran mereka di sini. Pasti dia punya urusan lain.
“Kau duduk dulu, Ji. Aku siapkan bilik untuk kau.” 
Belum sempat aku berlalu, Azizi menahanku.
“Tak payahlah. Aku tak tidur sini,” terang Azizi. “Mungkin kau belum tahu. Aku dah ditukarkan ke Kuching. Aku dah seminggu kat sini sebenarnya.”
Aku telan rasa terkilan. Dah seminggu dia di sini baru dia muncul di rumah aku. Aku mengeluh tanpa suara. Dia datang ini pun sudah cukup bersyukur. Bererti aku masih belum terbuang sepenuhnya dari hati Azizi. Aku masih dianggap sebagai adiknya. Cuma mungkin dia tidak mampu sayang padaku seperti dulu.
“Kau duduk mana sekarang?” tanyaku.
Aku kawal rasa hati yang tersinggung. Wajah Azizi aku pandang. Dia membalas renunganku tetapi matanya kelihatan sedih. Raut wajahnya penuh simpati.
“Buat sementara waktu ini aku menumpang di rumah sewa kawan aku sebelum aku jumpa rumah sewa lain.”
Oh, dia menumpang rumah kawan! Sekali lagi (mungkin tanpa dia sedari) dia telah membuatkan aku berkecil hati. Ini rumah Qaisy, rumah adik iparnya sendiri. Tapi dia tidak sudi duduk di rumah ini. Dia lebih memilih untuk ‘menumpang’. Tidak mengapa, aku faham.
“Laila, kau jangan salah faham. Aku bukan tak nak duduk rumah kau tapi aku belum ada kenderaan. Jadi, aku turun ke pejabat dengan kawan aku tu. Rumah kau ni jauh dari pejabat aku.” Barangkali Azizi melihat perubahan air muka aku tadi, lalu dia menerangkan alasan dia menumpang di rumah kawannya.
“Tak apa, aku faham. Aku dah lama faham, Ji.” Aku tertunduk. Mataku sudah pedih. Bila-bila masa sahaja air mataku akan mengalir.
Azizi menggeleng.
“Tak, kau tak faham. Kalau kau faham, dah lama masalah ini selesai. Kalau kau faham, dah lama kau balik, minta maaf daripada kami semua. Kalau kau faham, kau akan pujuk mak sampai mak terima kau semula. Dan kalau kau faham, dah tentu kau sekarang masih berhubung dengan kami. Kalau betul kau faham, kenapa kau putuskan hubungan dengan kami? Kenapa kau tukar nombor telefon? Kenapa kau delete akaun facebook? Apa sebenarnya yang kau faham?!”
Azizi serang aku dengan persoalan yang aku sendiri tak mampu nak jawab. Tapi betul ke aku tak dapat jawab atau mungkin selama tiga tahun ini aku sendiri tak pernah bertanya soalan-soalan itu kepada diri aku sendiri. Dan aku tak pernah bertanya kepada Qaisy. Aku tahu dia pun memendam kesedihan yang sama.
Aku memilih untuk berdiam. Soalannya, biar terus jadi persoalan.
“Laila, baliklah. Minta maaf dan insya ALLAH semuanya akan selesai.”
“Minta maaf? Aku tak salah, Ji!”
“Tak siapa kata kau salah.”
“Jadi kenapa kami dihukum? Kau nak aku balik? Kau nak tengok lagi sekali aku dan Qaisy dihalau dari rumah sendiri?”
“Kata orang, batu pun boleh terlekuk kalau hari-hari air menitik atas batu itu. Kerak nasi pun boleh dilembutkan dengan air. Air aje tu, Laila. Ini batu lawan batu, jadi apilah. Dah tiga tahun pun. Kau tak pernah pujuk mak, macam mana hati dia nak terpujuk?” Azizi melembutkan suara.
“Aku dah cuba, Ji…” akhirnya senduku tak tertahan. Di hadapan Azizi, aku menangis sungguh-sungguh.
Sudah lama aku tidak menangis begini. Selalunya segala kesedihan aku sorokkan dari dikesan oleh Qaisy. Aku tidak mahu dia rasa bersalah kerana apa yang terjadi ke atas kami sekarang ini berpunca daripada dia juga. Kalaulah dia tidak hadir dalam hidupku…
Azizi mendekati aku. Dia melabuhkan punggung di sebelahku lalu menarik bahuku ke dalam pelukan. Secara reflek, aku lentokkan kepala ke dadanya. Aku lepaskan segala kesedihan yang terpendam. Bahuku di usap-usap lembut oleh abangku itu. Aku rindu akan sentuhannya!
“Aku rindu kau, Ji. Aku rindu mak, rindu semua. Aku rindu sangat. Kenapa aku tak boleh balik, Ji?” aku cakap macam tu sambil tumbuk-tumbuk dada Azizi. Aku benar-benar tertekan dengan keadaan ini.
“Kau dah lama tak tengok mak. Kalau kau tengok dia sekarang mesti kau sedih. Kau anak bongsu dia, anak kesayangan. Kau fikir senang ke untuk mak buang kau begitu saja? Mengalahlah, Laila. Tak salah kalau seorang anak jatuhkan ego demi emaknya, kan?” Azizi masih memujuk aku.
“Selagi mak tak terima Qaisy selagi itu aku tak nak balik,” tegasku. Sampai bila keluarga aku mahu memandang serong terhadap Qaisy?
“Keras betul hati kau, La. Aku tak sangka kau begini. Apa yang hebat sangat dengan Qaisy tu?” dalam kelembutan, kata-kata Azizi itu sungguh menusuk. Makan dalam wei!
“Kau pun sama macam orang lain juga. Semua orang kata Qaisy jahat. Kenapa tak boleh terima semua ini adalah suratan. Jodoh kami telah tertulis di loh mahfuz. Kalau antara dia dengan Atul tak ada jodoh, salah Qaisy ke?” jeritku walaupun aku masih dalam pelukan Azizi.
“Dua kali. Dua kali kau belakangkan keluarga untuk Qaisy. Aku tak pernah halang kamu berdua tapi bukan ini caranya. Dari dulu lagi aku nasihatkan kau untuk lupakan Qaisy sebelum kamu berdua serius. Ada kau dengar cakap aku? Sampai Atul putus tunang pun kau tak rasa bersalah,” getus Azizi. Aku tahu dia kesal dengan kedegilan aku.
Percayalah, bukan mudah juga untuk aku lalui semua ini. Aku bukan perampas. Bahkan aku tidak pernah cuba memisahkan Qaisy dengan Shaidatul. Ini semua kerana jodoh! Walau dengan siapa kita berkasih, bertunang, kalau dah tiada jodoh, tetap juga akan berpisah. Tetapi tiada siapa mahu memahami keadaan ini. Selalunya orang ketika akan dihukum tanpa perbicaraan.
“Laila…”
“Hrmm…”
Rambutku diusap-usap. Aku rasa selesa dalam dakapannya. “Esok kita mula berpuasa. Hujung minggu ni kau ikut aku balik. Kau jangan risau. Aku akan pertahankan kau. Asalkan kau mahu balik dan minta maaf. Yang lain tu serahkan pada ALLAH. Hanya DIA yang dapat bantu kita.”
Aku mendongak memandang wajah Azizi. Dia mengangguk-angguk meyakinkan aku akan rancangannya.
“Aku kena tanya Qaisy dulu,” jawabku.
“Kalau boleh, ajak dia sekali. Aku nak tengok keluarga kita bersatu macam dulu. Rumah kita dah tak riuh lagi. Masing-masing macam menyembunyikan kesedihan dalam hati,” tukas Azizi.
Aku benar-benar tersentuh mendengar bicaranya. Benarkah begitu?
“Atul okey?” tanyaku ragu-ragu.
“Dia dah okey sikit. Tapi dia tak suka orang sebut nama kau depan dia. Agaknya dia memang belum maafkan kau.” Azizi berterus terang. Seperti yang aku jangka. Sedangkan Kak Normah pun aku tak yakin boleh maafkan aku, inikan pula Shaidatul.
“Ji, kau duduk dulu. Aku nak masak. Tengah hari ni kau mesti makan kat sini. Mesti kau rindukan masakan aku, kan? Lagipun aku bosan makan sorang-sorang,” kataku sambil merenggangkan pelukan Azizi.
“Eh, dari tadi lagi aku nak tanya sebenarnya. Qaisy mana?”
Aku senyum. “Dia kerja.”
“Hari Ahad pun kerja?” tanya Azizi. Agaknya dia lupa pekerjaan adik iparnya itu.
“Kerja Qaisy mana kenal hujung minggu, siang ke malam…” jawabku meleret.
“Aku lupa.” Azizi garu kepala.

“Okeylah aku nak masak ni.” Lepas cakap macam itu, aku terus ke dapur. Secebis rasa bahagia menyelinap ke dalam hatiku. ALHAMDULILLAH.

No comments:

Post a Comment