NOVEL BUKAN HANYA ADA KITA KARYA NAZURAH AISHAH
(TERBITAN JEMARI SENI)
Seawal membaca sinopsis novel ini, saya terus dapat
‘tangkap’ bahawa ini kisah bermadu. Tanggapan pertama; isteri kedua pasti
seorang penggoda, watak gedik, cantik (+ anak orang kaya). Disebabkan saya
bukanlah seorang yang anti poligami, saya baca bab-bab awal BHAK di laman web
Jemari Seni. First impression; mengagumkan! Lepas tu terus beli novel ni!
Bukan Hanya Ada Kita sangat berbeza dari novel-novel yang
pernah saya baca mengenai tema yang sama; poligami. Penulis berjaya melakar
kisah Medina Azzahra sebagai isteri kedua kepada Ahmad Zahrin tanpa memburukkan
mana-mana pihak.
Pada peringkat awal pembacaan pun saya terasa novel ini
‘berhantu’. Bagaimana hati kedua pasangan isteri ini berpisah tatkala menjelang
Syawal untuk bersama keluarga masing-masing. Maklumlah pernikahan mereka
dirahsiakan. Maka setiap tindak-tanduk mereka harus memikirkan ‘orang di sana’.
‘Aku tak mahu komen apa-apa. Aku mahu peluk Zahrin
kuat-kuat. Entah bila lagi aku dapat peluk dia begini. Andai hari esok tidak
muncul, andai matahari tidak terbit lagi, atau aku yang tidak berpeluang
menikmati bahagia ini, biarlah aku simpan semuanya dalam hati. Aku hanya mahu
Zahrin tahu…’
Bahagia yang diharapkan berpanjangan, menjadi goyah setelah
mereka kembali selepas bercuti raya. Rajuk Medina pada Zahrin yang terlepas
cakap sebaris ayat beracun; “Abang ada Za seorang aje,” berpanjangan hingga ke
tahap Medina ingin dilepaskan! Whoaaa! Si Zahrin ini pula tak sedar-sedar
isteri sedang merajuk. Boleh pula dia terlupa hari lahir Medina? Hati isteri
mana yang tak hancur?
Hidup yang telah sedia kucar-kacir menjadi huru-hara apabila
Aiza menghidu kecurangan suaminya. Kepada Medina (yang dianggap sebagai teman
dan adik sendiri) dia meluahkan rasa. Dia benci pada Dea yang telah menjadi
petualang dalam hidup mereka suami isteri tanpa menyedari Dea itu Medina
Azzahra yang dia percaya sangat! Seakan mengerti rasa yang dialami oleh Kak
Aizanya, Medina memilih untuk mengundur diri sebelum Aiza dapat tahu bahawa
mereka berkongsi suami! Medina juga tidak mahu kehilangan kasih seorang kakak
dan juga pelanggan setia perniagaan atas taliannya!
Membawa diri dan membawa satu rahsia besar, bukan suatu
penyelesaian. Bagaimana dengan Ahmad Zahrin? Medina bukan perampas tapi Aiza
juga berhak mendapat 100% cinta seorang suami! Bukan Hanya Ada Kita ada
jawapannya. Kadang-kala kita perlu merasai pahit sebelum kenal erti kemanisan.
Saya syorkan novel ini kepada semua peminat novel melayu.
Novel ini merupakan naskah yang terbaik pernah saya miliki. Tahniah kepada
penulis!
*pastikan anda bawa tisu atau tuala semasa membaca Bukan Hanya Ada
Kita!
[Lia]
Baru sampai bab 4 bhak…lia dah nangis..padahal dah salu
ulang..
[Zareeny]
Hai lah..jgn ler sebut wt k.niny teringat kembali..melekat
betul..ini 1st time novel yg keh wt k.niny menangis ngn rs insaf
[Lia]
Tak byk penulis yg berani tulis isu ini dr pandangan isteri
kedua..kalau ada pun msti negative.2nd wife tu perangai
xelok,penggoda..tp bhak lain
[Zareeny]
Betul..k.niny setuju sgt2..cara penyampaiannya tak
memburukkan mana2 pihak
No comments:
Post a Comment