Thursday, 19 June 2014

Hari 3 : Idea saya tentang temu janji pertama yang sempurna

Sempurna? The word is perfect, is it? Baiklah…

So, let’s begin with AKU BERCERITA!

Luthfi : Aku rasa aku dah sampai serulah. Ada tak kau dengar mana-mana kawan perempuan atau naqibah yang nak taaruf?

Amri : Alhamdulillah. Wow, ini sesuatu yang hebat! Setahu aku, kau jarang bercerita pasal munakahat ni. Tiba-tiba aje, kenapa?

Luthfi : Mak aku dah bising mahukan menantu. Dan aku rasa, aku dah cukup syarat untuk menjadi suami. Dari hukum harus karang jadi wajib pula. Baik aku cari calon sekarang.

Amri : Hrrrmmm… dengar-dengar, Ustaz Ahmad ada anak dara yang baru habis belajar. Aku pun kenal gitu-gitu aje dengan anak Ustaz Ahmad tu. Nanti aku tanya kalau-kalau dia mahu taaruf.

Luthfi : Terima kasih, sahabat.

*****
Selang beberapa hari, Amri pun dapat peluang untuk berbicara hati ke hati dengan Ustaz Ahmad.

Amri : Ustaz, maaf saya tanya ni. Dengarnya, anak ustaz, Safiah baru habis belajar.

U.Ahmad : Ya, kenapa ni, Amri?

Amri : Begini, ustaz. Ada kawan saya ni, dia sedang cari calon isteri. Cadangnya, nak taaruf dengan anak ustaz. Itupun kalau ustaz tak keberatan.

U.Ahmad : Oh, itu rupanya! Saya tak keberatan. Tapi boleh saya tanya soalan berkenaan kawan kamu tu?

Amri : Boleh, ustaz. Tanyalah.

U.Ahmad : Menurut kamu, bagaimana urusan agamanya?

Amri : Dia alim orangnya, ustaz. Dulu sekolah biasa aje. Tapi bila di universiti, dia berkawan rapat dengan saya, kami sama-sama aktif dalam YADIM. ALHAMDULILLAH, sampai sekarang masih aktif. Dia menjaga solatnya, ikhtilatnya, rajin pula puasa sunat. Lagipun, keluarganya orang baik-baik. Saya pernah bermusafir dengan dia hingga ke Kemboja. Insyaa ALLAH, dia boleh jadi suami yang baik.

U.Ahmad : ALHAMDULILLAH. Tak apalah, Amri. Kamu beritahu kawan kamu itu, ustaz sudi menerima dia ke rumah untuk taaruf. Nanti kamu beritahu ustaz bila kawan kamu bersedia nak datang.

Amri : Insyaa ALLAH, ustaz. Terima kasih.

U.Ahmad : Kamu sendiri, tak mahu taaruf?

Amri : Hisy, cukuplah seorang zaujah (isteri) dulu, ustaz. Saya nak bantu kawan saya dirikan masjid dulu. Nanti kalau ada rezeki, saya tambah lagi. Hehehe…

***** 
Di rumah Ustaz Ahmad…

U.Ahmad : Safiah, tadi di sekolah, ada seorang guru ni beritahu abah, katanya ada kawan yang nak kahwin, sedang cari calon isteri. Cadangnya nak taaruf dengan Safiah. Abah dah izinkan dia untuk datang. Safiah sudi, kan?

Safiah : Insyaa ALLAH, bah. Safiah sudi. Tapi abah tak kisah ke kalau betul dia jodoh safiah, dan Safiah akan kahwin dalam usia muda?

U.Ahmad : Itulah yang sebaiknya, Safiah. Kahwin muda ini banyak manfaatnya. Berkahwin ni seumpama telah sempurna sebahagian urusan agama kita. Tinggal nak sempurnakan sebahagian saja lagi.

Safiah : Abah dah beritahu ibu?

U.Ahmad : Sudah. Dia yang suruh abah beritahu kamu sendiri.

Safiah : Bila dia nak datang?

U.Ahmad : Jumaat ni, katanya. Boleh dapat pahala ziarah hari Jumaat sekali. Bijak budak tu nampaknya.

Safiah tersenyum simpul.

*****
Pada hari yang dijanjikan…

Amri : Ustaz, ustazah, Safiah, inilah Luthfi, sahabat saya.
Safiah dan Luthfi mengangkat muka hampir serentak.

Luthfi & Safiah : (Dalam hati ) SUBHANALLAH…

*****
Jika ditanya kepada saya, apakah idea saya tentang temu janji pertama yang sempurna, inilah dia. The perfect first date.  Doakan saya beroleh jodoh yang baik bukan sahaja untuk saya, bahkan untuk agama saya.

Wednesday, 18 June 2014

Hari 2 : Filem kegemaran saya

Okey, sekali lagi, 1 sahaja filem kegemaran yang boleh direveal. (wei Lia, ni hang sendiri yang buat, kan?). Nampak aje tajuk, memang ada satu filem yang terus masuk ke dalam fikiran… KUNG FU HUSTLE!

Sebenarnya saya suka semua filem kung fu. Jackie Chan, Bruce Lee, Stephen Chow… dari zaman hitam putih… semua saya minat. I mean, tak semua filem kung fu saya tonton tapi semua yang saya tonton, saya minat. Hahaha… dan tak semestinya filem, drama bersiri pun saya suka. Antara filem dan drama yang saya ingat : Storm Raider, Pendekar Condor (saya tak ingat nama drama ni dalam Kantonis), Shoulin Soccer, Drunken Master, The New Police Story, Who Am I, The Pride Of Chozou ( ampun… tak ingat ejaan). Wong Fei Hong is my super hero! Apa barang Superman…hahaha

Eh, sudah lari tajuk, maa… berbalik kepada Kung Fu Hustle… saya dah menonton banyakkkkkk filem-filem kung fu tapi kenapa Kung Fu Hustle?

·         Saya suka suasana rumah sewa (tumpangan?) dalam filem itu. It’s kind of suasana kehidupan kampung. Kejiranan yang pelik. Nampak macam saling bergaduh dan tak harmoni tapi sebenarnya mereka sayangkan kejiranan mereka. Wakaka...ayatttt… dulu-dulu, masa kecik, kami adik-beradik selalu main rumah sewa instead of main masak-masak. Jadi, apa yang ada dalam filem ini, serupa macam apa yang saya bayangkan masa main rumah sewa. Mushy-mushy... ada sentimental value di situ…

·         Hello, Stephen Chow yang memegang watak utama dalm filem ini, dia jugak yang direct, co-written dan co-produced. Kaitannya? Guwe kagum lorrr… mula-mula menonton Kung Fu Hustle, saya ingat nak bandingkan dengan Shoulin Soccer sebab well… Stephen Chow kot… hahaha… tapi KFH is better dari segi aksi gedebak-gedebuk.

·         Saya suka dengan tema persahabatan yang diketengahkan. Watak Bone, sidekick si Sing (watak Stephen Chow tu lah), naïf je dia ni ikut Sing. Part tacing nya masa Sing tak mahu Bone ikut dia lagi, Bone masih ikut jugak. Pastu dia beri Sing air, then lari dari Sing. (apalah yang daku cerita ni?). Dan tak lupa juga cinta si Fong, Sing's childhood acquaintance. Tahun 2004 @ 2005, saya menonton filem ni, saya mula recall, kot ada lelaki yang pernah selamatkan saya masa kecil. Malangnya, saya bukanlah seseorang yang perlu diselamatkan oleh lelaki sebab saya yang akan selamatkan mereka. Muehehe… saya tomboy sikit (sikit je) kecik-kecik dulu. (sebab tu tiada langsung memori main masak-masak).

·         Dalam KFH ada kartun-kartun sikit. Action comedy katanya… part paling senak perut ialah masa Sing kena kiss dengan ular. Haha… masa menaip ni pun boleh sengih lagi. Bapa saya memang tak boleh dibawa menonton cerita kung fu. Banyak sangat terbang-terbang, katanya. Tapi kalau nak dibandingkan fantasi filem kung fu dengan filem Hollywood, saya tetap pilih kung fu.

Cukuplah alasan-alasan itu, kan? Sebenarnya, saya suka semua filem-filem made in Hong Kong. Saya rasalah… tak kiralah kung fu ke tidak. Saya suka Armed Reaction, Burning Flame, The Witness To A Prosecution (tu semua Hong Kong’s drama).

Kesimpulannya, saya suka Louis Khoo… ahaks… (bila masa pulak Louis Khoo berlakon cerita kung fu). Kalau nak ajak saya menonton wayang, make sure it’s Cantonese film…yat, yi, sam… wo ai ni!

Nota kaki : kalau tajuk entri ini ‘filem-filem kegemaran saya’, I’ll list down ‘Don’t Go Breaking My Heart’ and ‘Why Me, Sweetie?’. Kedua-duanya filem Louis Khoo!

Tuesday, 17 June 2014

Hari 1 - Lagu kegemaran saya

Bila baca dengan penuh penghayatan, tajuk cabaran hari pertama ini, bermakna saya perlu menyatakan 1 sahaja lagu yang saya suka.

Lagu yang paling saya suka ialah… Permaidani – Aris Ariwatan.

Mengapa saya memilih lagu ini dalam sekalian banyaknya lagu yang saya minati? Sebabnya, dalam lagu ini, saya suka semuanya… lirik, music arrangement, suara penyanyi, even penyanyi itu sendiri. VC asalnya pun saya suka. Kebanyakan lagu-lagu lain yang saya suka, kadang-kadang saya hanya suka liriknya, muziknya atau suka sebab jadi ost dalam filem atau drama. Saya tak suka penyanyi. J

Dulu-dulu, masa zaman sekolah, saya tulis Permaidani as my favorite song dalam biodata. Tau, kan biodata tu apa? Eleh, takkan tak pernah tulis biodata, kan?

Yang paling saya ingat mengenai lagu ini ialah… saya pernah membuat persembahan dekon sempena Hari Guru dan lagu ini saya pilih as background music. Saya rasa liriknya ‘kena’ untuk ditujukan kepada guru.

Untuk membuktikan saya benar-benar minat lagu ini, saya tulis liriknya tanpa google… enjoy the song, peeps!

Rimbun dan redup kasihmu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat kurebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan Penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu walau kusedari

Oh, nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang kugalas ini
kepadaMu titianku
hijrahkanlah diri ini

*dalam suasana Ramadhan, lagu ini memang masyukkk…

Cabaran 30 Hari

Sudah lama rasanya saya tidak update blog dengan cerita-cerita terbaru. Saya bosan! Betul, saya bosan dan tertekan apabila saya melalui hari-hari saya tanpa idea untuk menulis. Saya cuba juga untuk menulis perkara-perkara merapu (seperti yang boleh dibaca dari entri-entri yang lepas)… hrrmmm… agak-agak kalau saya ajak teman-teman blogger untuk membuat cabaran 30 hari ini, ada yang buat? Saya mulakan dengan entri Hri 1 – lagu kegemaran saya… tunggu, ya! Sekejap lagi saya publishkan. (sekadar suka-suka, bukannya ada yang baca sangat pun…) J

Saya mahu ajak :
1.    Kak Eppa
2.    Atin
3.    Kak Ain
4.    Ann Zieyra
5.    Kak Hazriana… jomlah!
6.    BFF! p/s : korang dah lama tak update, kan?
7.    Kak Anna Lee (jika sudi merosakkan entri blog dengan benda merapu)

Geng lain semua gunakan blog untuk cerpen, puisi, novel, jadi kita tak tag… muehehe…

Hari 4 – Gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka
Hari 5 – Betapa penting pendidikan bagi saya?
Hari 6 – Gambar haiwan yang saya ingin jadikan haiwan peliharaan
Hari 7 – Majlis perkahwinan idaman saya
Hari 8 – Lagu yang ‘kena’ dengan mood saya sekarang
Hari 9 – Gambar tempat makan kegemaran saya
Hari 10 – Gambar barang yang terakhir saya beli
Hari 11 – Apa yang ada di dalam beg saya?
Hari 12 – Status hubungan saya ketika ini
Hari 13 – Pendapat saya mengenai dadah dan alkohol
Hari 14 – Rancangan TV yang saya ketagih
Hari 15 – Sesuatu yang saya sentiasa bawa bila meninggalkan rumah
Hari 16 – Pendapat saya tentang homoseksual
Hari 17 – Apa yang saya harapkan untuk masa hadapan saya?
Hari 18 – 5 perkara yang membuatkan saya menyampah / meluat tentang lelaki dan perempuan
Hari 19 – Siapakah saya dari sudut pandangan saya sendiri?
Hari 20 – Rahsia di sebalik nama blog saya
Hari 21 – Gambar yang membuatkan saya gembira
Hari 22 – Surat terbuka kepada seseorang yang pernah menyakiti hati saya
Hari 23 – 15 fakta tentang diri saya
Hari 24 – Gambar yang memberi makna terhadap diri saya
Hari 25 – 5 perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk memenangi hati saya
Hari 26 – Tempat yang saya ingin sangat hendak pergi
Hari 27 – Jenis-jenis manusia yang boleh membuatkan saya tertarik
Hari 28 – Dalam bulan lepas, apa yang telah saya pelajari?
Hari 29 – Suatu aktiviti yang saya tidak penat untuk lakukan setiap hari

Hari 30 – Gambar saya hari ini + perkara menarik yang telah berlaku sepanjang 30 hari

Tuesday, 10 June 2014

Eccedentesiast

Kerana jodoh itu rahsia ALLAH, izinkan saya menyimpan nama encik dalam hati saya selagi saya belum bertemu jodoh saya…

Saya bukan menunggu atau terus mengharap encik menjadi jodoh saya. Tidak sama sekali. Encik kelihatan sangat sesuai dengan si dia. Dalam diam saya memanjat syukur kerana ‘gadis idaman’ encik menepati ciri-ciri si dia. Alhamdulillah…

Dan sekarang, di suatu sudut sepi, saya cuma mahu menyimpan nama encik kemas-kemas dalam hati saya.

There's something poetic in loving a person who will never love you back. I'm not saying that I enjoy the pain, just that I find it’s beautiful to love without any hope of being loved back.

Friday, 16 May 2014

ULASAN NOVEL AKU KELIRU!

ULASAN NOVEL AKU KELIRU! SEBUAH KARYA TERBAHARU NOVELIS NURUL SYAHIDA, TERBITAN BUKU PRIMA (GBK)

            Dengan caption ‘Teori dan praktikal dalam perhubungan adalah dua benda berbeza’, novel Aku Keliru! membawa saya menyelusuri pelbagai rencah kehidupan dalam sebuah novel. (hahaha… menyelusuri gua cakap lu…)

            Selepas membaca karya terbaru Nurul Syahida ini, saya sedar yang selama ini saya tidak pernah stick dengan mana-mana penulis Buku Prima. This is the first time saya terasa ingin memiliki semua koleksi karya seorang penulis Buku Prima. Untuk itu, jutaan tahniah saya ucapkan pada Buku Prima, Nurul Syahida and the team! Tahniah untuk pereka cover novel ini yang berjaya menggambarkan Roul dan keghairahannya terhadap dunia lukisan. Memang wowwww!

            Bagi pembaca yang pernah membaca Aku Kan Novelis, pasti punya perasaan seperti saya bila hendak memulakan pembacaan. Pada saya, walau apa jua rintangan, dugaan, sama ada dalam bentuk orang ketiga, halangan keluarga atau sebagainya, saya tahu Safiah (watak utama dalam novel Aku Keliru!) akhirnya akan tetap bersama dengan Roul. Jadi, kenapa saya teruja hendak membaca lagi sedangkan saya sudah tahu ending nya? Aha! Di sinilah terletaknya keistimewaan novelis bernama Nurul Syahida!

            Sebelum mengulas dengan lebih lanjut, biar saya jelaskan di sini. Aku Keliru! merupakan sekuel novel Aku Kan Novelis! dan terdapat watak second lead dalam novel Plain Jane yang dikembangkan peranannya dalam Aku Keliru!. No, tak semestinya anda tidak membaca kedua-dua novel tersebut, anda tidak akan faham plot Aku Keliru!. Cuma yang ingin saya jelaskan, anda akan lebih mudah menjiwai watak-watak mereka sekiranya terlebih dahulu membaca Aku Kan Novelis! dan Plain Jane. Got it?

            Melihat ketebalan novel ini, saya tak fikir ini cuma kisah cinta Safiah – Roul semata-mata. Oh, ya! Lupa nak beritahu. Saya dah mengikuti AK sejak NS masukkan dalam portal ILHAM. Sedikit sebanyak saya tahu AK mengisahkan tentang pergolakan Masni, rakan serumah Safiah. Kalau dalam AKN, sub-plotnya mengenai Iza- Helmi, kali ini NS mengetengahkan watak Masni.

            Secara mudahnya, AK membentangkan konflik yang berkisar di sekeliling Safiah.

Safiah – Roul, Masni – Colleagues, Masni – Zaniel, Iza- Chaq, Iza – Helmi, Zaniel – Safiah, Zaniel – Roul, Safiah – Noor, Roul – Noor, Roul – Safiah’s family, Safiah – Zafli, Zafli – Roul

            Kesemua konflik itu membelit diri seorang Safiah. Argghhh…. Susahnya nak buat ulasan tanpa perlu menyentuh jalan cerita. Saya tak mahu spoil mood anda yang belum membaca AK!

            Senang cakap, beginilah… anda tidak akan jumpa cara bercerita seperti apa yang ditulis oleh Nurul Syahida dalam mana-mana novel lain. Beliau satu dalam sejuta! Setiap apa yang ditulisnya pasti akan memberi makna. Saya bukan mahu berhiperbola tapi hakikatnya, AK membuatkan saya termimpi-mimpi. Kalau anda seorang penggemar novel, pasti pernah jatuh cinta dengan hero mana-mana novel tapi berlainan sekali dengan novel-novel cetusan Nurul Syahida. Beliau tidak mengajak pembaca berfantasi tapi sebaliknya beliau ingin pembaca novelnya berfikir. Ingat seronok sangat ke dicintai oleh seorang lelaki yang sempruna? Hehehe…

            Ulasan ini bukan mahu membodek. Saya tahu saya tidak akan dapat apa-apa tapi sebagai pembaca novel tegar, saya mahu berkongsi sebuah naskah yang bukan sekadar satu pengisian masa lapang. Penulisan Nurul Syahida ada lebih dari itu. Dan, ini juga merupakan kali pertama saya berikan 5 bintang pada novel yang pernah saya baca. Ini tidak bermakna novel ini sempurna. Masih ada lagi kekurangannya namun apa yang lebih penting,keistimewaan novel ini menenggelamkan kekurangan itu. I’m an art appreciator. Kalau saya mahu kritik, saya akan PM Nurul Syahida sendiri nanti… hehehe…

* antara yang paling menarik tentulah bahagian monolog dalaman Roul. memang superbbbb!

p/s : farrakaka, gua tak leh buat review cam lu lah... tapi gua tiru style lu ambik gambar Aku Keliru! hehehe...

p/s2 : sis NS, sedap cookies tu...hihihi

Thursday, 15 May 2014

ULASAN CINTA TOP SECRET

ULASAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET, SEBUAH KARYA TERBAHARU NOVELIS ALAF21; LAILA KAMILIA

Kulit mukanya hitam, ada bunga matahari dan pistol. Dua elemen yang agak bertentangan antara satu sama lain. Cover novel ini memang menarik. Apabila disentuh, terasa tekstur kulitnya. Walaubagaimanapun, cover novel ini bukanlah tarikan utama. Saya sudah mengikuti perjalanan misi C1NT4 TOP SECRET sejak ia disiarkan dalam portal ILHAM. Tarikan utama tentulah pada nama penulisnya; LAILA KAMILIA!

Setelah membaca bab-bab awal dalam portal ILHAM, sudah tentu saya tidak dapat menahan rasa teruja untuk terus membaca naskah ini sebaik saja ia sampai ke pangkuan. Nasib baik novel-novel pending saya yang lain tidak punya hati, kalau tidak mesti mereka (erk, mereka?) berkecil hati kerana pending que telah saya langkau. Haha… kuatnya pengaruh Jade dan Zed!

It’s magic; saya tamatkan bacaan sekali harung saja!
It’s wonderful ; saya terasa seperti bergerak ke sana ke mari bersama-sama!

Seperti yang terdapat pada sinopsis di belakang novel, ini merupakan kisah pengembaraan dua orang agen perisik; Jade dan Zed. Pengembaraan yang menemukan mereka dengan Maryam Eisya.

Pendapat peribadi, saya merasakan tulisan Laila Kamilia semakin baik. Setelah membaca kesemua novel-novel beliau yang lain sebelum ini, kali ini, C1NT4 TOP SECRET berjaya membuatkan saya tidak mahu berhenti membaca walaupun pada penghujung bab. Setiap akhir bab seolah-olah menarik mata saya untuk terus membaca bab yang seterusnya. Dan, novel ini merupakan novel pertama beliau yang berjaya saya tamatkan dalam tempoh beberapa jam sahaja! Tahniah penulis!

Membaca novel ini… seperti membaca travelog tapi dalam cara yang santai dan diiringi perasaan halus bernama cinta. Ahaks! Saya memang suka membaca travelog lebih-lebih lagi travelog haji. Tapi kali ini Laila Kamilia membawa saya mengembara ke 6 buah negara dalam sebuah novel. Mula-mula dulu, kan… saya ingatkan ada adegan tembak-menembak dan gedebak-gedebuk macam novel Dhiya Zafira tapi Laila Kamilia berbeza cara penulisan aksinya. Mana boleh sama, kan? Walaupun kawan baik… hihihi… untuk itu, tabik springggg saya berikan. Dan aksi C1NT4 TOP SECRET juga lain dari novel Saat Kau Hadir. Kak Laila ni sengaja buat saya rindukan Amri. Huh! Ada juga terselit kisah Puteri Sara Ibrani dan Adrian. Kalau ada kesempatan, saya mahu ulang baca Cinta Bunga Tulip semula!

Satu lagi elemen yang saya suka dalam novel ini; suspens! Teringat masa kecil dulu, saya menggemari novel-novel dalam Siri Tiga Penyiasat, Lima Penyiasat dan yang sewaktu dengannya. Novel ini juga digarap dengan cara yang sama; santai dalam menampilkan tema yang ‘berat’. Kisah perisikan pasti akan membuatkan pembaca yang tidak meminati genre ini akan mengantuk tapi percayalah, C1NT4 TOP SECRET berbeza sangat. Peminat novel cinta pasti akan jatuh cinta dengan novel ini!

Oh, ya! Kalau puan penulis perasan, pada muka surat 106 dan 383 terdapat kesilapan kecil.

“… cik pergi ke pejabat kami di *Setapak. Cik boleh berjumpa dengan pegawai…” (muka surat 106)*Setapak – Selayang

“MRX2.” *Jade menjawab kepada penjaga safe house. (muka surat 383)*Jade – Zed

Ahaks, dah macam pembaca pruf pulak! Ini membuktikan walaupun saya membaca dengan laju, saya tidak skip di mana-mana, okey! Saya baca tiap patah dengan sungguh-sungguh. Kak Laila, terharu tak? Harap cetakan yang seterusnya, kesilapan-kesilapan kecil seperti ini boleh diperbetulkan. (pssttt… mahu lantik saya jadi your personal proof reader?) hehehehe…

Saya tidak mahu menyentuh banyak tentang al-kisah C1NT4 TOP SECRET ini memandangkan pasti masih ramai lagi yang belum berkesempatan untuk membacanya. Maklumlah, novel yang masih panas, baru keluar oven! Jadi ulasan kali ini hanyalah sekadar untuk membuat pembakaran terbuka… muahaha… jahat tak?

p/s: saya dah tahu kenapa minyak wangi Hugo Boss dijadikan cenderahati…kikiki…

Tuesday, 29 April 2014

cinta dalam hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Dahan Berduri

sebuah dedikasi untuk mereka yang memendam cinta...

Dibiar sakit,
Dilepas pun sakit.
Saktinya kesakitan ini.

Dari cenuram gunung yang tinggi,
Aku masih berpaut pada dahan berduri ini,
Walau sakit, dahan ini tetap kugenggam erat
Titis darah mengalir,
Menghantar amaran
Selama mana lagi aku mampu bertahan

Dahan berduri ini,
Biar ia yang membuat luka,
Ia juga yang selamatkan aku dari sengsara
Di bawah sana, entah apa yang menantiku
Andai dahan ini aku lepaskan, matikah aku?

Dahan berduri,
Kau perantara aku dengan Tuhanku,
Terima kasih!
Tanpamu, dahan berduri, aku pasti terus jatuh
Tapi aku tahu,
Kau cuma persinggahan sementara
Tuhanku pasti menghantar yang lain
Untuk menyelamatkanku,
Tanpa membiarkan aku terus menahan pedih luka
Dan aku tidak perlu jatuh!

Dalam kesakitan menggenggam dahan berduri,
Hati terus mengungkap doa;
Agar Tuhan menghantar penyelamat
Yang membuatkan aku berani
Untuk melepaskan dahan berduri ini.

p/s : Kak Eliza, be strong dan doakan semoga Lia juga turut jadi kuat. ALLAH tahu bila waktunya kita sama-sama bersedia untuk menerima jodoh yang telah dipilh olehNya.

Thursday, 17 April 2014

I just don't know how to tell him

… that I love him! Even with my broken heart, I will still want to love him.

          Saya tak tahu, mencintai dia akan menyebabkan saya sakit begini teruk. Bahkan kalau dibandingkan dengan manusia yang sedang bertarung untuk hidup disebabkan kebuluran, mungkin heart break lebih menyakitkan. Sebabnya, bila kebuluran, we fight to stay alive sedangkan heart break weakens you to a point that you feel like you’d rather die!

          Have you ever felt so alone and nothing makes sense? Well, that’s how I feel right now. I feel like I’m facing everything myself, with nothing but tears and fake smiles. Jangan kata saya tak cuba melupakan dia. Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never know.

          I know I love him but I also realize sometimes love just not enough. Or maybe, I’m the one who not good enough for him. But kak Feza said;

“His loss then, Lia. You are meant for someone better than him. One day in future, Lia akan kenang balik what happen. Sure Lia akan kata, ‘that wasn’t so bad!’. Jauh lagi perjalanan Lia. Learn to stay afloat. Jangan sampai tenggelam dalam masalah. Kak tahu, it’s hurt.”

Saya beritahu Kak Feza, saya tak boleh control my feeling. I keep reveal it on my facebook statuses, my blog’s entry. But again, Kak Feza comfort me.

“You are handling it ok so far. Do something out of the ordinary for you. Pergi makan seafood di Buntal.”

Dan ALHAMDULILLAH, saya dapat mesej dari seseorang yang mengenali insan itu.

“dan sebagai seorg kakak, akak mengerti betapa lia sedang terluka & kecewa... spt yg akak buat, berserah pada Allah lia... hanya dia yg akan menyembuhkan luka lia...
mungkin salah lia tidak berterus terang dari awal.. tp seigt akak, ada yg dah bg hint ttg merpati dua sejoli ini dalam pertengahan tahun lps, klu x silap... cuma akak yg tak ambil pusing
tak per, klu lia percaya pd akak, lia blh kongsi apa juga perasaan kecewa lia tu.. insya Allah, akak akan simpan rasa derita lia tu.. cuma bila kita berkongsi dgn seseorg, mungkin akan menjadi ringan
moga akak dpt meredakan rasa luka dan kecewa lia...”

I want to fight for my love. I really want to tapi sungguhlah tak beretika jika kita merampas hak orang, kan? Saya tak boleh duduk diam but in the same time, I cannot fight for my love. It’s unethical at all! Sebab itu luka saya jadi bertambah teruk.

Saya teringin sekali membenci M. tapi saya tidak boleh membenci M. saya tidak boleh membenci atau ingin membenci M. malah kalau ada orang ketiga dalam hubungan itu, sayalah orangnya.

Saya masih tetap seorang Lia yang tidak matang. I hate everything about her. Saya benci USS, saya benci Eiffel Tower, saya benci bila saya sesat jalan, saya benci bila Lions XII menang and the top of that, saya trik diri dari menyertai SNI. Tak ke bodoh?

Saya sakit… tapi saya berharap agar kata-kata ini ada kebenarannya;

“To have the best thing in this world, you’ve got to taste the pain first.”

Dan M, seorang wanita yang sangat baik… she deserves all the best thing in this world… termasuk dia yang saya cintai.

Saturday, 12 April 2014

Mahu sihat bukan mahu kurus... (sungguh!)

Sesungguhnya hujung minggu bukanlah masa untuk menggantikan tidur. Sekurang-kurangnya keluarkanlah peluh agar tubuh sentiasa sihat. (Ahaks... kononnya!)

Sebenarnya dah dua minggu saya berkampung di Taman Budaya. Jauh juga kalau dari rumah tapi di sini agak tertutup sikit berbanding Pustaka. Jadi saya lebih selesa berjoging (joging erk?) di sini.

 Okey, ini pintu masuk ke Taman Budaya @ Reservoir Park. Apa yang kita nak buat di sini? Ada banyak aktiviti yang boleh buat di sini. Jom, jalan-jalan!

Sekitar Taman Budaya....

Dulu-dulu, zaman kanak-kanak bapa saya selalu bawa kami adik-beradik ke sini. Setelah bertahun-tahun, sedih saya tengok keadaan taman yang tak terjaga. Kami datang sini dulu sebab nak tunggu emak balik kerja. Dia kerja di kantin muzium, tak jauh dari Taman Budaya. Tempat ini menyimpan pelbagai memori tapi sedihlah tengok keadaan taman ni sekarang.

Oh, I love this pic!

Di bawah ini disertakan bukti yang menunjukkan saya bukan jalan-jalan tapi sebenarnya sedang membakar kalori...

Penat-penat pun sempat selfie... It's trending now!

Oh, ya! Jangan lupa bawa bekalan air. Di sini tiada penjaja air atau sebarang tempat menjual air yang berdekatan.

Jangan risau andai berlaku kecemasan seperti pitam atau kecederaan kerana ada PBSM.

Sesiapa yang mahu join, marilah. Kebanyakan yang datang pun bukan yang muda-muda. Malulah orang muda kalau kalah dengan golongan yang lebih berusia, Iye, dok?

Sedikit amaran : Sila jaga mata. ada juga golongan yang menyalahgunakan taman ini dengn bercengkerama. hrrrmmm...

Kalau saya rajin saya akan kongsikan lagi minggu hadapan!