Ulasan novel Mencari
Dewasa, sebuah karya Z.A Imad; terbitan PTS Fortuna
![]() |
| "Terhantuk, terngadah, jangan mudah mengalah." |
Sebelum memulakan
ulasan, izinkan saya berkongsi cerita bagaimana naskah ini saya miliki.
Saya tidak ingat setepatnya bagaimana saya tahu mengenai
novel ini tetapi yang saya ingat ialah saya cuba mencari novel ini melalui
bookcafe yang sememangnya menjadi agen menjual buku-buku PTS. Apabila gagal
mendapatkan novel ini melalui bookcafe, saya cari di kedai-kedai buku sekitar
Kuching. Gagal lagi! Akhirnya saya menghubungi mybookstore untuk mendapatkan
bantuan bagi memperolehi novel ini. Selang seminggu, mybookstore menghubungi
saya, menyatakan bahawa buku ini sudah sampai di kedai tersebut. Alhamdulillah,
novel Mencari Dewasa yang diterbitkan pada tahun 2006 ini akhirnya saya miliki
pada penghujung tahun 2011. Dramatik sungguh! Sekadar untuk makluman, novel ini
menggunakan bahasa Melayu Tinggi. Maklumlah, novel PTS, kan?
Bercerita mengenai novel ini pula, saya pernah tamatkan
pembacaan pada tahun 2011 yang lalu. Beberapa hari lepas, saya tertarik untuk
mengulang baca apabila mengemas koleksi buku-buku saya saat saya hendak
berpindah rumah. Kisahnya mengenai seorang
lelaki bernama Shamsuri yang mencari jalan untuk bangkit setelah cintanya
dikecewakan. Ini kisah benar, percayalah… hehehe… bagaimana saya tahu? Sebab novel
ini bawah kategori ‘novel jibunsyi’. Apa itu novel jibunsyi? Silalah google!
Novel yang berketebalan 327 muka surat ini tidak meleret-leret
jalan ceritanya. Ada beberapa watak yang muncul sekejap kemudian hilang tetapi
tidaklah sampai mengelirukan pembaca. Saya suka cara penulis melakar kisah Shamsuri
tanpa memuji kecantikan fizikal mana-mana watak secara berlebihan. Sejujurnya,
novel begini yang saya suka. Sebab itu saya boleh menjadi peminat setia
novel-novel terbitan PTS. Puji-pujian terhadap kecantikan fizikal manusia
apatah lagi seorang wanita tidak wujud dalam novel-novel PTS, ya tuan-tuan dan
puan-puan. Hehehe…
Satu lagi yang saya suka, seorang lelaki yang tabah juga
boleh menangis kerana seorang wanita! 10 markah tambahan untuk penulis! Shamsuri
tidak mengalirkan air mata tetapi saya tahu dia menangis. Hihihi… Shamsuri
digambarkan sebagai seorang yang menjaga solatnya namun tetap tewas apabila
berperang dengan perasaan sendiri lebih-lebih lagi ada campur tangan iblis dan
nafsu. Nauzubillah… dia yang dikecewakan oleh seorang gadis yang dia cintai,
tidak dapat menerima kenyataan hingga jatuh sakit. Kesian, kan?
Membaca novel ini seolah-olah membaca kisah sendiri.
Pendekatan yang digunakan oleh penulis agak melankolik sifatnya. Terbuai-buai
dalam pembacaan sehingga tidak sedar sudah sampai ke penghujung.
Dahulu, saya tidak faham mengenai ‘kesakitan’ yang
dirasai oleh Shamsuri itu tetapi setelah membaca semula di saat saya sendiri
menghadapi keadaan yang lebih kurang sama, iaitu rasa sakit saat berita
pertunangan orang yang saya cintai sampai ke pengetahuan saya. Sakitnya hanya
akan difahami oleh orang yang telah merasai sendiri. Saya berulang kali baca
perenggan ini;
Alhamdulillah, pada
ketika dirinya dirundung kesedihan, Shamsuri ada sahabat-sahabat yang sudi
menjadi telinga dan bahunya. Sedikit sebanyak luka di hatinya terubat.
Saya syorkan novel ini
kepada semua penggemar novel tempatan. Lebih-lebih lagi kepada seseorang yang
baru sahaja kecewa. Novel ini membuatkan saya sedar, cinta itu ada cuma ALLAH
tahu bila masa yang sesuai untuk memberi cinta itu kepada hambaNya. Shamsuri mendapat
cinta setelah dia mendapat ‘dewasa’ yang dia cari. Dan saya, akan terus mencari
kedewasaan saya. *kenyit mata*
“Andai saudari tidak memberi kesakitan ini pasti saya tidak akan menjadi dewasa.”




No comments:
Post a Comment