Sempurna? The word is perfect, is it? Baiklah…
So, let’s begin with AKU BERCERITA!
Luthfi : Aku rasa aku dah sampai serulah. Ada tak kau dengar mana-mana
kawan perempuan atau naqibah yang nak taaruf?
Amri : Alhamdulillah. Wow, ini sesuatu yang hebat! Setahu aku, kau
jarang bercerita pasal munakahat ni. Tiba-tiba aje, kenapa?
Luthfi : Mak aku dah bising mahukan menantu. Dan aku rasa, aku dah cukup
syarat untuk menjadi suami. Dari hukum harus karang jadi wajib pula. Baik aku
cari calon sekarang.
Amri : Hrrrmmm… dengar-dengar, Ustaz Ahmad ada anak dara yang baru habis
belajar. Aku pun kenal gitu-gitu aje dengan anak Ustaz Ahmad tu. Nanti aku
tanya kalau-kalau dia mahu taaruf.
Luthfi : Terima kasih, sahabat.
*****
Selang beberapa hari, Amri pun dapat peluang untuk berbicara hati ke
hati dengan Ustaz Ahmad.
Amri : Ustaz, maaf saya tanya ni. Dengarnya, anak ustaz, Safiah baru
habis belajar.
U.Ahmad : Ya, kenapa ni, Amri?
Amri : Begini, ustaz. Ada kawan saya ni, dia sedang cari calon isteri. Cadangnya,
nak taaruf dengan anak ustaz. Itupun kalau ustaz tak keberatan.
U.Ahmad : Oh, itu rupanya! Saya tak keberatan. Tapi boleh saya tanya
soalan berkenaan kawan kamu tu?
Amri : Boleh, ustaz. Tanyalah.
U.Ahmad : Menurut kamu, bagaimana urusan agamanya?
Amri : Dia alim orangnya, ustaz. Dulu sekolah biasa aje. Tapi bila di universiti,
dia berkawan rapat dengan saya, kami sama-sama aktif dalam YADIM. ALHAMDULILLAH,
sampai sekarang masih aktif. Dia menjaga solatnya, ikhtilatnya, rajin pula
puasa sunat. Lagipun, keluarganya orang baik-baik. Saya pernah bermusafir
dengan dia hingga ke Kemboja. Insyaa ALLAH, dia boleh jadi suami yang baik.
U.Ahmad : ALHAMDULILLAH. Tak apalah, Amri. Kamu beritahu kawan kamu itu,
ustaz sudi menerima dia ke rumah untuk taaruf. Nanti kamu beritahu ustaz bila
kawan kamu bersedia nak datang.
Amri : Insyaa ALLAH, ustaz. Terima kasih.
U.Ahmad : Kamu sendiri, tak mahu taaruf?
Amri : Hisy, cukuplah seorang zaujah (isteri) dulu, ustaz. Saya nak
bantu kawan saya dirikan masjid dulu. Nanti kalau ada rezeki, saya tambah lagi.
Hehehe…
Di rumah Ustaz Ahmad…
U.Ahmad : Safiah, tadi di sekolah, ada seorang guru ni beritahu abah,
katanya ada kawan yang nak kahwin, sedang cari calon isteri. Cadangnya nak
taaruf dengan Safiah. Abah dah izinkan dia untuk datang. Safiah sudi, kan?
Safiah : Insyaa ALLAH, bah. Safiah sudi. Tapi abah tak kisah ke kalau
betul dia jodoh safiah, dan Safiah akan kahwin dalam usia muda?
U.Ahmad : Itulah yang sebaiknya, Safiah. Kahwin muda ini banyak
manfaatnya. Berkahwin ni seumpama telah sempurna sebahagian urusan agama kita. Tinggal
nak sempurnakan sebahagian saja lagi.
Safiah : Abah dah beritahu ibu?
U.Ahmad : Sudah. Dia yang suruh abah beritahu kamu sendiri.
Safiah : Bila dia nak datang?
U.Ahmad : Jumaat ni, katanya. Boleh dapat pahala ziarah hari Jumaat
sekali. Bijak budak tu nampaknya.
Safiah tersenyum simpul.
*****
Pada hari yang dijanjikan…
Amri : Ustaz, ustazah, Safiah, inilah Luthfi, sahabat saya.
Safiah dan Luthfi mengangkat muka hampir serentak.
Luthfi & Safiah : (Dalam hati ) SUBHANALLAH…
*****
Jika ditanya kepada saya, apakah idea saya tentang temu janji pertama
yang sempurna, inilah dia. The perfect first date. Doakan saya beroleh jodoh yang baik bukan
sahaja untuk saya, bahkan untuk agama saya.



SubhanAllah.. :) penulisan yg baik. Hee untung safiah. :)
ReplyDeleteterima kasih..ini impian saya..doakan, ya!
Deletetesting
ReplyDelete