Wednesday, 29 January 2014

Seperti Dia

Analogi lagi. Pernah tak naik roller coaster? Aku pernah naik roket ke apa entah nama benda tu kat funfair. Mula2 nak naik mmg takut. Masa nak beli tiket utk naik benda tu, rasa mcm nak tak nak. Tapi teringin pulak. Bila sekali dah dtg keberanian tu, aku naik jugak. Wowowo…perasaan masa tu jgn tanya lah! Bila turun baru rasa lega. Puas! Tapi taubat tak nak naik lagi. (buat masa sekarang). Begitulah perasaan aku kebelakangan ini. Aku pendam, aku yang tak tenteram. Bila aku nak luahkan, rasa sama macam masa aku nak naik roket tu…takut memanglah takut tapi sampai bila? Jadi aku try dan redah sajalah… hasilnya, aku dah lebih tenang. Tapi buat masa sekarang, aku memang takkan buat lagi..masih takut dan gementar… *siapa yang faham, dialah orang yang faham*

Luka… diletak minyak gamat memang pedih. Tapi itu sajalah cara untuk sembuhkan luka itu. Kalau dibiarkan tanpa diubat mungkin akan dihinggapi bakteria, jadi nanah, kudis…erk??? Geli… makin teruk jadinya… jadi, biarlah menahan pedih ‘minyak gamat’ daripada terpaksa menahan pedih luka yang merebak.

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua 

Friday, 17 January 2014

Hukum pakai gelang yang berloceng

ASSALAMUALAIKUM...

(entry copy dari status facebook)

Saudara-saudaraku...janganlah pakai gelang berloceng, ya...sesungguhnya tuntutan menutup aurat bukan sekadar 'menutup' tetapi juga menyembunyikan 'keindahan' agar tiada mata-mata yang tertarik kepada kita kerana tarikan jasmani...

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklahmereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.
Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.
Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

wallahu'alam...

Wednesday, 15 January 2014

Tuesday, 7 January 2014

BETUL, SUAMI AKU PELAKON!

ULASAN NOVEL ‘BETUL, SUAMI AKU PELAKON!’ KARYA ATEEN KHALID, TERBITAN KAKINOVEL

Susah juga nak buat ulasan untuk novel kawan sendiri. Nak dipuji, nanti orang kata sebab nak ambil hati. Nak dikutuk pula, tak ada apa-apa yang boleh dikutuk. Novel ini bagus sangat!

Permulaan bacaan, saya asyik terfikir; eh, tau lah part ni! Yalah, saya kan dah follow cerita ini sejak di blog. Haruslah saya tahu. Asyik tersengih-sengih seorang aje. Rasa macam saya pula Aliya Marissa tu. Kikiki…

Ada beberapa part yang akan membuatkan kita rasa nak tengok biodata penulis. Hehe… agak ketara juga yang penulis novel ini masih muda. Gitewww… penggunaan ayat dan perkataan yang simple, yang berjiwa remaja… hehehe…

Tema; macam biasa novel-novel terbitan KakiNovel… it’s about love after marriage (atau lebih tepat, kahwin paksa!) Gulp! Sorry Ateen… saya kena honest bagi review, kan? Hehe… tak kisahlah apapun temanya, yang penting cara garapan penulis ini tidak membuatkan mata kita jadi kuyu menahan rasa mengantuk.

Saya boleh habiskan bacaan dalam satu malam sahaja. Sebab tempo novel ini agak laju juga. Saya jangkakan, kalau novel pasal kahwin paksa ini selalunya ‘makan’ tahun. Tapi Aliya Marissa dan Irfan Danish cuma memerlukan dua bulan lebih untuk ‘bersama’. Kira logik jugaklah pasangan yang dijodohkan oleh keluarga ambil masa dalam dua tiga bulan untuk ‘menerima’ orang baru, kan? Tapi takkanlah sampai setahun kot… so, novel ini boleh dihadam dengan baik.

Saya sedikit kecewa sebab saya ingatkan ada banyak loghat utara yang akan penulis selitkan dalam novel ini. Tapi, saya kena faham… nanti novel ini penuh dengan terjemahan pulak. Tak ke naya!

Ada persoalan yang belum terjawab. Saya nak tahu apa yang terjadi seterusnya kepada Abang Arsyad.  Atau penulis simpan untuk modal novel yang seterusnya. Haha… pun boleh…pun boleh… Duhai penulis, saya mahu jadi heroin Abang Arsyad!

Secara keseluruhan, berjuta tahniah harus diberikan kepada penulis muda ini! Beliau bukan menulis novel yang ‘kosong’. Ada ilmu yang dikongsi walaupun dengan cara yang santai.

Thursday, 2 January 2014

Inna ma'al 'usri yusra

Inna ma’al ‘usri yusra…

Benarlah, sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kesenangan. Aku menangisi kehilangan seseorang yang sebenarnya tak pernah pun aku miliki. Di sebalik kesedihan itu, buat aku tersedar, rupa-rupanya ramai yang mengambil berat tentang diri aku.

Kataku; cinta tak semestinya lahir dari sebuah pertemuan. Maknanya sungguh meluas. Akibat status aku yang meroyan, merapu-meraban, ramai rakan-rakan yang selama ini aku kenali hanya melalui facebook, bertanya khabar. Ya, kasih sayang kami lahir tanpa syarat! Terima kasih, Ya ALLAH.

Dan, kehilangan sebuah cinta bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Aku dibawa keluar daripada sebuah lubang yang dalam, yang gelap, oleh tangan-tangan yang selama ini ikhlas menyayangi aku. apa lagi yang hendak aku rungutkan?

Cintaku itu, perlahan-lahan akan aku lupakan. Namun kasih sayang terindah yang aku perolehi daripada keluarga besarku, in sha ALLAH akan aku bawa hingga mati.

Apa kaitan gambar roti gardenia itu dengan entry ini? Inilah hadiah daripada sebuah persahabatan yang tulus; iaitu sebuah usaha untuk menerbitkan senyuman di bibirku. To cheer me up!

Tolong jatuh cinta sekali lagi!

Hari ini mungkin the maximum level untuk segala masalah + kesedihan + dugaan yang aku alami. Ruang dalam hati aku dah penuh dan empangan tubir mata aku ssudah pecah… mengalirlah air mata yang telah sedaya upaya aku tahan.

Kronologi kesedihan seorang LIA:

1.   24/12/2013 : mengetahui dia akan bertunang…
2.   28/12/2013 : his biggie day…hrrmmm…
3.   Perkara no. 2 berlarutan hingga 31/12/2013
4.   1/1/2014 : bumper kereta calar and I thougth yang aku dah relief…but actually not…
5.   2/1/2014 : kena saman…

I’m really upset right now…

Oh, kena saman tu aku rasa sikit aje kesannya terhadap hati aku. well, sebab kesedihan yang lebih terkesan di hatiku tentulah pasal berita dua tiga hari lepas. And I still can’t endure it.

Betulkah ini cinta? Cintakah yang aku rasa saat ini?

Gila, kan? Kita boleh jatuh cinta dengan seseorang yang langsung kita tidak kenal. Tak hairanlah… sebab dia sendiri pun pernah jatuh cinta pada L. (dan aku sentiasa mahu jadi his L)…dalam doaku… oh, ya… my nickname start from L, kan?

Aku berbicara dalam hati… hati aku kata; “Kau memang nak dia tahu, kan? Indirectly… tapi kenapa sekarang kau ada kekuatan itu? Dulu, kenapa kau tak bagi hint? Apa yang kau harap sekarang? Simpati? Rasa bersalah? Atau apa saja rasa yang membuatkan dia buka mata terhadap kehadiran kau?”

Sejujurnya, aku ada jawapan untuk semua soalan itu. Tapi biarlah aku seorang yang tahu. Dan lagi, aku masih seorang gadis malu, yang tak mungkin mendahului ucapan ‘I love you…’

Jadi macam mana dia nak jatuh cinta pada aku? Dia memang belum pernah berjumpa denganku… kenal? Barangkali hanya melalui namaku yang kerap muncul di notification facebooknya.

·         Cinta pun perlu usaha, beb! Apa usaha kau? Setakat like semua statusnya? Baca setiap post nya di blog? Kau pernah datang pbakl 2012, kenapa kau tak kenalkan diri masa tu?

·         That just not me! Aku memang dah agak dia akan jatuh cinta kepada seorang penulis. Jadi aku tunggu bila novel aku terbit, aku akan beri novel aku padanya. Aku selitkan kad dalam novel itu. Dan kami bertentang mata selama lima saat. Lima saat itu kami terus jatuh cinta…

·         Kau dah dapat emel daripada editor publisher yang sama dengan dia, kenapa kau tak hantar full manuscript tu? Sebab… ALLAH tahan kau. ALLAH ada perancangan yang lebih baik dan ALLAH tak mahu kau terlalu mengharap. As you said, kau dah jangkakan yang dia akan jatuh cinta dengan penulis, that’s why ALLAH tak gerakkan hati kau untuk terus bagi manuskrip itu. Takut nanti kau akan nampak peluang kau untuk mendekati dia sedangkan ALLAH dah peruntukkan seseorang yang lain…yang belum kau jumpa.

·         But I love him… ini bukan minat semata-mata…aku tahu…

·         Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". Kalau kau redha, insya ALLAH, Dia akan beri cinta yang lain untuk kau.

·         How to forget him?

·         Jangan, jangan lupakan dia… just go on with the flow. Aku tahu apa ubat yang paling mujarab untuk penyakit kau ni…

·         Aku tahu kau pun macam orang lain juga. Kau nak suruh aku berdoa…solat hajat banyak-banyak… dan serahkan cinta hanya untuk ALLAH, kan? Aku sedar hal tiu tapi aku tetap manusia. Aku perlukan cinta… dan sebelum sempat aku capai, cinta itu sudah hilang…

·         Then, tolonglah jatuh cinta sekali lagi…

‘I’m happy for you’ is the hardest lie…

Physically, aku seorang yang kuat. Zaman sekolah dulu rakan-rakan dalam team bola jaring dan bola baling menggelarkan aku ‘Thunder Cat’ kerana aku tidak berasa sakit sekalipun aku dihentam dengan bola ketika menjaga gawang dari dibolosi. Emakku tahu aku kuat, aku dibenarkan bersekolah asrama penuh sedangkan kakakku tidak. Sehingga aku dapat pekerjaan yang jauh dari keluarga, emak membenarkan aku untuk menyewa seorang diri. Emak tahu aku kuat dan aku tidak takut. Aku mampu berjalan sekitar KL, hanya ditemani oleh adikku yang sama-sama kali pertama menjejakkkan kaki di sana. Aku berjaya sampai ke JB seorang diri walaupun kali pertama aku menaiki bas KL- JB. Aku KUAT secara luarannya. Tapi jangan serang hati aku kerana segumpal darah itu terlalu fragile. Aku cuma keras di luar tapi lembut di dalam. Aku mempunyai kekuatan dan keperibadian yang boyish tapi hatiku tetap hati seorang wanita.

Aku umpama sekuntum bunga kertas… yang tidak cantik, tidak wangi, tidak menarik… but that’s it! Aku tetap sekuntum bunga! Yang fragile…

Dan aku sebenar-benarnya tidak menyangka yang aku akan terpengaruh dengan berita kebahagiaannya…  

No! aku tak pernah terlintas untuk melihat keruntuhan hubungannya. Walaupun ‘I’m happy for you’ is the hardest lie, tetap juga aku mengharap agar dia terus bahagia. Aku tidak pernah berdoa pun untuk kegagalannya dalam cinta yang dia bina. Biarlah aku sakit seorang…

Selama ini aku memendam rasa cinta itu…dan aku rasa sakit. Tetapi sakit saat mengetahui dia sudah milik orang lain ternyata lebih menusuk… dan aku tak mungkin ada peluang lagi…

Faking a smile :')

Bukan aku tak mahu melupakan... aku dah cuba... tapi buat masa sekarang aku belum mampu... and that fake smile, akan terus menemani aku sehingga aku pulih. Pulih??? Entah bila lah agaknya. Ini baru bertunang. Andai kata dia berkahwin dalam masa terdekat dan aku belum sembuh dari kelukaan ini, adakah luka yang masih berdarah itu akan tertoreh dan terguris lagi?

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada