![]() |
| Kompleks Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak |
7
Kompleks Persatuan Tenis
Bumiputera Sarawak, Demak (21 Mac 2013)
Ellysa menghulur botol
minuman kepada Jafni. Setelah membuang debu yang terdapat pada bangku
bersebelahan dengan Jafni, Ellysa melabuhkan punggungnya di situ. Gelanggang
tenis itu memang telah lama menjadi medan untuk mereka meluangkan masa lapang
bersama.
Sejak Jafni berkenalan
dengan Ellysa lima tahun yang lepas, dia sudah mula berjinak-jinak dengan sukan
tenis ini. Sebelum itu, dia cuma pandai bermain bola sepak dan sesekali bermain
badminton. Jika berpeluang balik kampung dalam tempoh yang agak panjang, dia
lebih suka duduk di tepi sungai. Memancing memang sudah menjadi hobi Jafni sejak
kecil lagi. Ketika itu, raket tenis pun dia tak pernah kenal.
“Tak sangka boleh
kalahkan you hari ini. Seronoknya! Balik nanti singgah kat KR1M, I belanja you
ais krim Magnum,” Ellysa keriangan. Bukan senang nak menumpaskan Jafni dalam
sukan tenis. Lebih-lebih lagi lawannya itu seorang lelaki perkasa.
“I sengaja bagi peluang
you menang. Asyik dapat telur saja tak syoklah,” gurau Jafni. Tuala yang
dililit di leher diambil lalu dikibas ke arah wajahnya yang kebasahan akibat
berpeluh.
Untuk gurauan yang nyata
suatu kutukan tersirat, Ellysa menghadiahkan cubitan di lengan Jafni. Rasakan!
“Aduh, ada semut api
juga dekat tennis court ni!” rungutan
Jafni disambut dengan gelak tawa Ellysa. Jafni terpukau memandang wajah indah yang
sedang bergelak bahagia itu. Wajah putih mulus tanpa cela, hidung terletak elok
menghias wajah dan sepasang anak mata coklat jernih yang bila-bila masa boleh
menenggelamkan Jafni ke dalam lautan asmara.
Jafni yang seakan baru
tersedar, segera beristighfar. Dia kembali muram. Ellysa jadi gelisah. Renungan
Jafni tadi menggetarkan hatinya. Seakan hanya dia yang dicintai lelaki itu
untuk seumur hidupnya. Tetapi mengapa dia tiba-tiba jadi muram?
“I perhatikan sekarang
you dah berbeza sangat. Walaupun you ceria tapi seolah-olah keceriaan you tu
hanya di luar. Tak sampai ke dalam hati. Any
problem, dear? Want to share with me?” Ellysa tidak mahu membiarkan Jafni
sendirian menghadapi apa-apa jua masalah. Biar kekasihnya tahu, dia sentiasa ada
untuk Jafni berkongsi dan meluahkan rasa.
Jafni mengukir senyuman
tipis. “Tak ada apa-apa, dear. Cuma kebelakangan ni I penat. Selalu ada program
di luar Kuching.”
“Dear, apa kata you
kerja dengan papa I? Taklah you susah-susah begini. Macam sekarang, susah betul
nak jumpa dengan you. It’s been twenty
days since our last date. You busy
mengalahkan menteri,” getus Ellysa tidak puas hati.
Malas mahu melayan
cadangan Ellysa itu, pandangannya dihalakan ke arah rakan-rakan dalam Persatuan
Tenis Bumiputera Sarawak yang masih ligat bermain walaupun masa sekarang hampir
masuk waktu solat maghrib. Dia sengaja buat-buat tidak dengar saja usul Ellysa
itu.
Ellysa merengus marah.
Tak boleh sentuh langsung pasal kerjaya pada Jafni. Dia bukan tidak tahu
kepantangan Jafni tetapi dia tetap mahu mencuba. Mana tahu kali ini Jafni
mengalah pada kemahuannya?
“You fikirlah baik-baik.
I bukan nak paksa you,” Ellysa tersenyum manis menatap wajah kekasihnya. Walaupun
dalam kepenatan, wajah kacak Jafni tetap menggelorakan jiwa Ellysa.
Jafni tersandar lesu di atas bangku di tepi gelanggang
tenis itu. Jari-jemari dipatahkan satu-persatu. Badan yang keletihan dikilas ke
kanan dan kiri.
“Berapa kali pun you offer
I kerja dengan papa you, jawapan I tetap sama,” Jafni mengurut tengkuknya yang lenguh.
Tangannya mencapai wet tissue yang
berada dalam genggaman Ellysa. Mengelap mukanya yang berminyak.
“I cuma nak tengok you senang, happy dan ada masa untuk I. I kesian tengok you penat-penat begini.
Kalau kerja dengan company papa, you boleh
jadi bos. Tak adalah you ke hulu ke hilir bagi ceramah tapi dapat bayaran ciput.
Tak setimpal dengan ilmu yang you kongsi,” Ellysa mengambil peluang untuk
mempengaruhi Jafni.
“I love my job.
Lagipun kalau I kerja kat company
papa you, apa post yang sesuai untuk
I? I am a consultant, motivator. Apa
kerja yang I boleh buat di situ?” Jafni masih tidak berpuas hati. Selama ini
soal pekerjaannya tidak pernah menjadi isu perdebatan antara dia dengan Ellysa.
“You boleh buat kerja admin,
kan?” Ellysa terus memujuk. “Kalau syarikat buat kursus, tak payahlah jemput
penceramah dari luar. You jangan risau, syarikat akan bagi gaji yang besar pada
you,” pujuk Ellysa dengan lemah lembut.
“It’s not about
money!” bentak Jafni geram! “Kenapa dengan you ni? Dah berapa lama you
kenal I, bersama dengan I, kenapa masih tak faham minat I? My profession is my passion! Tak ada sebab untuk I quit.”
Ellysa mencebik. ‘Ingat bagus sangatlah kerja consultant tu…bla…bla..bla…siapa-siapa
pun pandai.’ Dia tidak menyangka Jafni akan menolak permintaannya mentah-mentah.
Jafni tidak sedarkah bahawa bukan senang hendak masuk ke dalam syarikat EJ
Construction yang sekian lama dipenuhi dengan kroni Datuk Joseph. Kalau adapun
orang luar, individu itu merupakan orang bawahan atau yang ada kabel dalam
sektor kerajaan bagi memudahkan Datuk Joseph mendapatkan tender.
“Sebenarnya… I tak suka you jadi public figure. Sakit hati tiap kali skodeng facebook you. Ada saja
perempuan yang menggedik pada you. Tambah-tambah sekarang ni you duda. Naik
minyaklah peminat you tu,” akhirnya Ellysa menukar strategi. Jafni bukan orang
sebarang yang mudah termakan pujuk. Dia tahu tahap baran Jafni jadi dia harus
berhati-hati.
“Gotcha! Akhirnya
mengaku juga yang you cemburu. Come on,
be matured. Selama ini you okey saja kenapa sekarang nak rasa tergugat?
Sepatutnya you lebih yakin pada I. See,
I tinggalkan Munirah untuk bersama dengan you. Itu belum cukup membuktikan yang
I sayang you seorang ke?” walaupun suara Jafni meninggi namun kedengaran
sungguh gemersik di pelipis Ellysa. Jafni jarang sekali meluahkan rasa hati.
Sering kali dia mempamerkan rasa sayang dengan tindakan dan tingkah laku
sahaja, bukannya dengan kata-kata. Ellysa semakin yakin untuk menyerahkan
seluruh jiwa raganya kepada Jafni.
Dengan senyuman manis, Ellysa membantu Jafni mengemaskan
raket dan barang-barang Jafni ke dalam beg. Dia tahu kini, tiada apa yang perlu
dirisaukan. Cinta Jafni hanya untuk dia. Telefon bimbit Jafni yang berada dalam
simpanan Ellysa tiba-tiba berbunyi nyaring. Nama Dr. Tsang terpapar pada skrin.
“Dear,” gamit Ellysa lantas menghulur telefon bimbit
tersebut.
“Assalamualaikum, Ah Hong. What’s up, dude?”
“Waalaikumussalam. You free tak malam esok?” Doktor Tsang Zhi Hong terus ke topik bicara.
“Ada apa?” soal Jafni lagi. Suara Doktor Tsang bukan main
seronok lagi. Mesti perkara yang bakal disampaikan oleh Dr. Tsang itu sesuatu
yang dia suka.
“Brother Lim turun Kuching esok. Buat ceramah Kepentingan
Perbandingan Agama. You kan dah lama nak jumpa dia. Jomlah ikut I, datang
sekali dengan I,” teruja sungguh Doktor Tsang menyampaikan berita itu.
Jafni berfikir sejenak. Minggu ini sudah berjanji dengan
Puan Rosni mahu balik kampung. Kalau tidak jadi balik, mahu merajuk lagi
emaknya. Lagipun hari Sabtu dia kena menghadiri majlis pernikahan Hazian. Jafni
serba salah. Bukan senang nak dapat peluang berjumpa dengan penceramah yang dia
minati, Brother Lim Jooi Soon. Mana satu yang jadi pilihan?
“So, macam mana?” Doktor Tsang menunggu jawapan.
“I fikir dulu. Actually,
I kena balik kampung minggu ni. Tapi kalau I tak jadi balik, I’ll inform you, okay? Dekat mana
ceramah tu?” Jafni sudah mula berminat.
“Dewan Hikmah. Ceramah ini tak terbuka sangat. Cuma ahli
usrah yang aktif dan sebahagian golongan muallaf yang dijemput. You beruntung I
jemput you ni. Datang jangan tak datang,” makin bersemangat pula Jafni
mendengar ajakan Doktor Tsang. Apa nak buat ni?
“InsyaALLAH. Apa-apa nanti I update. Thank you, Ah Hong,” Jafni tersenyum lebar. Impian ingin
bersemuka dengan penceramah yang diminati hampir tercapai. Dia harus cari jalan
supaya dapat hadir kedua-dua majlis.
Setelah mematikan talian, telefon disimpan ke dalam beg
sandangnya. “Nak balik dengan I atau you nak tunggu driver you?” tanya Jafni pada Ellysa. Datang tadi Ellysa dihantar
oleh pemandu yang memang bertugas untuk ahli keluarga Datuk Joseph. Sementara
Datuk Joseph memiliki pemandu peribadinya sendiri. Banglo Datuk Joseph bukannya
jauh sangat dari Kompleks PTBS itu. Kalau jalan kaki, belum sempat keluar peluh
dah sampai. Dasar anak orang kaya, semua mahu senang.
“I balik dengan you sajalah. Malas nak tunggu. Penat!”
Ellysa berdiri menuruti langkah Jafni.
Mereka bergandingan berjalan menuju ke tempat letak
kereta. Ellysa perasan selepas bercakap dengan Doktor Tsang tadi, Jafni
kelihatan gembira.
“Sudi juga you naik kereta I yang tak seberapa ni
berbanding dengan kereta mewah you,” Jafni berseloroh.
Beg disimpan di tempat duduk belakang. Tanpa membuka
pintu untuk Ellysa, Jafni terus duduk di tempat pemandu. Ellysa yang memang
sudah masak dengan perangai Jafni terus sahaja meloloskan diri ke dalam kereta
Proton Persona berwarna hijau itu. Tidak perlu menunggu jafni membuka pintu
untuknya. Not his type!
“Macamlah I tak biasa naik kereta you,” Ellysa menarik seat belt lalu mengetatkannya. “You tu
sebenarnya humble sangat. Nak beli
BMW pun you mampu tapi suka juga dengan kereta nasional. Patriotiklah katakan…”
Ellysa sengaja meleretkan suara.
Jafni tersengih menampakkan gigi putih yang tersusun
rapi. Ellysa suka susunan giginya. Dia kata gigi Jafni seolah-olah gigi palsu
sebab terlalu lurus dan cantik. Macam kena asah pula tapi dia tahu Jafni takkan
berbuat begitu. Dulu Jafni pernah beritahu, orang Islam tak boleh asah gigi.
Haram!
“You dah kenal I lama, kan? Lima tahun, kan dear? Makin
banyak yang you tahu pasal I and I like
it. You’ve coloured my life with your love. Thank you, dear,” Jafni
berpaling ke kiri. Merenung wajah kekasih hati.
“I pun rasa bertuah dicintai lelaki seperti you. You are perfect on your own way,” senyuman
manis dihadiahkan kepada Jafni. Ellysa tidak sabar lagi mahu bergelar isteri
kepada Jafni tetapi hal itu dipendam dahulu. Dia tidak mahu mood Jafni berubah lagi. “Eh, apa yang
you borak dengan Doktor Tsang tadi? Bukan main seronok lagi.”
Jafni yang sudah memulakan pemanduan, menoleh seketika.
“Dia ajak I pergi ceramah Bro Lim malam esok. I dah lama nak jumpa penceramah
tu. I rasa nak pergi tapi masalahnya esok I kena balik kampung.”
Ellysa terangguk-angguk. Dia tahu antara aktiviti Jafni
pada hujung minggu ialah menghadiri sebarang majlis ilmu bersama rakan
usrahnya. Dia selalu mendengar nama Doktor Tsang disebut-sebut tapi tidak
pernah bersua dengan empunya nama.
“Pendapat I, baik you pergi ceramah tu. Balik kampung bila-bila
pun boleh, kan?”
“Bagitahu I rasional cadangan you tu,” sekadar mengusik
Ellysa, Jafni bersuara serius.
“Mentang-mentang consultant,
semua nak rasional, ya!” Ellysa mencebik. “Sebab yang pertama, you nak jumpa
Bro Lim. So, this is the chance.
Kedua, jangan cemburu, tau. I nak kenal dengan kawan you, Doktor Tsang. Asyik
dengar nama saja, tak pernah jumpa pun. Jadi, I nak ikut you. Last but not least, you balik kampung
minggu ni mesti you jumpa Munirah. Bukan I tak tahu yang dia pun Hazian jemput
untuk hadir majlis dia. Next week you
boleh balik. Minggu ini jangan harap I nak lepaskan you.”
Jafni menggeleng kepala. Kalau dah perempuan, perempuan
juga. Kita tak boleh cemburu tapi dia boleh halang kita balik kampung sebab
takut jumpa ex-wife. Hrrmmm…. “Semua
sebab yang you nyatakan boleh diterima tapi I tak setuju yang terakhir tu.
Kalau I datang pun majlis Hazian, bukannya I nak jumpa Munirah.”
“Kemungkinan tetap ada, kan?” Ellysa memeluk tubuh.
“Can you just drop
the subject? Lagi you sebut nama tu, lagi I ingat pada orangnya. You suka?”
huh! Bosan!
Ellysa tidak membalas. Dia sedar itu salahnya juga. Bukan
dia sengaja. Tetapi dia paranoid. Seolah-olah bayang Munirah menghantui hidupnya.
Kalau boleh biar wanita itu terus larut dari ingatan Jafni.
Dia mengeluh keras.
Patutkah dia mengalah setelah sejauh ini dia melangkah untuk mendapatkan Jafni?
Dia tidak mahu kehilangan jafni. Tidak sama sekali!
Mendengar keluhan Ellysa, Jafni rasa simpati. Dia tahu
amukan rasa yang dirasai oleh Ellysa. ‘Sabar, dear. Semuanya akan indah seperti
yang kita rancang.’
“Dear,” seru Jafni.
Ellysa panggung wajah menghadap Jafni yang sedang memandu. “Boleh tolong I tak?
I ingat nak pakai your renovation team.
Nak ubah sikit-sikit rumah I dekat Matang. Boleh, kan? Nanti I buat proposal.”
Jafni cepat-cepat menukar topik. Semakin hangat pula perbualan dia dengan
Ellysa nanti.
“Why not? Tapi
kenapa tiba-tiba nak renovate?”
“I nak duduk kat rumah tu.”
“Rumah kat Samariang Aman?”
“I nak bagi pada Munirah. Dan sebelum you mengamuk, I nak
terangkan. Rumah itu memang hak dia. Kami sama-sama bayar rumah itu. Selepas
bercerai, dia menyewa. Jadi, lebih baik I tukar terus rumah itu pada dia supaya
dia tak perlu menyewa. I’m doing this
because of my daughter. Lagipun, I ada rumah dekat Matang. I boleh duduk
kat situ,” terang Jafni panjang lebar.
“Apa-apa sajalah,” hanya itu respon Ellysa. Malas nak
banyak complaint. Jafni ada di
sisinya sudah cukup baik. Tapi nama Munirah tetap menjadi bara dalam hati. “Settle semua urusan you dengan dia,
lepas tu I tak mahu dengar ada apa-apa lagi antara kamu berdua.”
Jafni menyimpan rasa terkilan dalam hati. Ellysa tidak
sepatutnya menghalang pertemuannya dengan Munirah. Anak mereka ada pada wanita
itu. Takkan dia nak lepas tangan. Lepas ini Jafni akan membuat Ellysa faham
kedudukannya sebagai seorang ayah.
“Kenapa berhenti di sini?” soal Ellysa apabila Jafni
menghentikan kereta di depan Kedai Rakyat 1 Malaysia.
“I nak tuntut janji you nak belanja I ais krim Magnum.
Jom!” Jafni mematikan enjin kereta. Melangkah keluar dengan senyuman. Ellysa di
sebelahnya digamit dengan kerlipan mata agar berjalan seiringan. Tanpa sentuhan
langsung, Ellysa tetap merasakan kehangatan cinta Jafni.

No comments:
Post a Comment