Ia tidak bermula dengan senang. Tidak pula terlalu sukar.
Maksudku, tiada halangan yang besar. Apabila hati sudah mahu, dengan begitu
sahaja, ALLAH permudahkan jalanku. Tarikhnya aku tidak ingat tetapi aku pasti
ia bermula di ambang perayaan Hari Raya Aidiladha 1432 H. Atau sebenarnya lebih
awal dari itu. Aku rasa ‘perasaan asing’ itu terdetik ketika aku menghadiri
majlis makan malam Ramah Tamah Aidilfitri 2011 yang dianjurkan oleh jabatanku.
Ya, ketika itulah semuanya bermula!
Aku
hadir ke majlis tersebut dan terus sahaja aku rasa mahu bertudung labuh enam
puluh inci? Sudah pasti tidak! Ada cerita di sebaliknya.
Aku masih ingat lagi
pakaianku ketika itu. Sepasang baju kurung moden bermaterial sifon yang nipis.
Berwarna merah lagi! Tudung berawning atau lebih dikenali sebagai tudung
ekspress yang hanya bersaiz M. Tudung yang hanya mampu menutupi rambut dan
leherku. Aku tahu aku tidak cantik tetapi aku dengan yakin melangkah ke majlis
itu. Dengan berbekalkan kata-kata semangat : ‘kecantikan itu lahir dari keyakinan’
dan ‘kecantikan adalah hak milik setiap insan’!
Tiada
apa-apa yang berlaku semasa majlis itu untuk diceritakan. Suasana biasa-biasa
sahaja. Lagipun ramai yang aku tidak kenal. Jadi aku cuma duduk dan makan.
Sesekali ada lensa yang menangkap aksiku dan aku membiarkan sahaja. Beberapa
kali aku diajak bergambar dan dengan ‘sporting’ aku pun menyelit. Aku tidak
tahu berapa ramai rakan yang ada menyimpan gambarku pada malam tersebut.
Beberapa
hari berlalu begitu sahaja. Tenang dan damai. Sehinggalah suatu hari, gambarku
terpampang di ruang profil ‘facebook’. Terus-terang, walaupun aku bukanlah
seorang yang terlampau menjaga kesucian wajahku dari pandangan ajnabi tetapi
aku juga tidak suka memasukkan gambarku ke dalam ‘facebook’. Bagiku
gambar-gambarku biarlah untuk tatapan aku sendiri dan sesiapa sahaja yang
memilikinya dan bukan untuk tatapan umum.
Rentetan
dari gambar itu, suatu rasa pelik datang menyelinap. Aku benci dengan keadaanku
dalam gambar itu. Dengan tudung yang kecil, baju yang mengikut bentuk tubuh,
aku malu untuk melihat gambar itu. Aku benar-benar malu. bagaimana sekiranya ada
kalangan bekas guruku yang terlihat gambar itu? Terus sahaja aku mengambil
tindakan membuang ‘tag’ nama aku pada gambar itu. Bukan itu sahaja, malah semua
gambar-gambar aku yang ada dalam album ‘facebook’ semua kupadamkan. Tinggal
gambar-gambar yang aku yakini menutup aurat sahaja aku biarkan.
Sehari
demi sehari, aku mula berubah sedikit. Kalau dahulu aku ke pejabat dengan wajah
yang berona, kini aku hanya menyapu bedak. Tiada lagi bulu mata lentik yang
dulu aku sapukan dengan maskara. Tiada lagi bibir kemerahan yang aku palitkan
dengan gincu. Namun itu belum cukup mengisi kekosongan di hati. Aku rasa
cemburu setiap kali melihat wanita yang bertudung labuh.
Rasa berbaur.
Aku dulu pernah bertudung enam puluh inci semasa di sekolah. Tamat sahaja
persekolahan, tudung itu pun aku tidak tahu ke mana perginya. Rindu benar
hendak bertudung labuh semula. Lebih-lebih lagi di saat aku sudah mempunyai
pekerjaan, aku rasa teringin sekali hendak membeli tudung labuh. Kalau dulu aku
hanya bergantung kepada kedua ibu bapa untuk membeli pakaian, kini tidak lagi.
Perasaan meronta-ronta untuk mengenakan tudung itu.
Halangan
pertama; di Kuching susah untuk mencari kedai yang menjual tudung labuh enam
puluh inci. Penyelesaiannya mudah sahaja; cari kedai atas talian! Di saat
inilah, dengan takdir, aku menemui www.tudungnur.com
dengan bantuan Google. Terdapat pelbagai
tudung yang menarik dan menepati cita rasa aku. Apa yang membuatkan aku lebih
kagum ialah model tudung-tudung itu tidak ditunjukkan wajah dan tangan mereka.
Kawasan wajah dan tangan itu dikaburkan. Begitu sekali tudungnur menjaga
‘kesucian’ modelnya!
Terus
beli? Tidaklah! Aku ambil masa juga untuk membuat keputusan. Seolah-olah itu
keputusan yang besar dalam hidupku. Seolah-olah hidupku akan berubah tiga ratus
enam puluh darjah!
Seminggu
sebelum raya haji, aku akhirnya membuat pembelian pertama dari laman sesawang
HRA Enterprise itu. Kalau tidak salah ingat, aku membeli sebanyak lima helai
tudung. Memang berbaloi. Sehelai tudung enam puluh inci yang tebal, sejuk,
selesa dan menepati syariat hanya berharga kurang dari RM30 berbanding tudung
‘comel’ yang pernah aku miliki dahulu. Untuk pembelian itu, aku menggunakan
alamat rumah di kampung kerana aku risau aku tidak sempat untuk menggunakannya
pada pagi hari raya jika aku menggunakan alamat pejabat. Aku akan bercuti, jadi
aku risau tudung itu tiba ketika aku sedang bercuti. Langkah terbaik, aku
taipkan alamat rumah di kampung. Urusan pembelian memang sangat mudah! Saya memilih
untuk memesan melalui cara SMS. Ternyata pelanggan dilayan dengan begitu baik
sekali hingga saya dengan mudah dapat membuat pesanan dan pembayaran walaupun
itu kali pertama saya berurusan dengan Tudung NUR. Sekarang mungkin lebih mudah kerana pelanggan boleh memesan melalui PM di facebook Tudung Nur.
| Tudung Segi Empat Awning |
ALHAMDULILLAH,
kini setelah hampir tiga tahun aku berhijrah dari mengenakan tudung kecil ke
tudung labuh, aku merasakan ketenangan yang tidak dapat aku gambarkan. Rakan-rakan
sekelilingku juga cukup memahami walaupun pada awal penghijrahanku, aku digelar
dengan nama ‘ustazah pilihan’. Hari ini, aku menulis kisah ini adalah atas rasa
syukur yang tidak terhingga kerana aku telah dipilih oleh ALLAH untuk menjadi
seorang wanita yang menutup aurat lillahi taala. Dan semalam, hampir gugur air
mataku apabila salah seorang temanku bertanay dari mana aku mendapatkan
tudung-tudung labuh yang aku miliki. Tanpa ragu, aku kongsikan laman
tudungnur.com kepadanya. Dia dengan jujur menjawab bahawa dia sedang dalam ‘perjalanan’
hijrah untuk bertudung labuh. Semoga dia diberi kekuatan untuk berubah dan
seterusnya beristiqamah.
![]() |
| Antara koleksi Tudung Nur yang telah saya miliki |
Doaku buat
semua muslimah; lindungilah kecantikan kita kerana ALLAH semata-mata. Kecantikan
itu bukan untuk dipertontonkan dan janganlah bertudung untuk kelihatan cantik
kerana hakikat sebenar bertudung adalah untuk melingungi kecantikan para
muslimah. Ukhti, jangan lupa doakan aku juga agar aku terus istiqamah.
| Tudung Daisi - Hijau Lembut (TD11) Tudung Bulat/Bundar RM26.00 |

No comments:
Post a Comment