ULASAN NOVEL I LOVE YOU, STUPID! KARYA MELUR JELITA
(Ulasan yang biasa-biasa untuk novel yang luar biasa!)
Novel I LOVE YOU STUPID! (selepas
ini akan dirujuk sebagai ILUS..hehe) merupakan karya kedua Puan Melur Jelita
setelah kejayaan novel pertama beliau; AWAK SUKA SAYA TAK?
To be honest, saya tertarik untuk
membeli ILUS disebabkan penulisnya, Melur Jelita. Saya sudah membaca Awak Suka
Saya Tak? jadi saya memandang tinggi ILUS. Pengembaraan saya bersama ILUS dan
Iris bermula sejak di blog Melur Jelita lagi.
Analogi ILUS bagi saya : Sebuah
kereta api “Cinta” yang bergerak di atas landasan yang bernama “Landasan
Iman”..kereta api ini ada kepala dan mempunyai gerabak-gerabak yang
lain;masing-masing membawa pengertian cinta yang berbeza namun yang terutama
ianya adalah “Cinta di atas Landasan Iman”
Permulaan
ILUS memang mengujakan (sungguh!) diimbangi dengan pertengahan cerita yang
mengharukan dan menekan jiwa yang membacanya. ILUS merupakan pengenalan kepada
bumi Kemboja yang di dalamnya terdapat kehidupan penduduk Melayu Cham yang
beragama Islam –terpencil dan daif.
Sepertiga
pertama novel ini mengisahkan warna-warni kehidupan remaja. Tentang
persahabatan Iris (watak utama), Lara, Farina dan Violet. Diselangi kisah
percintaan Iris dan Aidan-seorang doktor yang handsome dan macho! Dan kegilaan
terhadap Inspektor Ebrahim a.k.a Abang Pedas. Hot and spicy! Dan banyak perkara
diluar jangkaan berlaku akibat percintaan dan kegilaan tersebut. Rama-rama di
dalam perut terasa mengepak, mabuk, terbang tinggi ke jantung dan adakalanya
pengsan. Oh,papa! (maaf,ini frasa dalam ILUS)
Sepertiga
lagi berjaya menukar emosi saya 360 darjah ketika membaca. Iris, dari seorang
gadis yang dilimpahi kemewahan terpaksa bergelut dengan kesusahan dan
kesempitan kehidupan di Kemboja demi misi kemanusiaan membantu masyarakat
Muslim di sana dan misi rahsianya sendiri…first time baca, saya tercari-cari
apa misi rahsia itu tapi saya takkan membelek halaman belakang! Sepanjang
membaca, saya turut berasa geram, gembira, teruja, sedih, marah, terpukau (dan
jatuh cinta) bersama Iris. Aduhai, sakit sangat rasanya bila saya kehilangan
Ahmad! Sob…sob…sob…. Rasa simpati terhadap masyarakat di sana membuak-buak di
hati saya. Di Kemboja, turut bermula kisah Iris-Firman yang sebenarnya telah
lama bermula tanpa Iris sedari… Firman si lanun; bodyguard dan translator
kepada Iris. Mereka tak sebulu tapi sehati! Saat ini saya ingin wachaaa Iris
sebab saya cemburu! Lelaki baik dan beriman seperti Firman menjaga dia seperti
menatang minyak yang penuh (hehehe..) haruslah saya cemburu… ditambah perhatian
daripada keluarga Firman-ibunya,mai tuan dan adiknya,Fatimah (dan Matt juga); saya
tak dapat bayangkan betapa murni hati mereka yang sentiasa melayan kehendak
Iris dengan penuh kasih sayang. Sepatutnya Iris ajak saya pergi bersama!
Sepertiga
akhir sampai klimaks, kebenaran tentang si kecil Izham,misi kemanusiaan yang
belum tamat, misteri kehilangan Matt dan yang penting rasa cinta Iris terhadap
Firman menaikkan semangat untuk terus membaca sehingga noktah yang terakhir.
Hati mengharapkan agar Iris dan Firman dapat bersatu. But, wait! Ada janji
antara Iris dengan Aidan,kan? Lalu bagaimana?
Kata
Firman (not exactly like what he has said); kalau cinta kita takkan dapat menyatakan
sebab mengapa kita cinta. Itulah yang saya rasa terhadap si gemuk ILUS ini.
Saya jatuh cinta pada ILUS dan saya tak mungkin dapat terangkan sebabnya…seperti
cinta saya terhadap Aidan…(sorry, out of topic)
Novel ini memang sebuah kisah
yang panjang (kerana ia belum berakhir,mungkin?) Tidak diakhiri dengan ‘they
live happily ever after’kerana ILUS bukan kisah dongeng. Ini kisah benar! Dan
persoalan yang menjadi tanda tanya mungkin sahaja disimpan oleh si penulis
sebagai umpan untuk buku seterusnya. Siapa tahu???
No comments:
Post a Comment