Monday, 3 February 2014

Belailah daku sebulan sekali

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…

Jarang sangat saya mulakan entri dengan salam, kan? Salam yang ditaip tidak wajib untuk dijawab, tidak seperti salam yang dilafazkan… oh, sekadar informasi sahaja.

Khamis minggu lepas, dalam perjalanan nak ke Kuching Sentral, saya mendengar topik kanser yang dibincangkan Nasional fm… perbincangan itu menyentuh pelbagai jenis kanser. Tetapi apa yang paling membuatkan saya tertarik ialah berkenaan kanser payudara.

DJ bertanya kepada doktor tersebut (yang tidak sempat saya ketahui namanya), berapa kerap kita perlu melakukan pemeriksaan payudara. Nak tahu doktor jawab apa? SEBULAN SEKALI!

Huhu… seingat saya, saya baru sekali melakukan pemeriksaan payudara sendiri! jadi, rakan-rakan sekalian, marilah kita sama-sama menjaga ‘harta’ kita yang satu ini…ooppsss..bukan satu tapi dua…hehehe…

Sila cari cara-cara untuk melakukan pemeriksaan payudara. Mencegah lebih baik daripada merawat. Apa tunggu lagi? Jom, periksa!

No comments:

Post a Comment