Wednesday, 11 September 2013

Biar Dia Pergi -9

9

Samariang Aman, Petra Jaya (22 Mac 2013)
            Jafni bersiap-siap untuk ke Masjid Negeri. Kalau bukan disebabkan program yang akan dijalankan di Dewan Hikmah, Jafni jarang bersolat di masjid itu. Di Samariang Aman juga ada surau, yang azannya kedengaran jelas dari rumah Jafni.
            Setelah ditimbang, tambah-tolak-darab-bahagi, Jafni mengambil keputusan untuk hadir juga ke program bersama Brother Lim di Dewan Hikmah. Habis program nanti, dia akan terus pecut balik ke kampung. Beg pakaian kecil yang terletak di atas katil dicapai segera. Akibat libasan, sebab beg pakaian itu ringan sahaja, bingkai gambar yang elok terletak di meja sisi katil, jatuh berderai di atas lantai.
            ‘Aduh, bila nak cepat, ada-ada saja yang berlaku,’ Jafni merungut sendiri. Beg pakaian dilepaskan. Dia berlari anak menuju ke arah tangga untuk mengambil penyapu dan penyeduk yang memang disandarkan berdekatan tangga itu. Sebelum kaca bingkai gambar itu disapu, Jafni menggapai gambar itu terlebih dahulu.
            Dush! Jafni rasa dadanya bagai ditumbuk keras. Dia terduduk di lantai, bersandar pada katil. Gambar dibawa ke rapat ke wajah lalu figura indah yang terpapar dikucup lembut. ‘Munirah…’ seru jafni dalam hati. Dia baru perasan selama lima bulan bercerai, gambar persandingan mereka masih lagi menghuni bilik tidurnya. Jafni telan air liur. Perit, pedih, sebak bercampur-baur dalam hati. Senyuman indah Munirah dalam gambar itu mengingatkan dia akan suatu hari, setahun yang lalu.
            “Abang, Moon mengandung! Dah lama kita tunggu berita ini, kan? Sayang abang! Muah…muah…muah…”  kiri dan kanan pipi Jafni menerima ciuman bertubi-tubi.
            Jafni mengerlipkan mata yang tiba-tiba pedih. Gambar itu dikembalikan ke atas meja. Lantas kaca yang berderai disapu dengan rasa yang berkecamuk. ‘Gila talak ke apa aku ni?’
            Malas mahu melayan perasaan, Jafni segera beredar. Beg dicapai, lampu ditutup. Mata melilau ke sekeliling bilik untuk memastikan tiada barang yang tertinggal. Sekali lagi matanya tertancap pada gambar penuh memori yang tersadai lesu. Jafni mengeluh.

            Lagu Elegi Sepi nyanyian Azaharina yang berkumandang dari radio kereta bagaikan menempelak Jafni. Macam tahu-tahu sahaja yang Jafni sekarang tengah berperang dengan perasaan sendiri.
Belum sempat nak tukar siaran radio, telefon bimbit yang diletakkan dia atas tempat duduk sebelahnya pula mengalun bahagian korus lagu Try. Jafni tahu itu merupakan panggilan daripada Ellysa kerana dia telah menetapkan nada dering itu khas untuk buah hatinya. Jadi Jafni biarkan sahaja lagu Elegi Sepi itu.
            “Yes, dear,” Jafni jawab panggilan itu tanpa menggunakan handsfree. “You nak I jemput you di rumah ke?”
            “I’m sorry. I tak jadi ikut you. Papa dan mama ajak I pergi dinner kat luar. Ada function,” Ellysa bersuara manja di hujung talian.
            “It’s okay, dear. I pun tak dapat nak stay lama. Balik dari program tu nanti I terus pecut balik kampung,” sahut Jafni. Turut menerangkan perancangannya untuk balik kampung.
            “You masih nak balik kampung juga ke?” suara Ellysa tidak lagi kedengaran manja. Dia sudah menaikkan volume suaranya.
            Jafni mengepit telefon bimbit dengan bahunya. Dia mahu menukar gear untuk membelok ke simpang sebelah kiri yang menghala ke bangunan Wisma Kebajikan. Jafni perlu memandu dengan tangkas kerana waktu solat maghrib akan masuk beberapa minit sahaja lagi.
            “Ya, sayang. I kena balik juga. I kena pujuk mak I dan I kena hadir majlis Hazian. Dulu dia balik dari Penang semata-mata nak datang masa I kahwin. Sekarang I pun mesti datang majlis dia. You faham, kan?” dia melembutkan suara. Memujuk wanita merupakan kepakaran Jafni.
            “Whatever,” balas Ellysa. Dia mematikan panggilan. Nampaknya Jafni berkeras juga untuk balik kampung. Biarlah, mungkin ini masa untuk menguji kesetiaan Jafni terhadap dirinya.
Ellysa merenung penampilannya dalam cermin. Gaun pendek separas lutut yang terdedah bahu itu membuatkan Ellysa kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Ellysa menghadiahkan senyuman kepada diri sendiri. Dia membatalkan hasrat untuk mengikut Jafni di saat-saat akhir kerana dia sendiri yang mahu mengikut papa dan mamanya ke majlis makan malam kawan Datuk Joseph itu. Ellysa membayangkan pelbagai jenis minuman keras yang mahal akan dihidangkan dalam majlis itu nanti. Dia mahu minum sepuas-puasnya malam ini setelah lama tidak mencicip minuman najis itu. Harap-harap Jafni tidak tahu.
Setelah memarkirkan kereta dalam kawasan Masjid Negeri, Jafni melangkah keluar dengan penuh gaya. Sebagai seorang public figure, dia sememangnya sentiasa memastikan penampilannya kelihatan rapi. Jafni memang seorang lelaki metroseksual!
[Moontiara]
salam.lepas maghrib moon gerak balik kpg.
Mesej Wattsapp daripada Munirah tiba sebelum sempat Jafni mengambil wudhu’. Tanpa berfikir panjang, dia terus membalas mesej itu.
[Jafni Effendi]
wsalam.hati2.abg gerak nnt abg bgtahu.jgn lena sgt tdo dlm bas tu. J

Kuching Sentral (22 Mac 2013)                 
          Munirah menyerahkan tiket kepada petugas yang berada di kaunter boarding. Setelah tiketnya dan Zaimah dicop, dia kembali mendekati Tarmizi yang sedang mengendong Zarith Sofia  di ruang menunggu.
            “Terima kasih , Abang Miji sebab sudi hantar kami ke sini,” ucap Munirah.
“Tak payah nak berterima kasih bagai. Macamlah Abang Miji hantar Moon sampai Afrika nun,” usik Tarmizi membalas ucapan penghargaan Munirah.
“Moon naik bas dulu,ya. Tak lama lagi nak bergerak tu,” tutur Munirah dengan lembut. Dia menghulur tangan untuk mengambil anaknya dari Tarmizi.
“Kalau ada apa-apa, jangan segan bagitahu Abang Miji. Moon tahu Abang Miji sentiasa ada untuk Moon. Jaga diri baik-baik. Jangan lena sangat tidur dalam bas tu,” pesan Tarmizi kepada Munirah. Mak orang tu bukan boleh harap sangat. Walaupun dah ada anak seorang, Tarmizi tahu Munirah belum pandai berdikari.
Munirah tergelak mendengar pesanan Tarmizi. Tarmizi pula yang terpinga-pinga tidak faham apa yang kelakarnya dalam pesanan penaja yang dia sampaikan sebentar tadi.
“Ayat Abang Miji sebijik ayat Jafni,” terang Munirah. Tawa yang masih bersisa dilepaskan tanpa mengeluarkan suara. Haruslah ketawa dengan sopan. Sekarang kan mereka berada di tempat awam yang sesak dengan manusia.
“Erk?” Tarmizi masih belum faham.
Munirah menghulur telefon bimbitnya. “Nah, tengok mesej Jafni ni,” arah Munirah.
Tarmizi telan air liur saja apabila baca mesej itu. ‘Munirah masih menjalinkan hubungan baik dengan Jafni. Hrmmm…’
“Abang Miji rasa, bukan kami ni saja yang akan pesan pada Moon macam tu. Kejap lagi mak call Moon mesti dia pesan benda yang sama. Kami semua kenal Moon macam mana. Asal masuk dalam bas saja terus terlentok tak sedar dunia sampai terlepas simpang Saratok.” Tarmizi terus mengusik Munirah.
Zaimah yang berdiri sebelah Munirah turut tumpang gelak. Siapa yang tak kenal Munirah? Dia memang selalu tidur dalam bas apabila balik kampung. Perjalanan selam lima jam itu dipenuhi dengan tidur sahaja. Tidak kiralah sama ada dia balik malam ataupun siang. Tidur dalam bas sudah menjadi hobi Munirah sejak dulu lagi.
“Kak Mah jangan nak gelakkan Moon. Moon tinggalkan Kak Mah kat sini karang,” ugut Munirah pada pengasuh anaknya itu. Kira ugut-ugut manja saja. Takkanlah Munirah nak tinggalkan Zaimah betul-betul. Nanti siapa nak jaga Zarith Sofia.
“Kak Mah tak kisah.” Dengan selamba Zaimah membalas.
“Ish, korang ni,” pintas Tarmizi. “Driver bas dah start enjin tu. Kalau kena tinggal bas, Abang Miji tak mahu hantar sampai Saratok.”
Munirah dan Zaimah bergegas mencapai beg. Tarmizi mengambil kesempatan mencium Zarit Sofia sebelum mereka melangkah pergi.

Monday, 9 September 2013

Qaisy dan Laila - 4

Lenaku terganggu dek haruman lavender yang dibawa tubuh Qaisy dari bilik mandi. Krim mandian Palmolive itu baru aku beli dua hari yang lepas. Qaisy sangat faham kegilaan aku terhadap shower cream. Hampir setiap kali keluar membeli-belah, pasti aku akan menyambar krim mandian yang aku berkenan. Nasib baik kulit aku ini bukan jenis yang sensitif, jadi aku boleh menggunakan mana-mana jenama sabun mandi.
Dia yang sedang membelek-belek wajah pada cermin meja solek membelakangkan aku yang sedang berbaring. Dari pantulan cermin, aku lihat wajahnya yang menahan senyuman. Nak kontrol macho lah tu!
“Apa tengok-tengok? Ada hutang?” sergah Qaisy.
“Qaisy tahulah muka Qaisy ni handsome tapi tak payahlah nak ditenung sangat. Esok dah puasa, naya karang,” sambung Qaisy lagi. Dia memang gila. Asyik ‘itu’ saja yang dia ingat.
“Laila bukan tengok muka Qaisylah. Laila tengok perut Qaisy yang makin sihat tu,” sanggahku. Sejak aku mengandung tiga bulan lepas, dia pun sibuk nak besarkan perut juga. Adoyai…
“Alah, sikit saja ni. Bulan puasa ni Qaisy kuruslah balik. Lagipun tak seronok tengok Laila gemuk sorang-sorang. Ini baru dikatakan sehidup-semati, segemuk-sekurus.”
Entah apa-apa si Qaisy ni! DBP, sila maafkan bahasa suami saya yang tak semenggah ini. Adakah patut elok-elok orang dulu buat pepatah sehidup semati tapi dirosakkannya dengan pepatah ciptaan sendiri. Padanlah SPM dulu dia tak dapat A1 untuk matapelajaran Bahasa Melayu.
Katil bergegar sesaat tika Qaisy melabuhkan tubuh di sebelah kananku. Terasa sejuk kulitnya tersentuh lenganku. Qaisy memang selalu mandi lewat malam begini. Kerjanya yang tidak tentu masa membuatkan jadual hidupnya juga tidak seperti manusia lain. Aku pun tak tahu sama ada suamiku sudah makan malam atau belum.
“Laila pergi terawih tadi?” soal Qaisy setelah dia menyelimutkan diri dalam gebar yang dikongsi bersamaku.
“Tak.”
Qaisy menoleh. “Kenapa tak pergi?” soal dia lagi.
“Laila tak larat. Selalu nak muntah,” jawabku sambil tersengih. Tak perlu dibuat ‘lying test’ atas kerusi elektrik, Qaisy tahu aku sengaja mencipta alasan. Sebenarnya aku malas!
“Terawih ni dalam bulan Ramadhan saja, tau. Rugi kalau terlepas. Kalau Laila tak larat nak berjemaah di surau, Laila boleh buat seorang di rumah. Buat perlahan-lahan. Berhenti rehat sekejap lepas dah buat empat rakaat. Kemudian sambung lagi.” Qaisy memulakan ceramahnya.
Aku angguk-angguk tanda faham. Qaisy tarik aku ke dalam pelukan. Rambutku dibelai dengan penuh kasih.
“Lain kali jangan sengaja tinggalkan solat terawih. Tak ada jaminan yang kita akan jumpa bulan Ramadhan lagi tahun hadapan. Ingat tu!”
“Sahur nanti Qaisy nak makan apa?” Dengan baik hatinya aku bertanya. Aku ni memang jarang memasak. Suami aku kan jarang ada di rumah.
“Ermm…”
“Eh, maggi kari yang Laila pesan ada beli tak?” tiba-tiba aku teringat yang aku ada pesan Qaisy untuk belikan maggi sebelum dia bertolak pergi kerja siang tadi.
“Err…lupalah yang…” sahut Qaisy.
Ini yang buat aku nak marah ni. Aku suka makan maggi bila nak bersahur. Aku tak selera nak makan nasi pagi-pagi. Lebih-lebih lagi sejak mengandung ini perut aku memang banyak songeh. Memilih makan sungguh. Dulu tak pulak perut aku begini. Ish…
“Bukannya elok sangat makan maggi ni, yang. Kesian baby nanti dia lahir tak sihat.”
Eleh, dah lupa beli maggi yang aku pesan, Qaisy buat ceramah kesihatan pula. Ini antara teknik menyilat yang pernah diajar di akademi RTM dulu agaknya. Apabila dah terlupa belikan maggi untuk isteri yang tengah mengandung, sila sampaikan pesanan seperti ini ya, tuan-tuan! Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Sekian, terima kasih.
“So sorry. Qaisy memang betul-betul lupa. Laila janganlah macam ni.” Qaisy pujuk aku lepas aku tak layan health talk nya itu.
“Tak apalah, tak makan maggi pun tak apa.” Rajukku berpanjangan.
“Jom niat puasa sama-sama,” ajak Qaisy tanpa menghiraukan si mak buyung yang sedang merajuk.
Setelah melafazkan niat puasa dan berdoa, aku terus pejamkan mata. Aku tak sedar lagi bila aku terlelap.
*****
Aku pandang maggi kari yang berasap atas meja makan dengan mata yang berkaca. Qaisy yang sengal itu tak mungkin boleh jadi seromantis ini. Sudu dan garfu yang dihulurkan oleh Qaisy cuma mampu kupandang dengan pandangan kosong. I love you so much, sayang!
“Makanlah. Bukan boleh masuk sendiri maggi tu. Atau Laila nak Qaisy suapkan?” Qaisy pelawa aku untuk menikmati maggi itu sebagai juadah sahur sedangkan dia tak tahu aku sudah kenyang dengan cintanya.
“Bila Qaisy beli maggi ni?” aku bertanya serius. Malam tadi aku ingatkan dia betul-betul lupa untuk belikan aku maggi.
“Sayang, Qaisy tak pernah lupa pada sayang. Walaupun Qaisy sibuk bekerja, Qaisy tetap ingat Laila. Sebab…” Qaisy berjeda. Dia tarik wajahku menghadap wajahnya. “Qaisy tak ingat Laila dengan ini,” dia tunjuk kepalanya. Kemudian dia bawa jari-jemariku ke dadanya. “Qaisy ingat Laila dengan ini.”
“Terima kasih,” ucapku sungguh-sungguh.
“Tak payah nak syahdu-syahdu dinihari ni. Cepat makan. Laila tak suka maggi kembang, kan? Jadi cepat makan sebelum mi tu serap semua kuah kari yang Laila suka sangat tu. Qaisy masak khas untuk Laila. Bukan senang nak makan masakan Qaisy.” Kalau dah juruhebah tu juruhebah juga. Tutur katanya panjang lebar walaupun tanpa skrip.

Kuterima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku
Engkaulah nyawaku…

Lagu dari radio yang terpasang macam kena pula dengan suasana ketika ini.
“Qaisy, Laila tujukan lagu Dengarlah Bintang Hatiku ini untuk Qaisy. Laila tahu malam tadi Qaisy tujukan lagu Iris untuk Laila, kan? Thanks for everything,” aku luah dengan penuh perasaan. Dan dinihari ini menjadi saksi, cinta Qaisy yang terlalu besar untuk aku. Bukan kerana semangkuk maggi tapi atas ingatan dan cinta yang dapat aku rasa dari setiap tindak-tanduknya. Ya Tuhan, aku tak mahu kehilangan lelaki ini!

Qaisy dan Laila - 3

Tepat tengah malam. Aku merebahkan tubuh ke atas katil setelah aku mengemas semua kelengkapan menjahit. Tengkuk yang lenguh kuurut perlahan. Suara Qaisy dari corong radio masih menjadi temanku.
“Sebelum mengakhiri tugas saya pada malam ini, saya titipkan lagu Iris daripada Awie buat pendengar setia. Kepada isteri-isteri yang ditinggalkan keseorangan di rumah, lagu ini untuk anda semua. Jangan ada prasangka, ya puan-puan sekalian. Suami sedang mencari rezeki buat anda sekeluarga. Hayati lirik lagu Iris daripada Awie…” tutur Qaisy penuh romantik.
Aku terbuai dalam irama lagu cinta yang diputarkannya. ‘Buat isteri-isteri yang ditinggalkan keseorangan…’ Akulah tu!
Kau masih kucintai…sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untukku…
Kau masih dewi hatiku…sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah risau sayang usah ragu
Aku milikmu…
Qaisy jarang menuturkan kata cinta kepadaku. Tapi aku tetap dapat rasa kasih sayangnya. Dia lawan bicara yang baik, maklumlah seorang juruhebah radio. Kadang-kadang, ketika dia berbicara, aku leka memandang wajahnya.
Cintaku jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar takkan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsimu
Sangsi? Rasanya tak sedikitpun aku sangsikan cinta Qaisy. Dia anugerah terindah dalam hidupku. Aku bahagia dalam dakapan cintanya yang serba sederhana. Kami tidak meraikan hari ulangtahun perkahwinan kerana Qaisy bukan lelaki yang ingat tarikh-tarikh yang bagi seorang wanita ia merupakan tarikh yang sangat penting. Jangankan kata hadiah, ucapan ‘selamat ulangtahun’ pun aku tak pernah dapat. Kalau mengenangkan perangai dia tu, aku boleh marah, tapi dalam kesunyian malam ini, aku tersengih sendirian. Ah, Qaisy!
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cintaku
Hanya hatiku tahu apa mahuku
Dan duniaku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku...
‘Nyawa’ Qaisy yang sedang  berkongsi nyawa denganku, kuusap-usap penuh kasih. ‘Duniaku pastinya milikmu…’ Sesungguhnya, itulah yang aku rasa. Dialah duniaku, dialah hidupku. Aku sentiasa menjadi keutamaan Qaisy. Bagaimana aku dapat menafikan cinta Qaisy padaku?
Kau masih ku cintai...sungguh
Dari hari pertama kau kunikahi
Aku pasti...yakinnya pasti
Engkau milikku
Sebut pasal nikah ni, aku sensitif sangat. Pernikahan tak direstui keluarga, sesuatu yang sangat menyakitkan. Hadirnya Qaisy membawa cinta… hingga aku sanggup melupakan keluarga. Kejamnya aku! Mak, maafkan Laila!
Qaisy bukan lelaki tak baik. Dia seorang yang punya kerjaya hebat, berpewatakan menarik dan punya keperibadian yang kukuh. Cinta kami terhalang hanya disebabkan status Qaisy sebelum menikahi aku. Dia tunang Shaidatul, anak saudaraku yang berjarak umur cuma dua tahun sahaja denganku.
Di awal pernikahan kami, kami tidaklah terus terbuang dan disisihkan keluarga. Kami masih disambut dengan baik apabila pulang beraya pada tahun pertama perkahwinan kami. Aku masih ingat lagi, saat aidilfitri terakhir yang aku sambut bersama keluarga. Dan peristiwa itu masih kukuh dalam ingatanku.

*****

Aku nampak Shaidatul masuk ke bilik tidur aku dengan Qaisy. Aku curiga. Qaisy baru lepas mandi dan hanya bertuala ketika masuk ke dalam bilik sebentar tadi. Perlahan-lahan aku buka pintu bilik yang tidak berkunci.
“Atul, apa ni?” jerit Qaisy tapi dengan suara yang tertahan. Pasti dia tidak mahu keluarga aku yang ramai ini mendengar jeritannya.
“Atul rindu abang…” Shaidatul memeluk pinggang Qaisy. Darah aku menyirap apabila aku tengok Sahidatul sedap-sedap melentokkan kepalanya ke dada suamiku yang tidak berbaju. Gggrrrrrr…
“Ish, lepaslah.” Qaisy tolak tangan Shaidatul. “Pak Su bukan tunang Atul. Atul sedar tak yang Pak Su ni suami Mak Su Atul. Baik Atul keluar sekarang sebelum dia orang nampak Atul dalam bilik Pak Su ni,” tegas Qaisy.
Aku rasa nak tergelak pula bila Qaisy bahasakan dirinya ‘Pak Su’. Dulu elok saja berabang-sayang dua orang makhluk ni!
“Abang jahat!” Lepas dah kena tolak dengan Qasiy, Shaidatul tumbuk pula dada Qaisy. Ini tak boleh jadi. Baru aku nak masuk, tiba-tiba Qaisy tolak tubuh Shaidatul sampai dia rebah ke atas katil. Oh my!
“Keluar!” Dengan marah, Qaisy tunjuk ke arah pintu. Aku sempat berselindung sebelum mereka berdua nampak aku mengintai.
“Atul tak sangka abang jadi macam ni. Apa salah Atul? Mak Su yang rampas abang dari Atul tapi macam Atul yang jahat. Abang ingat senang ke Atul nak lupakan abang? Atul tak pernah bercinta sebelum Atul kenal abang. Kenapa abang buat Atul macam ni?”
Shaidatul sudah menangis. Tanggannya ditekup ke muka. Qaisy nampak serba salah. Dia menunduk lalu menarik tangan Shaidatul. Digenggamnya tangan Shaidatul itu lantas mengelap air mata Shaidatul. Rasa berdebar yang aku rasakan memang tak dapat nak diceritakan. Apa Qaisy nak buat ni?
“Atul kena redha. Ini soal jodoh. Abang tahu, susah untuk Atul terima ini semua, kan? Abang yang salah. Abang tak setia pada Atul. Abang dah minta maaf pada Atul tapi kalau Atul tak dapat nak maafkan abang, abang faham. Cuma abang minta Atul janganlah buat perangai mcam ni. Abang dah jadi suami Mak Su Atul. Seorang yang Atul perlu hormat…”
Aku tak mampu lagi nak dengar kata-kata Qaisy. Aku berlari ke bilik air untuk melepaskan rasa terharu. Mulutku, kututup dengan tuala supaya sesiapa sahaja yang berada di luar tidak dapat mendengar esakanku. Aku menangis kerana rasa bersalah. Pada Atul, anak saudaraku dan juga pada Qaisy. Aku petualang cinta mereka!
Setelah bertenang, aku basuh mukaku supaya tidak ketara aku baru lepas menangis. Aku tarik nafas panjang-panjang agar aku berasa lega.
“Kau memang syaitan!” jeritan Abang Hamzah menarik perhatianku. Aku segera beredar dari bilik air untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
Aku lihat Qaisy ditarik dengan kasar oleh Abang Hamzah. Shaidatul teresak-esak dalam pelukan Kak Zainab. Semua adik-beradikku berkumpul di hadapan bilik tidurku. Apabila Azizi terpandang aku yang datang dari arah dapur, dia segera menarik tanganku lalu aku dihentak di atas kerusi di ruang tamu rumah.
Senja itu, tanpa rela, emak memutuskan pertalian darahnya denganku…

*****

“Arrgghhhh!”
Aku terkejut apabila terasa kakiku digeletek. Qaisy tersengih di hadapanku. Huh, mencik! Aku tarik muncung lalu berpaling ke kiri. Biar Qaisy tahu aku sedang merajuk. Dia bukan tak tahu kaki aku memang sensitif tahap dewa. Lagipun aku memang tak suka perangai Qaisy yang suka geletek aku tak kira masa itu.
“Alololo…merajuk ya, sayang?” ucap Qaisy. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Tubuhku yang masih berbaring dipeluk erat.
Aku diam tak bersuara.
“Masih marah lagi ke?” tanya Qaisy sambil membenamkan wajah ke leherku. Bulu romaku meremang. Dia memang arif lagi bijaksana mengenai kawasan ‘pohon semalu’ pada tubuhku.
“Qaisy minta maaf. Qaisy usik Laila saja tadi. Tengok Laila leka sangat mengelamun, datang idea nak usik Laila. Laila jangan marah lagi ya, sayang.”
“Hrrmmm…” desahku. Aku tak marah pun. Saja nak test Qaisy.
“Lain kali janganlah leka sangat. Nasib baik Qaisy bawa kunci rumah. Kalau tak, terpaksa Qaisy nyanyi lagu ‘niat ngengson matakajim semar ngiseng…” Dia gelak besar lepas menyanyi lagu untuk buka pintu gua dalam filem Alibaba Bujang Lapok itu. Qaisy memang sengal!
“Dah, pergi mandi. Busuk tau! Balik kerja terus peluk-peluk orang. Kalau orang kena jangkitan kuman, orang claim kos perubatan pada awak,” rungutku sambil meregangkan pelukan Qaisy.
“Baiklah, puan. Saya menurut perintah. Tapi lepas saya mandi ni puan kena sedia. Saya takkan lepaskan puan sampai pagi,” dia terkekek-kekek ketawa lepas melafazkan kata-kata berbaur 18sx dia tu.

Aku baling bantal pada Qaisy namun dia sempat mengelak. Sebelum menghilang dalam bilik mandi, dia sempat mengenyitkan mata padaku. Ya ALLAH, nakalnya Qaisy!