Sebenarnya dah dua minggu saya berkampung di Taman Budaya. Jauh juga kalau dari rumah tapi di sini agak tertutup sikit berbanding Pustaka. Jadi saya lebih selesa berjoging (joging erk?) di sini.
Okey, ini pintu masuk ke Taman Budaya @ Reservoir Park. Apa yang kita nak buat di sini? Ada banyak aktiviti yang boleh buat di sini. Jom, jalan-jalan!
Sekitar Taman Budaya....
Dulu-dulu, zaman kanak-kanak bapa saya selalu bawa kami adik-beradik ke sini. Setelah bertahun-tahun, sedih saya tengok keadaan taman yang tak terjaga. Kami datang sini dulu sebab nak tunggu emak balik kerja. Dia kerja di kantin muzium, tak jauh dari Taman Budaya. Tempat ini menyimpan pelbagai memori tapi sedihlah tengok keadaan taman ni sekarang.
Oh, I love this pic!
Di bawah ini disertakan bukti yang menunjukkan saya bukan jalan-jalan tapi sebenarnya sedang membakar kalori...
Penat-penat pun sempat selfie... It's trending now!
Jangan risau andai berlaku kecemasan seperti pitam atau kecederaan kerana ada PBSM.
Sesiapa yang mahu join, marilah. Kebanyakan yang datang pun bukan yang muda-muda. Malulah orang muda kalau kalah dengan golongan yang lebih berusia, Iye, dok?
Sedikit amaran : Sila jaga mata. ada juga golongan yang menyalahgunakan taman ini dengn bercengkerama. hrrrmmm...
Kalau saya rajin saya akan kongsikan lagi minggu hadapan!





























No comments:
Post a Comment