Physically, aku seorang
yang kuat. Zaman sekolah dulu rakan-rakan dalam team bola jaring dan bola
baling menggelarkan aku ‘Thunder Cat’ kerana aku tidak berasa sakit sekalipun
aku dihentam dengan bola ketika menjaga gawang dari dibolosi. Emakku tahu aku
kuat, aku dibenarkan bersekolah asrama penuh sedangkan kakakku tidak. Sehingga
aku dapat pekerjaan yang jauh dari keluarga, emak membenarkan aku untuk menyewa
seorang diri. Emak tahu aku kuat dan aku tidak takut. Aku mampu berjalan
sekitar KL, hanya ditemani oleh adikku yang sama-sama kali pertama menjejakkkan
kaki di sana. Aku berjaya sampai ke JB seorang diri walaupun kali pertama aku
menaiki bas KL- JB. Aku KUAT secara luarannya. Tapi jangan serang hati aku
kerana segumpal darah itu terlalu fragile. Aku cuma keras di luar tapi lembut
di dalam. Aku mempunyai kekuatan dan keperibadian yang boyish tapi hatiku tetap
hati seorang wanita.
Aku umpama sekuntum bunga kertas… yang tidak
cantik, tidak wangi, tidak menarik… but that’s it! Aku tetap sekuntum bunga! Yang
fragile…
Dan aku sebenar-benarnya tidak menyangka
yang aku akan terpengaruh dengan berita kebahagiaannya…
No! aku tak pernah terlintas untuk melihat
keruntuhan hubungannya. Walaupun ‘I’m happy for you’ is the hardest lie, tetap
juga aku mengharap agar dia terus bahagia. Aku tidak pernah berdoa pun untuk
kegagalannya dalam cinta yang dia bina. Biarlah aku sakit seorang…
Selama ini aku memendam rasa cinta itu…dan
aku rasa sakit. Tetapi sakit saat mengetahui dia sudah milik orang lain
ternyata lebih menusuk… dan aku tak mungkin ada peluang lagi…

No comments:
Post a Comment