Tuesday, 4 February 2014

Saya mahu saudari tahu...

Cinta yang dipendam itu umpama menulis di atas kertas menggunakan pen yang tidak berdakwat. Goresannya tidak kelihatan tetapi tetap terdapat kesan. Coretan itu dapat dibaca andai diperhati dengan kesungguhan…

Monday, 3 February 2014

Daku Tak Bersalah - versi makanan pelik-pelik

Saya terfikir nak buat catatan Daku Tak Bersalah dalam blog sebab saya rasa tak cukup nak masukkan semua gambar dan cerita saya sepanjang berada di kampung dalam facebook. Kisahnya panjang… (itupun kalau saya rajin menaip). Tak laratlah nak post satu-satu di facebook lepas tu layan komen dari geng-geng DTB lagi… jadi saya compile sekali dalam entri ini. Aci tak?
            HERE WE GO!

Benda ini saya yakin tak ada di semenanjung. Pizza Saratok! Bahan utama ialah tepung sagu. Nak buat lebih sedap guna tepung sagu yang basah. Ori punyeeee… yang ini mak saya buat guna tepung sagu yang dah diproses. Lain sikitlah rasanya. Tapi yang penting, teknik! Kami masak guna PERIUK AJAIB! Mudah dan cepat. Selalu guna kuali je…

Tara…! Ini rupa pizza tu bila dah dikeluarkan daripada periuk ajaib. Yang rentung tu lah part yang paling saya suka. Mengikut pantang larang makan tepung sagu ni, benda ni kena dilapikkan dengan upih (pelepah). Nak ikut, boleh…Cuma jangan percaya.

Inilah intinya… sayur midin! Pastikan sayur tu dah dimasukkan garam, bawang, pusuk (ikan bilis) baru sodap! Potong sayur midin tu pendek-pendek supaya senang nak makan… penerangan saya tidak menurut kronologi sebab saya bukan nak berkongsi resepi…hihihi…

Petang Jumaat, kami sekeluarga pergi ke kampung nelayan, Kabong! Angin bertiup kencang menerbangkan tudungku…hihi…duduk bersantai lepas tu order mi sup tulang yang memang pergh! Tak boleh nak elaborate lebih-lebih. Sendiri taip sendiri kecur… tak boleh jadi ni.

Oh, ya! Sebanarnya sebelum sampai ke Kabong, kitorang singgah di Nyabor dulu. Sempatlah mak beli ikan labang yang kalau dah dapat kat peraih boleh cecah RM65 sekilo. Yang mak beli ni anak ikan labang jadi tak de lah mahal sangat. 7 ekor RM15…ok lah kan?

Ha… ini pulak BAPAK CEMPEDAK.. besar kan? Tapi ini bukan original cempedak sebab bakanya dah dikacukkan dengan nangka. Sebab tu besar gedabak. Nampak tak tin susu yang saya letak atas cempedak tu? Untuk perbandingan saiz cempedak yang sebenar…

Ini pula isinya. Yummy… (sila abaikan ayam goreng dalam kotak itu). Ayam goreng tu tak termasuk dalam post Daku Tak Bersalah kali ini..muehehe…

See??? Makanan yang rare macam inilah yang sepatutnya dimasukkan dalam post Daku Tak Bersalah… yang warna coklat tu buah engkabang! Rasanya macam badal ayam tapi tak liat. Yang ni dah terlebih masak jadi tak rangup sangat. Cara nak makan ialah; boleh kunya begitu saja atau cecah dengan asam mbang yang warna kuning tu. Tahu tak asam mbang tu apa? Kalau kat Sabah disebut Buah Bambangan… kat semenanjung tak tahu lah pulak. Colek dengan sambal belacan…perghhh… tak hirau bau lagi dah…

Nah, tengok dekat-dekat buah engkabang ni…boleh try google kalau nak tahu lebih lanjut.

Sampai di sini saja perkongsian saya. Kalau nak makan benda-benda pelik tu, silalah datang ke Sarawak. Saya boleh jadi tourist guide percuma.
            
Belailah daku sebulan sekali

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…

Jarang sangat saya mulakan entri dengan salam, kan? Salam yang ditaip tidak wajib untuk dijawab, tidak seperti salam yang dilafazkan… oh, sekadar informasi sahaja.

Khamis minggu lepas, dalam perjalanan nak ke Kuching Sentral, saya mendengar topik kanser yang dibincangkan Nasional fm… perbincangan itu menyentuh pelbagai jenis kanser. Tetapi apa yang paling membuatkan saya tertarik ialah berkenaan kanser payudara.

DJ bertanya kepada doktor tersebut (yang tidak sempat saya ketahui namanya), berapa kerap kita perlu melakukan pemeriksaan payudara. Nak tahu doktor jawab apa? SEBULAN SEKALI!

Huhu… seingat saya, saya baru sekali melakukan pemeriksaan payudara sendiri! jadi, rakan-rakan sekalian, marilah kita sama-sama menjaga ‘harta’ kita yang satu ini…ooppsss..bukan satu tapi dua…hehehe…

Sila cari cara-cara untuk melakukan pemeriksaan payudara. Mencegah lebih baik daripada merawat. Apa tunggu lagi? Jom, periksa!