Inna ma’al ‘usri
yusra…
Benarlah,
sesungguhnya dalam kesulitan itu ada kesenangan. Aku menangisi kehilangan
seseorang yang sebenarnya tak pernah pun aku miliki. Di sebalik kesedihan itu,
buat aku tersedar, rupa-rupanya ramai yang mengambil berat tentang diri aku.
Kataku;
cinta tak semestinya lahir dari sebuah pertemuan. Maknanya sungguh meluas. Akibat
status aku yang meroyan, merapu-meraban, ramai rakan-rakan yang selama ini aku
kenali hanya melalui facebook, bertanya khabar. Ya, kasih sayang kami lahir
tanpa syarat! Terima kasih, Ya ALLAH.
Dan,
kehilangan sebuah cinta bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Aku dibawa
keluar daripada sebuah lubang yang dalam, yang gelap, oleh tangan-tangan yang
selama ini ikhlas menyayangi aku. apa lagi yang hendak aku rungutkan?
Cintaku itu,
perlahan-lahan akan aku lupakan. Namun kasih sayang terindah yang aku perolehi
daripada keluarga besarku, in sha ALLAH akan aku bawa hingga mati.
Apa kaitan
gambar roti gardenia itu dengan entry ini? Inilah hadiah daripada sebuah
persahabatan yang tulus; iaitu sebuah usaha untuk menerbitkan senyuman di
bibirku. To cheer me up!

No comments:
Post a Comment