Asyik bagi ulasan novel yang bagus aje,kan? Kali ini saya nak buat ulasan novel yang tak berapa 'masuk' jiwa...
NOVEL 'HADIRNYA CINTA' KARYA NORHAZRIANA ABDULLAH TERBITAN CREATIVE ENTERPRISE
Watak-watak utama: Aliya, Zaidi, Haikal, Kamilia, Suraya, Shahizy.
Dari segi nama-nama watak, bagi saya, tidak ada masalah. Saya memang suka nama-nama yang ringkas begini. Mungkin sebab novel ini terbit pada era 90-an maka nama watak pun tidaklah 'secanggih' nama watak novel zaman millenium.
Kulit novel : Seperti biasa, kulit novel CESB memang cantik. Dan kebanyakannya menggunakan model wanita. Biasa-biasa sahaja. Rasanya, kulit novel ini bukanlah daya penarik utama.
Komen:
1. Banyak sangat kebetulan. Zaidi terlanggar Kamilia dua kali lepas itu jatuh cinta (pandang pertama lagi!). Aliya terlanggar Haikal dalam tiga kali atau lebih dan jatuh cinta pandang pertama juga. Watak-watak pula banyak sungguh perkaitan. Orang ini adik orang itu, bersepupu pula dengan orang lain, yang sepupunya ini pula bekas tunang yang ini, yang ini isteri yang itu...Huh, penulis ambil ahli keluarga sahaja untuk jadi watak agaknya! Kebetulan dan kebetulan...novel yang penuh dengan kebetulan dan bukannya kejutan.
2. 'Empat tahun berlalu tanpa disedari..', 'Tanpa sedar sudah setahun...', 'Enam bulan..', 'Seminggu berlalu...' dan bla...bla...bla... Ada lebih dari tiga bab yang dimulakan dengan ayat-ayat begini. Uiks? Kalau saya, saya tidak minat permulaan bab begini. Sejujurnya, permulaan bab yang ditulis begini tidak 'kuat'. Lebih-lebih lagi dibuat berulang kali pada bab-bab lain.
3. Penulis tidak menjaga sensitiviti agama. Terus-terang, saya terkejut membaca bahagian 'Aliya memeluk Zaidi.'... 'Zaidi mengucup kedua-dua pipi Aliya.' Saya ulang baca pada bab-bab awal untuk mencari di mana yang penulis ada menyatakan mengenai hubungan Zaidi dan Aliya yang mengharuskan perlakuan begitu. Tetapi tidak ada! Zaidi cuma jiran Aliya yang Aliya ANGGAP sebagai abang. Diulangi, ALIYA ANGGAP SEBAGAI ABANG. Bukan abang kandung. Bahkan, setelah Aliya berkenalan dengan Haikal, dia sudah boleh dipegang tangan, malah sebelum dia bercinta dengan Haikal lagi. Tolonglah wahai penulis, jangan kelirukan anak-anak yang turut membaca novel cinta.
4. Dari segi bahasa, pejuang bahasa rasanya masih mampu tersenyum untuk novel ini. Pasti penulis dan editor sudah sedaya-upaya melakukan yang terbaik agar kesantunan bahasa dijaga. Apa yang menjadi masalah ialah apabila ada dialog dalam Bahasa Inggeris yang tidak berapa betul tatabahasanya. Saya tidak menyalahkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam dialog kerana sememangnya kita di Malaysia mengamalkan bahasa rojak dalam pertuturan. Cuma seharusnya perlu diteliti lagi penggunaan bahasa. Agak kucar-kacir juga. Nasib baik tidak banyak pertuturan dalam bahasa asing itu.
5. Keseluruhan, masih boleh disimpan untuk koleksi. Tidaklah terus 'hancur'. Ada beberapa bahagian yang dapat membuatkan saya sebak. Jalan cerita yang menarik cuma terlalu banyak kebetulan. Novel ini sedikit sebanyak bersifat sinetron; watak utama (Aliya) asyik kena 'bedal' dengan watak jahat (wanita yang tergila-gilakan kekasih Aliya) yang dibantu oleh seorang wanita lain yang berdendam dengan Aliya. Terlalu banyak sudah cerita begini. Tetapi jangan lupa, novel ini sudah lama terbit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saturday, 5 October 2013
HADIRNYA CINTA- NORHAZRIANA ABDULLAH

4 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Nak betulkan sikit jer.. Novel ni terbit era millenium. (2006) Terima kasih atas review. Apa yg baik ambil sebagai pengajaran, apa yg buruk...dijadikan tauladan. :) -penulis
ReplyDelete* Oppss... yg buruk dijadikan sempadan.. :)
Deleteterima kasih atas respon..hehe...maaf atas kekhilafan..sy mmg suka mengulas novel2 yg sy baca..tahniah sbb masih mampu membuatkan sy membaca novel ini tanpa berhenti!sy pemilih orangnya kalau bab2 membaca novel...teruskan perjuangan!sy sentiasa menyokong!
DeleteTak ada masalah. Selera pembaca berbeza2...
Delete