Menurut kamus, definisi ’cemburu’ adalah
ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau
ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau
kekasih.
Berdasarkan
definisi di atas, dan atas pemahaman aku sendiri, apa yang aku rasakan sekarang
ialah rasa cemburu. Whoa! Seorang gadis kental yang berperwatakan kelelakian
rupanya mampu dikalahkan oleh suatu emosi yang bernama cemburu. Aku rasa mahu
ketuk kepala sendiri.
Bingung-bingung
di kepala dan ngilu-ngilu di hati. Sakit perut macam nak buang air besar.
Berpeluh walaupun diselubingi kesejukan bilik tidur yang mempunyai penyaman
udara berjenama Philips. Rasa berdebar dan mahu menangis. Tidak marah dan tidak
geram tapi rasa mahu mencekik seseorang. Rupa-rupanya segala rasa yang aku
alami itu merupakan kesan sampingan daripada penyakit cemburu.
Aku
tidak tahu hendak buat apa lalu dalam kecelaruan perasaan, aku mengemaskini
status di facebook.
Saya cemburu... L
Setelah
status itu terpampang, aku rasa menyesal pula. Tapi aku tak mahu padamkan.
Biarlah status itu di situ. Macamlah ada yang mahu ambil peduli.
Aku
bukanlah seorang yang taksub dengan laman sosial itu untuk meluahkan segla
perasaan seperti ’aku demam’, ’hari ini
aku pakai baju pink’, ’aku tersekat dalam kesesakan jalan raya’ dan
seumpamanya. Aku juga tidak menjadikan blog aku sebagai wadah bicara. Kedua-dua
laman sosial itu aku manfaatkan untuk mempromosi jualan tudung dan novel yang
aku usahakan secara part time.
Namun
sekarang tidak lagi. Aku sedang cemburu dan tak tahu ke mana harus aku
meluahkan rasa. Mungkin dengan cara ini aku akan rasa lega.
aku tak minta banyak..aku
tak minta untuk ganti tempat dia...aku tak minta untuk sama-sama berada di mana
dia sedang berada dalam hatimu..aku cuma minta supaya jangan sampai aku tahu
betapa pentingnya dia bagimu..biar aku tak tahu..supaya aku tak sakit...
Kronologi kecemburuan aku begini:
Aku mula mengenali N. ALLAH hadirkan
rasa sayangku kepanya begitu sahaja. Dalam sekelip mata, aku menyayangi N. Kami
berbual di facebook, saling berbalas komen. Oh, sebenarnya perkataan ‘saling’
itu kurang tepat. N tidak pernah memberi komen terhadap status-statusku. Aku
saja yang selalu singgah di statusnya walaupun hanya untuk mengklik butang ‘like’.
Entah mengapa, semakin hari, aku
semakin ingin menjadi seseorang yang penting dalam hidup N. Aku ingin menjadi
telinganya, aku ingin menjadi paracetamolnya
dan segala-gala mengenai N turut aku rasai. Dia sedih, air mata aku yang
mengalir, dia terluka, darah aku yang memancut keluar… Dan N tahu mengenai hal
itu. Dia tahu betapa aku menganggap betapa pentingnya dia dalam hidupku.
Tetapi, bukan mudah untuk menjadi ‘someone’
dalam hidup N. Dia pernah kecewa dan dikecewakan oleh orang yang dia
percayai merupakan kekecewaan yang besar.
Menyedari keresahan N saban hari,
yang aku ketahui melalui bicaranya di laman facebook, aku kenalkan dia dengan
temanku, H. H memang pakar dalam mendengar dan menyelesaikan masalah orang. Aku
kira, itu keputusan yang amat baik sekali. Tidak ku ketahui apa yang akan
terjadi sehinggalah suatu hari…
H menghantar mesej kepadaku mengenai
N. Sesuatu yang aku tidak tahu. Tetapi H tahu! Bagaimana ni? Hatiku dilanda
debaran yang hebat. Mula-mula aku tidak tahu itu rupanya ‘cemburu’. Mungkin
tanpa niat menyakiti hatiku, H memberitahu bahawa setiap hari N akan berwattsAp
dengannya. N akan menghubunginya dan mereka akan berborak kosong. N akan update apa-apa saja yang berlaku pada
dirinya walaupun perkara itu sesuatu yang bodoh dan tidak penting.
Tika itu, N telah pun memilih aku
untuk menjadi ‘someone’ dalam
hidupnya. Yang dah lama aku impikan. Jadi, persoalah H aku biarkan. Mungkin dia
selesa berbicara dengan H. Ya Rabbi, akhirnya dadaku rasa nak meletup. Setiap
kali aku menghubungi N, nama H pasti akan menjadi sebutan. Aku dengan susah
payah mencari alasan agar dapat menghubungi N tanpa dia rasa jengkel, sedangkan
hari-hari N berbual dengan H walaupun cuma untuk memberitahu telur gorengnya
hangus!
Bila sesekali kau
berbicara, pasti namanya meluncur keluar dari mulutmu. Kau ceritakan bagaimana
si dia tahu apa yang ada di hatimu, apa yang kau rasa... Dan tentunya kau tak
tahu apa yang aku rasa ketika itu, kan? Kalau kau selesa dengannya, mengapa kau
memilih aku? Siapa dia sebenarnya? Tanpa kau sedari, dia juga temanku. Pastinya
aku tak mampu membenci kalian. Pilihlah dia…lupakan aku…


Jingga
ReplyDeleteDakap aku kala bicaraku bisu dan lesu
Semilir bawa daku
Seumpama dandelion itu
Aku mohon seberkas tenang
Segeluk rasa
Agar anyaman aksara tidak lupa
Memberi erti cinta
berikan aku, kasih
Deletekesempatan yang begitu panjang
agar terubat resah...