Analogi lagi. Pernah tak naik roller coaster? Aku
pernah naik roket ke apa entah nama benda tu kat funfair. Mula2 nak naik mmg
takut. Masa nak beli tiket utk naik benda tu, rasa mcm nak tak nak. Tapi
teringin pulak. Bila sekali dah dtg keberanian tu, aku naik jugak.
Wowowo…perasaan masa tu jgn tanya lah! Bila turun baru rasa lega. Puas! Tapi
taubat tak nak naik lagi. (buat masa sekarang). Begitulah perasaan aku
kebelakangan ini. Aku pendam, aku yang tak tenteram. Bila aku nak luahkan, rasa
sama macam masa aku nak naik roket tu…takut memanglah takut tapi sampai bila?
Jadi aku try dan redah sajalah… hasilnya, aku dah lebih tenang. Tapi buat masa
sekarang, aku memang takkan buat lagi..masih takut dan gementar… *siapa yang
faham, dialah orang yang faham*
Luka… diletak minyak gamat memang pedih. Tapi itu
sajalah cara untuk sembuhkan luka itu. Kalau dibiarkan tanpa diubat mungkin
akan dihinggapi bakteria, jadi nanah, kudis…erk??? Geli… makin teruk jadinya…
jadi, biarlah menahan pedih ‘minyak gamat’ daripada terpaksa menahan pedih luka
yang merebak.
Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu
Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama
Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua
No comments:
Post a Comment