2
“Rain.”
Acara gelak-gelak sebentar tadi terhenti terus. Semua
menoleh ke arah bilik Kak Long sedangkan hanya nama aku yang diseru. Bilik Kak
Long itu sebenarnya tak ada rupa bilik
bos pun. Bilik dia yang aku maksudkan itu cuma ada partition saja. Tak ada pintu yang memisahkan ruang dia dengan
kakitangan. Memang humble sangatlah
bos aku ini.
“Ya, Kak Long.” Aku jawab sambil melangkah mendekati meja
dia. Kak Long tersenyum manis memandang aku.
“Tolong beli nasi ayam kat bawah. Beli untuk semua
sekali, ya. Ini wangnya.” Wah, bos belanja makan hari ini. Terbaik punya bos!
“Baik, bos.” Alamak, aku tersasul! Ingat nak sebut dalam
hati saja word ‘bos’ itu tadi.
Kak Long tersengih lagi. Tak marah pun. Agaknya sebab dia
dah kenal sangat perangai senget aku. “Selama ini tak pernah pun panggil Kak
Long bos. Mimpi apa?” suara serak-serak basah Kak Long aku baru perasan. Sejak
bila suara dia serak? Aku pandang wajah kak Long. Matanya merah. Sah, baru
lepas menangis!
“Tak pernah panggil macam tu sebab tu lah nak panggil bos
mulai hari ini. Takut kempunan,” jawabku selamba. Aku kalau pasal mengarut ini
boleh dapat anugerah. Ada saja idea aku.
“Macam-macamlah kau ni, Rain. Pening Kak Long nak layan.
Dah, pergi cepat. Nanti penuh pula restoran kat bawah tu.” Kak Long arahkan aku
sambil geleng-geleng kepala. Jangankan Kak Long, mak dengan ayah aku pun tak
terlayan perangai aku ni.
Baru
aku nak melangkah keluar dari pejabat Kak Long, dia panggil aku lagi. “Kejutkan
Simpoy sekali. Kak Long nak kita makan ramai-ramai.” Aduhai, sedihnya hati aku
masa Kak Long cakap macam itu. Mesti Kak Long lagi susah nak tinggalkan Untouch
Printing sebab ini syarikat yang dia bina sendiri. Kakiku melangkah lemah
menuruni tangga. Tanpa sedar pandangan aku mulai kabur kerana mataku ditabiri
air mata. Aku menangis di tangga.
Selesai solat Isyak tadi, lama betul aku duduk atas
sejadah. Aku berdoa untuk kesejahteraan keluarga aku dan Kak Long juga. Aku
sedih sangat nak tinggalkan Untouch Printing. Agaknya, kalau Kak Long tak
berhijrah ikut suami dia ke semenanjung mesti aku masih lagi kerja kat situ.
Aku dah rasa dekat sangat dengan semua yang ada di Untouch Printing. Dah rasa
macam keluarga sendiri.
Sekarang dah hampir tengah malam. Aku masih online lagi.
Tengah chatting kat Facebook dengan Kak Long yang dah berada nun jauh di sana.
Kat kampung suami dia di Sungkai, Perak. Aku rindu Kak Long!
Sim Poy
Sempoi
Nor
Feeza Ayub, Watie Gadis Sendu, Nourish Rain, One Habib…korang tengok vc
ni…yang aku present masa kita farewell hari tu..boleh lah korang download…
|
Tiba-tiba
aku dapat notification baru. Rupanya
Simpoy dah upload kat youtube video
yang memuatkan gambar-gambar kami sepanjang bersama di Untouch Printing. Share kat FB lagi! VC ni dia dah
tunjukkan masa kami buat majlis farewell
tak rasmi kami pada hari terakhir di ofis tiga hari lepas. Dengan background lagu Sahabat- Najwa Latif, VC
ini buat aku menitiskan air mata. Rasa tak sanggup pula nak berpisah dengan
mereka semua. Apa boleh buat,kan…
Kau
ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Perpisahan memang menyakitkan. Aku mengadu pada Kak Nor,
aku tak nak berhenti dari bekerja di Untouch Printing. Kak Nor nasihatkan aku;
“Semua benda kat dunia ini tak ada yang kekal. Walau kita sayang macam mana
sekalipun. Tak usahlah sedih sangat. Yang penting ingatan kita pada tempat ini.
Kalau suatu hari kita lupakan Untouch Printing, atau insan-insan yang berkongsi
suka dan duka kita di sini pun Kak Nor tak hairan. Sebab yang kekal abadi hanya
ALLAH.”
Masa tu aku hanya mampu mengangguk kelesuan. Yang paling
menyedihkan aku, lepas ini kami terpaksa struggle
nak cari kerja lain pula. Nasib baik masing-masing masih muda belia jadi senang
sikit nak mohon pekerjaan. Tambah-tambah lagi Simpoy dan Wan Habib ada
kemahiran dan pengalaman dalam graphic
design.
Aku pun sekarang tengah fikir nak cari kerja kat mana.
Belum mula lagi langkah memulakan hidup baru aku. Aku masih tinggal di rumah
keluarga lagi jadi tak ada masalah sangat kalau tak bekerja buat sementara
waktu. Tapi aku tetap harus cari kerja juga. Bosan sungguh hidup menganggur.
Aku tak pernah pun rasa menganggur sebelum ini sebab habis sekolah aku terus
dapat kerja. Duduk di rumah, makan-tidur-baca novel-facebook…itulah aktiviti
seharian aku semenjak menganggur.
Susah-susah sangat, aku kerja saja lah dekat restoran
bawah ofis lama aku itu. Hari tu masa aku tapau nasi ayam yang Kak Long pesan,
tauke restoran itu cakap nak cari pekerja. Pelanggan dia dah bertambah sebab
ada pejabat government yang baru
dibuka kat kawasan itu. Lagipun aku tengok keadaan restoran itu memang perlukan
pelayan yang ramai. Penuh memanjang. Agak-agak kalau aku try kerja kat situ,
mak aku benarkan tak?
No comments:
Post a Comment