Hari ini
mungkin the maximum level untuk segala masalah + kesedihan + dugaan yang aku
alami. Ruang dalam hati aku dah penuh dan empangan tubir mata aku ssudah pecah…
mengalirlah air mata yang telah sedaya upaya aku tahan.
Kronologi
kesedihan seorang LIA:
1. 24/12/2013 : mengetahui dia akan bertunang…
2. 28/12/2013 : his biggie day…hrrmmm…
3. Perkara no. 2 berlarutan hingga 31/12/2013
4. 1/1/2014 : bumper kereta calar and I thougth
yang aku dah relief…but actually not…
5. 2/1/2014 : kena saman…
I’m
really upset right now…
Oh,
kena saman tu aku rasa sikit aje kesannya terhadap hati aku. well, sebab
kesedihan yang lebih terkesan di hatiku tentulah pasal berita dua tiga hari
lepas. And I still can’t endure it.
Betulkah
ini cinta? Cintakah yang aku rasa saat ini?
Gila,
kan? Kita boleh jatuh cinta dengan seseorang yang langsung kita tidak kenal. Tak
hairanlah… sebab dia sendiri pun pernah jatuh cinta pada L. (dan aku sentiasa
mahu jadi his L)…dalam doaku… oh, ya… my nickname start from L, kan?
Aku berbicara dalam hati… hati aku kata; “Kau memang nak dia tahu, kan? Indirectly… tapi
kenapa sekarang kau ada kekuatan itu? Dulu, kenapa kau tak bagi hint? Apa yang
kau harap sekarang? Simpati? Rasa bersalah? Atau apa saja rasa yang membuatkan
dia buka mata terhadap kehadiran kau?”
Sejujurnya,
aku ada jawapan untuk semua soalan itu. Tapi biarlah aku seorang yang tahu. Dan
lagi, aku masih seorang gadis malu, yang tak mungkin mendahului ucapan ‘I love
you…’
Jadi macam
mana dia nak jatuh cinta pada aku? Dia memang belum pernah berjumpa denganku…
kenal? Barangkali hanya melalui namaku yang kerap muncul di notification
facebooknya.
·
Cinta pun perlu usaha, beb! Apa usaha kau? Setakat like semua
statusnya? Baca setiap post nya di blog? Kau pernah datang pbakl 2012, kenapa
kau tak kenalkan diri masa tu?
·
That just not me! Aku memang dah agak dia akan jatuh cinta
kepada seorang penulis. Jadi aku tunggu bila novel aku terbit, aku akan beri
novel aku padanya. Aku selitkan kad dalam novel itu. Dan kami bertentang mata
selama lima saat. Lima saat itu kami terus jatuh cinta…
·
Kau dah dapat emel daripada editor publisher yang sama dengan
dia, kenapa kau tak hantar full manuscript tu? Sebab… ALLAH tahan kau. ALLAH
ada perancangan yang lebih baik dan ALLAH tak mahu kau terlalu mengharap. As
you said, kau dah jangkakan yang dia akan jatuh cinta dengan penulis, that’s
why ALLAH tak gerakkan hati kau untuk terus bagi manuskrip itu. Takut nanti kau
akan nampak peluang kau untuk mendekati dia sedangkan ALLAH dah peruntukkan
seseorang yang lain…yang belum kau jumpa.
·
But I love him… ini bukan minat semata-mata…aku tahu…
·
Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci
sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu
, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui". Kalau
kau redha, insya ALLAH, Dia akan beri cinta yang lain untuk kau.
·
How
to forget him?
·
Jangan,
jangan lupakan dia… just go on with the flow. Aku tahu apa ubat yang paling
mujarab untuk penyakit kau ni…
·
Aku
tahu kau pun macam orang lain juga. Kau nak suruh aku berdoa…solat hajat
banyak-banyak… dan serahkan cinta hanya untuk ALLAH, kan? Aku sedar hal tiu
tapi aku tetap manusia. Aku perlukan cinta… dan sebelum sempat aku capai, cinta
itu sudah hilang…
·
Then,
tolonglah jatuh cinta sekali lagi…
No comments:
Post a Comment