Wednesday, 9 April 2014

Ulasan Cerpen 'Surat Cinta' - Apa Kata Pakar?

Ulasan oleh : Ainul Nuriman, Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, 9 April 2014

            Tema cinta dalam pengkaryaan amat lumrah. Apatah lagi dalam kalangan remaja. Soal cinta amat rapat dengan naluri golongan ini. Lumrahnya, pada zaman remajalah bermulanya bibit-bibit cinta.

            Lantaran itu, tidak hairanlah andai kata tema ini sering menjadi pilihan ramai penulis remaja. Namun, tidak bererti bagi golongan dewasa dan lanjut usia, soal cinta sudah pudar. Pun tidak bererti penulis yang dianggap veteran atau lebih berusia tidak menulis tentang soal cinta.

            Cinta tetap kekal berputik tanpa mengenal usia kerana pengertian cinta mencakupi ruang lingkup yang amat luas. Cinta bukan sekadar menyentuh perasaan kasih sayang antara teruna dan dara, akan tetapi turut mencakupi perasaan cinta akan keluarga, bangsa, tanah air, pekerjaan dan sebagainya. Cinta yang paling agung pula adalah cinta terhadap Yang Maha Pencipta.

            Pun demikian, andai dibuat perbandingan antara karya penulis remaja dan penulis yang lebih berusia, kedalaman dari segi kupasan tentang tema cinta itu amat jauh berbeza. Penulis remaja mendasari karya mereka daripada pengalaman mereka pada awal musim perkasihan. Manakala penulis yang lebih berusia melihat soal cinta dalam konteks yang lebih mendalam.

            Lewat cerpen Surat Cinta, tema inilah yang menjadi pilihan penulis, iaitu Rozalia Rajali (dalam ulasan asal, terdapat kesilapan ejaan nama penulis, ia ditulis sebegini : Rozailia Rajali).

            Penulis mengisahkan tentang keresahan seorang pelajar wanita, Yaya, yang cuba meluahkan perasaan cintanya terhadap seorang pelajar lelaki (Kapten atau Amer) yang sememangnya telah lama dikenalinya dengan mengutus sepucuk surat atas cadangan Isa, rakannya. Sebagai pelajar cemerlang yang lebih banyak menumpukan masa terhadap pelajarannya, Yaya mendapati amat sukar baginya untuk menulis surat cinta.

            Hakikatnya dalam dunia realiti, pelajar dari aliran sains sememangnya sukar untuk menzahirkan perasaan dalam bentuk prosa. Kesukaran ini ditokok tambah pula dengan pengetahuannya bahawa kapten (Amer) tidak melayan sangat surat-surat cinta yang diutus olem peminatnya. Hal ini dimaklumi oleh Yaya kerana dialah yang sering menyampaikan surat seumpama itu bagi pihak penulisnya kepada Amer.

            Kefahaman ini menimbulkan kerisauan bahawa surat yang bakal dikirimnya akan mendapat nasib yang sama seperti surat-surat lain yang sampai ke tangan Amer. Lantaran itu, Yaya memohon bantuan rakannya, Syikin, untuk merangka isi surat berkenaan.

            Surat berkenaan akhirnya dapat jua disiapkan dengan bantuan Syikin dan dihantar kepada Amer. Ketegangan jiwa dialami Yaya dalam tempoh menanti jawapan surat Amer. Akhirnya yaya menerima balasan surat daripada Amer dan penulis mengakhiri cerpennya dengan suatu pertanyaan.

            Cerpen ini amat mudah. Jalan ceritanya mudah dan gaya penceritaannya pun bersahaja. Pun demikian, dalam kesederhanaannya, penulis berjaya mengangkat tema cinta alam remaja. Perlu diingat bahawa cerpen merupakan kisah rekaan yang relative pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa.

            Namun demikian, tafsiran ‘kisah rekaan’ dalam definisi sebuah cerpen agak subjektif. Hal ini kerana pada kebiasaannya, sebuah cerpen terhasil sama ada berdasarkan pengalaman peribadi penulisnya atau daripada peristiwa yang diamati penulis.

            Menurut Freud, penulis itu sebenarnya introvert, penyendiri dan suka membangunkan fantasinya. Hal ini berlaku apa bila seseorang penulis menemui kesan daripada sesuatu yang baik dan menyentuh emosinya. Kesan ini lantas dihubungkan dengan beberapa pengalaman lampau yang merangsang, atau yang berhubung dengan kemahuannya yang utama ketika itu. Dari situ penulis menghubungkannya pula dengan ingatan daripada pengalaman terawal. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak pengaruh peribadi terjalin dalam karya yang dihasilkan oleh penulis.

            Cerpen mengemukakan cerita dalam latar yang terbatas, jangka waktu yang pendek dan pertalian ceritanya tidaklah kompleks berbanding novel. Dari segi wataknya, tidak ramai. Pun demikian, kekuatan watak yang ditampilkan dalam sesebuah cerpen mampu menyerlahkan kekuatan cerpen berkenaan.

            Cerpen Surat Cinta berkisar dalam jangka masa yang pendek. Dalam konteks ini, penulis mampu mengawal perkembangan jalan ceritanya. Biarpun dari segi persoalan yang diketengahkan bukanlah merupakan persoalan yang boleh menimbulkan satu impak yang mendalam kepada pembaca, namun, mesej yang tersirat di sebalik kesederhanaan ceritanya mampu digarap pembaca.

            Pengawalan latar tempat dan waktu yang baik turut menyumbang kepada kekuatan cerpen ini. Bagi kebanyakan penulis muda, aspek ini sering diabaikan. Latar memainkan peranan utama untuk memberi suasana kepada peristiwa dan watak dalam karya yang dihasilkan. Tidak banyak yang perlu diulas tentang latar cerpen Surat Cinta.

            Aspek watak dan perwatakan merupakan salah satu lagi elemen penting dalam penghasilan karya kreatif seperti cerpen. Kekuatan dalam pemaparan watak dan perwatakan mampu menghidupkan cerita yang disampaikan.

            Dalam cerpen ini wataknya tidak ramai dan hal ini memudahkan penulis mengawal gerak laku ‘perannya’ di samping mengawal jalan ceritanya. Penulis tidak perlu menghuraikan dengan panjang lebar latar watak yang ditampilkan. Hal ini kerana, melalui dialog dan ‘aksi’ watak, pembaca mampu mengetahui perwatakan ‘peran’ yang ditampilkan penulis. Penulis mampu menghidupkan watak yang ditampilkan.

            Mungkin hal ini berlaku kerana penulis berada dalam situasi yang paling dekat dengan watak yang ditampilkan. Andai kata penulis berada dalam era yang berlainan, mungkin pemaparan itu sedikit terencat. Bukan tidak bagus, tetapi dari segi penghayatan itu mungkin sedikit tersasar. Hanya remaja era yang sama mampu memahami perasaan dan kehendak golongan sezamannya. Andai kata, penulis ditugaskan untuk menulis kisah cinta tahun 60-an, pasti watak yang terlakar tidak dapat terbentuk dengan muluk.

            Dialog juga merupakan aspek yang perlu diberikan perhatian yang serius dalam penghasilan karya kreatif. Dialog memiliki nilai-nilai kesusasteraan dan stilistika yang tertentu. Dialog menggerakkan aksi dengan caranya yang tersendiri dan bukan sekadar hiasan semata-mata atau untuk memenuhi kuota had sesebuah karya.

            Dialog harus bersesuaian dengan watak yang ditampilkan dan sesebuah karya bagi menggambarkan peribadi, kedudukan sosial dan kepentingan watak dalam karya. Dialog mampu memberikan kesan yang bersahaja di samping menyebabkan berlakunya kesan pengaruh-mempengaruhi antara penuturnya dari segi idea yang dilontarkan mahupun hal-hal peribadi. Dalam hal-hal tertentu dialog juga berfungsi untuk mengurangkan ketegangan dan menimbulkan kesan dramatik. Dalam hal ini, cerpen yang baik memperlihatkan dialog yang terkawal, baik dari segi struktur binaan ayatnya mahupun dari segi panjang pendeknya dialog yang ditampilkan.

            Dalam konteks cerpen Surat Cinta, penulis memaparkan dialog yang pendek dan ringkas Hal ini selaras dengan perkembangan semasa remaja dalam era teknologi maklumat. Penulis bersifat ekonomis dalam konteks ini. Pun demikian, mesej yang ingin disampaikan jelas dan dapat difahami. Emosi watak berjaya diangkat penulis melalui dialognya.

            Selain aspek yang dinyatakan di atas, bahasa merupakan aspek penting yang harus diberikan perhatian khusus oleh penulis. Penggunaan bahasa yang baik merupakan kemestian bagi setiap penulis. Dalam hal ini, secara keseluruhannya penguasaan bahasa penulis cerpen ini agak baik. Pun demikian, masih ada ruang untuk melakukan pembaikan. Menyorot kembali karya ini, penulis memulakan cerpennya begini;

            “Sehelai kertas berketebalan 80 gsm, berwarna kuning.”

            Suatu gaya penulisan dilihat berbeza dengan gaya penulis muda yang lain. Suatu usaha yang baik. Pun demikian, jika dilihat dari segi strukturnya, ayat ini bukan ayat lengkap tetapi berbentuk frasa. Ayat lengkap mempunyai subjek dan predikat. Hal ini tidak perlu dijelaskan dengan panjang lebar kerana penulis dan umum maklum tentang apa yang dimaksudkan.

            Untuk menjadikan frasa tersebut ayat lengkap, penulis boleh mengubahnya menjadi;

            Sehelai kertas berketebalan 80 gsm, berwarna kuning terletak di atas meja.
            Sekadar cadangan, pun ayat berkenaan boleh divariasikan begini; Sehelai kertas kuning. Sebatng pen. Sebotol dakwat. Dalam kebuntuan fikiran. Kuamati satu persatu.

            Tidak menjadi satu kesalahan untuk memaparkan kelainan dari segi gaya atau stail penulisan. Apatah lagi bagi menimbulkan satu kesanyang mampu menaut perhatian pembaca. Sememangnya permulaan sesebuah karya kreatif penting bagi tujuan memancing pembaca untuk terus membaca karya yang dihasilkan.

            Seperti yang dinyatakan, penguasaan bahasa yang baik menjai kriteria penting dalam bidang penulisan, tidak kira yang bersifat kreatif atau non-kreatif. Lantaran itu, disarankan agar penulis lebih banyak membuat rujukan seandainya tidak begitu yakin atau pasti tentang penggunaan sesuatu perkataan atau istilah mahupun dari segi pembinaan struktur ayat.

Rozalia - entri ini bukanlah ulasan penuh seperti yang terdapat dalam Utusan Sarawak. untuk membaca ulasan penuh, sila dapatkan Utusan Sarawak.

No comments:

Post a Comment