ULASAN
NOVEL ‘AKU KAN NOVELIS! KARYA NURUL SYAHIDA, TERBITAN BUKU PRIMA
Sudah
tak terhitung berapa kali saya mengulang baca novel AKU KAN NOVELIS! Tanpa jemu,
tanpa skip di mana-mana. Saya baca
perkataan demi perkataan seolah-olah itu kali pertama saya membacanya. Novel yang
begitu bagus ini harus dikongsi dan disebarkan! Oleh sebab itu, hari ini, saya
terbuka hati nak menulis sesuatu (kalau boleh dikatakan sebagai ulasan)
mengenai AKU KAN NOVELIS!.
Sebelum
mendapakan AKn, saya berkali-kali mengalami perasaan ragu-ragu. Ambil – letak –
ambil – letak dari rak buku di mana-mana kedai buku yang saya singgah. Saya teringin
sekali nak baca setelah tertarik dengan tajuk novel ini (nasib baik penulis dan
editor menukar tajuk asal ‘Citecinte’ itu!) dan sinopsisnya. Cover memang tak mainkan peranan sangat
untuk saya memmilih novel. Tetapi disebabkan telah berkali-kali dikecewakan
oleh novel Buku Prima yang lain (maaf ya, Buku prima dan GBK!) saya rasa takut
nak beli. Kira dramatik jugak lah keadaan sebelum saya membeli AKN. Fuhh…lega
apabila akhirnya AKN berjaya saya miliki dan saya lupa bagaimana saya boleh
membuat keputusan untuk ‘menyambar’ AKN dan membawanya ke kaunter.
Satu
perkataan : BERBALOI!
Dua
perkataan : SANGAT OHSEMMM!
Tiga
perkataan : SAYA JATUH CINTA!
Alangkah
bodohnya saya sebab mengambil masa yang terlalu lama untuk membaca AKN
sedangkan pelaburannya tidak sampai pun RM30! Dan kenapa kawan-kawan saya yang
merupakan penggila novel tidak pernah mengesyorkan novel ini kepada saya????
Watak-watak
yang sederhana dengan nama-nama yang biasa-biasa saja. Safiah Suhaimi mendokong
peranan sebagai watak utama yang menjadi penggerak jalan cerita novel ini. Dia merupakan
seorang novelis yang tengah kekeringan idea untuk memulakan novel baru setelah lima
buah novelnya berjaya di pasaran. Walaupun AKN merupakan novel Nurul Syahida
yang ketiga (maaf kalau saya tersilap), novel ini merupakan karya pertama NS
yang saya baca. Jadi, tatkala (erk, tatkala?) saya membaca AKN, saya tertanya-tanya
adakah Safiah Suhaimi = Nurul Syahida? Oh, lupakan persoalan itu! Kita sedang
berbicara tentang novel, kan?
Saya
tak berapa pasti tapi rasanya ini novel pertama yang saya baca di mana hero dan
heroinnya pertama kali berjumpa dalam bab 62 out of 100 chapters. Can you imagine lebih separuh daripada novel
ini tanpa kehadiran hero. Itulah kelebihan Nurul Syahida!
Sepanjang
membaca AKN (walaupun sudah berkali-kali membacanya), saya merasai pelbagai
emosi. Tersenyum, marah, sebak…tapi saya tak menangis. Untuk novel ini, tiada
langsung air mata yang mengalir. Cuma ada beberapa part yang membuatkan bulu roma meremang. Macam seram aje novel ini…hihihi…
ish, tidaklah! Novel ini kelakar! Bulu roma meremang bukan sebab ketakutan tapi
kesedihan mengenang Fakri. Huhuhu… siapa Fakri ni? Bacalah, you will know!
Saya
ketawa terbahak-bahak bila baca ayat ini;
Bunyilah
bodoh! Bunyi! Bunyi! Bunyi!
Kenapa
saya ketawa? Kerana saya pun pernah mengalami situasi ini. Konon nak
pertahankan ego untuk tidak menghantar SMS atau membuat sebarang panggilan
kepada si dia… tapi diri sendiri yang terseksa. Muahahaha… macam dah lari topik
aje ni…
Okey,
saya tabik Nurul Syahida! Dia menulis sesuatu yang menyedihkan dengan cara
humor. Bahasa yang santai… sesuai untuk escapism.
AKN punya banyak perkara yang ingin disampaikan tapi cara Nurul Syahida menulis
seolah-olah kita membaca komik. Saya tak sukalah novel yang kadang-kadang
sangat skema dan bahasa yang puitis penuh kiasan. Kita membaca sebgai satu hobi
di masa lapang. Untuk merehatkan otak. AKN menepati citarasa saya.
Oh,
ya! Sebagai satu amaran (bukan amaran keras), novel ini ada percampuran point of view. Certain part menggunakan first person point of view but then ada
juga third person point of view. Ia mungkin
akan menyebabkan pembaca terkeliru jika tidak membaca word by word. Jadi, jangan skip,
ya!
Kesimpulannya,
AKN adalah sesuatu yang saya cari semenjak berkecimpung dalam dunia pembacaan
novel. Tiada watak yang sangat kaya-raya, tiada peristiwa kebetulan yang ‘terlalu
dibuat-buat’ sifatnya, tiada seseorang watak yang digilai oleh tiga empat orang
sekali gus, tiada perpisahan yang disebabkan orang ketiga, tiada tangkap
khalwat dan kahwin paksa… jadi, apa yang ada dalam AKN? Aha! Sudah pastinya
sesuatu yang tidak klise – yang tidak terduga endingnya!
p/s
: saya suka Fakri tapi mengapa dia…..????


Hai, wah...saya dah dua tiga kali terserempak novel ini kat rak. Sama ada meminjam atau membelinya tak pula terlintas kat fikiran (sebab tajuknya dan sebab publishernya ~same situation). Lepas baca review ini. For sure, I will get 1 soon...
ReplyDeleteps: pasti penulisnya senyum baca review cik ni. haha...macam saya gembira, malah lebih2 lagi
terima kasih atas respon...novel ini boleh dibeli di website arrazi.my utk dptkan tandatangan penulis.kalau dh bc nnt, sila kongsi review ya!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete