Tuesday, 7 January 2014

BETUL, SUAMI AKU PELAKON!

ULASAN NOVEL ‘BETUL, SUAMI AKU PELAKON!’ KARYA ATEEN KHALID, TERBITAN KAKINOVEL

Susah juga nak buat ulasan untuk novel kawan sendiri. Nak dipuji, nanti orang kata sebab nak ambil hati. Nak dikutuk pula, tak ada apa-apa yang boleh dikutuk. Novel ini bagus sangat!

Permulaan bacaan, saya asyik terfikir; eh, tau lah part ni! Yalah, saya kan dah follow cerita ini sejak di blog. Haruslah saya tahu. Asyik tersengih-sengih seorang aje. Rasa macam saya pula Aliya Marissa tu. Kikiki…

Ada beberapa part yang akan membuatkan kita rasa nak tengok biodata penulis. Hehe… agak ketara juga yang penulis novel ini masih muda. Gitewww… penggunaan ayat dan perkataan yang simple, yang berjiwa remaja… hehehe…

Tema; macam biasa novel-novel terbitan KakiNovel… it’s about love after marriage (atau lebih tepat, kahwin paksa!) Gulp! Sorry Ateen… saya kena honest bagi review, kan? Hehe… tak kisahlah apapun temanya, yang penting cara garapan penulis ini tidak membuatkan mata kita jadi kuyu menahan rasa mengantuk.

Saya boleh habiskan bacaan dalam satu malam sahaja. Sebab tempo novel ini agak laju juga. Saya jangkakan, kalau novel pasal kahwin paksa ini selalunya ‘makan’ tahun. Tapi Aliya Marissa dan Irfan Danish cuma memerlukan dua bulan lebih untuk ‘bersama’. Kira logik jugaklah pasangan yang dijodohkan oleh keluarga ambil masa dalam dua tiga bulan untuk ‘menerima’ orang baru, kan? Tapi takkanlah sampai setahun kot… so, novel ini boleh dihadam dengan baik.

Saya sedikit kecewa sebab saya ingatkan ada banyak loghat utara yang akan penulis selitkan dalam novel ini. Tapi, saya kena faham… nanti novel ini penuh dengan terjemahan pulak. Tak ke naya!

Ada persoalan yang belum terjawab. Saya nak tahu apa yang terjadi seterusnya kepada Abang Arsyad.  Atau penulis simpan untuk modal novel yang seterusnya. Haha… pun boleh…pun boleh… Duhai penulis, saya mahu jadi heroin Abang Arsyad!

Secara keseluruhan, berjuta tahniah harus diberikan kepada penulis muda ini! Beliau bukan menulis novel yang ‘kosong’. Ada ilmu yang dikongsi walaupun dengan cara yang santai.

2 comments:

  1. Review yang jujur dan menarik. Harap si penulis yang muda ini boleh jawab pertanyaan akak tentang Abang Arsyad. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat review kena lah jujur, kan...hehehe..

      Delete