Wednesday, 24 July 2013

ABANG PENAMBANG

Aku mengawal diri sedaya-upaya aku. Sampan terus teroleng-oleng dek hempasan ombak yang terhasil akibat deru enjin. Walaupun aku cuak, aku tetap control ayu. Takkan nak nampak sangat aku takut, kan? Lagipun aku tengok seorang kakak yang agak gempal itu okey aje. Malulah aku kalau aku yang comel ini pula yang terjerit ketakutan.
            Kaki aku pasak teguh-teguh pada lantai sampan. Lama lagi ke nak sampai ke seberang?
            Sebelum mendekati jeti, pak cik yang mengemudi sampan ini memadamkan enjin. Mulanya aku tak faham kenapa dia berbuat begitu. Rupanya untuk memudahkan sampan dibrek. Hehe…lambat pick up juga aku ni.
            Setiba di jeti, aku harus menghadapi cabaran yang seterusnya iaitu cubaan untuk keluar dari sampan. Semasa nak masuk tadi pun aku dah lemah semangat. Tiba-tiba, kakak yang gempal tadi berdiri. Sampan jadi tidak stabil. Terus aku termenjerit! Hampeh betul lah aku ni. Dengan lafaz Bismillah, aku mengatur langkah untuk keluar. Alhamdulillah, selamat juga aku berpijak di atas jeti.
            “Berapa, pak cik?” aku bertanya pada tukang sampan. Erk, tukang sampan ke? Aku pun tak pasti apa gelaran untuk profession ini. Aku tak sempat google sebelum aku pergi Sarawak.
            “Empat posen.”
            Empat puluh sen? Aku salah dengar kot. Aku tanya sekali lagi; “Berapa, pak cik?”
            “Empat puluh sen,” ulang pak cik itu sambil tersenyum.
            “Oh…” murahnya..sambung aku dalam hati. Aku menghulur wang kertas satu ringgit; “Tak payah pulangkan baki.”
            Nuralam, welcome to…err…apa nama tempat ini? Oh,ya! Welcome to Kampung Boyan! Nasib baik aku terpandang sebuah signboard besar…inilah akibat terburu-buru. Tanpa perancangan rapi terus saja booking tiket kapal terbang dan…here I am
            Mataku mula meliar memandang sekeliling. Sebuah kampung yang asing bagi aku. Maklumlah, pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Sunyinya kampung ni! Ada orang ke tak ni? Dia dulu pernah beritahu aku, bila menjelang malam, kawasan Kampung Boyan akan penuh. Nak parking kereta pun susah. Tapi bila aku tengok keadaan sekarang, macam tak percaya pula aku.
            Aku duduk di atas bangku yang terdapat di salah sebuah gerai makan di sini. Kosong, lengang dan sunyi. Tanganku menari di atas skin sentuh telefon pintar aku. Hati tertanya-tanya, perlukah aku menghubungi dia? Aku baca kembali sms terakhir  dia yang membawa aku ke mari.
                        Lets break up!teruskan hidup awak dan jgn cari sy lg.
            Setelah menghantar sms itu, dia tidak pernah lagi menghubungi aku walau dengan cara apa sekalipun. Aku sudah diblock di akaun facebooknya. Tetapi aku yang masih berdegil. Beribu-ribu sms aku hantarkan kepadanya. Aku pasti sms itu sampai dan sudah dibaca tetapi tidak pernah mendapat balasan. Lalu apa lagi harapan aku untuk mendapat penjelasan?
            This is the last text I’m going to send to you. I still really like you. I don’t want to break up with you. Sy dh smpai d kpg awak ni. Sy tunggu awak di gerai makan d sini. If you don’t come, then I’ll completely give up.
            Puas hati aku dapat hantar sms begitu pada dia. Aku akan tunggu dia di sini sampai dia datang. Oh, no! Bila aku baca balik sms aku macam ada yang tak kena. Ya, aku tak letak pun berapa lama aku nak tunggu dia. Ah, lantaklah! Aku harap sangat dia akan datang jumpa aku di sini. Bukannya dia  perlu modal besar macam aku pun. Tiket kapal terbang saja dah berapa, sewa bilik hotel lagi. Tak apa, sekurang-kurangnya dia tahu pengorbanan aku untuk bersama dia semula.

            Cinta pertama aku dengan dirinya. Sebuah kisah yang indah untuk dikenang. Persahabatan kami terjalin lama sejak mula menjejakkan kaki ke kampus. Aku tidak pernah membayangkan rupanya kami saling mencintai. Setelah kami menamatkan pengajian, baru dia meluahkan rahsia hati.
            “Nur, terima kasih kerana sudi temankan saya naik bas dari KL Sentral sampai ke sini. Will be missing you so much,” ucapnya. Ketika itu kami sedang duduk makan di restoran Mcdonalds sementara menunggu penerbangannya untuk kembali ke kampung halaman di Sarawak.
            “Alah, tak payah cakap macam tu. Kita kan kawan baik. Memang kena saling bantu-membantu,” aku menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
            “Kalau saya tak mahu berkawan dengan awak lagi, awak marah tak?” tiba-tiba dia bertanya soalan yang menyentak hati aku. Dia tak mahu berkawan dengan aku lagi?
            “Ar…ermm…terpulang dengan awak. Ehem…itu…itukan hak awak,” aku jawab dengan tergagap-gagap. Bodoh! Kenapa aku gagap pula ni?!
            “Saya serius ni. Saya tak mahu berkawan dengan awak lagi.”
            “Ya, tak apa. Saya tak marah,” aku tarik nafas panjang-panjang. Duhai hati, bertabahlah.
            Senyumannya semakin melebar. Untuk itu, sedikit rasa terkilan aku terubat. Aku rela mengenepikan kebahagiaan aku jika itu yang membuat dia bahagia.
            “Muka awak pucat, berpeluh. Awak tak sihat?” soal dia dengan penuh prihatin. Tiba-tiba air mata aku jatuh menitik. Tadi kata tak mahu berkawan dengan aku, lepas tu tunjuk prihatin pada aku. Tentu sekali hati aku tersentuh. Dia nak apa sebenarnya?
            “Nur, I’m so sorry,” dia menghulur tisu. “Maafkan saya.”
            “Kenapa awak tak nak kawan dengan saya?” aku bertanya dalam esakan. Biarlah aku dapat jawapannya sekarang kerana aku yakin lepas ini aku takkan dapat jumpa dia lagi.
            “Sebab…” jeda. “Kalau saya terus-terang, awak jangan marah,tau. Saya tak nak kawan dengan awak sebab saya mahu jadi kekasih awak!”
            Sengal! Aku beria-ia menangis tadi. Aku pukul lengan dia dengan purse aku. Geramnya aku! Dia kenakan aku rupanya.
Senyuman bahagia yang dia ukirkan ketika itu masih tersimpan kemas dalam ingatan aku. Lambaian terakhirnya ketika melangkah menuju laluan untuk check in masih aku kenang sehingga kini.

Benar katanya dulu. Kawasan Kampung Boyan ini sudah mula penuh bila menjelang malam. Aku baru sahaja selesai mengerjakan solat Maghrib di surau kampung ini. Kembali semula ke gerai makan tadi, aku terkejut. Ramainya pelanggan! Perut aku pun sudah mula berkeroncong tapi aku tak tahu hendak makan apa. Aku benar-benar kosong pengetahuan mengenai Bumi Kenyalang ini.

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia
Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenanglah gelombang lautan
Ku masih setia
Aku menjeling jam tangan di pergelangan tangan kiri aku. Sudah pukul 10 malam. ‘Nuralam, kau masih mahu menunggu?’Keliru dengan perasaan sendiri. Akhirnya, aku putuskan untuk tetap menunggu di sini. Aku masih degil mahu menunggu sebab aku tak percaya dia sekejam itu. Tiga tahun aku bersahabat dengannya. Dua tahun aku bergelar kekasih hatinya. Aku tahu hati budinya. Berapa banyak ‘nya’ daaaa…isk…isk…isk…
Sudah berapa kali aku menguap. Mata pun dah berair menahan rasa mengantuk. Di mana dia? Hati aku sudah letih memaksa otak aku untuk bersangka baik. Jika dia fikir dia boleh membuat aku mengalah, dia silap. Biar aku buktikan tak semudah itu dia nak menidakkan cinta aku. Adoi, banyaknya nyamuk! Potong feeling aku nak mengelamun sajalah.
“Assalamualaikum.”
Aku terpinga-pinga. Wanita ini menegur aku ke?
“Waalaikumussalam. Tak boleh duduk lama kat sini ke? Maaf-maaf…” aku terus bangkit dari situ. Mungkin dia nak tegur aku sebab lama sangat duduk kat gerai ni tapi tak order apa-apa. Minum saja dari tadi.
“Eh, tak,” serunya sambil menahan lenganku. Menghalang aku pergi. “Saya nak jumpa Nuralam. Awak Nuralam, kan?” tiba-tiba dadaku panas. Debarnya tak usah ceritalah. Agak-agak kalau aku tak ada tulang rusuk, mahu terpelanting jantung aku ni.
“Ya, saya Nuralam,” jawabku sambil kembali duduk di atas bangku.
Wanita itu turut berbuat demikian. Aku merenung wajahnya. Manis sangat! Bibir kecilnya memerah tanpa lipstick. Matanya sungguh ayu dan kelihatan polos. Tudung yang dipakai pun sempurna menutupi dada. Tidak seperti tudung senteng yang sedang aku pakai sekarang. Siapa dia? Macam mana dia tahu nama aku? Apa hubungannya dengan dia yang sedang aku tunggu?
Haruskah aku menunggu dia bersuara atau aku yang perlu memulakan perbualan ini?
“Nur,” belum sempat aku bertanya apa-apa, dia dulu yang menyebut namaku. “Maaf sebab awak terpaksa menunggu lama.”
“Siapa awak?” pintasku.
“Hakeem…” tuturnya lalu menangis. Apa semua ini? Aku tak faham. Adakah wanita ini isteri Pangeran Ekmal Hakeem bin Pangeran Subhi Misbahuddin? Inikah sebabnya aku ditinggalkan tanpa sebarang alasan dan penjelasan?
“Awak siapa? Tolong jawab soalan saya. Jangan buat saya macam orang bodoh. Saya datang sini jauh-jauh bukan nak tengok drama awak!”
Dia mengesat air mata. “Saya Maisarah, isteri Hakeem.” Ya ALLAH! Seruku dalam hati. Benar sekali telahan aku.
“Saya minta maaf. Saya tak tahu apa-apa. Mungkin Allah nak tunjukkan pada saya. Tadi, saya tergerak hati nak baca sms di telefon bimbit Hakeem. Sebab tu saya datang sini. Selama tiga bulan ini rupanya dia tak pernah delete sms awak walaupun dia tak balas. Saya tak pernah tahu kehadiran awak dalam hati Hakeem. Patutlah selama saya nikah dengan dia, dia dingin pada saya. Maafkan saya…” Maisarah tersedu-sedan menerangkan pada aku. Aku benar-benar keliru. Apa yang berlaku sebenarnya?
“Bila awak nikah dengan dia?”
“Baru sebulan. Sms terakhir yang awak terima dari dia tiga bulan lepas, masa tu kami bertunang. Kami sebenarnya dah lama nak dijodohkan. Sejak Hakeem belajar lagi. Bila dia balik sini dua tahun lepas, tiba-tiba dia bantah rancangan tu tapi tak bagitahu atas sebab apa. Tapi sebelum ayah dia meninggal, sekali lagi ayah dia minta dia kahwin dengan saya. Dan dia terima terus. Saya sendiri fikir dia memang redha dan tak ada someone special,” terang Maisarah panjang lebar.
“Saya dah dapat jawapan yang saya cari. Tak sangka saya sia-siakan masa dan wang ringgit saya untuk seorang lelaki pengecut! He’s not worth waiting for! Semoga kamu berdua bahagia selama-lamanya,” getusku kasar lalu segera berlalu. Sakit hatiku hanya Allah yang tahu.
Kakiku hayun laju melangkah menuju jeti penambang. Harap-harap masih ada penambang di lewat malam begini. Aku harus segera kembali ke hotel. Aku nak lepaskan geram yang dah sampai tahap maksima ni.
“Kitak nak pegi sine, dik?” tanya tukang bawa sampan itu. Dia muda sangat. Tak macam pak cik yang aku naik petang tadi.
“Apa yang abang tanya? Saya tak faham,” sambil tersenyum, aku menyoal dia kembali. Sedaya-upaya aku menahan air mata yang bila-bila masa boleh menitis.
“Maaf, kamek fikir kitak orang Sarawak. Adik nak pergi ke mana?”
“Saya nak balik ke hotel,” jawabku. “Err…tapi boleh bawa saya jalan-jalan dulu tak?” tiba-tiba aku rasa mahu menyelusuri Sungai Sarawak ni. Bila lagi aku akan dapat peluang begini,kan? Mungkin ini akan menjadi kali terakhir aku memijak Bumi Kenyalang.
“Boleh saja, malah saya berbesar hati ada orang Semenanjung mahu jalan-jalan naik perahu usang saya ni,” amboi, bermadah pula dia. Tapi sejujurnya, kata-kata dia mampu menerbitkan senyuman ikhlas di bibirku.
Aku duduk dengan tenang di dalam perahu tambang. Malam yang mendamaikan. Bunyi desiran air sungai yang terhasil, menambah sayu di hati. Pesanku pada hati; bertabahlah! Aku seorang wanita yang kuat. Kalau aku tak kuat, tak mungkin aku ada di sini sekarang, seorang diri. Hanya untuk mencari jawapan kenapa aku ditinggalkan. Bodohnya aku!
“Abang, boleh saya tanya?” aku memulakan perbualan dengan abang penambang itu. Dari tadi kami senyap saja.
“Ya, tanyalah.”
“Saya tengok, semua yang bawa penambang ni tua-tua. Tapi abang pula masih muda. Saya jadi hairan,” itu persoalan yang dari tadi berlegar di kepala aku yang dah sedia serabut ni. “Abang memang bawa penambang ni full time ke?”
“Oh, sebenarnya ramai yang bertanya. Siang ayah saya yang bawa, malam giliran saya pula. Saya dah bekerja. Kami adik-beradik dah larang ayah untuk bawa penambang. Dia dah tua, tak larat tapi dia masih mahu meneruskan budaya sejak turun-temurun ni. Tambahan lagi, penambang masih digunakan sebagai pengangkutan utama, sebab tu ayah saya keberatan nak berhenti. Jadi, sebagai meringankan beban dia, saya akan ganti dia bawa penambang pada sebelah malam,” penerangan yang cukup terperinci. Memang ada ciri-ciri tourist guide yang baik. Anak yang baik juga. Pujiku dalam hati.
Disapa angin malam, aku seakan leka. Terlupa seketika tentang hati yang telah hancur berderai dilukai oleh Hakeem. Duduk dalam penambang ini, aku rasa tenang sangat. Oh, penambang! Hantarkan aku kembali ke Kuala Lumpur!
Lamunanku tersentak bila telefon bimbit yang aku letakkan dalm poket seluar bergetar menandakan ada mesej yang masuk. It’s from Hakeem! Kita tengok apa yang dia nak, ye.
Sy dh suruh awak lupakan sy.kenapa awak dtg sini?see, awak terluka lagi.sbb tu sy biar awak marah sy.sy lbh rela awak marah drpd awak sedih.teruskan hidup awak.sy bkn jodoh awak,nur.
*we’re not broken just bent and we can learn to love again…

            Aku bantai menangis masa tu juga. Aku dah tak peduli dengan abang penambang tu. Lantaklah! Aku dah sedih sangat ni.
            “Adik, kenapa menangis ni?” dengan suara yang lembut dia bertanya. Seakan terpujuk hati aku.
            “Saya datang sini sebab dia. Apa yang dia buat pada saya? Saya faham apa yang dia maksudkan tapi sekurang-kurangnya datanglah jumpa saya. Ini tak, dia biar saya menunggu sampai malam. Agak-agak kalau bini dia tak baca mesej saya tadi, lepas tu tak datang jumpa saya, mahu beku saya kat situ. Eiiiii, bencinya!” letusan gunung berapi aku hadiahkan pada abang penambang. Itulah…sibuk lagi nak tahu kenapa aku menangis. Kan dah kena sembur. Tak pasal-pasal keluar semua rahsia yang aku pendam.
            “Sabarlah. Mungkin ada hikmahnya. Kalau rasa nak luahkan perasaan, luahkanlah. Saya sudi mendengar,” dia menoleh ke arahku ketika menuturkan kata-kata itu. Hatiku tersentuh lagi.
            Sehingga akhirnya, kini aku dah terbaring di atas katil dalam bilik hotel, kata-kata semangat daripada abang penambang masih terngiang-ngiang di cuping telingaku.
            “Cinta tak mengajar kita jadi lemah bahkan membuat kita semakin kuat. Jangan pernah putus asa dalam mencari erti cinta sejati. Awak tahu, ada sesetengah orang, bercinta berkali-kali baru menemui bahagia. Beruntung awak baru sekali. Lepas ni hati-hatilah menyerahkan cinta. Cinta yang abadi hanya untuk ALLAH sahaja.”
            ‘Abang penambang, terima kasih banyak-banyak.’
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013
            Dari celah-celah ratusan pengunjung yang berhimpit, aku nampak dia. Aku pasti itu dia. Baru saja beberapa bulan lepas aku berjumpa dengannya.
            “Abang penambang!” seruku dalam keriuhan. Dia menoleh.
            “Awak? Tak sangka boleh jumpa di sini,” tukas abang penambang. Kali ini dia kelihatan segak berbanding kali pertama aku berjumpa dengannya di Sarawak.
            “Abang penambang pun suka baca buku juga?”
            “Kenapa, tak percaya?” bibir yang tersenyum itu buat aku terpaku. Indahnya… matanya yang kuyu, redup sekali. Entah kenapa hati terdetik suatu rasa yang pernah aku rasai lama dulu. Ketika aku bersama si dia yang telah menghancurkan hati aku. Duhai hati, tenanglah.
            “Oleh sebab awak dah bawa saya jalan-jalan kat Sungai Sarawak naik perahu, sekarang giliran saya bawa awak jalan-jalan naik LRT. Jom!” aku ajak tanpa malu.
            Kami masuk ke dalam gerabak LRT. Anehnya, tak ramai penumpang yang ada ketika ini. Bagi peluang kat kami agaknya. Hihihi…
            “Awak, hati awak dah terubat?” dia bertanya tiba-tiba.
            “Kalau dah, kenapa?” aku soal kembali. Kenalah jual mahal sikit.
            “Saya nak minta,” tu dia haih! Direct to the point.
            “Awak kena nyanyi satu lagu dulu untuk saya. Baru saya beri hati saya,” aku bab-bab nak menggedik ni memang ada bakat semulajadi. Lagipun aku sengaja nak dia nyanyi. Suara dia bercakap pun dah cukup merdu, bayangkan kalau dia menyanyi…mesti lagi sedap,kan?
            “Okey-okey. Kejap yer.”
                        Neng neng nong neng
                        Neng neng nong neng
                        Neng neng nong neng
                        Neng neng nong neng
            Bencinya aku! Lagu tu pula yang dia nyanyi. Mengong betullah. Tapi tak kisahlah. Lagu tu pun romantik juga. Nasib baiklah tak ramai penumpang dalam LRT ni. Kalau tak, harus si abang penambang ni kena gelak.
            “Bagi nombor telefon awak,” getusnya tiba-tiba. Lama-lama aku boleh sakit jantunglah kalau selalu berborak dengan dia ni. Selalu saja buat aku terkejut. Entah kenapa, mulutku lancar menyebut satu-persatu nombor telefon aku. Tertarikkah aku padanya?
            “Erm…awak…” comel betul bila dia panggil aku begitu.
            “Ya, saya…” aku jawab dengan nada mengusik.
            “Saya tak dapat save nombor awak,” terangnya dengan muka risau.
            “Kenapa?” aku pun turut risau. Dia sudah berpunya?
            “Saya tak boleh simpan nombor awak sebab saya tak tahu nama awak,” lalu dia ketawa. Mula-mula aku blur. Lepas tu baru aku perasan. Geramnya aku. Asyik terkena saja.
            “Nama saya Nuralam. Awak?”
            “Nama saya Da’ie Hafizi. Terima kasih sebab sudi beri saya nombor telefon awak pada saya. Saya takkan biarkan awak menunggu lagi. Balik saja saya ke Sarawak nanti, saya akan suruh ibu bapa saya masuk meminang awak. Okey tak?” dalam sengihan kerang busuknya itu, aku tahu dia serius. Demi hati aku yang sudah mula sembuh dari luka, aku mengangguk setuju.

            Dalam LRT ini, sekali lagi, aku tersentuh rasa cinta. Bersemi di dalam perahu tambang, cinta kami berbunga di dalam LRT. ALHAMDULILLAH. Ya ALLAH, tolong jagakan cinta kami!

No comments:

Post a Comment